Sunday, January 30, 2011

HEBATNYA TAAT KEPADA IBU.....UWAIS AL QARNI.(TITIPAN BUAT EMAK YANG DIKASIHI).....

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulilah kupanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga, kerana Allah SWT masih mengizinkan aku menatap wajah emak... masih mengizinkan aku untuk berkhidmat dengan emak,bila dah kahwin nie rasa sayang dengan emak bertambah2 bukannya apa, baru ku tahu bukan mudah sebenarnya untuk membesarkan anak2, apatah lagi pemergiaan arwah abah yang dikasihi, sebenarnya banyak menguji kesabaran emak untuk mengalas tanggungjawab membesarkan anak2. Mengimbau kenangan lama, membuat naluri aku sebagai seorang ibu tersentuh....melihat pengorbanan demi pengorbanan arwah abah dan emak dalam membesarkan kami 7 beradik (aku anak yang sulung), kalaulah aku ditempat emak dan arwah abah, aku sendiri pun tak mampu nak melakukannya.Emak pun sekarang tak sihat, stroke, badannya yang sebelah kiri tidak berfungsi seperti sediakala, balik bercuti dari semenanjung aku bawa emak balik ke Sarawak, hehehe dapatlah emak merasa naik Belon (cakap sarawak sik madah kapal terbang).


Kadang2 bila mendengar luahan hati emak,jiwa kecilku cukup tersentuh...."emak dah tua, dah tak macam dulu... sihat,kadang2 hati emak cepat tersentuh....bila orang cakap dengan emak, macam tu atau macam nie.,"
"Emak, sabarlah ye emak, semua yang berlaku adalah ujian, Allah nak bagi pahala yang banyak untuk emak, kalau emak susah hati, emak ambil wudhuk, lepas tu emak solat sunat 2 rakaat (solat sunat hajat), emak luahkan segala2nya apa yang terbuku dalam hati emak, usah menangis emak, meratap2, ketenangan hanya akan datang bila kita mendekati Allah, kerana Allah SWT sahaja yang mempunyai kuasa untuk menyelesaikan segala kesulitan2 yang kita hadapi," kata ku dengan penuh sayu pada emak.huhuhu sedihnya bila bab airmata nie...


Di rumah aku, biasalah taalim diadakan selepas isyak, selalunya taalim (bacaan2 hadis Rasulullah SAW) nie aku buat dengan nasuha, adek serta ribuan malaikat heheh (x nampak), kalau nampak comfort pengsan....tapi lagi seronok ahlinya dah bertambah (semenjak kedatangan emak),yang terharunya emak cakap,
"Ina nanti minta ejal (suamiku) belikan emak buku biru tu ye?"


"yang mana emak, ohhhh buku Fadhail Amal ye, bolehh... nantikan ina belikan satu Fadhail Amal, Muntakhab Ahadith ina bagi emak je, sebab ina ade 2 muntakhab Ahadith nie, rasa hati ku lalalala syukur yang tidak terhingga pada Allah.(usaha dakwah yang halus)


"Emak....maafkan ina ye mak, andaikata ina belum sempurna menjalankan tanggungjawab ina sebagai seorang anak, terkadang ina rasa terlalu banyak kekurangan ina dalam melayani emak, mungkin ada tersalah kata, atau tersilap bicara,tapi ina akan berusaha menjadi anak yang solehah, berusaha membahagiakan emak, emak cakap, "tak payahlah lipat baju emak tu, emak boleh lipat sendiri," tapi ina cakap "emak.... bagilah ina peluang untuk khidmat dengan mak selagi emak ada ye," huhuhu terharu lagi, tiba-tiba teringat aku akan kisah Uwais Al Qarni, hebat dalam mentaati ibunya.Aku berjanji akan menceritakan kisah Uwais ini kepada Nasuha dan adek, doaku sebagai seorang ibu..."moga anak2ku mencontohi akhlak yang mulia seperti Uwais Al Qarni.


Mari kita sama2 ikuti kisah Uwais dan ibunya....
SIAPA DIA UWAIS AL QARNI?
Dia adalah seorang sahabat Rasulullah SAW dari golongan tabiin dan tinggal jauh di Yaman. Pesan Rasulullah kepada sayidina Abu Bakar dan sayidina Umar,"Sekiranya kamu berkesempatan bertemu Uwais, mintalah dia mohonkan keampunan untukmu!"


Beberapa tahun berlalu dan sewaktu sayidina Umar menjadi khalifah, dia sering tertanya-tanya kepada jemaah haji dari Yaman, jikalau Uwais ada ikut bersama. Orang ramai tidak tahu yang bertanya itu adalah khalifah Umar Al-Khattab. Pada suatu musim haji, Umar berkesempatan bertemu Uwais,seorang yang miskin dan buruk pakaiannya. Selepas memastikan sahabat di depannya adalah benar-benar Uwais seperti yang digambarkan oleh Rasulullah,Umar lantas memeluknya erat-erat "mohonlah keampunan buatku wahai Uwais!"


"Adakah engkau meminta aku memohon keampunan buatmu wahai amirul mukminin?" tanya Uwais terkejut. Umar berkata "ya."


Apakah kehebatan Uwais sehingga namanya disebut Rasulullah SAW? Hebatkah ibadahnya? Rajinkah dia bersolat malam? Tak tinggal puasa sunnat? Hebatkah dia berjuang menegakkan agama? tidak semua itu teman2...


Uwais Al Qarni hebat kerana dia sangat mentaati dan melayani ibunya. Uwais selalu mendukung ibunya yang buta itu kemana saja dia pergi....Masya Allah....aku pun tak mampu melayani ibuku seperti itu....tapi aku akan berusaha mencontohi sikap Uwais Al Qarni.... semampu dayaku......insyaAllah...ameen!!


Suamiku selalu berpesan....layanilah ibu kita dengan sebaik2nya tidak kira samada ibu mertua atau ibu sendiri.....kerana setiap apa yang kita lakukan walaupun sebesar biji sawi pun tetap dikira oleh Allah SWT....jika kita hari ini melayani ibu dan ayah kita dengan tindakan kita yang tidak sewajarnya....
pasti dan pasti, pada masa akan datang kita juga akan dilayani seperti itu.....ya Allah! jauhkanlah aku dari sikap seperti itu.....


Daku sayang emak....
Setiap anak wajib berbakti & mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari2 tuanya. Islam meletakkan ibu bapa pada tahap yg tinggi & mulia. Banyak bakti boleh di lakukan samaada dalam bentuk material & hubungan kasih sayang. Bersesuaianlah dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur & memerlukan lebih perhatian.Terdapat sekurang2nya 10 bakti yang perlu kita laksanakan kepada ibu bapa seperti:-
1.Memberi nafkah
2.Menyediakan tempat tinggal
3.Memberi kasih sayang
4.Memberi perhatian
5.Memenuhi permintaan
6.Melakukan apa yg mereka suka
7.Bercakap lemah lembut
8.Menghadiahkan kejayaan
9.Meluangkan masa bersama2
10.Mendoakan kesejahteraan untuk mereka di dunia & akhirat


Sabda Nabi SAW:
"Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan 3 perkara iaitu sedeqah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan yang diajarkan pada orang lain& anak soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya" ( H.R Muslim)


Firman Allah SWT:
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia, dan hendaklah berbuat baik terhadap ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya telah lanjut usianya dalam pemeliharaanmu, maka jangan sekali-kali engkau mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah engkau menggertak keduanya, dan ucaplah kepada keduanya perkataan yang baik" (al-Isra`:23)


Firman AllahSWT:
"Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucaplah 'Wahai Tuhanku sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku semasa kecil' " (al-Isra:24)


Sebenarnya kebaikan yang dilakukan seroang anak terhadap ibu bapanya amatlah kecil. Anak tidak mampu membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya. Namun gunakanlah kesempatan yang ada untuk melakukan bakti sebaik mungkin agar kesempatan itu dapat kita manfaatkan bersama, sebelum mereka dijemput kembali oleh Ilahi.


Kita selalu melihat mereka ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Disebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita takkan mengetahui isi hati mereka jikalau kita tidak menjadi sahabat kepada mereka...
Kering sudah airmata ayah dan keringlah sudah air mata bonda telah mencurah secebis harapanagar tidak berulang kisah yg pilu sewaktu Nuh a.s menghulurkan tangannya kepada anaknya yg kelemasan......(petikan dari Hafizatul Qiram)

Emmm.... hari dah larut malam, hujan lah pulak hehehe seronok haha....jangan sengih2 tau, esok ari Isnin, lepas solat subuh dah nak kena masuk dapur nak buat sarapan untuk abang, nasuha pulak nak kena bawa bekal  pegi sekolah, nak zikir 300 pagi waktu kat dapur pun boleh buat, hehe nak seribu daya...ameen!

Wednesday, January 19, 2011

Rancang & Ransang Zuriat Ikut Syariat :21 Tahun Tempoh Didik Anak

Kehidupan seorang kanak-kanak ibarat kain putih, ayah dan ibulah yang bertanggunjawab untuk mencorakkan warna-warni kehidupan sang kanak-kanak untuk menjadi yang terbaik atau sebaliknya, justeru itu setiap pasangan Islam yang telah berkahwin perlulah merancang sebaik-baiknya untuk zuriat keturunan mereka seawal dari lafaz "Aku terima nikahnya", agar keturunan-keturunan kita menjadi hamba yang taat kepada Allah SWT dan seterusnya mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita perlu memasakkan keyakinan yang teguh hanya dengan kehidupan Nabi Muhammad SAW sahaja yang akan membawa kita kejayaan dunia dan akhirat, kehidupan selain ini tidak akan membawa kita kejayaan jika kita tidak mengikuti cara Nabi S.A.W, bukankah Nabi Muhammad itu contoh yang terbaik untuk kita dari segi cara hidup, ibadat, muamallat, muasyarat, dan akhlaknya sudah cukup untuk menjadikan kita insan yang hebat di sisi Allah SWT.

Anakku Siti Nur Khairunisan Bt.Haji Salehuddin Klewan (mase umur setahun lebih)

Zuriatku, zuriatmu......bila bercakap tentang anak-anak, aduhai! sebenarnya bukan mudah untuk mendidik anak-anak rupanya, terfikir juga ye bagaimana ibu-ibu dahulu mendidik anak-anak yang ramai, bukan setakat 7 mungkin biasa, tapi kalau angkanya kadang -kadang mencecah belasan emmm.....sebenarnya aku tabik spring pada ibu-ibu termasuklah emak aku....yang cukup sabar dan tabah dalam melayani karenah dan ragam sang anak-anak.Terimak kasih emak.....serta emak-emak yang ada dalam dunia ini, keikhlasan serta susah payah emak dalam mendidik kami, pasti akan mendapat balasan yang setimpalnya dari Allah Aza Wa Jala, yang Maha Pengasih dan Penyayang....yang memerhatikan segala titik peluh dan pengorbanan emak di atas muka bumi ini, bagi emak yang telah kehilangan ayah.....pasti memerlukan semangat yang mujahadah dalam membesarkan anak-anak....sesungguhnya Allah SWT meletakkan makam yang tinggi untuk emak-emak yang telah kehilangan suami yang dikasihi.

Sedikit susah satu keperluan.....mari kita sama-sama koreksi diri kita selaku ibu bapa, bahawa sebenarnya proses dalam mendidik anak-anak bukan mudah seperti mana yang kita sangka. Luqmanul Hakim adalah insan yang bijaksana bukan bergelar nabi namun mendapat pengiktirafan dari Allah SWT di dalam al-Quran dalam surah Luqman surah 31. Insan ini banyak berpesan kepada anaknya, antara pesanannya :-
"Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan menyirami tanaman", membawa maksud kepada anak bahawa erti pukulan tersebut adalah berupa peringatan, nasihat dan juga hukuman di atas perbuatan yang salah yang dilakukan oleh sang anak.Bukan kerana marah, tapi sayang dengan harapan dapat mematangkan sang anak -anak agar berjaya menjadi orang yang paling sabar dalam melayari kehidupan.

Seorang anak yang masih kecil ibarat anak pokok yang baru tumbuh, perlu diberi perhatian sepenuhnya,teknik menyiram juga berbeza, ketika masih kecil pancuran airnya mesti halus dan lembut, dalam senyum bertasbih nak memastikan bahawa air siraman harus tebar merata hingga  ke akar, dijagai dengan penuh teliti sehingga pokoknya membesar, dibelek-belek agar tiada serangga datang menyerang. Bila pokok semakin menbesar, jangan disiram berbaldi-baldi, penuh takungan bagaikan air bah. Kelak sang pokok menjadi patah, atau rosak, tanah menjadi becak, silap gaya air terpercik balik ke muka sendiri, begitulah signifikin kehidupan seorang anak, dalam membesarkan anak-anak banyak seni  yang perlu dipelajari....banyak menuntut kesabaran serta melalui 3 fasa seperti yang disarankan oleh Sayidina Ali K.W. dan para ulama.
 
 Muhammad Nur Nasuha b.Haji Salehuddin Klewan (mase umur 2 tahun)

Senario hari ini menyaksikan kebanyakan anak-anak yang "bermasalah", berpunca daripada ibu bapa yang bermasalah, kelemahan serta kecuaian ibu bapa yang menyebabkan peribadi sang anak menjadi tercemar bilamana, ibu dan bapa mengabaikan soal didikan agama dan adab sedari mereka masih kecil. Hal ini ternyata benar kerana kita telah mengabaikan pesanan Hukama:-
"Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkanmu (menyusahkan) hatimu dengan keburukan." Mendidik anak dengan didikan agama dan adab adalah jelas sekali menjadi tanggungjawab bapa dan ibu, bapa sama sekali tidak harus cuai dan alpa dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT: "Wahai orang -orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan anak isterimu daripada seksa api neraka." (Surah At Tahrim: 6), dan Nabi Muhammad SAW juga memerintahkan (khususnya kepada kaum bapa): "Perhatikanlah (awasi) anak-anakmu, dan didiklah mereka dengan baik." (Riwayat Ibnu Majah).

Melalui segala pengalaman hidup, sebenarnya seorang ibu dan ayah haruslah menjadi contoh yang terbaik buat anak-anak, ini kerana anak-anak kadang-kadang kurang mendengar apa yang kita kata, tetapi melihat apa yang kita buat, contoh yang mudah yang ingin aku kongsikan bersama sebenarnya banyak berlaku dalam keluarga kita sendiri yang mana kita sendiri terlepas pandang, dan  natijah serta kesan perbuatan kita itu menjadi rakaman-rakaman dalam kacamata dan fikiran anak-anak.

Huraian: Kita sebagai ibu bapa mengimpikan anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah, tapi bagaimana kiranya ada ibu dan bapa yang tidak pernah sembahyang, selama 365 hari dalam setahun, ada juga isteri sahaja yang solat, tapi si ayah tidak pernah solat, kalau solat pun, solat untuk hari raya aidilfitri atau aidiladha, itupun sebab segan dengan ipar duai almaklumlah di rumah mentua atau mak sendiri. Hantar anak belajar di sekolah agama, di sekolah ustaz atau ustazah cakap solat itu wajib dikerjakan, solat  itu tiang agama, orang yang tinggal solat esok Allah akan azab, tapi bila pulang ke rumah waktu azan di kaca televisyan, ibu dan bapa masih terpacak seronok menonton televisyen. Hai!, pening kepala sang anak.....maka tepatlah peribahasa ibarat "Ketam mengajar anaknya berjalan lurus", sibuk mengajar anak, perkara itu dan ini,tetapi diri sendiri tidak terajar. Bila ada insan -insan yang mulia yang mempunyai perasaan kasih sesama Islam, cuba memberi peringatan atau mengajak kepada perkara kebaikan, mulalah bercakap "Alah janganlah tunjuk alim sangat, tak payah cakap aku tau nak buat, tapi memang tak buatpun hakikatnya, emm kubur masing-masing ayat sangat popular", mari sini aku terangkan untuk ibu-ibu atau bapa-bapa yang "sengal" ini.

Sepatutnya ibu-ibu dan bapa-bapa yang  "sengal" ini, kena rasa bersyukur sebab masih lagi ada insan yang sudi mengambil berat dan mahu mengingatkan tentang tangungjawab kita selaku hamba Allah SWT di atas muka bumi ini, dan  sesungguhnya semua itu adalah peringatan dari Allah, selagi Allah masih sayang pada kita....kami pulak sebenarnya tak nak jaga tepi kain orang, tapi dah Allah perintah supaya kami mengajak manusia kepada kebaikan kami kena ingatkan, kami juga belajar memperbaiki diri serta mengislahkan diri,apa yang kami tahu, kebaikan sesuatu amal ingin kami kongsikan bersama-sama agar esok di akhirat kita semua dapat menjawab setiap persoalan-persoalan dari Allah SWT dengan mudah serta masuk syurga yang kekal abadi bersama-sama. InsyaAllah.

Berpandukan kata-kata Sayidina Ali K.W. dan para ulama membahagikan pendidikan anak-anak kepada 3 fasa:-(yang setiap satunya mengambil tempoh 7 tahun sedari kecil hingga menginjak ke usia 21 tahun)
1)Pendidikan  anak dari kelahiran hingga usia 7 tahun -didikan dengan kasih sayang.
Sebelum bercerai susu dalam lingkungan usia 2 tahun,anak-anak perlu sering didakap,didukung dan dipeluk cium serta didodoikan oleh orang tuanya hingga terasa oleh si anak bahawa mereka benar-benar dikasihi.Ketika anak masih kecil, ajar dan perdengarkanlah dengan ucapan kalimah "Lailahaillallah" atau sekurang-kurangnya kalimah Allah,Allah,Allah.Mudah-mudahan sepanjang proses pembesaran sebagai seorang insan, itulah kalimah awal dan akhir menjadi sebutan lidah seorang anak, dan dalam masa yang sama roh jiwanya diperteguhkan dengan kalimah tauhid dan dipelihara dari sebarang gangguan syaitan. Sayidatina Aisyah r.ha berkata bahawa aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:"Sesiapa mendidik anak sejak kecil sampai dia mengucapkan 'Lailahaillallah',maka dia tidak akan dihisab lagi pada hari kiamat kelak." (Riwayat Thabrani).

Selepas bercerai dari susu, dalam lingkungan usia 2 tahun lebih, anak-anak akan memasuki usia awal mumaiyiz, dan tanda seorang anak mula mumaiyiz ialah dapat membezakan antara tangan kiri dan tangan kanan, serta sudah pandai menyarungkan kasut di kakinya dengan betul, dan sekiranya tanda-tanda tersebut sudah ada dalam diri anak maka bermula proses pendidikan. Pendidikan sedari dari kecil akan memberi kesan jangka masa panjang berbanding jika kita mulakan setelah mereka besar.Nabi SAW bersabda:"Menuntut ilmu semasa kecilnya, laksana melukis di atas batu." (Riwayat Baihaqi dan Thabarani).Situasi ini sememangnya berlaku pada anak-anak kita bilamana mereka suka menconteng apa yang mereka fikir dan ingin luahkan, dan kadang kadang sekiranya tiada kertas, dinding dirumah kitapun menjadi mangsa contengan mereka. Didikan semasa mereka kecil ini memerlukan pendekatan hikmah, kasih sayang dan belaian, contohnya melalui pengalaman aku sebagai seorang ibu, kadang-kadang anak-anak nak main kuda-kuda, nak kita menjadi kuda dan mereka akan naik ke atas belakang kita, disuruhnya kita pusing-pusing, sememangnya orang tua harus menjadikan diri kita sebagai seorang budak, gaya bahasa serta tutur kata seolah-olah seusia dengan anak kita, kemudian isilah akal dan hati anak-anak kita dengan harapan serta keceriaan hidup.Bila bermain, sebenarnya merupakan salah satu cara anak-anak belajar mengenal dunia di sekeliling mereka, bermain dapat membantu perkembangan akal, serta mencergaskan fizikal tubuh badan mereka, sabda Nabi SAW:"kegiatan anak semasa kecilnya akan menambah akalnya di waktu dia besar."(Riwayat Tirmidzi).

Dari Abdullah bin Habib, Rasulullah SAW bersabda "Apabila anak telah mulai boleh membezakan antara tangan kanan dan kirinya, maka suruhlah dia untuk melaksanakan solat." (Riwayat Thabrani). Ini bermaksud pada sekitar usia 2 hingga 3 tahun, anak-anak kita sudah boleh dijinak-jinakkan dengan solat. Anak-anak akan melihat segala tindak tanduk orang tua mereka dalam melaksanakan ibadah solat dan secara tidak langsung sebagai orang tua kita mengajak mereka untuk sama-sama melakukan ibadah tersebut tanpa paksaan atau kekerasan, dan  menerangkan bahawa solat merupakan perkara yang wajib dilaksanakan.Selaku ibu bapa, kita boleh mengunakan ayat-ayat yang mudah difahami oleh anak-anak  yang berumur antara 4 hingga 7 tahun tentang ibadah solat, contoh yang mudah "Allah sayang pada orang yang rajin solat, nanti Allah bagi pahala banyak dan dapat masuk syurga, dan dalam syurga banyak mainan". Sepanjang tempoh untuk meginjak ke usia 7 tahun adalah merupakan satu tempoh yang perlu dipenuhi dengan pembelajaran dan pendidikan, kadangkala peraturan dan arahan serta kawalan disiplin adalah suatu yang perlu, justeru itu segala suruhan, teguran dan hukuman yang dikenakan akan mudah diterima kerana kita perlu yakin bahawa seorang ibu dan bapa sangat-sangat mengasihi anak-anak mereka dan bukan untuk membenci.

2) Pendidikan anak dari usia 7 tahun hingga 14 tahun
Apabila anak -anak telah sempurna mumaiyiz dari usia mereka 6 tahun ke atas hingga baligh, mereka telah tahu membezakan buruk dan baik, telah dapat makan sendiri, pakai baju sendiri tanpa bantuan orang lain.Ketika usia mereka pada tahap ini, mereka sudah boleh didedahkan pendidikan secara ilmiah dan disiplin, diajar tatacara beribadat dengan betul, menghormati hak orang lain dan menunaikan suruhan guru.Skop didikan juga merangkumi aspek tuntutan agama dan adab sopan, perkara yang haram dan halal,menerangkan perkara-perkara yang dilarang, membenci perkara kemungkaran dan kemaksiatan, melakukan ketaatan kepada Allah SWT dan meninggalkan sesuatu perkara yang dilarang kerana Allah.Hukama berkata,"Awal-awal agama adalah mengenal Allah."

Seterusnya anak-anak akan diperkenalkan siapa Nabi Muhammad SAW,ahli keluarganya serta sahabat handainya,mengajar anak membaca,menghafal dan memahami al-Quran,ini sejajar dengan sabdaan Nabi SAW dari Ali bin Abi Talib K.W. bahawa Rasulullah SAW bersabda :"Didiklah anak-anakmu untuk melakukan tiga hal iaitu;mencintai Nabinya, mencintai keluarga Nabi, dan membaca al Quran.Sesungguhnya pembawa al-Quran (kerana selalu membacanya) akan mendapat naungan arasy Allah pada hari di mana tiada naungan lagi kecuali naungan Allah beserta para Nabi dan orang-orang yang suci." (Riwayat Thabarani,Ibnu Najjar dan Ad-Dailami). Adalah menjadi satu tuntutan supaya ibu dan bapa dapat memperkenalkan suri teladan (Role Model) dari kalangan tokon-tokoh unggul pembela agama bermula dari Nabi SAW, kaum keluarga serta para sahabat dan sahabiah dan tanamkan kedalam hati mereka tokoh-tokoh inilah yang patut disanjung dan dicintai kerana hanya dengan dengan titisan keringat, air mata dan darah serta sanggup mengorbankan nyawa demi agama tercinta maka kita hari ini dapat menikmati nikmatnya iman.

Menginjak ke usia 7 tahun, anak-anak mula dilatih untuk mengerjakan solat, puasa dan menutup aurat, dan apabila mencapai usia ke 10 tahun, mereka hendaklah dihukum apabila tidak menunaikan ibadah dan tatacara hidup Islami secara konsisten dan sempurna, sebagaimana sabda Nabi SAW:"Apabila anak telah mencapai usia 7 tahun, perintahkanlah dia untuk melaksanakan solat, dan pada saat usianya telah mencapai sepuluh tahun, pukulllah dia apabila meninggalkannya".(Riwayat Abu Daud),hari ini berapa ramai ibu dan bapa di luar sana melakukan serta melaksanakan hukuman apabila anak-anak meninggalkan solat sepertimana yang Nabi perintahkan, tepuklah dada dan kepala, serta tanyalah hati, pasti kau akan temui jawapannya sendiri. Jika sebelum ini anak-anak kita anggap sebagai 'tuan atau majikan', tetapi bila menjangkau usia 7 tahun mereka akan menjadi 'budak suruhan' untuk ibu dan ayah. Sesungguhnya menjadi rutin ibu dan ayah untuk tekun berusaha serta bekerja keras memberi tunjuk ajar,memperbaiki kesalahan anak-anak setiap saat dan ketika,jangan membiarkan anak-anak melakukan kesalahan tanpa teguran atau hukuman dengan alasan "alah budak-budak",sudah diingatkan asyik buat jugak,"sebagai ibu dan bapa jangan jemu lagi dan lagi untuk menegur setiap tingkahlaku sang anak-anak.Biarlah kita letih dalam mendidik anak-anak dengan keikhlasan, kelak mereka akan sebati dengan kebaikan dan ketaatan.

3)Pendidikan anak dari usia 14 tahun hingga 21 tahun
Seterusnya apabila anak-anak masuk ke usia 15 tahun, anak-anak sudah memasuki gerbang akil baligh, maka bermulalah tanggungjawab syariat  ke atas mereka.Kalau sebelum ini anak-anak menjadi 'budak suruhan', tetapi dalam tempon tujuh tahun yang ke tiga ini, mereka akan menjadi 'memanda menteri', mereka akan menjadi pembantu kepada ibu dan bapa (selaku raja dan permaisuri), mereka perlulah kita libatkan dalam urusan kekeluargaan dan rumahtangga. Anak -anak pada peringkat usia begini, perlu diberi kepercayaan untuk menimba pengalaman memikul tanggungjawab supaya mereka dapat membina keyakinan diri dalam membuat keputusan dan menguruskan masalah. Walaupun diberi kebebasan,selaku ibu dan bapa tetap mengawasi  anak-anak dan bertindak sebagai pemudahcara dan tempat rujukan.Melalui hubungan seperti ini, maka terbinalah input-input kematangan yang akhirnya membuahkan aspek ketrampilan diri yang seimbang dan mampu menguasai kemahiran hidup.Ibu bapa juga perlu berkomunikasi dengan anak secara terbuka dalam peringkat usia 14 hinggga 21 tahun, bertindak sebagai seorang "kawan" kerana dengan itu anak akan mudah mengajukan pendapat atau masalah, namun sayugia dingatkan komunikasi yang dilaksanakan tidak menghilangkan wibawa diri kita sebagai ibu dan bapa, jika di negara barat, ibu bapa menganggap anak-anak remaja mereka sebagai kawan, namun tidak begitu dalam ajaran Islam, masih ada batas-batas yang perlu dipatuhi, kerana hubungan ibu bapa dengan anak-anak tetap dipelihara dimana anak-anak wajib menghormati ibu bapa mereka.Ini kerana kuasa untuk menjadikan anak-anak sebagai teman @ kawan terletak di pihak ibu bapa, bukan di pihak anak-anak.Kesimpulannya apa yang penting ialah wujudnya hubungan kemesraan serta perkongsian secara terbuka dapat dilakukan secara dua hala antara anak-anak dan ibu bapa.

Begitulah fasa pendidikan anak-anak daripada kata-kata Sayidina Ali K.W., dan semestinya menjadi satu kewajaran bagi pihak ibu dan bapa berinteraksi dengan anak-anak mengikut kecerdikan dan perkembangan usia mereka dengan watak-watak yang berbeza.

Masa itu emas, kata pepatah, yang hilang tak akan dapat kita ulang semula, dan tiada apa yang dapat menggantikan segala yang telah berlalu,mari kita renung-renungkan, timbang-timbangkan semakin hari zuriatku zuriatmu semakin membesar dan kita pula menjadi semakin tua. Maka kesempatan yang ada yang Allah berikan gunakanlah dengan sebaik-baiknya untuk kita membesarkan zuriatku dan zuriatmu dengan sempurna dan baik, gunakanlah cara didikan yang direhdai oleh Allah SWT agar zuriatku zuriatmu menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya lebih baik bagimu meninggalkan ahli warismu dalam keadaan yang cukup daripada meninggalkan mereka menjadi beban tanggungjawab orang lain."(Hadis Riwayat Bukhari Muslim).Ayuh teman-temanku yang bergelar ibu dan bapa pasakkan kesungguhan dalam membentuk peribadi anak-anak kita. Buruk dan baiknya perangai anak-anak kita dimasa depan ditentukan oleh kita sendiri bermula dari saat kelahiran anak-anak.Ingatlah sesungguhnya Allah SWT telah mengamanatkan anak-anak kepada ibu dan bapa agar dibekalkan segala kasih sayang dan ilmu yang berguna di dunia dan akhirat, maka jangalah kita mengabaikan tanggunjawab ini.Lakukanlah segera kerana kita tidak tahu bilakah agaknya kiamat kecil (kematian) akan menjemput kita atau anak-anak kita semula kehadrat Ilahi. Menurut dari seorang insan berilmu:-

"Jika anak dibesarkan dengan celaan, ia akan belajar memaki,
"Jika anak dibesarkan dengan permusuhan, dia akan belajar berkelahi,
"Jika anak-anak dibesarkan dengan cemuhan, dia akan belajar merendah diri,
"Jika anak dibesarkan dengan kerjasama, dia akan belajar menahan diri,
"Jika anak dibesarkan dengan motivasi, dia akan belajar menghargai,
"Jika anak dibesarkan dengan sebaik-baik tindakan, dia akan belajar keadilan,
"Jika anak dibesarkan dengan rasa selamat, dia akan belajar menyenangi diri sendiri,
"Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan, dia akan belajar menghayati cinta dan kasih sayang dalam kehidupannya."

Akhir bicara,anak-anak merupakan satu kontrak yang besar antara kita dengan Allah untuk membentuk umat manusia yang beriman dan berguna satu hari nanti, bayangkan kita mungkin mempunyai masa 17 tahun pertama dalam kehidupan anak-anak untuk melaksanakan tugasan ini. Maka marilah kita sama-sama lakukan dengan penuh dedikasi dan komitmen kerana Allah SWT sentiasa menemani kita sepanjang perjalanan ini selagi kita beriman dan bertawakal kepada-Nya.InsyaAllah.

Doaku,Ya Allah jadikanlah aku seorang isteri dan ibu yang berjaya dunia dan akhirat, jadikanlah aku murabbi dalam keluargaku agar lahir dari zuriat keturunan ku daie-daie, hafiz @hafizah, alim @ alimah yang akan memwarnai dunia dan akhirat yang kekal abadi.Amin!

"Belajar dan mengajar,lagi dan lagi tersilap kata harap dimaafi"

Rujukan: Hushim Salleh & Ida Hartina Ahmed Tharbee : Anakku Sayang :Panduan Keibubapaan Cemerlang
Majalah Anis Jun, 2010.


Wednesday, January 5, 2011

Hitam Putih Kehidupan

"Setiap manusia diciptakan ALLAH SWT dalam keadaan gemilang.Walaupunbagaimanapun, tugas mencapai kecemerlangan dan kegemilangan diri terletak dibahu setiap orang." (petikan kata-kata Dato'Dr.Hj. Fadzilah Kamsah, Majalah SOLUSI Isu No.26 2010)

Alhamdulilah dengan izin Allah, dapat juga aku menulis sedikit karkuzari (laporan) hehehe, sepanjang balik bercuti di semenanjung,sebenarnya apa yang aku ingin kisahkan diruang blog peribadi ku nie bukanlah untuk membuka keaiban sesiapapun, tapi bolehlah aku anggap sebagai renungan, pengalaman serta pengajaran bukan sahaja untuk diri aku yang sangat fakir ilmunya, tapi  juga sebagai tatapan untuk teman-teman ku di luar sana.

Sepanjang 2 minggu berada di semenanjung sempat juga aku menziarah mak long, kakak kepada emak aku,iyelah bila lama tak jumpa macam-macam cerita disembangkan,tapi ade satu kisah yang membuat aku tersentak sedikit....cerita tentang kantin sekolah dan RMT( rancangan makanan tambahan) untuk budak2  sekolah rendah. Sebenarnya apa yang pak long aku ceritakan sudah pernah berlaku pada mak aku, sewaktu dapat tender kantin sekolah rendah satu ketika dulu zaman aku sekolah menengah. Bagaimana melayan karenah2 cikgu yang berbagai ragam,kadang2 hati kecil ku sering tertanya2 kenapa seorang guru yang berpendidikan tinggi boleh mempunyai akhlak seperti itu?, masih segar dalam ingatan aku hingga kini,bagaimana arwah abah "ditemberang" (bahasa lembut), bahasa kasar (kena tipu), oleh seorang guru berpangkat besar lagi (guru besar), sewaktu bayaran RMT, katanya peruntukkan bayaran tersebut dipotong separuh untuk beli alatan sukan sekolah.Kesian abah dan emak......sampai arwah abah cakap, "takpelah kat dunia nie kau lepas, tapi dekat akhirat nanti kau akan cari aku." MasyaAllah....sekarang arwah abah dah takde.....bagaimanalah hamba Allah tersebut nak berhadapan dengan arwah abah esok di akhirat....

Inilah hitam putih kehidupan, bagi aku yang fakir ilmu nie, ilmu sahaja tidak cukup kalau tiada iman yang mantap dalam jiwa, sebab tu janganlah kita terkejut jika ada yang bergelar haji, ustaz, syeikh, cikgu, hakim atau apapun jawatan yang disandang dari sekecil2 jawatan kepada sebesar2 jawatan.... jika iman taraf E, inilah jadinya.....:(,.....bila tak tulus dalam mengikut jalan yang lurus.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :"Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang bentuk tubuhmu dan tidak pula memandang kedudukan mahupun harta kekayaanmu, tetapi Allah memandang pada hatimu.Barangsiapa yang memiliki hati yang soleh maka Allah menyukainya.Bani Adam yang paling dicintai Allah ialah yang paling bertaqwa." (Riwayat Al-Tabarani dan Muslim).

Hitam putih kehidupan namanya, Allah SWT memberi kita banyak pilihan.....ada ratusan ribu pilihan, dihadapan kita,tapi pilihan yang bagaimana yang kita mahu?? sesuai dengan kehendak Allah.Bila teman-teman mengadu masalah2 mereka, aku jadi rasa simpati n sesak nafas seketika, lemahnya kita dalam aspek perancangan, perancangan dalam keluarga, kewangan, kerjaya, jodoh, kehidupan.....semuanya tersasar tak menentu....samaada mereka yang buat usaha atau orang biasa keadaan seumpama nie semuanya boleh berlaku.

Bagi mereka yang dah berkahwin janganlah suka berahsia dengan pasangan,setiap apa yang berlaku perlu dikongsi bersama....bila masuk bab kewangan pulak....hahh yang ini paling penting cara kita menguruskan kewangan apatah lagi dah bila dah bekeluarga, aku nak sarankan agar teman2 yang mempunyai kesempatan membaca belilah buku KEMANA WANG ANDA? ditulis oleh Hajah Rohani Datuk Hj. Mohd Sharir, anak Karkun nie....merupakan pengerusi eksekutif dan ketua perunding di Hijrah Wealth Management Sdn.Bhd. iaitu firma pengurusan kewangan Islam, pernah muncul dalam wawancara Radio BBC di London...buku Kemana Wang Anda boleh dijadikan panduan pada mereka yang mempunyai kelemahan dalam perancangan kewangan, yang ok dalam merancang kewangan  pun boleh baca tambah ilmu, tingkatkan amal, katanya:-
"dalam mengejar harta dunia,adakalanya kita terlibat dengan unsur-unsur yang menjadikan pendapatan kita tidak diberkati."

Aku dah baca buku nie....memang bagus...dah nak masuk kali ketiga dah.RM20....je


Inilah rencah kehidupan segala2nya perlu diatur dengan teliti dan tertib,bagi aku hidup ini bukanlah untuk kita menentang alam ciptaan Tuhan, tapi hakikat sebenarnya kehidupan ini adalah satu pengabadian yang telah diatur oleh-Nya.Usaha yang dilakukan sepanjang proses kehidupan kita, bukan untuk bahagia di dunia semata2, akan tetapi lebih dari itu.....kebahagiaan yang sebenar "di sana", emmm......lantaran itu,suka aku mengingatkan diri sendiri yang selalu alpa, dan leka.....iyelah usia semakin hari semakin meningkat,dan berlalu.....seharusnya perlu diisi dengan muhasabah serta menilai diri, setahun yang berlalu pergi, bererti pertemuan kita dengan Allah SWT , Tuhan yang Maha Esa semakin hari semakin dekat, "kiamat kecil" akan datang pada bila2 masa, mengambil kita dari orang yang tersayang, memisahkan kita daripada dunia, harta dan kemewahan yang semuanya sementara, dan menuju nun jauh di akhirat yang kekal abadi.

"Persoalannya adakah aku dan teman-teman di luar sana sudah bersedia"

Huhuhu....aku dah mengantuk nie, terdengar batuk2 kecil dari bilik emak....kesian mak....nak sambung sikit je....sebagai penutup bicara mudah2han segala usaha, amalan, harta dan kesenangan kita di dunia ini akan dipermudahkan oleh Allah untuk diadili pada hari pembelaan nanti ye, Amin!!!

Aku yang masih belajar lagi dan lagi