Saturday, January 28, 2012

Khidmat Taam lagi dan lagi kali nie Jemaah Sri Lanka

Assalamualaikum sedikit karkuzari,sekitar perkembangan usaha di Kuching Sarawak...pagi tadi usai solat subuh aku sedang berzikir...sambil meribakan adek (Siti Nur Khairunnisa) dalam pangkuan,sedang asyik berzikir,"Assalamualaikum...sayang,sayang...hari niekan Allah nak bagi pahala yang besar kat sayanglah."
dengan muka yang poyo sikit,"pahala apa pulak nie",aku menjawab.

Lalu pengumuman pun dibuat,"hari ini sayang khidmat taam untuk jemaah Sri Lanka seramai 9 orang,"

Oh,iye ke alhamdulilah.terbayang2 dimataku terung,kacang bendi,tomato,yang aku beli untuk santapan makanan sekeluarga,akhirnya akan menjadi korban dan syahid di jalan Allah SWT,periuk2 dan pisau2 pun turut gumbira,hehehe apa2lah imaginasi aku nie ek....:)

Kalau Jemaah Sri Lanka makanan yang nak disediakan takde masalah coz lebih kurang macam makanan orang India di negara kita.Berbeza dengan jemaah Arab,mereka2 nie tak suka pedas,menu2 ala Briani gitu,nasi Mandhi, kebab daging....antara makanan favourite diaorang,emm....kalau Pakistan pulak mudah je,chapati, ur prahta...selalunya beli yang segera sahaja,kuah DAL mesti pekat tak mahu cair2,letak kentang dan daging,memanglah diaorang sukaaa sangat,anggaran untuk satu orang makan lebih kurang dalam 3 keping,pernah sediakan lebih kurang 30 keping....bergantung pada jumlah jemaah.

Teringat masa first time serve makanan untuk jemaah Arab Yaman,mase tu kat Segamat.Aku buat kebab daging,minta resepi adik ipar yang jual kebab.Pergh!,dengar dari karkuzari abang masa tu,muka pak arab terkulat2 tengok nasi lemak bungkus...yang disediakan oleh orang tempatan,dan bila abang sampai buka je termos keluarkan kebab jer...terus Subhanallah,Subhanallah terpacul tak putus2 keluar dari bibir pak Arab...tu,terus buka silang kaki...makan penuh khusyuk gitu.....senyap sunyi seketika hahaha,terus orang tempatan Eh! din macammana kau buat ek,rotinya nie,"hahaha abang pun cakap,"rotinya aku orde kat GIANTlah....lalu Haji Jamil antara orang kuat Segamat (Pengusaha Katering) mencelah,hah! macam nielah ambil tahu sikit selera tetamu2 Allah nie,jangan ikut sedap tekak kita nak bagi diaorang makan,ikut selera kita.Tapi bila difikir2 betul jugak kata2 Hj.Jamil....tu,pada diri aku sendiri satu kemanisan dalam diri bila dapat mengembirakan tetamu2 Allah ini,terasa syukur sangat2 bila dapat menyediakan sesuatu yang biasa dan dekat dalam kehidupan mereka.Seolah2 terasa ada satu renungan yang bermakna yang dapat dirasakan merenung diri ini,mereka gembira,Allah dan Nabi SAW juga suka.....itu gambaran perasaan aku.

Iyelah mudah2han Allah pilih aku dan semua2 ibu yang ada untuk sahut takaza agama akan datang lagi dan lagi,InsyaAllah.Mata dan mengantuk tunggu Nasuha dan Ayah balik dari markaz....nasuha sibuk2kan diri nak khidmat.,mudah2han Allah SWT bagi kefahaman pada Nasuha...permata hati ibu dan ayah.

Terdengar bunyi kereta ayah,park kat garaj.....ayah dah balik.Apa karkuzarinya....pulak yer,menemankan abang makan...."sayang tahu tak,lauk n nasi yang kita nak servekan untuk Jemaah Sri Lanka,telah dikongsi2 dengan jemaah Indonesia yang juga baru sampai tengahari tadi,jadi malam nie 2 group jemaah tersebut dapat makan semua....Subhanallah!,habis dan licin....malam nie pun terasa lain joshnye tau sayang,bayan josh,iman pun josh solat,surah pun panjang2,yang tasykil pun josh jugak....alhamdulilah...itu sahaja yang mampu aku cakap,dan karkuzarinya pun sedang ditulis sekarang nie.

InsyaAllah ijtimak  Kuching akan berlangsung pada 15,16,dan 17 June,doaku moga ramai yang akan keluar untuk sahut takaza agama sebelum dan seusai ijtimak dan mudah2han juga Allah  SWT terima pengorbanan kita yang sedikit ini,dan menjadi asbab hidayat bertebaran ke seluruh alam.Amin!

Pengumuman: Syura Kuching Hj.Syukri telah kembali ke rahmatullah,pada hari Jumaat jam 4.30 petang kelmarin.

Friday, January 20, 2012

Alkisah......seorang ibu,kelas memandu,khuruj,n umrah....penuh jadualnye...

Alhamdulilah syukur pada Allah SWT,akhirnya dapat juga mengupdated blog ini,sejak balik bercuti dari semenanjung memang takde masa nak menjengah2 blog....ini,bzz.....sangat almaklumlah walaupun tak bekerja,tapi bekerja dirumah....errr,banyak kerja perlu dibuat,ditambah pula Siti Nur Khairunnisa pun dah sekolah dgn abang longnya Muhammad Nur Nasuha (satu sekolah).

Sempat juga suami mengusik...".hai anak2 dah sekolah,ade mase lah ibunya kuat lentang kat rumah ek."
Oppsss!pancung ibu yer,Ibu menjawah,"hai cik abang oii,takdernye nak kuat lentang kat rumah ini,buat kerja tak habis2 tau.",ayah menyengeh macam kerang....hihihi.

Ramai orang menganggap surirumah ini takder kerja sangat kat rumah,hiisssh nak dibetulkan balik fakta nie,sebenarnya banyaaakk kerja....seawal pagi dah masuk ke dapur,,first tunaikan tanggungjawab dengan Allah terlebih dahulu wajib,masak sarapan pagi untuk anak2 dan suami,kalau macam marina,beruntung sebab bab mandikan anak2 suami yg buat,tapi kalau abang outstation....huhuhu semua ibu yang buat,disebabkan aku belum pandai memandu kereta,budak2 nie kenalah hantar pakai motor...kalau ayah ada,ayah yang hantar,kalau takder ayah emm...ibulah yang hantar...serasanye aku dikuching ini, karkunah yang bawak motor aku seorang je,karkunah lain semua dah pakai kereta.huhuhu itulah mase kat semenanjung tak nak ambil lesen....murah lagi,kat sini nak taknak terpaksalah jugak, bukan apa untuk kemudahan masa hadapan.Manalah tau nanti kalau,suami nak keluar 4 bulan ur 40 hari takyahlah menyusahkan orangkan,fikir atas makhluk....eiii,(lomah iman den).

Pada 16 Jan 2012, aku pun dah mendaftar untuk ambil lesen memandu....nak ambil computer test,emm tunggu lepas raya cina,sebab raya cina nie aku dan suami akan khuruj,insyaAllah moga Allah mudahkan.

Hah! berbalik pasal kerja-kerja dirumah,bila anak2 dan suami dah pergi atas urusan masing2,bermula tugas kerja2 surirumah seperti mengemas,menyapu,membasuh,mengelap lantai,memasak,menyidai....dan banyak me2 nye lagi.....itulah namanye surirumah yang bekerja......dalam masa yang sama tak terlepas juga solat sunat Dhuha,dan mana zikir2 yang tak dapat dihabiskan hah kan boleh dihabiskan semasa kita buat kerja...tak gitu? fikir atas iman pulak (nie paling baik)!

Penat.....memanglah penat,tapi niat kena betul,semua yang kita lakukan adalah kerana Allah,dalam apa jua keadaan atau situasi,kita letakkan Allah SWT,dan mengikuti sunnah Nabi SAW yang kita kasihi dalam urusan kita sehari2, pasti dan pasti Allah akan mudahkan segala urusan kita,InsyaAllah.Ibaratnya letakkan akhirat dihadapan mata, dan dunia di bawah dagu,dan apa-apa yang kita lakukan kita akan nampak akhirat dahulu.Yes!tapi tulah kadang2 dunia...juga yang menjengah dahulu kat depan mata (kena banyak fikir dan usaha atas iman nie....mesti dan mesti!)

Firman Allah SWT :Katakanlah "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah,ikutilah aku,nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu."Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Ali Imran ayat 31)

Urusan kerja dirumah agak meriah sekarang nie,sebab aku bertemankan Radio IKIM......pagi2 seawal jam 630 pagi ade tafsir Al Quran bersama Ustaz Haji Zahazan....seronok....kalau hari rabu ada slot aspirasi bersama Prof Dr.Muhaya Pakar Mata,seronok juga, bahan bicara berkisar tentang nak jaga mata, menjaga hubungan dengan Allah,ada slot zikir,belajar bahasa Arab,ade promo2 bahan makanan yang berkaitan dengan sunnah,ade slot mengaji,slot ISLAM AGAMAKU nie paling best aku rasa, sebab Radio IKIM akan panggil mereka yang telah berhijrah dan memilih ISLAM sebagai pegangan hidup....dan macam2 hihi nak promote Radio IKIMlah pulak,heh!heh!...ade mase dengar2kanlah.....ye.

Marina nak petik salah satu kata2 dari Ustaz Mohammad Azizi Ikhmal Abdullah,tinggal di jerantut Pahang,(dulu memeluk agama Hindu),antara kata2nya Mualaf ade 2 golongan,satu golongan yang asal2nya memang memeluk agama lain, dan berhijrah memeluk agama Islam dipanggil Mualaf,dan satu Mualaf lagi adalah orang Islam yang sememangnya Islam tetapi meninggalkan ajaran agama Islam itu sendiri,emmm mendalam maksudnyakan....dulu masa marina belum kenal usaha,tak kisah apa2pun keadaan yang disekeliling berlaku,dosa ke?halal ke?haram ke....tak ambil peduli,tapi alhamdulilah dengan sedikit hidayat yang Allah beri dah timbul dalam hati kerisauaan...misalnya kalau tengok orang yang tak sembahyang, hati akan gelisah sebab la nie dah tahu apakah azab yang akan menimpa orang yang tak sembahyang...kalau tak tutup aurat,dah tahu apa kesannya....n macam2 lagilah...(nampaknya fikir dan risau Nabi Muhammad SAW dah mula ada dalam hati,moga Allah kekalkan perasaan nie),sama2 kita fikir macammana nak usahakan fikir dan risau Nabi ini dalam keluarga kita,adik beradik,pokcik mokcik,dan kekawan kita kat luar sanakan,kena fikir2 dan tunjuk dengan cara hikmah serta penuh dengan kasih sayang.Tapi kalau dah tak nak ikut nak buat camne,sebab kerja hidayah bukan kerja kita,itu adalah kerja Allah SWT,Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

Diam tak diam,dah masuk setengah bulan Januari 2012,tentu ramai yang kat luar sana mempunyai azam,ade pulak azam yang tak tercapai2 lagi ye...azam aku macam biasalah nak perbaiki diri,iman dan amal,nak tambah anak yer pasti akan diusahakan untuk tahun ini kih!kih!,nak khuruj,nak pi UMRAH,insyaAllah kalau takde apa2 yang menghalang aku dan suami akan berangkat mengerjakan Umrah pada bulan Mei..doakan marina dan suami yer.Moga Allah mudahkan segala urusan kami.

Kadang2 ade masenya surirumah nie mudah stress....errr,puncanya mungkin disebabkan faktor luaran dan dalaman,cuma cara bagaimana kita nak menguruskan masalah stress tu dengan cara yang terbaik,selain solat,baca alquran,zikir,minta teman2 atau mereka yang rapat bagi kata2 semangat kat kita,kata Prof Dr.Muhaya bila kita banyak stress....badan2 kita banyak mengeluarkan ion-ion negatif yang boleh menyebabkan datangnye penyakit2 kronik (penyakit hati dan seangkatan dengannya)...jangan biarkan situasi menguasai diri kita,tetapi biarlah kita yang menguasai situasi atau keadaan.Betul2 tu,kalau dah penat,carilah masa bersama keluarga keluar beriadah...joging ke,pergi pantai ataupun bercuti,hah kebetulan kami sekeluarga baru2 nie telah bercuti ke Terengganu dan Shah Alam....tersesatlah juga masuk ke UiTM Shah Alam,dah banyak perubahan yang ketara di Shah Alam terutama dikawasan sekitar kampus,dapat jugak ziarah adek lelaki marina yang belajar kat UiTM Shah Alam (karkun Junior),dan mengimbau kenangan2 manis semasa menuntut kat UiTM...(abang dan aku huhuhu),UiTM dihatiku ohhh! tidak2,Allah dan Rasul dihatiku kekal selama2nya),itu baru betul....keh!keh!

Emmm,apa2pun,kita dihidangkan dengan cerita2 kehidupan masing2 suka ataupun duka,ingatlah buat marina sendiri, dan kita semua kena sentiasa memperbaharui iman,sebab bila iman tidak diperbaharui ur tidak dibaiki,lama kelamaan iman akan menjadi lusuh, buruk,maksudnya iman menjadi lusuh sepertimana pakaian yang menjadi lusuh, ialah kerana kemaksiatan yang dilakukan oleh diri kita sendiri maka akan menyebabkan kekuatan iman dan nur iman akan menjadi pudar,caranya bagaimana??

Hazrat Abu Hurairah R.Hu,meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,"Sentiasalah memperbaharui iman kamu." Para sahabat R.Hum. bertanya,"Bagaimana kami memberbaharui iman kami,wahai Rasulullah?" lalu Baginda pun menjawab,"Perbanyakkanlah ucapan kalimah LA ILAHA ILLALLAH (Hadith Riwayat Iman Ahmad).

Sekian,karkuzarinya...Ya Allah! aku selalu memohon pertolongan dan harapan dariMu,walaupun dalam sekelip mata aku tetap ingin bersamaMU.Amin,Amin,Amin Ya Allah.

ALBUM KELUARGA

 Menghilangkan stress....berjoging bersama-sama anak2 "Adek tunggulah ibu,tak larat nie nak kejar adek oii."

 Berhenti kepenatan,coz dah lama tak joging,dah banyak lemak2 nie,semput kejar dua orang athlet nie,err!

Takpelah dek,tak dapat naik kuda betul,kuda nie pun jadilah hihihi

Abang:"Dek,sekarang nie kita boleh main2 tau,esok dah besar banyak kerja kita nak kena buat....
Adek: Kerja apa Abang nasuha?
Abang: "Teruskan kerja2 Nabi yang kita kasihi dek...fikir2 dan Risau2 keatas Umat...kita mesti belajar2 rajin kerana Allah,jadi contoh yang baik pada orang lain.Abang jadi macam ayah, adek jadi macam ibu.

Hati yang tenang,akan sentiasa bersyukur apabila menerima nikmat,sabar apabila ditimpa musibah,rela memberi maaf apabila dipinta,mudah meminta maaf apabila bersalah,qanaah dengan rezeki yang ada,tawakal apabila berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dan manusia.Thanks...Allah,coz menghantar abang kepada diri ini, sebagai asbab perubahan dalam hidup.Opps! jangan salah faham bahawa isteri abang berubah adalah kerana Allah SWT.

 
Rumahku,Syurgaku...penuh dengan ketenangan.... 

Siakap 3 rasa Ala Petai hehe,suka ubah2 selera....

Hah cecuba teka saye siapa? Sayelah Muhammad Nur Nasuha,mase niekan saye ade 2 batang gigi,saye suka ratah belakang ayah,sampai ayah macam nak nangis hihi....

N penutup Album...Keluarga..Kenangan Jemaah Masturat 40 hari Semenanjung kat Kuching Sarawak.

Jemaah masturat 40 hari nie memang mujahadah semuannye mak2 yang dah bercucu...tabik spring betullah!