Sunday, December 12, 2010

Sketsa Kehidupan....

Syukur kepada Allah yang memberikan kenikmatan2 yang melimpah ruah, mudah2han segala limpahan nikmat ini tidak menjadikan kita lalai dan leka dari tanggungjawab yang sebenar.Emmm....diam tak diam, dah masuk 7 bulan aku menetap di Kuching ini,banyak sketsa suka duka sebelum berpindah dari Johor Segamat ke Kuching Sarawak.Bila mengimbas kembali kenangan sewaktu sampai di Kuching memang ada cabaran yang getir sedikit, dah namanya Ujian Allah.....nak menguji hambanya bilamana dilanda masalah, Allah nak tengok sejauh tahap iman hambaNya.Tapi sebenarnya aku cukup kagum dengan sikap suami aku....walaupun dilanda masalah-masalah dia relax je orangnya....tenang ,tak banyak membebel, kalau kena aku....huhuhu mengelabah semacam, dah buat Usaha semua perkara memberi kesan pada iman dan amal, dari kacamata aku sebagai seorang isteri.

Rindu Taalim Masturat di Segamat
Teringat suasana taalim masturat di rumah Hj.Jamil dan isterinya Kak Mas,sebenarnya terlalu banyak kenangan manis yang banyak menaikkan jazbah aku dalam menelusuri hakikat kehidupan sebenar,rindu pada kakak2 yang sentiasa memberikan aku semangat dan dorongan dengan penuh hikmah dan kelembutan...tiada secebispun unsur2 paksaan  atau kata2 yang boleh memancungkan jiwa kecil aku ini. Semuanya dikatakan dengan penuh hikmah dan berhati2......itulah dakwah yang sebenar bagi aku yang masih bertatih2 nak belajar memahami Usaha.

Hj.Jamil dan Kak Mas, suami isteri memang orangnya sangat prihatin dan bertepatanlah dengan slogan gunakan Diri, Harta dan Masa untuk jalan Allah,Bilik taalim yang disediakan oleh Hj.Jamil memang sungguh selesa, hihi bukan nak fikir tentang dunia,tapi nak cerita tentang sifat keperihatinan yang kadang2 jarang dipraktikan ataupun diambil kisah.....untuk keselesaan mereka yang datang taalim ini, Hj.Jamil sediakan ruang taalim yang ala2 macam rumah orang Arab  tiada sebarang perabot, hanya hiasan dinding yang mempunyai unsur2 ketauhidan Allah, warna dinding dicatkan dengan warna2 yang tenang, ruang dibahagikan kepada 2 bahagian dihamparkan carpet yang sedondon warnanya, dipasangkan aircond serta ditambahkan kipas, untuk mereka yang ada anak kecil atau baby disediakan buaian, sebenarnya kipas sahaja sudah cukuppun.

Tapi itulah Hj. Jamil sangat prihatin pada anak2 kecil terutama baby2,orang tua memang boleh mujahadah panas sedikit berhimpit2 ketika jemaah ramai tak mengapa, tapi anak2 kecil manalah faham lagi....prihatinnya Hj. Jamil dan Kak Mas,selepas seisi taalim tamat, Hj.Jamil dan Kak Mas akan sediakan juadah untuk santapan mereka yang datang taalim....waktu taalim di Segamat dibuat selepas Solat Asar dan berakhir pada jam 6.00 petang, kesempatan di waktu menjamah makanan itulah digunakan untuk bertanya khabar diri masing2,disitulah bunga2 kemesraan bermula antara aku dan kakak2 taalim. Lagi satu, kalau kak Mas dan Hj. Jamil tiada disebabkan dengan sesuatu urusan bilik taalim tersebut tidak dikunci,kak Mas tidak mempunyai anak perempuan semuanya lelaki,tapi aku cukup kagum...iyelah dah cara orang tuanya macam tu, kalau takde kak Mas, anak2 lelakinya akan sediakan air atau makanan untuk jemaah taalim.Jemaah taalim ini tak kisahpun kalau tak makan, tapi itulah cara bagaimana kita memuliakan tetamu yang diterapkan pada anak2 oleh Kak Mas, mulia sungguh hati kak Mas sekeluarga....Mudahan2 Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat, mawadah dan sakinah ke atas keluarga Hj. Jamil.Amin!

Suami aku selalu berpesan jangan sesekali memberi ruang kepada orang lain untuk mencemuh agama, agama tidak salah dan usaha juga tidak salah, yang salah adalah individu itu sendiri, setiap mereka yang melakukan usaha ada tahap kemampuan masing2,kitalah yang perlu banyak menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat (orang awam), kemampuan memahami sikap,adat, dan budaya juga penting, jangan fikir bila nak buat usaha kita syok sendiri.Kita nak mengajak masyarakat kepada Allah,jadi buatlah dengan hikmah,hormat orang tua serta masyarakat setempat,mana2 perkara yang bertentangan dengan hukum boleh kita jauhkan,mahal sebenarnya sifat IKRAM,cakap dan bicara jangan sesuka hati boleh jadi orang suka, boleh jadi orang benci dan tak nak langsung datang pada Usaha,bila guna surau orang datang penuh adat, pulangpun dengan adat, jumpa orang yang bertanggugjawab dengan surau atau masjid, surau dibersihkan dan dikemas seperti mana waktunya datang, kelak tidak dikata2 atau diungkit2.Huhuhu.....mungkin kita tak perlu kisah apalah sangat tapi "orang awam" bukan mudah nak faham, dan bukan mudah untuk buat dakwah sebenarnya, sangat halus bahasanya. Di mata mereka jika ditinggalkan dengan keburukan,keburukkan selamanya yang mereka akan nampak....melalui pengalaman aku. Sebenarnya kita yang buat usaha ini kena jadi manusia paling kreatif dan unik dalam mengajak mereka kepada Allah.

Akhirkata doaku moga rakan2 yang menjalankan usaha akan menggunakan segala kemampuan diri,cara yang kreatif dan unik untuk mengajak mereka kepada Allah,dah namanya manusia bermacam ragam dan kerenah yang kadang2 aku sendiri pun tak faham. :), setiap pengorbanan yang dilakukan dengan ikhlas pasti akan memberi kesan, dan hidayat akan bertebaran diseluruh alam.InsyaAllah.

Hadrat Ibnu Umar R.Ha berkata bahawa satu ketika salah seorang bertanya,
"Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling cerdik lagi teliti?"Baginda menjawab,
"Orang yang perbanyakkan ingat pada mati dan sentiasa sibuk membuat persiapan untuk mati.
"Orang yang demikianlah memegang kemuliaan di dunia dan darjat ditinggikan di akhirat"


Tersentuh hatiku bicara Maulana Zakaria Kandalawi, terpasak keinsafan di dalam hati betapa lalainya kita hari ini,katanya:-
Pada masa kanak-kanaku, aku mendengar suatu syair.Selepas tamat belajar, apabila aku mendengar dentingan jam, syair ini menerpa fikiranku."Wahai si alpa~! jam itu memberitahumu pada setiap dentingan bahawa umurmu semakin berkurangan."
Jika fikir sejenak, maka pada setiap dentingan jam itu menyampaikan kepada fikiran akan tamatnya hidup seseorang.Misalnya : pada jam 12, pengingat itu akan berbunyi sebanyak 12 kali.Malangnya kita alpa bahawa ayat al-Quran, sabda Rasulullah SAW dan pengajaran-pengajaran yang menjadi contoh dunia ini khususnya MAUT,serta kawan kita yang rapat tidak juga mengingatkan kita pada MAUT,semoga Allah SWT mengurniakanku dan kawan-kawanku kebolehan mengingati maut.
Maulana Zakaria Kandalawi
19 Muharram 1395 Hijrah, Jumaat, Madinah Munawarrah.

"Aku yang masih belajar lagi dan lagi...."


Wednesday, December 8, 2010

Penangan Maher Zain

Alhamdulilah....untuk entry seterusnya nak cerita sikit tentang si penyanyi bersuara lunak merdu Maher Zain.


Sketsa dialog santai nasuha (anakku) bersama aku,
"ibu!ibu! niekan InshaAllah,sambil tangannya menunjukkan gambar Maher Zain,
Aku tersenyum siput hehehe, memang nasuha tak tahu siapa penyanyi nie, tapi... ingatan nasuha dengan lagunya memang kuat, dia akan nyanyi macam nie "inshaAllah...inshaAllah you find a way.....jadi wajarlah nasuha panggil MZ nie dengan InshaAllah,kesimpulannya...lagu inshaAllah nyayian Maher Zain dekat di hati nasuha, bukan penyanyinya.

Maher Zain- "Kamu lebih baik daripada saya."

Sebenarnya aku cukup teruja dengan cerita2 yang berkisahkan keinsafan untuk dikongsikan bersama teman2 diluar sana, kata Maher Zain sewaktu lawatannya ke Raudhatus Sakinah baru-baru ini,"Saya juga pernah remaja sepeti anda semua.Pada usia 16 tahun, kehidupan saya cukup sosial dan banyak masa berhibur di kelab malam, anda hanya membenci lelaki ujarnya kepada puteri2 di RS, tetapi saya pula membenci semua orang di sekeliling saya.Kehidupan saya terasa kosong pada zaman remaja.Sepatutnya kita bersyukur dengan detik-detik hitam yang pernah kita lalui, kerana dengan peristiwa itu membuatkan kita menjadi lebih matang dan yang paling penting lebih baik daripada yang dahulu,huhuhu cukup terharu....dengan kata-katanya.Tanpa peristiwa hitam yang anda lalui, dan tanpa perubahan yang saya lakukan, kita tidak mungkin akan dipertemukan di RS, Maher Zain datang bertemu dengan puteri diRS semuanya atas kehendak Allah.Ini semua sebagai salah satu tanda kasih sayang Allah kepada kita semua,jadi bersyukurlah dengan perjalanan hidup yang baru yang Allah berikan pada kita," ungkap MZ cuba mengaitkan ketauhidan Allah dengan setiap kejadian kepada penghuni di RS agar mereka bangkit bersemangat untuk merasakan keadilan Allah tetap ada di mana-mana.

Perihal MZ lagi, "Saya dahulu tidak kenal solat dan tersasar jauh dari agama,tetapi tiga tahun yang lalu apabila dipertemukan dengan kawan-kawan yang baik sekembali menziarahi Sweden bumi kelahiran saya, kawan-kawan di sana bawa saya mendekati MASJID dan AGAMA, mereka juga memberi galakan saya berkarya dalam muzik kerana ayah saya juga seorang ahli seni, akhirnya baru saya sedar bahawa tidak semua manusia di dunia ini jahat, ramai lagi yang baik.Asbab daripada perubahan itu,jiwa seninya terus mendesak untuk mengubah lagu-lagu berunsurkan ISLAM berkonsepkan muzik yang mudah, ringkas dan mempunyai melodi yang catcy, dan tanpa diduga, jalannya yang ALLAH pimpin dimana lagu-lagu ketuhanannya meletup di persada dunia didendangkan oleh remaja-remaja Islam dan yang bukan Islam, MZ sangat bersyukur.


Pesan Maher Zain kepada penghuni RS
"Dampingi orang-orang yang baik, dan hormati ibu dan bapa, jaga solat, baca Al-Quran dan berzikir selalu supaya iman menjadi teguh.....sebelum MZ meninggalkan puteri2 RS, sempat lagi beliau menitipkan secebis kata-kata semangat....kepada penghuni RS berbunyi:-

"Masha Allah, I can see that you're a great woman...and as 
I said I strongly believe that you'll be a great wife.Always be thankful and know that this is 
given to you from Allah because he loves you.I pray that Allah always bless you and guide you.

Begitulah ringkasnya dalam kehidupan ini, jika kita tersasar dalam mengatur langkah, berbaliklah kepada Al-Quran dan sunnah segala-segalanya sudah cukup untuk memandu diri kita menjadi manusia yang HEBAT pada pandangan Allah, cuma terpulang pada kita.....hakikatnya kita semua akan mati, dan bila mati akan bermulalah proses kehidupan yang sebenar....yang akan kita lalui,jika cukup amalan2 inshaAllah jalan yang kita lalui seterusnya menuju akhirat akan menjadi mudah,jika tidak, kita tersangkut di sana menanti keperitan serta azab2 yang tidak dijangka.

Akhirkata Salam Maal Hijrah 1432, berusahalah memperbaiki diri lagi dan lagi tanpa jemu, tingkatkan iman, tambah amal.InsyaAllah kebahagiaan akan menanti kita di sana.Semoga kita berjumpa di lain masa.

Monday, December 6, 2010

Hargai apa yang ada.....

Alhamdulilah segala puji bagi Allah, Dialah Raja segala raja, menguasai 7 petala langit dan 7 petala bumi....sesungguhnya kupanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga di atas segala nikmat-nikmat yang diberikan...mudah2han kenikmatan ini tidak menjadikan aku lalai dalam menjalani kehidupan sebagai hamba dan khalifah Allah di atas muka bumi ini... dan hargailah apa yang ada.

Hakikatnya dalam kehidupan ini, kiranya kita tidak mendapat apa yang kita hajati,hargailah apa yang kita dapat, kerana apa yang kita perolehi adalah satu anugerah yang terbaik daripada Allah SWT, selaku pencipta kita yang mutlak.

Merenung jauh ke dalam diri,hidup bukan sekadar angan-angan atau mainan imaginasi,ia mesti diisi dengan hakikat ketaatan terhadap Pencipta.Dijemari takdir kita selaku hamba perlu akur dan tunduk dengan ketetapan daripadaNya pasti terjadi. Terkadang kita impikan perkara begitu dan begini, tetapi rupa-rupanya tidak semua perkara tersebut akan berlaku pada kita, maksudnya kita inginkan sesuatu, tetapi lain pula yang ditentukan untuk kita.Itulah hukum dalam kehidupan yang kita kena patuhi.

Memang benar kita diberi ruang untuk merencana atau merancang sesuatu, tetapi kita lupa, rupa2nya ada kuasa mutlak yang memegang ketetapan takdir  dia adalah Allah Aza Wa Jala, Tuhan yang sangat2 berkuasa.
megimbas kenangan silam penuh kepahitan,usah dikenang2 perkara yang pahit, tetapi jadikanlah sebagai benteng muhasabah diberi, selagi ada masa hargailah apa yang ada.

Allah itu Maha bijaksana dan Maha memahami, bijak dalam setiap pencaturanNya, setiap ketentuan untuk hamba2nya, tidak ada lansung secalit kezaliman dan penganiayaan,jika diberi ujian dalam kebaikan, syukurlah,jika diberi ujian dalam kemudaratan janganlah berasa sedih syukurlah juga,sebab Allah nak meningkatkan darjat keimanan kita, pasti terkandung hikmah2 yang kita sendiri tidak sedari, itulah kasih Allah yang sejati....bila hambannya dapat menahan segala ujian dengan sabar, ringkasnya semakin kita sabar semakin itu jugalah Allah sayang pada kita.

Renungan untuk diriku,kekadang kita rasa sesuatu perkara yang kita sangka baik, rupa2nya buruk untuk kita, tetapi kekadang kita rasa sesuatu perkara yang buruk untuk kita, sebenarnya2 tersimpan kebaikan untuk diri kita, itulah mata hati sukar untuk menyelami apa yang tersirat dan yang tersurat.Aku juga pernah tersungkur dimedan kejahilan, kebodohan2 yang aku cipta sendiri. Tetapi aku bersyukur kerana Allah yang Maha Pengasih telah menitipkan aku seorang lelaki yang baik, ditugaskan sebagai nakhoda untuk membawa aku belayar menempuh lautan untuk menuju.....hakikat kehidupan yang sebenar (akhirat),mendidik aku untuk menjadi suri dan bidadari dalam rumahtangga berpasakkan ketaatan kepada Allah dan disulami benih-benih sunnah cara kehidupan nabi Muhammad SAW,insyaAllah.

Nasihatku....untuk diri sendiri dan teman2 yang ingin berubah menjadi wanita solehah, baik pada pandangan Allah,tanamkanlah azam,dan doa banyak2, jaga solat diawal waktu,jaga tingkahlaku,insyaAllah jika tedetik dalam hati kecil kita yang sememangnya kita hendak berubah menjadi lebih baik lagi dan lagi, pasti  dan pasti nusrah (bantuan) Allah akan hantar, cuma.....kita perlu yakin dan jangan sesekali berputus asa dari rahmatnya.
Belajarlah dari kesilapan-kesilapan yang lalu,dan binalah kehidupan yang baru, yang lebih baik dan mantap....apatah lagi 2010 akan melabuhkan tirai....,terisikah amalan-amalan yang sepatutnya kita lakukan sebagai satu ketaatan kepadaNya?,jika tidak....usah bertangguh lagi,kerana UTUSAN MAUT AKAN DATANG PADA BILA-BILA MASA TANPA DIPINTA.

SOALAN PADA HARI KIAMAT
Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya Allah akan menyoal tiap-tiap pengembala akan apa yang digembalanya, adakah dia menjaganya dengan baik, atau dia mensia-siakannya,sehinggalah seorang lelaki itu akan disoal tentang ahli rumahnya."
(Riwayat Ibbnu Hibban)
Rujukan Majalah Anis Dec,2010.

Akhir sekali, semoga apa yang dibincangkan akan bawa manfaat kita semua, bukan sekadar renungan tetapi sebagai intipati pengisian dalam kehidupan kita,sesungguhnya yang lemah datang dari diri saya,dan saya mohon doa kalian, doakan saya sekeluarga berjaya didunia juga diakhirat.Amin!

Sunday, December 5, 2010

Simbol Sebuah Kesetiaan

Sepasang sepatu
Yang penting selesa
Sedap dipakai
Dan sedap juga dipandang mata
Semahal manapun harga
Di kaki juga letaknya
Kekadang terpijak becak.....terpijak najis

Semahal manapun harga
Tidak mungkin setanding
Yang tersarung di kaki Bilal bin Rabbah
Yang bunyi derapnya kedengaran Rasul di dalam syurga
Walhal dia bukanlah hartawan termuka
Atau figure disanjung merata

Sepasang sepatu
Simbol sebuah kesetiaan
Jika merah di kanan.....merah jugalah dikiri
Hitam di kiri.....tiada manisnya putih di kanan
Atau kiasan pada iman dan ketaatan
Pada jujur dan keikhlasan
Bahawa cakap dan ucap jangan bersalahan
Dengan buat dan gerak

Nanti tidak selesa
Tidak sedap dipakai
Dan tidak indah dipandang mata

Petikan Bait-bait Puisi Majalah Anis

"Jangan berjalan dengan memakai kasut sebelah.Pakailah kedua-duanya tau jangan dipakai samasekali."
(Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah R.A)










Wednesday, December 1, 2010

Bisikan Masturat

Sebuah puisi yang sangat menyentuh hati, dipetik dari blog adek angkat kesayangan Umuanisah Mohd Nor,buat menaikkan jazbah dalam menelusuri usaha dakwah Ilallah,insyaAllah.


Ermmm….takkan kan kami sanggup melepas dan membiarkan sang bidadari syurga merampas milik kami dengan sewenang-wenangnya..
Biar harta dunia berkurangan, asalkan ia dibelanjakan di jalanNya...
Biar kami sedikit terabai, asalkan si dia tak mengabaikan usaha agama..
Biar kami mengurus istana sendirian, asal fikirnya sentiasa kerana agama, tak mengapa..
Biar kami di tinggal-tinggalkan, asalkan pemergiannya kerana ummat tercinta..
Biar kami sedikit kesusahan di dunia, kerana mengejar ganjaran akhirat kami rela..
Biar seksa melahirkan kami rasa, asalkan lahirnya para da’ie, kami redha..
Biar segala urusan datang menduga, malam markas dan dakwah tak kan kami biarkan si dia leka..
Biar kesempitan masa bersama, mesyuarat mingguan kami pastikan si dia ada..
Biar sibuk dengan urusan dunia, dengan izin Allah amalan sunnah di rumah sentiasa kami jaga..
Biar si dia syahid tika menyebarkan agama, insyaAllah kami sentiasa sedia terima..
Biarkan segala kepahitan perjuangan di telan bersama..demi Allah, segalanya di rasa seperti gula..
Apabila kami redha dan rela, kelak kami yang akan lebih awal untuk menunggu suami tercinta 
di syurga....

Monday, November 29, 2010

Rebut Cinta Kedua....Pembuka Bicara Sebelum Berpurdah.

"Ishh...banyak tu,macam-macam warna ada," tiba-tiba suara ayah menyapa dari belakang.Saya yang sedang asyik mengemas beg sebelum bertolak ke kampus, menoleh dan melemparkan senyum malu-malu.Faham dengaan sapaan ayah-apa yang dimaksudkannya banyak dan berwarna.
"Mana ada banyak, ayah.Tiga helai tudung lama, dua saja yang masih baru," saya menjawab ramah.Saya mengesot sedikit ke tepi dinding untuk memberi ruang ayah duduk bersila.
"Baru atau lama, tidak penting, yang utama, tahu apa tujuan dan niat pemakainya.Bimbang kalau2 esok di akhirat tidak terjawab,"nasihat ayah.Masih sempat ayah menitipkan sepatah dua peringatan diri, walau nampak remeh tapi besar jika difikirkan jernih.
"Petikan cerita Majalah Anis."


Sebenarnya aku teringat zaman remaja yang telah berlalu, tidak dibesarkan dalam suasana agama seperti mana anak2 insan Da'e yang menjalankan usaha(dakwah). Aku juga pernah melalui suasana seperti di atas, "kemaruk" dengan tudung, dan pakaian yang sesuai dipakaikan ketika usia menginjak remaja....tapi zaman tersebut sudah berlalu, buat apa dikenang2.Tapi hari ini sememangnya aku bersyukur kepada Allah SWT, kerana dengan ehsanNya memberikan peluang untuk aku memperbaiki segala kelemahan, kejahilan, kebodohan, keburukkan yang terlalu banyak dalam diri aku,asbabnya ......perkahwinan aku dengan seorang KARKUN.....semuanya kerja Allah, maka hidayat telah datang mencurah2 dalam diri aku....InsyaAllah...walaupun aku sehinggga kini masih belum dapat untuk khuruj masturat...tapi aku ikhlas lagi dan lagi hanya kerana Allah SWT, moga Allah SWT kekalkan aku, suami, anak2 serta zuriat2 keturuananku untuk menyambung usaha nabi Muhammad SAW, dan mati dalam usaha,Amin!


Sekarang umurku sudah menginjak 31 tahun, bila melihat suasana perkembangan fesyen gadis-gadis islam disekeliling aku dengan trend pakaian yang pelbagai, aku sedih.....andai aku boleh bersuara ingin ku katakan "dik kalau kita pakai tudung, tapi dibawah terdedah sana sini,tak dapat pahala, malahan dosa yang bertimbun2,sebab cara adik berpakaian akan mengundang kemungkaran dan kemaksiatan, nauzubillahiminzalik!,tapi itu hanya suara hatiku.....huhuhu lemahnya iman.


Inilah hakikat muslimah akhir zaman, menutup aurat (kata mereka), tapi pakaian masih ketat, menampakkan susuk indah tubuh.Berpakaian sopan, tapi dengan warna dan hiasan yang menarik pandangan.Memakai tudung tapi nipis dan jarang (aku yang dulu), yang panjang dililit pendek hanya melepasi bawah leher dah tu "spotlight" macammana jawab, akupun takleh jawab emm dosa tuh!, dan jelasnya kini busana muslimah banyak disalah ertikan.


Allah SWT juga menegaskan di dalam ayat :-
"Kemudian sesungguhnya pada hari itu,kamu akan ditanya tentang segala nikmat yang telah dinikmati kamu(di dunia)" (At -Takathur :8)
Wahai muslimah akhir zaman.....(untuk diriku juga), kurniaan Allah yang pelbagai di dunia ini, harus disalur kepada usaha mengajak manusia agar mengabdikan diri kepadaNya. Biarpun hanya sekadar tudung dan pakaian yang menutup aurat menurut syariat, mampu mengawasi pemakainya untuk lebih menjaga tingkah laku dan akhlak selaras dengan pakaian yang dipakai, kerana pakaian itu melambangkan imej agama yang mulia, suatu tanggungjawab dan amanah bagi orang2 yang insaf tentang dosa dan pahala.


Huhu jangan nanti kita esok di padang mashyar bila diadili, pakaian indah menutup aurat di dunia katanya, hanya menjadi saksi kepada rasa angkuh, riak, dan ujub dalam diri atau akan menjadi bukti bahawa si pemakainya telah melakukan dosa "mengelirukan" manusia lain tentang kewajipan menutup aurat menurut syariat yang sebenarnya."Mudahan2 kita terhindar dari melakukan dosa tersebut", Amin!


Ingatlah teman2ku diluar sana, bukan fesyen islamik atau busana muslinah yang akan membantu kita disana(akhirat), tetapi hanya amalan jasad dan rohani yang selari dengan maksud menutup aurat yang dituntut Ilahi.


Dan sebagai penutup bicara ini,ingin ku berpesan untuk diri ini, dan teman2 ku diluar sana:-
"Ada dua cinta dihadapan kita, satu cinta dunia yang sering melalai,serta melekakan memang asyik tapi ianya hanyalah sementara,dan satu cinta lagi cinta pada agama, ketaatan akan datang bilamana kita taat perintah Allah dan amalkan sunnah dalam kehidupan kita sehari, lagi dan lagi sehingga kita tiada lagi di atas muka bumi, menuju akhirat yang kekal abadi, pasti dan pasti hanya syurga yang akan menanti bagi mereka yang taat mencari terus mencari cinta Ilahi."


InsyaAllah sehingga kita bertemu lagi dilain masa.



Saturday, November 27, 2010

Tubuh yang cantik dan indah bukan tiket untuk meraih perhatian manusia, tetapi sebagai ujian ketaatan selaku hambaNya,dan sebaik-baik pakaian ialah pakaian takwa

TUDUNG LABUH AN NASUHA + PENUTUP MUKA/PURDAH/NIQAB

Penerangan
1.Size tudung XXXL, kain Lycra bermutu tinggi (bukan spandex), jahitan sengkuap, tiada pengeras
(gambar akan dimasukkan sedikit masa lagi)
2. Labuh tudung dari dagu ke bawah 34 inch
3.Penutup Muka/Purdah/Niqab 2 lapis (Button),ada kedut2 sikit, canteek
   (Lebar penutup muka 9 inch, labuh penutup muka 16 inch)

Contoh Tudung Labuh An Nasuha yang saye pakai size labuh 32 inch:-