Wednesday, October 9, 2013

Pizza in His Pocket (Jom Belajar Buat Pizza,Homemade Marina's Pizza)

Assalamualaikum..wbt,n alhamdulillah ibu panjatkan rasa syukur yang tidak terhingga...sebab rupa2nya masih berkesempatan untuk melakarkan sesuatu yang ibu rasa nak kongsi2kan dengan para ibu2 diluar sana...emm,alhamdulillah Pizza?....hik!hik!...tadi malam ibu ada postkan gambar2 pizza yang ibu masak pada Sabtu yang lalu...itupun disebabkan permintaan yang "hangat" dari abang Nasuha n Kak Nisak,dan mereka makan dengan begitu puas,kata Mok Teh ler,itu kata Mok Teh....emm,apa dia kata ek?

Mok Teh...cakap,"Long pizza kau nie lebih sedap dari Pizza Hut dgn Domino Pizza," Haha! kak Long tak teruja pun...sebab bukan Kak Long yang bagi sedap semuanya Allah yang bagi sedap,sebab semuanya atas izin Allah...kalau Allah xnak bagi sedap,buatleh camner pun....semuanya atas izin Allah.

Bila post gambo2 dekat FB,maka ramai ler pulok bertanya..."Kak camner resepinyer?" Kak bole mintak resepi?" kak pm resepinyer?...So,jadi dah gatai tangan masukkan gambo2 tu,maka wajiblah kita sharing2 together2 resepi tukan....gitulah ceritanya....bertingkat2....hik!hik!...,so sebelum tu mehla kita layan lagu ni,pernah tak dengor lagu "Pizza in His Pocket, (Zain Bhika,Rashid Bhika,n Naadira Alli),lagu nie menjadi sumber inspirasi..ibu...ketika ibu baru2 belajar molah pizza.


Pizza in His Pocket Lyrics

Did you ever hear about the boy
Who ate and ate and ate!
He ate early in the morning
And he ate when it was late.
But he didn’t thank Allah for all the yummy food he had
And he ate so much it made him sick!
Which really made him sad.
He ate dates in Damascus, which he thought were very nice.
And hot samoosas in Sumatra, seasoned with a special spice.
He had tacos in Tijuana with some sauce he got from Spain
And a bowl of fresh bakalava that he bartered in Bahrain.
He said gyros made in Cairo are a taste that can’t be beat,
And the lemonade in Yemen made a very special treat.
But the turkey made in Turkey
Could still use a pinch of salt.
If you ever visit Malta, you should
Have a chocolate malt!
He had pizza in his pocket, he had ketchup on his shirt,
And he bought an ice-cream sundae, so he wouldn’t miss dessert.
He had pizza in his pocket, he had ketchup on his shirt,
And he bought an ice-cream sundae, so he wouldn’t miss dessert.
On a bay in the Bahamas,
He ate bon-bons in a bunch.
And then he rushed back
Home so he could make it
Just in time for lunch!
Then one day he saw a little girl, who held her tummy tight,
And he walked over and asked her if everything was alright.
She said she was so hungry and had been hungry for so long,
Then he realized the way he ate was very very wrong.
He looked down at his own tummy and he started feeling pain-
Pain from eating too much food, but he knew not to complain.
So he brought the girl some food, shared it with her family,
Then they thanked Allah for what they had, and then he let them be.
So let’s try to learn a lesson and let’s try to do what’s right.
Eat the food your parents give you without a fuss or fight.
Always be thankful to Allah for all your yummy food,
Share what you have with others, because not sharing is rude.
Being thankful is what’s really great.
Eat the veggies on your plate.
And don’t be like the boy who always ate and ate and ate!
He had pizza in his pocket, he had ketchup on his shirt,
And he bought an ice-cream sundae, so he wouldn’t miss dessert.
He had pizza in his pocket, he had ketchup on his shirt,
And he bought an ice-cream sundae, so he wouldn’t miss dessert.
Being thankful is what’s really great.
Eat the veggies on your plate.
And don’t be like the boy who always ate and ate and ate!

Lyrics for Kids Information

Artist (s): Zain Bhikha ( Rashid Bhikha & Naadira Alli; Fakazi Ngwekazi (Nhlanhla), Linda Gcwensa & Mfana Nxumalo) (Backing Kids: Aaliya Ismail, Kaamil Alli, Laika Bhikha, Nabeelah Galvan,Sameera Rodrigues, Yasaar Kamaar, Busisiwe Mtshali, Zoe van Rooyen, Micheala Solomon, Nishaat Mangera, Zhakieyyah Zardad & Brandon Dlomo. )
Album: Allah Knows


Dah....habis dah dengar lagu, hah apa tunggu lagik sediakanlah pen dan kertas, salin resepinyer...nanti dah salin buat tau n lepas tu post kat Fb gambo2 nyer sharing2 ler kejayaan membuat pizza sendiri.

Resepi Marina's Pizza
Bahan2 nyer.
1 1/2 cawan air suam
2 skup yis mauripan (yang nie pakai sukatannyer tau,ada sudu khas pi cari kat kedai kek)
4 cawan Tepung gandum (sukat pakai cawan minum teh)
Secubit gula
1/4 skup garam
1/4 cawan olive oil (minyak zaitun)...ni Sunnah tau,sebab tu pizza sedap n berkat hik!hik!
Sedikit olive oil untuk dilumurkan ke dalam mangkuk 
Plastic Wrapping
Sedikit butter..utk disapu di dalam pan(dulang) pizza kita

Bahan2 Topping
Bawang dicincang dadu...agak2 sendiri
Cendawan Butang (disyorkan guna jenama Ayam Brand..)
Lada Benggala ur Capsicum Kuning,Merah, N Hijau
Sosej dihiris2 tipis 
Isi Ketam
Sedikit dada ayam dicincang halus digoreng dgn sedikit minyak bersama bawang,taburkan sedikit maggi secukup rasa..
Sos lada Hitam Life 2 1/2 sudu camca besar
Sos Tomato Life 1 sudu sahaja
Sos Cili Life 2 sudu camca besar
Cheese (yang ini ikut suka potong bergantung pada kreatifviti masing2)

Cara Buat
1.Campur secubit gula ke dalam air suam dan masukkan yis.Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.

2.Ayak tepung atau tidak terpulang,masukkan tepung ke dalam mangkuk bersama garam.Buatkan satu lubang di tengah2 tepung.Tuangkan olive oil kedalam bersama dengan air yis tadi.

3.Ambil pisau dan dialu2kan seolah memotong kita memotong kek dari tepi ke tepi sehingga adunan kita tadi menjadi sebati.

4.Kemudian gunakan tangan,uli dan uli doh kita tu sehingga tidak melekat di tangan.

5.Taburkan sedikit tepung gandum atas papan pencanai..klau takder takpa, pakai papan potong sayur jer pun boleh,uli doh sehingga rata.

6.Sapukan sedikit olive oil didalam dimangkuk dan letakkan doh yang siap diuli kedalam,sapukan lagi olive keserata permukaan doh juga.


Doh yang telah siap....dibahagikan kepada 2 bahagian untuk 2 set pizza.

7.Tutup doh kita dengan palstic wrap selama 30 minit,biarkan doh kita beristirehat...tunggu dia naik dah...dan apabila doh dah naik,keluarkan tumbuk2 doh kita itu dan bahagikan kepada 2 bahagian (kita akan dapat 2 set pizza).

8.Sapukan dulang pizza dengan butter,dan canai doh kita,doh yang teah siap dicanai dalam dulang,kemudian ambil garpu dan cucuk2kan sedikit di atas doh tersebut bagi mengeluarkan udara.

Dulang/Acuan  pizza

Sapukan butter di atas permukaan dulang pizza.

9.Letakkan Sos lada hitam,sos tomato,sos cili....taburkan aksesori/topping mengikut kesukaan anda,serta letakkan chesse.





Kesemua Aksesori ini akan diletakkan di atas pizza kita.

Pizza yang telah dihias.......

Pizza yang telah ditaburkan chesse

10.Sebelum tu,jangan lupa panaskan oven dahulu dengan suhu 240'c selama 5 minit,Kemudian kurangkan kepada 220'c dan bakar selama 15 minit lagi,dan juga lupa pizza kita perlu dibakar dengan menggunakan api atas bawah.



Tarar! dah...siap dibakar....

yeh!...siap2 untuk dipotong tang ni abang nasuha n kak nisak dah tak sabar2 dah...


Baby Abu Ubaidah pun nak tumpang sekali ek ek....

Sukanyer budak 2 orang ini...hati ibu tersentuh...dapat tunaikan permintaan mereka..

Alhamdulillah...akhirnya dapat juga ibu menghabiskan catatan resepi Marina's Pizza atas permintaan teman2 Fb...hik!hik!...haha lepas ni jangan tak buat tau...jam sekarang dah menunjukkan ke angka 12,tapi jari2 ibu makin laju untuk menyudahkan bait2 terakhir dalam coretan kali ini,dan ingin ibu berpesan untuk diri ibu juga dan teman2...sebelum 2 mata kita berlayar dalam tido yang lena dibuai mimpi,marilah kita sama2 muhasabah diri kita..muhasabah apa yer?

Tanggunjawab kita kepada Allah SWT dah settle?
Tanggungjawab kita pada satu orang Insan yang banyak berkorban untuk kita dan ummat ini,Baginda Rasulullah SAW.Adakah amalan hidupnya menjadi amalan hidup kita?
Tanggungjawab kita sesama manusia/makhluk?
Kesilapan kita terhadap manusia?Maaf2kan..

Mudah2han apabila esok pagi kita dibangkitkan,iman dan amal kita lebih baik lagi dan lagi dari iman dan amal kita yang semalam...malah bertambah baik,insyaAllah.

Salam sayang ingatt... masak "With Imaan..."

Terima kasih banyak2 pada Kak Azie Kitchen...kerana banyak memberi info tentang Pizza,moga Allah SWT menambahkan lagi dan lagi ilmu akak atas ilmu yang dikongsi.Jazakillah khu Khoir kak.







Thursday, April 11, 2013

Abu Ubaidah dah 4 bulan 2 Minggu,Syukur Alhamdulillah.

Assalamualaikum...alhamdulilah wah ! akhirnya berjaya juga ibu mengerakkan jari jemari ini untuk melakarkan cerita2 terkini diblog An Nasuha Tawakal IllALLAH...yerlah,seingat-ingat ibulah kali terakhir ibu menulis di blog ini pada akhir tahun lepas bulan Disember,selepas tu memang tak berkesempatan dah disibukkan dengan baby Abu Ubdaidah...diam tak diam dah masuk 4 bulan 2 minggu Abu Ubaidah bernafas di atas bumi Allah ini.Allah....syukur yang tidak terhingga...dan ibu sejak akhir2 ni agak bzzzzz...hik!hik!,

Apa yang IBU BZ ek...cuba ceciter sikit ek....

1.Seawal jam 4.30 dah bangun...huhuhu,(yang nie kalau tak keletihan,boleh awal tapi, kalau dah berjaga layan baby Abu Ubaidah...termiss jugak kadang2,huhu Allah tak pilih..sedihnyer.
2.5.30 pagi Ready for Solat Sunat Subuh N Solat Subuh.
3.Baca Yassin Ur Manzil
4.Pukul 6 dah masuk dapur....prepare for breakfast/bekal abang Nasuha,Kakak Nisak nak bawa pergi sekolah di Tadika Anakku Sayang..hehe promote sekolahnya best...sebab pagi2 ada kelas Hafazan,n Taalim.Bagus nyer,sekarang nie kalau abang Nasuha dengar nama Rasulullah SAW,dia dah pandai jawab selawat ke atas Nabi, n sediakan sarapan untuk ayah yang nak pergi kerja.Bila diaorang dah pergi semua...ha,ha,..bestNyer.

"IbU n BabY Abu UbaiDah OrAnG YaNg Paling BaHaGia Di RuMah"

5.Selalunya baby Abu masih tido lagik...kaki tidur dia nie,ibu buat kerja jenguk2 kedai Abu Ubaidah Online Kids Shop,lepas tu kemas2 rumah,basuh baju,mop lantai,lap2 habuk,Solat Dhuha...dan memacam lagik kerja2 rumah yang tak settle2 tu.

Hah...bila baby Abu bangun...dah prepare nak mandikan dia,lepas tu beri dia nenen....kenyang sambung tido lagik.Bila kerja rumah dah siap...dapat rehat sambil tunggu abang n kakak balik dari sekolah.

Abang n kakak balik dalam jam 12.30 cikgu hantar balik,bila dah balik 2 orang askar nie kecohlah,emm,baby Abu yang tido nyenyak pun bangun....,kadang2 Ibu terfikir dalam hati macammanalah kalau ibu dikurniakan anak2 yang ramai...sedangkan yang 3 orang nie pun kadang2 kelam kabut jugak ibu dibuatnya.. Ibu stress....huhu "Ibu....tgk adik nie,"kang..kejap lagik "Ibu tgk abang nie"...,kejap lagik "ibu tgk nie adik kacau baby Abu"...ya Allah!...semput kura2 ibu nie nak oii huhuhu...itulah agaknya perasaan ibu2 kita waktu dulu2 melayan kerenah kita semua....MasyaAllah.Ampunkan Ina Mak jika kiranya ina banyak menyusahkan mak dengan kerenah ina,tapi Mak sabar jer.Huhu Rindu ibu dengan tok mak.

Biasanya lepas balik dari sekolah abang Nasuha dan kakak Nisak akan tido,tapi...hah ada tapi nyer,sebelum tido kena mengaji dulu,alhamdulilah abang Nasuha dah sampai menghafal yang terkini surah Al TariQ,ibu akan cuba upload Video2 abang nasuha dalam sesi menghafaz surah2 dalam Juzuz Amma...kak Nisak pula dalam proses menghafaz tapi tak selaju abang Nasuha,baby Abu Ubaidah pulak,tiap2 malam dengar bacaan surah Al Waaqiah,Al Mulk dan Surah Al Sajadah,InsyaAllah mudah2han Ibu diberi kekuatan untuk istiqamah.Pernah jugak permintaan abang Nasuha,,,nak mengaji waktu malam,ibu cakap tak boleh siang membaca..malam pulak menghafaz,sebab malam bahagian ibu pulak nak mengaji...kalau dah ajar abang Nasuha malam,jawabnya....ibu tak sempat nak membaca.Sorry yer dear....ibu nie banyak tugas,kang lepas Isyak kita semua akan taalim bersama ayah,lepas tu prepare nak makan malam,sediakan tempat tido ayah,n anak2 ibu, lps tu nak kemas dapur.n macam2 lagik..huhu.

Apa2 pun ibu bersyukur dapat jadi ibu pada anak2 ibu...banyak yang ibu belajar daripada anak2 ibu,sebelum tido kita semua akan buat sunnah,yang paling mengharukan kadang2 bila ayah terlena seketika..kerena keletihan...

Abang Nasuha: "Ayah,Ayah....bangun ayah,ayah dah buat sunnah belum?"....terharunya ibu anak2 mengingatkan ibu dan ayahnya.

Ibu2 yang dikashi....sebenarnya kita harus bersyukur sebab kita diberi peluang oleh Allah SWT untuk menjadi ibu,jadi semua ibu2 harus sedar peluang yang Allah berikan pada kita,haruslah kita hargai..dengan cara kita semua mengikuti dan melaksanakan perintah Allah,meninggalkan apa yang Allah larang dan mengamalkan cara kehidupan mulia baginda Rasulullah SAW.insyaAllah kita akan memiliki satu "MADRASAH YANG HEBAT...dalam rumahtangga kita,bila anak2 telah kita corakkan dengan kehidupan mencintai ALLAH SWT dan RASULULLAH SAW...Madrasah yang kita bina itu akan tercipta suasana Sakinah,Mawaddah Warahmah...sebagaimana keluarga baginda Rasulullah SAW.InsyaAllah semoga apa yang tertulis disini akan memudahkan untuk kita cuba2 beramal,mudah2han ALLAH SWT akan beri kita ibu2 taufik dan hidayat  untuk kita amalkan dan sampaikan kepada yang lain.Jazakillah untuk ibu2 semua.


Menghitung jari2 saya nie...


Ya Allah tolong! ya Allah tak habis2 budak 2 org nie nak cium saye.



Auw...semakin tomban saye....asbab minum susu Ibu yang Asli.


Dah pandai solat hampir sempurna,terima kasih Ya Allah sebab bagi faham pada anak2 ibu.


kak Nisak dgn Baby Abu Ubaidah...lps solat Maghrib.


Disinilah setiap malam,kami sekeluarga berkumpul bertaalim,bermuzakarah...dan membincangkan apa sahaja perkara2 yang berbangkit...semoga dapat istiqomah...amin!


Ayah dan ibu sewaktu umrah 2012...kenangan baby Abu Ubaidah dah sebulan dalam perut ibu,dan ibu tak tahu ibu mengandung sewaktu pi umrah.Sweet memories...



Abang Asraf,Abang Nasuha, n Kakak Nisak di Spring Kuching,cari stroller baby Abu Ubaidah.


Opps! ayah sory usik ayah...hik!hik!


Khusyuknyer abang Nasuha....





Tarar.....nielah album keluarga saya...salam sayang pada mereka yang singgah sebentar diblog nie,mudah2han saye Abu Ubaidah dan semua2 hamba Allah umat seluruh alam dapat taat pada perintah Allah dan amalkan cara mulia kehidupan baginda Rasulullah SAW.Allahumma Amin!

Link ke Abu Ubaidah Online Kids Shop
dapatkan barangan si comel anda.
Ingin Mencari Niqab boleh link dibawah ini..InsyaAllah banyak pilihan.Material sangat berkualiti.

Sunday, December 23, 2012

Titipan Kasih Buah Hati Ibu & Ayah "Abu Ubaidah"


Assalamualaikum....wbt,sekadar berkongsi berita gembira,Alhamdulilah kupanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT...kerana telah memudahkan segala urusan kelahiran permata hati kami yang ketiga Abu Ubaidah B.Hj.Salehuddin Klewan.Lahir pada hari Isnin 3hb Disember 2012,jam 12.02 minit tengahari.


 Kronologi Kelahiran Abu Ubaidah
7.45 pagi - Ibu dan ayah bergerak ke Pusat Perubatan Normah...dekat jer 10 minit dari rumah ke Normah Medical,sebab 8.30 pagi ibu kena ambik darah dan membuat persiapan untuk masuk OT (bilik pembedahan),tukar baju dan sebagainya,diberi taklimat ringkas oleh jururawat yang bertugas.

Apa yang buat Ibu Terharu???
Yer,yang membuat ibu terharu sangat,ayah akan menemani ibu sewaktu pembedahan.

Pembedahan Jam 11 pagi
Jam 10.30 ibu dah ditolak ke bilik OT,tangan masuk air (adus! memang sakit giler ya Allah!),yang paling mendebarkan ibu sewaktu proses bius di tulang belakang...sakit,sakitlah mula2 jer masa jarum tu ditusuk ke tulang belakang...lepas tu badan dah tak rasa,kebas,doktor bius separuh badan.Dalam pada itu,ibu mengalami simpton muntah2,mungkin kesan dari ubat bius tersebut,ayah kat sebelah ibu....tolong kesatkan lelehan muntah dipipi ibu...terharu ibu...ibu tengok rupa ayah pun dah macam doktor hehehe...




Baby Boy ur Girl???, Allah SWT bagi  Suprise kat Ibu dan Ayah
Setiap kali ibu check up,dan scan memang tak nampak jantina anak,tapi ayah sejak dapat tahu ibu mengandung,memang dia panggil Abu Ubaidah....ibu cakap kalau yang keluar girl macammana,dah ada nama ker? Ayah cakap, "nanti abang fikirkan," sebenarnya untuk ketiga2 anak2 ibu,untuk nama, ibu serahkan kepada ayah....ibu tahu pilihan ayah adalah yang terbaik....n lastly,betullah tekaan hati ibu....
bila ayah cakap....kat ibu,"Abu Ubaidah.....yang keluar sayang,bibir ibu terus ucapkan rasa syukur kepada Allah SWT,"Alhamdulilah atas kurniaan MU yang tidak ternilai ya Allah"


Tarar.....My name Abu Ubaidah B. Salehuddin Klewan.


My beloved dady.......

Setelah 7 hari diatas muka bumi ini,maka ayah telah mencukur botak Abu Ubaidah dengan mengikut sunnah Rasulullah SAW...agak kelam kambut ketika itu,mana cari kambing,nak tempah catering...sebab ayah tak mahu menyusahkan tok mak,akhirnya majlis bercukur berjalan dengan lancar,kesian jugak ibu tgk ayah....kepenatan dan keletihan,dahlah berulang alik ke hospital,sebab baby Abu Ubaidah kena admit,sebab kuning...Ayah cakap kat doktor Abu Ubaidah mesti keluar ari ahad,coz malamnya majlis bercukur untuk Abu Ubaidah...,iyelah memang Allah SWT mudahkan segalanya...jemputan boleh tahan jugak,pakcik2 surau,jiran tetangga,n yang paling best....ayah jemput jemaah bisu yang khuruj di Kuching kebetulan pada malam yang sama ade di markaz....sebelum mereka semua bertolak ke Sibu.Menu pada mlm tersebut Nasi Briani, daging Kambing masak Kari,Ayam masak Merah,Sambal goreng Kacang Panjang, dan ayah sajikan tetamu dengan durian dan rambutan yang tengah menjadi2 di Kuching nie. Sewaktu baby Abu Ubaidah dicukur.....alhamdulilah dia tak nangis....Ayah ada bagi sedikit tazkirah mengenai amalan bercukur yang dituntut dalam islam,bukan "Amalan Cukur Jambul",kepada para tetamu....amalan yang mengikut sunnah Nabi SAW  selain dibuat dapat pahala,ia membesarkan sunnah Nabi,intipati yang penting yang ayah nak sampaikan pada tetamu,nak betulkan salah faham masyarakat hari ini mengenai amalan bercukur untuk anak2 yang baru lahir.

Alhamdulilah hari ini dah 20 hari ibu berpantang,sakit semasa pembedahan masih terasa...terima kasih dan sayang yang tidak terhingga pada emak Pn. Jumiah Bt. Hassim yang sudi menjaga ibu serta cucu2nya yang boleh tahan keletah dan ragamnya,yang hampir2 buat emak migrain hik!hik!,buat ayah tenkiu...banyak2...ibu sayang ayah,lepas nie kita janji akan besarkan daie2 kita,dan lebih fokus pada usaha dakwah....hari ini kita nak orang datang pada agama,maka kita sendiri perlu buat pengorbanan yang banyak...Allah SWT takkan bantu orang islam,sekiranya orang islam sendiri tidak bantu agama mereka.InsyaAllah moga kita sama2 ambil iktibar,amal dan sampaikan kepada mereka yang lain.


Sebelum di cukur........my hair

Opps! dah botak pun......

Kena tudung....(kelambu)sebab kakak Nisak ngn abang Nasuha suka kacau baby Abu Ubaidah tido.

Akhir sekali,sempena hari lahir ibu yang ke 32 tahun...10hb Disember 2012 baru2 ini,ibu dikurniakan Abu Ubaidah 3hb Disember 2012,dan akan datang ayah pulak 30hb Disember 2012,mak ngah pulak 23hb Disember 2012....bestnya .....hik!hik!,rasa syukur pada Allah SWT di atas segala nikmat2 yang diberi.Hidup kita mesti lebih fokus bagaimana nak tingkatkan iman dan amal,sebab satu ari nanti kita akan tinggalkan semua nikmat2 tersebut,kecuali yang akan kita bawa iman dan amal kepada Allah SWT.

Hari Sabtu,22hb Disember 2012....kenangan manis buat kami sekeluarga,selain menerima jemaah masturat (sebelum ibu bersalin),jemaah bisu(semasa majlis bercukur Abu Ubaidah),kami juga diberi kelapangan menerima tetamu jemaah dari India seramai 7 orang,mereka kesemua makan dirumah kami,ayah ambik fikir untuk khidmat...menu cambiasala kari kepala Ikan Merah,salad kentang,koktail laici....yang paling ibu tak dapat lupakan ada satu talam jemaah tak dapat habiskan makanan,jemaah pulang jer....,kami anak beranak habiskan....ambil berakat...(rahsia hanya mereka yang tahu hik!hik!)


Hai untung Abu Ubaidah kelahirannya....membuatkan rumah kami banyak menerima tetamu yang khuruj di jalan Allah SWT...moga Allah SWT akan pilih Abu Ubaidah,Abang Nasuha,n Kakak Nisak untuk korban masa,harta dan diri untuk agama Allah dan Rasul.












Tuesday, July 17, 2012

Alhamdulilah dah baik dah...:)

Assalamualaikum wbt,emmm...dah lama tak menulis sesuatu di blog nie,dah agak bersawang,iyelah semenjak pulang menunaikan UMRAH,dan mendapat hadiah yang istimewa sewaktu di Makkah,segala2nya agak terbatas,alhamdulilah setelah hampir 4 bulan "berperang dengan alahan (mabuk orang mengandung),barulah ade kekuatan,aku bersyukur kepada Allah,dalam keadaan mabuk yang teruk,ramai yang menghulurkan bantuan dan khidmat,buat Encik suami yang dikasihi Hj.Salehuddin....yang sungguh2 membantu....memang abang "the best",akhirnya turunlah segala kepakaran abang yer hehehe.Terima kasih yang tidak terhingga jugak pada Mak Ros yang sudi memasakkan makanan untuk kami sekeluarga,kak dayang yang mengambil upah khidmat membersihkan rumah kami,kak Min yang menjaga aku selama seminggu sewaktu abang outstation di Melaka, Mak Saadiah Ahlia Hj.Saleh Simon (Syura Kuching) yang masakkan ikan keli bakar, teman2 yang sudi datang ziarah,dan jiran2 kiri dan kanan yang simpati kepada anak perantau ini.

Mengandungkan anak yang ketiga ini,sebenarnya banyak "keajaiban" yang Allah nak tunjukkan betapa hebatnya Allah ini,nak dikongsikan bersama teman2...insyaAllah jom kita layan...zass...

Sekadar perkongsian pengalaman
Makkah....
Sebelum menunaikan umrah,aku memang disahkan tidak mengandung oleh doktor,tetapi lain ceritanya pula sewaktu aku habis menunaikan umrah yang kedua di Makkah,aku mengalami keletihan yang agak luar biasa,teman2 pulak mengusik "entah2 ina mengandung kot",aku pulak menjawab,"eeii taklah sebelum pergi ina dah check dgn doktor memang takder....",akhirnya teka-teki itu terjawab,apabila aku sendiri membuat ujian kehamilan di bilik hotel,"Aaalah,aku memang mengandung,patutlah aku suka beli air epal merah kat kedai Pak Arab yang berdekatan dengan hotel kami menginap.Teruja dengan peristiwa itu aku kongsikan bersama2 mak (makcik yang sama menunaikan Umrah kupanggil mak)dan teman2 semuanya mengucapkan tahniah,alhamdulilah,abang orang terakhir yang tahu hehehe,dan abang buat sujud syukur di Tanaim....

Maher Zain belanja air tebu (Muka jer,n stail macam Maher Zain)
Dalam keadaan yang mula tak selesa (mabuk2),aku kuatkan semangat jugak di bumi barakah,untuk umrah yang ketiga,memang dah tak larat,tapikan larat jugak,yang peliknya time tawaf di Kaabah,aku ok jer...cuma ketika Saie (Safah dan Marwah) masuk pusingan kelima,abang berhenti sekejap,bagi peluang aku tarik nafas,umrah pun dah macam Haji,ramai sangat,dan untuk umrah seterusnya aku dah tak larat,cuma larat pergi sembahyang di masjid,n buat tawaf sunat n tawaf Wida (tawaf selamat tinggal).


Balik dari menunaikan tawaf  sunat,aku cakap kat abang nak minum air tebu,keletihan.....sewaktu kami sedang berbaris menunggu giliran,didepan kami, ade seorang lelaki persis seperti Maher Zain,dia tak kenal kami,dan kami tak kenal dia,tetapi yang peliknya dia ikram kami dengan membelikan 2 air tebu untuk kami,dan menghulurkan kepada aku dan abang,abang dan aku tersenyum siput2 haha,malulah orang belanja,tapi wajahnya sebijik macam Maher Zain....."thanks". ucap abang ringkas,dan kami terus pulang ke hotel.(dalam hati kecil ku berkata,entah2 muka anak ibu nanti macam orang Arablah,kui!kui!,amin!).

KHIDMAT
Aku suka khidmat...bila khidmat aku rasa sangat dekat dengan Allah,gembira dapat bantu orang lain yang memerlukan pertolongan,walhal aku rasa aku nie banyak sangat kekurangan,peristiwa di Masjid Nabi di Madinah menemukan aku dengan sepasang suami isteri,dari negara mana aku kurang pasti,tapi yang pastinya aku tak faham bahasanya,mereka tak pandai berbahasa Inggeris,tapi tak mengapa Allah yang bagi faham kat aku,akan kehendak mereka,si suami meminta tolong kepada aku supaya menolak kerusi roda isterinya untuk solat di dalam masjid (bahagian wanita).Bertuahnya sebab Allah nak bagi pahala pada aku,aku pun menolak kerusi roda isteri pakcik tu,sampai dibahagian dalam,dia cakap dalam bahasa dia,(makcik nak solat dekat tiang sini,takpelah anak nak pergi sembahyang pergilah),aku pun cakap dalam bahasa Inggeris pada makcik,tunggu sini,selesai solat saya bawa makcik pada suami makcik,dan usai solat aku pergi menemui makcik tersebut, tapi makcik dah takde,aku jengah di pintu besar tak nampak kelibat makcik tadi pun.


Solat di Raudhah,alhamdulilah aku dapat bersolat di Raudhah sebanyak 2 kali,tapi solat kali yang kedua di Raudhah,satu kenangan manis yang takkan aku lupakan,ketika aku sedang melindungi Herlina untuk solat sunat di Raudhah,supaya tidak dilanggar oleh orang lain yang bersesak2 dah nama orang pompuan macam2 perangai (sebenarnya kalau kita sayang Nabi, tak perlu untuk kita bertolak2,dan mengasari orang lain,kerana Nabi tak suka,kita buat umrah untuk dapat pahala,bukan untuk dapat dosa,puji jemaah Malaysia yang sangat bersopan santun ketika menunggu giliran untuk solat di Raudhah),ketika Herlina tengah solat,ada sorang Makcik Arab,berteriak kepada aku "Solat!Solat!Solat! sambil menunjukkan satu ruang yang kecil dihadapan aku cukup untuk aku mendirikan solat,waktu tu aku bingung orang sedang bersesak2,tapi ruang yang ditunjukkan untuk aku memang tak diusik langsung oleh orang lain,aku pun terus solat dan mengucapkan terima kasih pada makcik Arab,dan selepas itu aku tak nampak dia langsung.

Taalim di bilik Hotel bersama mak2 India Muslim
Alhamdulilah semasa di Makkah aku dapat buat 3 kali taalim di bilik hotel,bersama mak2 India Muslim...mereka semua sangat mesra dan sangat ambil berat,mereka panggil aku "ustazah" haha,lucu bebenor panggilan tu (tak layak langsung untuk diri aku),dapat juga berkongsi dengan mereka tentang kisah2 sahabah dan sahabiah,pengorbanan Nabi dan banyak lagi yang lucunya ade tukang traslate ke bahasa India (hehe dah macam bayanlah pulak),tapi apa2pun memang ia satu kenangan manis yang tak dapat aku lupakan,rupanya2 menurut doktor  ketika aku check up mengandung (di Semenanjung) di Makkah kandungan aku dah masuk 1 bulan,itulah kuasa Allah,dapat si baby tawaf di Kaabah rumah Allah yang Mulia,dapat merasa Saie ketika ibu sedang mabuk2,ibu dapat merasakan bagaimana peritnya Ibu Siti Hajar berlari2 anak dari Safa ke Marwah mencari air untuk anakndanya Nabi Ismail,tarbiah untuk ibu dan permata hati ibu....insyaAllah bakal lahir pada awal Disember 2012(melalui pembedahan),apa2pun ibu berserah pada Allah moga ibu dan permata hati ibu selamat hendaknya n kepada teman2 dan pengunjung blog yang tak seberapa ini,SELAMAT MENYAMBUT PUASA RAMADHAN AL MUBARAK,tingkatkan iman dan amal pada bulan yang penuh kemuliaan, tanda kasih Allah kepada kita selaku umat Nabi Muhammad SAW.








Monday, April 9, 2012

~Perjalanan Ibadah + Perjalanan Islah Diri~

Bismilahirahmannirrahim
Manusia sebagai khalifah Allah,ketinggian martabat seorang insan itu bukan diukur dari pangkat atau kedudukan,kebangsawanan atau darjat keturunan,kemewahan atau harta benda,malahan bukan juga dari warna kulit atau paras rupa.

Nilai sebenar seorang insan adalah diukur melalui Firman Allah SWT :-
 
إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬ ١٣

Maksudnya: Sesungguhnya,semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih takwanya
di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana

(Surah Al-Hujurat :13)

Alhamdulilah,tengah menghitung hari untuk aku dan suami berangkat ke Tanah Suci,perasaan berdebar2 tak usahlah nak dicakap,makan memang dah takde selera,kerinduan tak dapat nak dikatakan lagi,bertamu ke rumah Allah,dan bertamu ke masjid Nabi SAW,satu hadiah yang paling bermakna....dalam diri aku.Moga  Allah mudahkan segala urusan kami dari kami pergi hingga kami kembali,dalam sibuk mempersiapkan persiapan terakhir,untuk diri dan anak2 yang bakal kami tinggalkan kepada Encik Azlai dan isteri Kak Min (Pn.Jamilah),yang akan diamanahkan untuk mejaga putera dan puteri kami,Mohammad Nur Nasuha dan Siti Nur Khairunnisa sepanjang 13 hari kami disana.Moga Allah mudahkan juga urusan mereka dalam menjaga anak2 kami.

12/04/2012 - Balik ke Semenanjung.

Berlepas 13/04/2012 dari KLIA
:
:
COLOMBO,Sri Lanka (Transit 4 Jam)
:
:
JEDDAH
:
:
MADINAH (BIR ALI)
:
:
MAKKAH
:
:
Berlepas pulang pada 25/04/2012 (dari lapangan Terbang Jeddah)

Dalam sibuk2 kami membuat persiapan akhir,amir jemaah tasykil Kuching,Cikgu Jamali,meminta kami menyahut takaza untuk khidmat Taam Jemaah Sri lanka 4 Bulan,yang mana routenya diKuching berakhir dan akan bergerak ke Bintulu seterusnya, syukur kepada Allah memberi peluang kepada aku sekali lagi,kerana sekurang2nya sebelum aku pergi ade sesuatu yang aku dapat sumbangkan untuk mereka2 yang keluar di jalan Allah....teringat waktu jemaah nie sampai aku khidmat taam untuk mereka,dan bila habis route diKuching,aku dapat menyediakan sekali lagi makan malam,berserta sarapan pagi dengan chappti,prahta,dan dal daging,sengaja aku masakkan lebih kerana untuk bergerak ke Bintulu mengikut jalan darat memakan masa lebih kurang 10 jam,tentu perut akan berasa lapar melalui perjalanan yang jauh,fikir n risau aku.....tugas abang pulak,seusai mereka semua sarapan,menghantar mereka ke Bus Stand Kuching.Alhamdulilah selesai takazanya.

 Chapati segera ini,30 keping dimasak,dengan Dal Daging + Kentang (Pekat)
untuk dapat kepekatan pada kacang dalnya mesti direbus terlebih dahulu.

 Dan kenangan yang paling tak dapat aku lupakan apabila ketika rombongan Syura Malaysia datang ke Kuching baru2 nie,aku mendapat "special request" dari Syura Malaysia,supaya masakkan  untuk mereka Ikan Kering Masak Lemak Nenas Cili Api,terharuuu.....sesangat.


 Ikan Kering Duri Masak Lemak Nenas Cili Api (paling sedap ikan talang,tapi talang takde,kalau kat Sabah banyaklah yer...)

Abang sempat berseloroh "hai sayang bertuahnya yer sayang ek....sampai ade special request dari syura Malaysia lagi."

Aku menjawab: apalah abang nie,sayang nie kan biasa2 jer....yang aturkannya semua Allah.sayang tak dapat duduk bayan Syura Malaysia kat rumah Mak Saadiah,Allah bagi peluang sayang khidmat taam,bukankah Allah Maha Adil bang oi.

Abang : Fuhyo,jawapan hik!hik! biasalah karkunah juniorkan...

Sayang: Eeiiii,kena jugak kan abang nie,sob!sob! :)


~Ade request dari abang nak makan nasi Arab iaitu Nasi Mandhi,tapi aku masakkan abang Nasi Briyani + Ayam Peha Madu + Acar Timun dan Nenas dan Papadom,jadiler abang, janji belakangnya ade ni2,hik!hik!,dan kiranya ade jemaah Arab datang ke Kuching aku dah bersedia untuk masakkan untuk mereka,InsyaAllah.~



 

 dan akhir sekali tapi bukan yang terakhir yer insyaAllah.....pada teman2 yang singgah ke blog nie Marina mengambil kesempatan memohon maaf manalah tau sepanjang melibatkan diri dalam dunia bloggers nie,mungkin ade perkara2 yang sengaja atau tidak sengaja marina lakukan menyinggung perasaan teman2.Sesungguhnya perjalanan umrah nie adelah perjalanan ibadah,serta perjalanan mengislah diri marina dan suami untuk menambah baik apa yang kurang. Doakan kami selamat pergi n selamat kembali.

tata,Assalamualaikum..n.insyaAllah panjang umur berjumpa kita sekali lagi.Jazakillah khoir

Nasuha and The Six Points Qualities Of Sahabah
Good Boy!




Selamat Tinggal Malaysia,Selamat Tinggal Bumi Kuching,Selamat Tinggal anak2 Ibu yang Comel,dan Selamat Tinggal Teman2 semua.
"Doa Hidayat Untuk Umat Seluruh Alam"

~4 Perkara yang perlu diperbanyakkan ke Bertamu Ke Rumah Allah dan Masjid Nabi~
1.Dakwah
2.Taalim Wa Taalum
3.Ibadah
4.Khidmat






Tuesday, April 3, 2012

PerGiNya Seorang Sahabat....RosMaria Ishak

Segala Puji Bagi Allah SWT....yang mengaturkan,dan menetapkan setiap ketentuan untuk hamba2nya....siapalah kita untuk menyangkal takdir Allah SWT,sedangkan kita hamba yang tak berdaya dan terlalu lemah,Rosmaria Ishak sahabat sefaculty mase aku menuntut di UiTM,Shah Alam telah kembali ke rahmatullah...terlibat dalam kemalangan maut,ketika perjalanan menuju ke tempat kerja dan sepanjang aku mengenali Maria,orangnya cukup lembut dan bersopan santun.....walaupun aku tak berapa rapat dengannya.


 "RosMaria Ishak dalam Kenangan"

Fakulti Pengajian Maklumat (skrg dah jadi Fact. Pengurusan Maklumat), ambil course yg sama - Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat (IS220)
 
 

Kakitangan Institut Latihan Maut Kereta Bertembung

NIBONG TEBAL – Seorang kakitangan Institut Latihan Perda Tech di sini maut apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain di Jalan Bukit Jawi Golf Resort dekat sini hari ini.

Dalam kemalangan pukul 8 pagi ini, Rosmaria Ishak, 37, yang bertugas sebagai Pembantu Perpustakaan mati di tempat kejadian akibat tersepit dalam keretanya jenis Perodua Viva.
Pemandu sebuah lagi kereta iaitu Proton Satria, Mohd. Zaidi Hashim, 38, cedera parah setelah melecur sebanyak 60 peratus selepas keretanya itu turut terbakar.
Mangsa kini dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di Bukit Mertajam dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, dalam kejadian itu, Rosmaria dalam perjalanan dari rumahnya di Jalan Sungai Bakap ke tempat kerjanya di Bukit Panchor dekat sini.
Katanya, siasatan awal mendapati kereta Proton Satria itu telah hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

“Kemalangan itu menyebabkan Rosmaria tersepit dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayatnya terpaksa dikeluarkan oleh pasukan anggota Bomba dan Penyelamat,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah SPS di sini hari ini.

Shafien berkata, mayat Rosmaria dihantar ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk bedah siasat.
Sementara itu, suami mangsa, Mohd. Khuzairi Zaini, 35, berkata, isterinya sempat berpesan supaya menguruskan dan menghantar anak ke sekolah sebelum keluar rumah pukul 7 pagi.
“Saya mendapat tahu isteri kemalangan setelah dihubungi oleh polis pagi ini,” katanya ketika ditemui di HSB di sini.

Katanya, jenazah Rosmaria akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Perak petang ini.
Allahyarham meninggalkan tiga anak perempuan berusia tujuh bulan, enam dan sembilan tahun.


" Hati kecilku tersentap....apabila mengetahui permergian sahabatku itu,dan sayu hingga menitiskan airmata....apatah lagi arwah meninggalkan baby berusia 7 bulan,tak semena2 naluri keibuan yang ada meremberskan airmataku yang berjurai2......Maria kau telah menemui PenciptaMU Allah Aza Wajala,moga rohmu dicucuri rahmat,dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman,pemergiaanmu membuatkan aku semakin banyak bermuhasabah diri....akan segala kekurangan diri,sedia atau tidak Maut tetap akan datang tidak mengira waktu,masa dan,tempat....dan apabila Maut diperintahkan untuk menjalankan tugasnya....dia akan datang dalam berbagai cara....ya Allah betapa kerdilnya hambamu.....ini,buat teman2 seperjuangan yang sama2 pernah menuntut di UiTm Shah Alam,ingatlah...."Kita semua akan mengalami Hidup sebanyak 2 kali,Hidup di dunia yang sementara,dan Mati hanya sekali,dan Hidup sekali lagi yang mana ia akan kekal selama2nya di alam akhirat permulaan sebenar kehidupan,andaikata di dunia bagus semua amalan2 kita,maka baguslah kehidupan kita  seterusnya......Al Fatihah buat RosMaria Ishak..."



Kata2 terakhir Maria di wall Facebooknya......menunjukkan seakan2 arwah tahu yang dia akan pergi menemui Allah Aza Wajala.

Bila awak buang saya...
Awak da bt saya berjauh hati dgn awak...
Cinta yg d beri telah d bls dgn kelukaan...
Dan tak mungkin akn dtg peluang kedua utk awak...
Hati saya telah berhenti mngejar cinta awak...

Maaf...
Kini Tiada lagi peluang utk awak..
Saya dah beri hati saya pada dia yg lebih menghargai...
Dia telah menyintai saya dgn cara yang sempurna..♥