Wednesday, March 16, 2011

~Jemaah Syura Malaysia ~ Kuching 23hb -27hb Mac (Siri Kunjungan ke Markaz2 Seluruh Malaysia)~

~Sedikit Karkuzari~For Bloggers2 Karkun Kuching, Sarawak
Jemaah Syura Malaysia seramai 16 orang akan  datang ke Kuching dalam Siri Kunjungan ke Markaz2 seluruh Malaysia,mereka dijangka tiba di Kuching pada 23hb Mac - 27hb Mac. 3 orang ahli Syura yang berada dalam jemaah :-
1.Syeikh Mohamed
2.Hj. Arshad
3. ???????Suami lupa pulak namanya hehehe jangan marah

P/s: dari suami,Sedia Khidmat Taam sayang....aku jawab sik ada masalah,kamek sedia jak....... hehehehe


Friday, March 11, 2011

Siapa ~ DERHAKA~ Siapa n "Terharu aku doa seorang Amirsab" Jemaah Pakistan~ Kuching

Alkisah datanglah seorang ayah mengadu kepada Khalifah Umar tentang anaknya yang menderhaka,lalu Khalifah Umar pun memanggil sang anak itu dan memarahinya.Hatta si anak pun menjawab,"Wahai Amirul Mukminin,tidakkah ada hak seorang anak ke atas ayahnya?"Lalu Khalifah Umar pun menjawab,"Ada.Memilih ibu yang baik (dari keturunan yang baik).Memberi nama yang baik dan mengajarnya al-Quran."

Mendengarkan penerangan dari khalifah Umar,lalu sang anak pun segera menjawab,"Ayah saya tidak pernah melakukan demikian.Ibu saya seorang zanjiyah (bekas kulit hitam),bekas isteri kepada seorang Majusi.Mereka menamakan saya Joul (lipas) dan belum pernah mereka mengajar saya satu huruf pun dari al-Quran."

Setelah mendengar jawapan anak itu,khalifah Umar pun berkata kepada ayahnya.
"Engkau datang mengadu tentang anakmu derhaka,tetapi sebenarnya engkau telah menjadikannya menderhaka sebelum dia menderhakaimu.Engkau telah merosakkan dia sebelum dia merosakkanmu.

Kata Sayidina Ali R.A."Kalau orang sibuk membetulkan kesilapan diri,dia tidak ada masa mencari kesilapan orang lain."

Suka aku kongsikan bersama info yang aku perolehi dari apa yang aku baca...iyelah ilmu Allah tu kan Maha Luas...menurut Dr.Hj. Mohd Fadzilah Kamsah..."anak-anak tidak belajar daripada apa yang diperkatakan oleh ibu bapa, sebaliknya mereka membina karakter berdasarkan contoh yang dilihat setiap hari dalam rumahtangga,justeru itu ibu bapa tidak perlu risau dan bimbang, jika anak sukar mengikut apa yang diperintahkan,tapi hendaklah berasa risau apabila melihat tanda-tanda anak meniru sikap ibu bapa terutama sikap yang negatif. Emmmmm,memang betulpun....sambung lagi,katanya kebanyakan ibu bapa tidak faham,selaku ibu bapa kena memberi gambaran yang baik dan gunakaan perkataan yang baik,kerana perkataan yang keluar dari mulut ibu bapa adalah doa, jadi doakanlah yang terbaik untuk anak kita.

Memang betul dan betullah sangatkan macam kita kalau hari2 cakap kebesaran Allah, kebesaran akhirat,lama2 perkara itu akan masuk dalam diri kita,tapi kalau kita asyik cakap lagi dan lagi tentang kehebatan dunia,maka dunialah yang akan masuk dalam hati kita.MasyaAllah...semoga Allah hindarkan aku dan keluarga daripada menjadi hamba kepada dunia.


SEMBILAN WAKTU MUSTAJAB UTK IBU BAPA NASIHAT ANAK2 WALAUPUN UNTUK SEMINIT
  • Sebelum tidur
  • Sedang tidur (bisikkan ditelinga kata2 nasihat)
  • Selepas bangun tidur
  • Selepas mandi
  • Selepas solat
  • Selepas baca Al-Quran
  • Selepas berdoa
  • Selepas riadah
  • Ketika emosi anak terangsang (Contohnya selepas memarahi anak)
Ayat Al -Quran yang DIGALAKKAN diamalkan:-
  • Surah Al-Baqarah (satu malam baca, tiga malam syaitan tidak akan masuk rumah)
  • Surah Al-Nahl,ayat 97 (amalan untuk mencapai kebahagiaan)
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesiapa yang beramal salih,daripada lelaki atau wanita,sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih baik yang mereka kerjakan."
  • Ayat terakhir surah At-Taubah (dibaca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharapkan pertolongan Allah)
Firman Allah yang bermaksud:"Jika mereka berpaling, maka katakanlah (Wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku(yang menolong dan memeliharaku)tiada Tuhan (yang berhak disembah)melainkan Dia.Kepada Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki "ARASY yang Agung"

Rujukan Berita Harian Khamis 10 Mac 2011(Sudut Agama)

"Nie semuanya peringatan untuk aku dan suami hehehe!,tapi kalau korang nak kongsi silakan moga ada manfaat sharing ilmu,"

Sedikit KARKUZARI.....JEMAAH PAKISTAN
Selepas jemaah Yaman pulang, Jemaah Pakistan pula tiba, wah! bertuah betul bumi KuChing nie kan ade saja orang negara jauh datang (4 Bulan),datang mereka bukan suka2 nak melancong...datang mereka untuk sebarkan dakwah ILLALLAH.......nak ajak orang2 di Kuching.....supaya ingat Allah,dan berusaha untuk mengamalkan sunnah.....betul ke apa yang aku cakap nie....suami takde balik semenanjung.....kalau dia ada boleh jugak dia betulkan ayat aku nie...kih!kih!takpe2 aku kan ada Allah Dia yang tolong bagi ilham....jangan mengharap pada makhluk.....yakinnnnnnn!!! ALLAH je...menurut laporan dari suami masa mesyuarat...kesian jugak diaorang nie imigresen luluskan visa diaorang duk Kuching nie 20 hari je....yang lagi 20 hari lagi kena mohon....Allah...nielah sistem manusia...terlalu rumit....masalahnya diaorang dah tempah tiket awal untuk persediaan pulang,kalau nak adjust tarikh 20 hari lagi tu....masalah tiket pulak (kena anjakkan n kena tambah duit)....YA ALLAH mudahkanlah urusan mereka....so malam kedua diaorang di Kuching nie,aku sekali lagi khidmat taam...pada mulanya Amirsab tak mahu...susahkan orang tempatan....tapi suami aku telah MENJUAL NAMA AKU.....HUHUHU,eissh2 sebenarnya aku suka hahaha!!,aku masakkan diaorang KARI DAL PEKAT GILAK,MASAK CHAPATI, ROTI CANAI,AYAM GORENG KFC BUANG KULIT,n BUAH2 SIKIT.... bila sampai kat surau diaorang baru habis YASINAN....adalah makan2 sikit....jadi suami pun mula menghidangkan makanan,tengok sahaja CHAPATI,ROTI CANAI ngn KARI DAL....hah! ternganga....n mula menyantap dengan penuh selera...kebetulan amirsab fasih berbahasa Inggeris....dan Suami pulak WEKK!!....malas nak puji...nanti kembang punggung (fasihlah jugak),very delicious.....n aku translate maksudnya nie...sebab Inggeris aku broken huhuhu!!!

Amirsab: awak suami isteri sudah pernah keluar masturat?
Hj.Saleh: Belum lagi...
Amirsab: Kalau gitu saya akan doakan kamu suami isteri dapat keluar masturat negara jauh,dan saya doakan keluarga kamu akan dilimpahi dengan penuh keberkatan,mawadah rahmah dan sakinah....isteri kamu sediakan makanan ini untuk kami semua, memang sedap.Alhamdulilah.....

Bila abang bercerita.....pada aku,sebenarnya bukan pasal sedap yang aku teruja.....tapi aku teruja doa amirsab pakistan tu....ya Allah.....dia doakan aku dan suami....hampir nak menangis aku...syukur!!!

Sebenarnya aku cukup bertuah sebab MASTERCHEF aku ada bersama aku (mestilah emakkan....yang banyak memberi tunjuk ajar untuk aku menjadi CHEF dalam rumahtangga......hebat juga anugerah jawatan surirumahtangga nie....jadi CHEF,JADI BIBIK,JADI CIKGU......n bla-bla....apa2pun aku nak mengucapkan TenKui sangat2 kat Allah...yang memberi kelebihan rezeki untuk aku kongsikan pada mereka yang lain.





Monday, February 28, 2011

Ikram~JemaaH YaMan 4 BuLan n "Kau Terpilih Jua"~KaRkun Junior~

~ Ikram Jemaah Yaman (Kuching) n "Kau Terpilih Jua" ~ Karkun Junior

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.......akhirnya dapat juga.... aku menulis sedikit laporan khidmat masak jemaah Yaman yang keluar di tempat aku, Kuching ~ Sarawak,route mereka 20 hari di Kuching,20 hari lagi di Sibu. Kadangkala bila menjengah blog teman2 ~seUSAHA~ meriah je dengan entri2 terbaru...seronok membaca laporan yang sesekali mencuit hati terutama blog Puan Umu, ahlia Ustaz Ishak.....hehehe hah! andaikata Puan Umu terbaca entri akak,jangan nak kembang-kempis hidung tu Kih!Kih! ;)

Tahun lepas, ketika Jemaah Masturat dari Melaka keluar di tempat aku (Kuching), aku tak dapat nak khidmat n nusrah jemaah tu...hish!2 ruginye,sedih pun ada,bukan apa mase tu suami kat semenanjung ade urusan kerja.  Alhamdulillah baru2 ni 1 Jemaah dari Yaman seramai 7 orang keluar kat area bandar Kuching.  Pada malam sabguzari jemaah tu balik ke markaz.Kebetulan markaz Kuching dekat je dgn rumah aku, kalau naik motor 5 minit je....  so husband aku ambil tanggungjawab prepare breakfast untuk jemaah tersebut.  Aku ni memang meroyan skit pasal nak sediakan taam untuk jamaah tgh keluar ni...tak taula naper, excitednya aku memang lain mcm skit.  Nie kira 2nd experience aku masak utk jamaah arab.

Tahun sebelumnya,mase kat semenanjung, aku masak kebab untuk jemaah Mesir - 4bulan route di Segamat masa tu.Alhamdulilah Allah pilih aku sekali lagi untuk khidmat dengan mereka, husband aku kata masak simple jer sayang...siangnya (Sabtu) aku dengan husband pun pergi ke pasaraya cari keperluan yang munasabah untuk jamuan tu (menu kari daging,roti canai wholemeal,bawang n kosong,potato wedges,fun fries, telur sramble,ayam goreng KFC,n buah epal).  Menurut suami aku, orang arab ni macam2 citarasa dia.  Ada yg simple(belasah sumer makanan)...dan ada yg memilih.  Bergantung dengan background ahli jamaah & dari negara mana diaorg datang.  Kalau yang datang dari Arab Saudi, Emirates, atau Mesir, biasanya diaorg punya style makan agak moden skit.  So, kalo kita masak yang berciri keMelayuan atau western style tu..kira tadak masalah la.  Tapi kalo yang background dia agak "kampung" skit ur negara agak mundur mcm Yaman ni(jgn marah org Yaman) hehehe selera diaorg ni limited skit.  Tapi...bagi aku, inilah masa kita nak belajar utk muliakan tetamu.

Belajar menggembirakan tetamu terutama mereka yang dah korban diri, masa & harta untuk datang ke tempat kita, maka mmg wajar sangatla kita layan mereka nie dengan layanan yang sehabis baik mengikut kadar kemampuan yang kita ada.  Suami aku selalu citer pengalaman dia masa keluar kat Bangladesh.  Tentang sifat karkun kat sana yang sentiasa berusaha memberi layanan terbaik walau ada ketikanya memang diluar kemampuan mereka, kata suami aku, bila jemaah dia berpindah ke tempat yang baru, karkun tempatan akan dapatkan maklumat berkenaan hal ehwal jemaah terutama berkaitan makan,minum,waktu rehat & perkara berkaitan kebajikan jamaah daripada karkun tempatan yang bertugas sebagai penterjemah dalam jemaah Malaysia.  Berdasarkan maklumat ini, mereka akan berusaha menyediakan 100% keperluan jemaah. 

Memang superb sifat & akhlak mereka.MasyaAllah!!!  Kadang2 kisah yang kita baca dalam hikayatus Sahabah tentang sifat memuliakan tetamu tu seolah2 memang masih wujud dan berlaku dalam dunia nyata hari ni.  kisah2 macam ni la yang memberi jazbah pada aku untuk belajar2 memberi khidmat terbaik pada jamaah yang sedang keluar.  Teringat pesanan suami aku, pada kata2 orang lama dalam usaha, andaikata kita selalu nusrah & khidmat jemaah luar, insyaAllah 1 hari nanti Allah akan mudahkan kita keluar hingga sampai ke negara mereka.  Mudah2han Allah S.W.T. pilih suami & aku.....ameen!

KaU TerPiLiH JuA ~ KarKuN JuNior

Sebenarnya aku cukup teruja dan rasa syukur yang tidak terhingga....Allah!!, masih segar dan terngiang-ngiang kata-kata emak pada aku~

Emak: Ina! adek kau  nie Kairul nak keluar 40 hari

Aku: Iye ke? macam mana emak tahu?

Emak: Dia telefon emak nie,bagitau cuti sem nie dia tak balik dulu, nak keluar 40 hari....

Aku: Habis emak ok tak?

Emak: Iye alhamdulilah.........

Alhamdulilah, syukur pada Allah kerana telah membuka pintu hati adek aku tu untuk berjinak2 dalam usaha,itulah HEBATNYA ALLAH......Dia akan pilih sesiapa yang dikehendaki...dan berita tersebut aku kongsikan dengan Umu ahlia Ustaz Ishak, kebetulan kami ex student dari U yang sama (UiTM Shah Alam),adek lelaki aku nie belajar Mechanical Engine (degree),dan menurut Umu.......(ayat Umu) nie....

Umu:"Alhamdulillah... seronoknya umu dengar adik akak dah mula berjinak dengan usaha ni.. Itu la yang umu kata dengan akak hari tu, kalau di fakulti engineering tu.. memang kuat usaha studentnya.. x mustahil Allah swt boleh pilih dia, lagi2 berkat dari doa dan usaha mak dan kakaknya sendiri" :)

"Dengan izin Allah... rasanya jalan untuk seluruh family akak terlibat dalam usaha semakin terbentang luas.. jom kita doa sama2 ye kak" :) 

Aku: "akak aminkan doanya!! tul lah umu,akak pernah menangis2 dalam doa,supaya Allah dapat pilih ketiga2 adek lelaki akak,n akhirnya Allah makbulkan doa akak,masyaAllah...Allah hebat dalam setiap pencaturannya kan umu.Sebenarnya akak dan suami tak pernah mentasykil diaorangpun, suami akak pesan kadang2 dalam usaha nie kita jangan sibuk nak tasykil orang je,tapi kita kena sibuk2kan diri buat "kerja" dalam usaha,ikram...yang penuh adab,jaga amal,insyaAllah Allah akan aturkan untuk kita selebihnya.(rahmat dan bantuan Allah yang tidak disangka2) :)

Umu: "Subahanallah... bab air mata yang paling mahal tu kak. Pasti dan pasti Allah swt akan pandang doa hambaNya yang mengalirkan air mata semata-mata untuk memohon diberikan hidayah buat saudaranya..MasyaAllah, sifat ikram akak dan suami yang tinggi pada family harus umu belajar ni.. moga umu dapat hakikat sifat ikram tu.. amin.. :)

Maha Suci Allah!....akhirnya Allah memberikan jawapan kepada permohonan aku....dalam doa aku merintih,dan menangis supaya Allah dapat pilih ketiga2 adek lelaki aku......satu dah termakbul, 2 lagi insyaAllah dalam proses, hanya Allah sahaja yang mengetahui.....kini doaku berterusan lagi agar dia ditetapkan hatinya untuk buat usaha sampai bila2.Ameen!











Kupanjatkanmmmmmm

Friday, February 4, 2011

Usaha Atas Hati Penting??? Mengapa dan Kenapa???

Bismillahirrahmanirrahim....

Dengan izin Allah SWT,suamiku dapat keluar 3 hari di Damai Santubung, ya Allah moga Kau mudahkanlah segala urusannya dari mula hingga akhir.Ameen!

Nasuha kata,"ibu!ibu! ayah pegi mana ibu?"
Aku," ayah keluar 3 hari sayang,"
Nasuha,"ayah keluar 3 hari, suha pun nak keluar 3 harilah,macam ayah," katanya selamba
Aku,"boleh....nanti suha besar... boleh keluar macam ayah ye,"terasa sejuk hatiku melihat suha berkata seperti itu, pasti dan pasti apa yang nasuha kata, ibu akan ameenkan,insyaAllah sayang, Allah akan pilih Nasuha satu hari nanti untuk sama2 dengan ayah meneruskan fikir, risau, bimbang dan menyambung kerja-kerja Nabi SAW.

Nasuha...anakku lihat ayahmu.... walaupun kerja ayah dasarnya sebagai Pegawai Penerangan,itu hanya untuk memenuhi keperluan dunia sahaja, tapi profesion ayah...yang sebenar adalah untuk menyambung segala kerja-kerja dan usaha Nabi SAW,dan menjadikan diri kita sebagai hamba Allah SWT yang benar2 tunduk dan taat pada segala perintahnya.

Nasuha anakku....Apakah maksud hidup ini sayang?
Sayang....kehidupan ini begitu singkat, maksud hidup kita mestilah menepati sebagaimana maksud hidup Nabi SAW,Firman Allah SWT...:-
...Tidak Ku ciptakan jin dan manusia itu kecuali untuk beribadat kepadaKu.(S51 A56)
Allah....Rabbulinas.....Tuhan bagi manusia
Al Quran.....Hudalinas....Petunjuk bagi manusia
Nabi......Kaffatalinas......Rahmat bagi manusia
Umat ini.....Uhrijatlinas......Dikeluarkan untuk manusia.....Untuk Apa???
Firman Allah SWT...:-
Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh berbuat kebaikan dan kamu melarang dari kejahatan dan kamu beriman kepada Allah SWT (S3 A110) 

Nah! inilah tugas ayah yang sebenar Nasuha,...dan ini juga syaratnya umat ini dikatakan umat yang terbaik...dan tugas menyeru telah menjadi wadah perjuangan hidup Nabi SAW. Seorang sahabat yang dihantar kepada Rustam (Panglima tertinggi Romawi), sahabat yang diutuskan telah menyerunya dengan kata-kata berikut, penuh semangat dan berani:-
kami dihantar oleh Allah kepada kamu
.......untuk melepaskan kamu dari perhambaan kepada makhluk
kepada perhambaan kepada Allah.
........untuk melepaskan kamu dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat
........untuk melepaskan kamu dari ketidak adilan sistem manusia kepada keadilan Islam.
Nasuha anakku...nabi kita....
Nabi SAW telah menanam dalam hati para sahabat perasaan simpati, dan cinta yang mendalam kepada umat justeru itu, mereka sedia mengorbankan diri, harta, masa dan perasaan mereka...untuk agama dengan tidak berbelah bagi,dan asbab pengorbanan2 mereka itulah menjadi sumber hidayat seluruh alam dan kebaikan bagi manusia.
USAHA ATAS HATI PENTING???

Hati adalah mahkota pada badan.Sekiranya hati itu sihat, maka seluruh anggota badan akan turut sihat,sebaliknya jika hati itu sakit, maka seluruh anggota badan akan turut sakit.Ketenangan dan kebahagiaan tempatnya dalam hati manusia, bukan pada zahir manusia.Seseorang boleh menjadi raja dunia dengan memililki seluruh kekayaan bumi ini, tetapi aduhai! hatinya sentiasa berada dalam kesempitan dan dia masih berkeluh kesah walaupun harta melimpah ruah.
Sabda Nabi SAW:- Dalam badan manusia ada seketul daging.Jika baik daging ini, maka baiklah anggota manusia.Jika buruk daging ini maka buruklah anggota manusia.Daging ini ialah kalbu (hati).
Justeru itu,tiap-tiap nabi yang datang ke mukabumi ini,telah melakukan usaha ke atas hati-hati manusia.

Hai jiwa yang tenang
Kembalilah kepada Tuhanmu
dengan hati yang redha dan direhdai
Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hambaku
Dan masuklah kamu ke dalam Syurgaku (S89 A27-30)

MACAM MANA NAK UBAT HATI YANG SAKIT??

Diantara penawar-penawarnya:-
  1. Iman
  2. Solat
  3. Ilmu dan zikir
  4. Ikram
  5. Ikhlas
  6. Hidup Sederhana
  7. Suasana agama dalam rumahtangga
  8. Amalkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW
Emmm, terpaksa berhenti setakat ini dulu, sebab nasuha nak buang air besar, terjerit2 dia panggil  aku suruh ambilkan topi (penutup kepala), "Ibu!ibu! cepatlah ambilkan penutup kepala, nanti setan berak atas kepala nasuha nie.....,"sunnah nabi, alhamdulilah nasuha dah mula faham sikit2,mestilah dia selalu tengok ayahnya masuk tandas tutup kepala dan pakai alas kaki (selipar masuk tandas).

Sambung lagi,emm..... memang hati kita kena suntik dengan perkara2 di atas nie, supaya hati tu cantik, bersinar, dan tenang. Bila hati dah cantik maka mudahlah hati tersebut menerima kebaikan atau hidayat dari Allah.Kalau hati kotor, berkarat,susahlah hati nak menerima kebaikan, hidayat pun tak dapat nak "landing",huhuhu..., aku selalu mengucapkan kata2 ini didalam hati, ketika aku mengemas rumah, "Ya Allah, kau bersihkanlah hatiku ini, sebagaimana aku membersihkan rumahku dari sebarang kekotoran,kalau lantai rumah kotor dan berhabuk, aku akan bersihkan hari2,maka hati aku pun perlu dibersihkan hari2 juga dengan iman yang mantap, solat yang sempurna,zikir, al-quran dan amalan2 sunnah Nabi SAW, agar hatiku sentiasa tenang dan bercahaya seperti bulan purnama,"ameen.

Teringat dialog2 manis bersama suami yang dikasihi,(sebagai suntikan jazbah dalam diri)
Aku cakap,"sayang rasa, sayang nie tak layak untuk abang,?"
Abang cakap,"kenapalah pulak?"
Aku cakap,"abang nie layak dengan ustazah, hafizah, atau anak2 karkun je....sayang nie biasa2 je, takde keistimewaan pun"
Abang cakap,"Sayang...yang mengaturkan jodoh pertemuankan Allah, Dia lebih tahu siapa yang sesuai untuk abang dan sayang,walaupun dah ramai sangat orang carikan abang jodoh, anak karkun, anak syura, adik karkun, tapi Allah tak buka pintu hati abang, nak camne....mungkin juga ada amalan2 atau kebaikan yang Allah sangat suka dalam diri sayang, maka Allah temukan kita berdua, sayang tahu tak....dalam doa abang...abang hanya minta Allah berikan abang jodoh yang boleh menyokong, dan membantu abang dalam urusan kerja2 dakwah,suri hidup abang mestilah sanggup bersusah payah, dan sentiasa memahami tugas abang. Sayang tahu....tak, sayang yang dulu dengan sayang sekarang, banyak berubah...abang kagum dengan sayang,terlalu banyak perubahan yang ketara dalam diri sayang, walaupun abang tak banyak mentasykil sayang, tapi....sayang tahu apa yang sayang perlu buat......

Huhuhu, terharukan bila suami memuji kita, kembang semacam je,kihkih....hari ini hari ketiga abang keluar...tak mengapa alhamdulilah, aku tak perlu risau...sebab abang keluar untuk memperbaiki diri abang, untuk ajak manusia kepada kebaikan,untuk jalankan tugas2 dan kerja nabi....untuk fikir, risau dan bimbang sebagaimana fikir,risau dan bimbang Nabi SAW hingga akhir hayat,kerisauan nabi tak dapat dilepaskan...bukan risau umat sezamannya,tapi risau umat  pada zaman kita nie yang leka, lalai, dan asyik dengan kenikmatan2 dunia yang sementara.

Perancangan,moga Allah mudahkan,insyaAllah aku akan keluar khuruj masturat di semenanjung,bulan 5,minta doanya ye.... untuk Marina dan suami, Hj.Salehuddin Klewan.Tak dapat nak keluar di Kuching, sebab tak de orang nak jaga anak2 kami berdua.InsyaAllah moga Allah mudahkan segala urusan kami.Ameen!

"Mutiara Hikmah"
"Jika kita tidak mampu membuat kebaikan kepada orang lain, jangan kita menyusahkan mereka.Jika kita tidak mampu mengembirakan mereka, jangan kita mendukacitakan mereka, Jika kita tidak mampu memuji mereka, jangan pula kita mencela mereka."
Wassalam, kurangkan kontrovosi...tingkatkan iman dan amal, ketenangan yang hakiki pasti milik kita.

Aku masih belajar lagi dan lagi.....

Sunday, January 30, 2011

HEBATNYA TAAT KEPADA IBU.....UWAIS AL QARNI.(TITIPAN BUAT EMAK YANG DIKASIHI).....

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulilah kupanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga, kerana Allah SWT masih mengizinkan aku menatap wajah emak... masih mengizinkan aku untuk berkhidmat dengan emak,bila dah kahwin nie rasa sayang dengan emak bertambah2 bukannya apa, baru ku tahu bukan mudah sebenarnya untuk membesarkan anak2, apatah lagi pemergiaan arwah abah yang dikasihi, sebenarnya banyak menguji kesabaran emak untuk mengalas tanggungjawab membesarkan anak2. Mengimbau kenangan lama, membuat naluri aku sebagai seorang ibu tersentuh....melihat pengorbanan demi pengorbanan arwah abah dan emak dalam membesarkan kami 7 beradik (aku anak yang sulung), kalaulah aku ditempat emak dan arwah abah, aku sendiri pun tak mampu nak melakukannya.Emak pun sekarang tak sihat, stroke, badannya yang sebelah kiri tidak berfungsi seperti sediakala, balik bercuti dari semenanjung aku bawa emak balik ke Sarawak, hehehe dapatlah emak merasa naik Belon (cakap sarawak sik madah kapal terbang).


Kadang2 bila mendengar luahan hati emak,jiwa kecilku cukup tersentuh...."emak dah tua, dah tak macam dulu... sihat,kadang2 hati emak cepat tersentuh....bila orang cakap dengan emak, macam tu atau macam nie.,"
"Emak, sabarlah ye emak, semua yang berlaku adalah ujian, Allah nak bagi pahala yang banyak untuk emak, kalau emak susah hati, emak ambil wudhuk, lepas tu emak solat sunat 2 rakaat (solat sunat hajat), emak luahkan segala2nya apa yang terbuku dalam hati emak, usah menangis emak, meratap2, ketenangan hanya akan datang bila kita mendekati Allah, kerana Allah SWT sahaja yang mempunyai kuasa untuk menyelesaikan segala kesulitan2 yang kita hadapi," kata ku dengan penuh sayu pada emak.huhuhu sedihnya bila bab airmata nie...


Di rumah aku, biasalah taalim diadakan selepas isyak, selalunya taalim (bacaan2 hadis Rasulullah SAW) nie aku buat dengan nasuha, adek serta ribuan malaikat heheh (x nampak), kalau nampak comfort pengsan....tapi lagi seronok ahlinya dah bertambah (semenjak kedatangan emak),yang terharunya emak cakap,
"Ina nanti minta ejal (suamiku) belikan emak buku biru tu ye?"


"yang mana emak, ohhhh buku Fadhail Amal ye, bolehh... nantikan ina belikan satu Fadhail Amal, Muntakhab Ahadith ina bagi emak je, sebab ina ade 2 muntakhab Ahadith nie, rasa hati ku lalalala syukur yang tidak terhingga pada Allah.(usaha dakwah yang halus)


"Emak....maafkan ina ye mak, andaikata ina belum sempurna menjalankan tanggungjawab ina sebagai seorang anak, terkadang ina rasa terlalu banyak kekurangan ina dalam melayani emak, mungkin ada tersalah kata, atau tersilap bicara,tapi ina akan berusaha menjadi anak yang solehah, berusaha membahagiakan emak, emak cakap, "tak payahlah lipat baju emak tu, emak boleh lipat sendiri," tapi ina cakap "emak.... bagilah ina peluang untuk khidmat dengan mak selagi emak ada ye," huhuhu terharu lagi, tiba-tiba teringat aku akan kisah Uwais Al Qarni, hebat dalam mentaati ibunya.Aku berjanji akan menceritakan kisah Uwais ini kepada Nasuha dan adek, doaku sebagai seorang ibu..."moga anak2ku mencontohi akhlak yang mulia seperti Uwais Al Qarni.


Mari kita sama2 ikuti kisah Uwais dan ibunya....
SIAPA DIA UWAIS AL QARNI?
Dia adalah seorang sahabat Rasulullah SAW dari golongan tabiin dan tinggal jauh di Yaman. Pesan Rasulullah kepada sayidina Abu Bakar dan sayidina Umar,"Sekiranya kamu berkesempatan bertemu Uwais, mintalah dia mohonkan keampunan untukmu!"


Beberapa tahun berlalu dan sewaktu sayidina Umar menjadi khalifah, dia sering tertanya-tanya kepada jemaah haji dari Yaman, jikalau Uwais ada ikut bersama. Orang ramai tidak tahu yang bertanya itu adalah khalifah Umar Al-Khattab. Pada suatu musim haji, Umar berkesempatan bertemu Uwais,seorang yang miskin dan buruk pakaiannya. Selepas memastikan sahabat di depannya adalah benar-benar Uwais seperti yang digambarkan oleh Rasulullah,Umar lantas memeluknya erat-erat "mohonlah keampunan buatku wahai Uwais!"


"Adakah engkau meminta aku memohon keampunan buatmu wahai amirul mukminin?" tanya Uwais terkejut. Umar berkata "ya."


Apakah kehebatan Uwais sehingga namanya disebut Rasulullah SAW? Hebatkah ibadahnya? Rajinkah dia bersolat malam? Tak tinggal puasa sunnat? Hebatkah dia berjuang menegakkan agama? tidak semua itu teman2...


Uwais Al Qarni hebat kerana dia sangat mentaati dan melayani ibunya. Uwais selalu mendukung ibunya yang buta itu kemana saja dia pergi....Masya Allah....aku pun tak mampu melayani ibuku seperti itu....tapi aku akan berusaha mencontohi sikap Uwais Al Qarni.... semampu dayaku......insyaAllah...ameen!!


Suamiku selalu berpesan....layanilah ibu kita dengan sebaik2nya tidak kira samada ibu mertua atau ibu sendiri.....kerana setiap apa yang kita lakukan walaupun sebesar biji sawi pun tetap dikira oleh Allah SWT....jika kita hari ini melayani ibu dan ayah kita dengan tindakan kita yang tidak sewajarnya....
pasti dan pasti, pada masa akan datang kita juga akan dilayani seperti itu.....ya Allah! jauhkanlah aku dari sikap seperti itu.....


Daku sayang emak....
Setiap anak wajib berbakti & mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari2 tuanya. Islam meletakkan ibu bapa pada tahap yg tinggi & mulia. Banyak bakti boleh di lakukan samaada dalam bentuk material & hubungan kasih sayang. Bersesuaianlah dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur & memerlukan lebih perhatian.Terdapat sekurang2nya 10 bakti yang perlu kita laksanakan kepada ibu bapa seperti:-
1.Memberi nafkah
2.Menyediakan tempat tinggal
3.Memberi kasih sayang
4.Memberi perhatian
5.Memenuhi permintaan
6.Melakukan apa yg mereka suka
7.Bercakap lemah lembut
8.Menghadiahkan kejayaan
9.Meluangkan masa bersama2
10.Mendoakan kesejahteraan untuk mereka di dunia & akhirat


Sabda Nabi SAW:
"Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan 3 perkara iaitu sedeqah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan yang diajarkan pada orang lain& anak soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya" ( H.R Muslim)


Firman Allah SWT:
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia, dan hendaklah berbuat baik terhadap ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya telah lanjut usianya dalam pemeliharaanmu, maka jangan sekali-kali engkau mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah engkau menggertak keduanya, dan ucaplah kepada keduanya perkataan yang baik" (al-Isra`:23)


Firman AllahSWT:
"Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucaplah 'Wahai Tuhanku sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku semasa kecil' " (al-Isra:24)


Sebenarnya kebaikan yang dilakukan seroang anak terhadap ibu bapanya amatlah kecil. Anak tidak mampu membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya. Namun gunakanlah kesempatan yang ada untuk melakukan bakti sebaik mungkin agar kesempatan itu dapat kita manfaatkan bersama, sebelum mereka dijemput kembali oleh Ilahi.


Kita selalu melihat mereka ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Disebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita takkan mengetahui isi hati mereka jikalau kita tidak menjadi sahabat kepada mereka...
Kering sudah airmata ayah dan keringlah sudah air mata bonda telah mencurah secebis harapanagar tidak berulang kisah yg pilu sewaktu Nuh a.s menghulurkan tangannya kepada anaknya yg kelemasan......(petikan dari Hafizatul Qiram)

Emmm.... hari dah larut malam, hujan lah pulak hehehe seronok haha....jangan sengih2 tau, esok ari Isnin, lepas solat subuh dah nak kena masuk dapur nak buat sarapan untuk abang, nasuha pulak nak kena bawa bekal  pegi sekolah, nak zikir 300 pagi waktu kat dapur pun boleh buat, hehe nak seribu daya...ameen!

Wednesday, January 19, 2011

Rancang & Ransang Zuriat Ikut Syariat :21 Tahun Tempoh Didik Anak

Kehidupan seorang kanak-kanak ibarat kain putih, ayah dan ibulah yang bertanggunjawab untuk mencorakkan warna-warni kehidupan sang kanak-kanak untuk menjadi yang terbaik atau sebaliknya, justeru itu setiap pasangan Islam yang telah berkahwin perlulah merancang sebaik-baiknya untuk zuriat keturunan mereka seawal dari lafaz "Aku terima nikahnya", agar keturunan-keturunan kita menjadi hamba yang taat kepada Allah SWT dan seterusnya mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita perlu memasakkan keyakinan yang teguh hanya dengan kehidupan Nabi Muhammad SAW sahaja yang akan membawa kita kejayaan dunia dan akhirat, kehidupan selain ini tidak akan membawa kita kejayaan jika kita tidak mengikuti cara Nabi S.A.W, bukankah Nabi Muhammad itu contoh yang terbaik untuk kita dari segi cara hidup, ibadat, muamallat, muasyarat, dan akhlaknya sudah cukup untuk menjadikan kita insan yang hebat di sisi Allah SWT.

Anakku Siti Nur Khairunisan Bt.Haji Salehuddin Klewan (mase umur setahun lebih)

Zuriatku, zuriatmu......bila bercakap tentang anak-anak, aduhai! sebenarnya bukan mudah untuk mendidik anak-anak rupanya, terfikir juga ye bagaimana ibu-ibu dahulu mendidik anak-anak yang ramai, bukan setakat 7 mungkin biasa, tapi kalau angkanya kadang -kadang mencecah belasan emmm.....sebenarnya aku tabik spring pada ibu-ibu termasuklah emak aku....yang cukup sabar dan tabah dalam melayani karenah dan ragam sang anak-anak.Terimak kasih emak.....serta emak-emak yang ada dalam dunia ini, keikhlasan serta susah payah emak dalam mendidik kami, pasti akan mendapat balasan yang setimpalnya dari Allah Aza Wa Jala, yang Maha Pengasih dan Penyayang....yang memerhatikan segala titik peluh dan pengorbanan emak di atas muka bumi ini, bagi emak yang telah kehilangan ayah.....pasti memerlukan semangat yang mujahadah dalam membesarkan anak-anak....sesungguhnya Allah SWT meletakkan makam yang tinggi untuk emak-emak yang telah kehilangan suami yang dikasihi.

Sedikit susah satu keperluan.....mari kita sama-sama koreksi diri kita selaku ibu bapa, bahawa sebenarnya proses dalam mendidik anak-anak bukan mudah seperti mana yang kita sangka. Luqmanul Hakim adalah insan yang bijaksana bukan bergelar nabi namun mendapat pengiktirafan dari Allah SWT di dalam al-Quran dalam surah Luqman surah 31. Insan ini banyak berpesan kepada anaknya, antara pesanannya :-
"Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan menyirami tanaman", membawa maksud kepada anak bahawa erti pukulan tersebut adalah berupa peringatan, nasihat dan juga hukuman di atas perbuatan yang salah yang dilakukan oleh sang anak.Bukan kerana marah, tapi sayang dengan harapan dapat mematangkan sang anak -anak agar berjaya menjadi orang yang paling sabar dalam melayari kehidupan.

Seorang anak yang masih kecil ibarat anak pokok yang baru tumbuh, perlu diberi perhatian sepenuhnya,teknik menyiram juga berbeza, ketika masih kecil pancuran airnya mesti halus dan lembut, dalam senyum bertasbih nak memastikan bahawa air siraman harus tebar merata hingga  ke akar, dijagai dengan penuh teliti sehingga pokoknya membesar, dibelek-belek agar tiada serangga datang menyerang. Bila pokok semakin menbesar, jangan disiram berbaldi-baldi, penuh takungan bagaikan air bah. Kelak sang pokok menjadi patah, atau rosak, tanah menjadi becak, silap gaya air terpercik balik ke muka sendiri, begitulah signifikin kehidupan seorang anak, dalam membesarkan anak-anak banyak seni  yang perlu dipelajari....banyak menuntut kesabaran serta melalui 3 fasa seperti yang disarankan oleh Sayidina Ali K.W. dan para ulama.
 
 Muhammad Nur Nasuha b.Haji Salehuddin Klewan (mase umur 2 tahun)

Senario hari ini menyaksikan kebanyakan anak-anak yang "bermasalah", berpunca daripada ibu bapa yang bermasalah, kelemahan serta kecuaian ibu bapa yang menyebabkan peribadi sang anak menjadi tercemar bilamana, ibu dan bapa mengabaikan soal didikan agama dan adab sedari mereka masih kecil. Hal ini ternyata benar kerana kita telah mengabaikan pesanan Hukama:-
"Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkanmu (menyusahkan) hatimu dengan keburukan." Mendidik anak dengan didikan agama dan adab adalah jelas sekali menjadi tanggungjawab bapa dan ibu, bapa sama sekali tidak harus cuai dan alpa dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT: "Wahai orang -orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan anak isterimu daripada seksa api neraka." (Surah At Tahrim: 6), dan Nabi Muhammad SAW juga memerintahkan (khususnya kepada kaum bapa): "Perhatikanlah (awasi) anak-anakmu, dan didiklah mereka dengan baik." (Riwayat Ibnu Majah).

Melalui segala pengalaman hidup, sebenarnya seorang ibu dan ayah haruslah menjadi contoh yang terbaik buat anak-anak, ini kerana anak-anak kadang-kadang kurang mendengar apa yang kita kata, tetapi melihat apa yang kita buat, contoh yang mudah yang ingin aku kongsikan bersama sebenarnya banyak berlaku dalam keluarga kita sendiri yang mana kita sendiri terlepas pandang, dan  natijah serta kesan perbuatan kita itu menjadi rakaman-rakaman dalam kacamata dan fikiran anak-anak.

Huraian: Kita sebagai ibu bapa mengimpikan anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah, tapi bagaimana kiranya ada ibu dan bapa yang tidak pernah sembahyang, selama 365 hari dalam setahun, ada juga isteri sahaja yang solat, tapi si ayah tidak pernah solat, kalau solat pun, solat untuk hari raya aidilfitri atau aidiladha, itupun sebab segan dengan ipar duai almaklumlah di rumah mentua atau mak sendiri. Hantar anak belajar di sekolah agama, di sekolah ustaz atau ustazah cakap solat itu wajib dikerjakan, solat  itu tiang agama, orang yang tinggal solat esok Allah akan azab, tapi bila pulang ke rumah waktu azan di kaca televisyan, ibu dan bapa masih terpacak seronok menonton televisyen. Hai!, pening kepala sang anak.....maka tepatlah peribahasa ibarat "Ketam mengajar anaknya berjalan lurus", sibuk mengajar anak, perkara itu dan ini,tetapi diri sendiri tidak terajar. Bila ada insan -insan yang mulia yang mempunyai perasaan kasih sesama Islam, cuba memberi peringatan atau mengajak kepada perkara kebaikan, mulalah bercakap "Alah janganlah tunjuk alim sangat, tak payah cakap aku tau nak buat, tapi memang tak buatpun hakikatnya, emm kubur masing-masing ayat sangat popular", mari sini aku terangkan untuk ibu-ibu atau bapa-bapa yang "sengal" ini.

Sepatutnya ibu-ibu dan bapa-bapa yang  "sengal" ini, kena rasa bersyukur sebab masih lagi ada insan yang sudi mengambil berat dan mahu mengingatkan tentang tangungjawab kita selaku hamba Allah SWT di atas muka bumi ini, dan  sesungguhnya semua itu adalah peringatan dari Allah, selagi Allah masih sayang pada kita....kami pulak sebenarnya tak nak jaga tepi kain orang, tapi dah Allah perintah supaya kami mengajak manusia kepada kebaikan kami kena ingatkan, kami juga belajar memperbaiki diri serta mengislahkan diri,apa yang kami tahu, kebaikan sesuatu amal ingin kami kongsikan bersama-sama agar esok di akhirat kita semua dapat menjawab setiap persoalan-persoalan dari Allah SWT dengan mudah serta masuk syurga yang kekal abadi bersama-sama. InsyaAllah.

Berpandukan kata-kata Sayidina Ali K.W. dan para ulama membahagikan pendidikan anak-anak kepada 3 fasa:-(yang setiap satunya mengambil tempoh 7 tahun sedari kecil hingga menginjak ke usia 21 tahun)
1)Pendidikan  anak dari kelahiran hingga usia 7 tahun -didikan dengan kasih sayang.
Sebelum bercerai susu dalam lingkungan usia 2 tahun,anak-anak perlu sering didakap,didukung dan dipeluk cium serta didodoikan oleh orang tuanya hingga terasa oleh si anak bahawa mereka benar-benar dikasihi.Ketika anak masih kecil, ajar dan perdengarkanlah dengan ucapan kalimah "Lailahaillallah" atau sekurang-kurangnya kalimah Allah,Allah,Allah.Mudah-mudahan sepanjang proses pembesaran sebagai seorang insan, itulah kalimah awal dan akhir menjadi sebutan lidah seorang anak, dan dalam masa yang sama roh jiwanya diperteguhkan dengan kalimah tauhid dan dipelihara dari sebarang gangguan syaitan. Sayidatina Aisyah r.ha berkata bahawa aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:"Sesiapa mendidik anak sejak kecil sampai dia mengucapkan 'Lailahaillallah',maka dia tidak akan dihisab lagi pada hari kiamat kelak." (Riwayat Thabrani).

Selepas bercerai dari susu, dalam lingkungan usia 2 tahun lebih, anak-anak akan memasuki usia awal mumaiyiz, dan tanda seorang anak mula mumaiyiz ialah dapat membezakan antara tangan kiri dan tangan kanan, serta sudah pandai menyarungkan kasut di kakinya dengan betul, dan sekiranya tanda-tanda tersebut sudah ada dalam diri anak maka bermula proses pendidikan. Pendidikan sedari dari kecil akan memberi kesan jangka masa panjang berbanding jika kita mulakan setelah mereka besar.Nabi SAW bersabda:"Menuntut ilmu semasa kecilnya, laksana melukis di atas batu." (Riwayat Baihaqi dan Thabarani).Situasi ini sememangnya berlaku pada anak-anak kita bilamana mereka suka menconteng apa yang mereka fikir dan ingin luahkan, dan kadang kadang sekiranya tiada kertas, dinding dirumah kitapun menjadi mangsa contengan mereka. Didikan semasa mereka kecil ini memerlukan pendekatan hikmah, kasih sayang dan belaian, contohnya melalui pengalaman aku sebagai seorang ibu, kadang-kadang anak-anak nak main kuda-kuda, nak kita menjadi kuda dan mereka akan naik ke atas belakang kita, disuruhnya kita pusing-pusing, sememangnya orang tua harus menjadikan diri kita sebagai seorang budak, gaya bahasa serta tutur kata seolah-olah seusia dengan anak kita, kemudian isilah akal dan hati anak-anak kita dengan harapan serta keceriaan hidup.Bila bermain, sebenarnya merupakan salah satu cara anak-anak belajar mengenal dunia di sekeliling mereka, bermain dapat membantu perkembangan akal, serta mencergaskan fizikal tubuh badan mereka, sabda Nabi SAW:"kegiatan anak semasa kecilnya akan menambah akalnya di waktu dia besar."(Riwayat Tirmidzi).

Dari Abdullah bin Habib, Rasulullah SAW bersabda "Apabila anak telah mulai boleh membezakan antara tangan kanan dan kirinya, maka suruhlah dia untuk melaksanakan solat." (Riwayat Thabrani). Ini bermaksud pada sekitar usia 2 hingga 3 tahun, anak-anak kita sudah boleh dijinak-jinakkan dengan solat. Anak-anak akan melihat segala tindak tanduk orang tua mereka dalam melaksanakan ibadah solat dan secara tidak langsung sebagai orang tua kita mengajak mereka untuk sama-sama melakukan ibadah tersebut tanpa paksaan atau kekerasan, dan  menerangkan bahawa solat merupakan perkara yang wajib dilaksanakan.Selaku ibu bapa, kita boleh mengunakan ayat-ayat yang mudah difahami oleh anak-anak  yang berumur antara 4 hingga 7 tahun tentang ibadah solat, contoh yang mudah "Allah sayang pada orang yang rajin solat, nanti Allah bagi pahala banyak dan dapat masuk syurga, dan dalam syurga banyak mainan". Sepanjang tempoh untuk meginjak ke usia 7 tahun adalah merupakan satu tempoh yang perlu dipenuhi dengan pembelajaran dan pendidikan, kadangkala peraturan dan arahan serta kawalan disiplin adalah suatu yang perlu, justeru itu segala suruhan, teguran dan hukuman yang dikenakan akan mudah diterima kerana kita perlu yakin bahawa seorang ibu dan bapa sangat-sangat mengasihi anak-anak mereka dan bukan untuk membenci.

2) Pendidikan anak dari usia 7 tahun hingga 14 tahun
Apabila anak -anak telah sempurna mumaiyiz dari usia mereka 6 tahun ke atas hingga baligh, mereka telah tahu membezakan buruk dan baik, telah dapat makan sendiri, pakai baju sendiri tanpa bantuan orang lain.Ketika usia mereka pada tahap ini, mereka sudah boleh didedahkan pendidikan secara ilmiah dan disiplin, diajar tatacara beribadat dengan betul, menghormati hak orang lain dan menunaikan suruhan guru.Skop didikan juga merangkumi aspek tuntutan agama dan adab sopan, perkara yang haram dan halal,menerangkan perkara-perkara yang dilarang, membenci perkara kemungkaran dan kemaksiatan, melakukan ketaatan kepada Allah SWT dan meninggalkan sesuatu perkara yang dilarang kerana Allah.Hukama berkata,"Awal-awal agama adalah mengenal Allah."

Seterusnya anak-anak akan diperkenalkan siapa Nabi Muhammad SAW,ahli keluarganya serta sahabat handainya,mengajar anak membaca,menghafal dan memahami al-Quran,ini sejajar dengan sabdaan Nabi SAW dari Ali bin Abi Talib K.W. bahawa Rasulullah SAW bersabda :"Didiklah anak-anakmu untuk melakukan tiga hal iaitu;mencintai Nabinya, mencintai keluarga Nabi, dan membaca al Quran.Sesungguhnya pembawa al-Quran (kerana selalu membacanya) akan mendapat naungan arasy Allah pada hari di mana tiada naungan lagi kecuali naungan Allah beserta para Nabi dan orang-orang yang suci." (Riwayat Thabarani,Ibnu Najjar dan Ad-Dailami). Adalah menjadi satu tuntutan supaya ibu dan bapa dapat memperkenalkan suri teladan (Role Model) dari kalangan tokon-tokoh unggul pembela agama bermula dari Nabi SAW, kaum keluarga serta para sahabat dan sahabiah dan tanamkan kedalam hati mereka tokoh-tokoh inilah yang patut disanjung dan dicintai kerana hanya dengan dengan titisan keringat, air mata dan darah serta sanggup mengorbankan nyawa demi agama tercinta maka kita hari ini dapat menikmati nikmatnya iman.

Menginjak ke usia 7 tahun, anak-anak mula dilatih untuk mengerjakan solat, puasa dan menutup aurat, dan apabila mencapai usia ke 10 tahun, mereka hendaklah dihukum apabila tidak menunaikan ibadah dan tatacara hidup Islami secara konsisten dan sempurna, sebagaimana sabda Nabi SAW:"Apabila anak telah mencapai usia 7 tahun, perintahkanlah dia untuk melaksanakan solat, dan pada saat usianya telah mencapai sepuluh tahun, pukulllah dia apabila meninggalkannya".(Riwayat Abu Daud),hari ini berapa ramai ibu dan bapa di luar sana melakukan serta melaksanakan hukuman apabila anak-anak meninggalkan solat sepertimana yang Nabi perintahkan, tepuklah dada dan kepala, serta tanyalah hati, pasti kau akan temui jawapannya sendiri. Jika sebelum ini anak-anak kita anggap sebagai 'tuan atau majikan', tetapi bila menjangkau usia 7 tahun mereka akan menjadi 'budak suruhan' untuk ibu dan ayah. Sesungguhnya menjadi rutin ibu dan ayah untuk tekun berusaha serta bekerja keras memberi tunjuk ajar,memperbaiki kesalahan anak-anak setiap saat dan ketika,jangan membiarkan anak-anak melakukan kesalahan tanpa teguran atau hukuman dengan alasan "alah budak-budak",sudah diingatkan asyik buat jugak,"sebagai ibu dan bapa jangan jemu lagi dan lagi untuk menegur setiap tingkahlaku sang anak-anak.Biarlah kita letih dalam mendidik anak-anak dengan keikhlasan, kelak mereka akan sebati dengan kebaikan dan ketaatan.

3)Pendidikan anak dari usia 14 tahun hingga 21 tahun
Seterusnya apabila anak-anak masuk ke usia 15 tahun, anak-anak sudah memasuki gerbang akil baligh, maka bermulalah tanggungjawab syariat  ke atas mereka.Kalau sebelum ini anak-anak menjadi 'budak suruhan', tetapi dalam tempon tujuh tahun yang ke tiga ini, mereka akan menjadi 'memanda menteri', mereka akan menjadi pembantu kepada ibu dan bapa (selaku raja dan permaisuri), mereka perlulah kita libatkan dalam urusan kekeluargaan dan rumahtangga. Anak -anak pada peringkat usia begini, perlu diberi kepercayaan untuk menimba pengalaman memikul tanggungjawab supaya mereka dapat membina keyakinan diri dalam membuat keputusan dan menguruskan masalah. Walaupun diberi kebebasan,selaku ibu dan bapa tetap mengawasi  anak-anak dan bertindak sebagai pemudahcara dan tempat rujukan.Melalui hubungan seperti ini, maka terbinalah input-input kematangan yang akhirnya membuahkan aspek ketrampilan diri yang seimbang dan mampu menguasai kemahiran hidup.Ibu bapa juga perlu berkomunikasi dengan anak secara terbuka dalam peringkat usia 14 hinggga 21 tahun, bertindak sebagai seorang "kawan" kerana dengan itu anak akan mudah mengajukan pendapat atau masalah, namun sayugia dingatkan komunikasi yang dilaksanakan tidak menghilangkan wibawa diri kita sebagai ibu dan bapa, jika di negara barat, ibu bapa menganggap anak-anak remaja mereka sebagai kawan, namun tidak begitu dalam ajaran Islam, masih ada batas-batas yang perlu dipatuhi, kerana hubungan ibu bapa dengan anak-anak tetap dipelihara dimana anak-anak wajib menghormati ibu bapa mereka.Ini kerana kuasa untuk menjadikan anak-anak sebagai teman @ kawan terletak di pihak ibu bapa, bukan di pihak anak-anak.Kesimpulannya apa yang penting ialah wujudnya hubungan kemesraan serta perkongsian secara terbuka dapat dilakukan secara dua hala antara anak-anak dan ibu bapa.

Begitulah fasa pendidikan anak-anak daripada kata-kata Sayidina Ali K.W., dan semestinya menjadi satu kewajaran bagi pihak ibu dan bapa berinteraksi dengan anak-anak mengikut kecerdikan dan perkembangan usia mereka dengan watak-watak yang berbeza.

Masa itu emas, kata pepatah, yang hilang tak akan dapat kita ulang semula, dan tiada apa yang dapat menggantikan segala yang telah berlalu,mari kita renung-renungkan, timbang-timbangkan semakin hari zuriatku zuriatmu semakin membesar dan kita pula menjadi semakin tua. Maka kesempatan yang ada yang Allah berikan gunakanlah dengan sebaik-baiknya untuk kita membesarkan zuriatku dan zuriatmu dengan sempurna dan baik, gunakanlah cara didikan yang direhdai oleh Allah SWT agar zuriatku zuriatmu menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya lebih baik bagimu meninggalkan ahli warismu dalam keadaan yang cukup daripada meninggalkan mereka menjadi beban tanggungjawab orang lain."(Hadis Riwayat Bukhari Muslim).Ayuh teman-temanku yang bergelar ibu dan bapa pasakkan kesungguhan dalam membentuk peribadi anak-anak kita. Buruk dan baiknya perangai anak-anak kita dimasa depan ditentukan oleh kita sendiri bermula dari saat kelahiran anak-anak.Ingatlah sesungguhnya Allah SWT telah mengamanatkan anak-anak kepada ibu dan bapa agar dibekalkan segala kasih sayang dan ilmu yang berguna di dunia dan akhirat, maka jangalah kita mengabaikan tanggunjawab ini.Lakukanlah segera kerana kita tidak tahu bilakah agaknya kiamat kecil (kematian) akan menjemput kita atau anak-anak kita semula kehadrat Ilahi. Menurut dari seorang insan berilmu:-

"Jika anak dibesarkan dengan celaan, ia akan belajar memaki,
"Jika anak dibesarkan dengan permusuhan, dia akan belajar berkelahi,
"Jika anak-anak dibesarkan dengan cemuhan, dia akan belajar merendah diri,
"Jika anak dibesarkan dengan kerjasama, dia akan belajar menahan diri,
"Jika anak dibesarkan dengan motivasi, dia akan belajar menghargai,
"Jika anak dibesarkan dengan sebaik-baik tindakan, dia akan belajar keadilan,
"Jika anak dibesarkan dengan rasa selamat, dia akan belajar menyenangi diri sendiri,
"Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan, dia akan belajar menghayati cinta dan kasih sayang dalam kehidupannya."

Akhir bicara,anak-anak merupakan satu kontrak yang besar antara kita dengan Allah untuk membentuk umat manusia yang beriman dan berguna satu hari nanti, bayangkan kita mungkin mempunyai masa 17 tahun pertama dalam kehidupan anak-anak untuk melaksanakan tugasan ini. Maka marilah kita sama-sama lakukan dengan penuh dedikasi dan komitmen kerana Allah SWT sentiasa menemani kita sepanjang perjalanan ini selagi kita beriman dan bertawakal kepada-Nya.InsyaAllah.

Doaku,Ya Allah jadikanlah aku seorang isteri dan ibu yang berjaya dunia dan akhirat, jadikanlah aku murabbi dalam keluargaku agar lahir dari zuriat keturunan ku daie-daie, hafiz @hafizah, alim @ alimah yang akan memwarnai dunia dan akhirat yang kekal abadi.Amin!

"Belajar dan mengajar,lagi dan lagi tersilap kata harap dimaafi"

Rujukan: Hushim Salleh & Ida Hartina Ahmed Tharbee : Anakku Sayang :Panduan Keibubapaan Cemerlang
Majalah Anis Jun, 2010.


Wednesday, January 5, 2011

Hitam Putih Kehidupan

"Setiap manusia diciptakan ALLAH SWT dalam keadaan gemilang.Walaupunbagaimanapun, tugas mencapai kecemerlangan dan kegemilangan diri terletak dibahu setiap orang." (petikan kata-kata Dato'Dr.Hj. Fadzilah Kamsah, Majalah SOLUSI Isu No.26 2010)

Alhamdulilah dengan izin Allah, dapat juga aku menulis sedikit karkuzari (laporan) hehehe, sepanjang balik bercuti di semenanjung,sebenarnya apa yang aku ingin kisahkan diruang blog peribadi ku nie bukanlah untuk membuka keaiban sesiapapun, tapi bolehlah aku anggap sebagai renungan, pengalaman serta pengajaran bukan sahaja untuk diri aku yang sangat fakir ilmunya, tapi  juga sebagai tatapan untuk teman-teman ku di luar sana.

Sepanjang 2 minggu berada di semenanjung sempat juga aku menziarah mak long, kakak kepada emak aku,iyelah bila lama tak jumpa macam-macam cerita disembangkan,tapi ade satu kisah yang membuat aku tersentak sedikit....cerita tentang kantin sekolah dan RMT( rancangan makanan tambahan) untuk budak2  sekolah rendah. Sebenarnya apa yang pak long aku ceritakan sudah pernah berlaku pada mak aku, sewaktu dapat tender kantin sekolah rendah satu ketika dulu zaman aku sekolah menengah. Bagaimana melayan karenah2 cikgu yang berbagai ragam,kadang2 hati kecil ku sering tertanya2 kenapa seorang guru yang berpendidikan tinggi boleh mempunyai akhlak seperti itu?, masih segar dalam ingatan aku hingga kini,bagaimana arwah abah "ditemberang" (bahasa lembut), bahasa kasar (kena tipu), oleh seorang guru berpangkat besar lagi (guru besar), sewaktu bayaran RMT, katanya peruntukkan bayaran tersebut dipotong separuh untuk beli alatan sukan sekolah.Kesian abah dan emak......sampai arwah abah cakap, "takpelah kat dunia nie kau lepas, tapi dekat akhirat nanti kau akan cari aku." MasyaAllah....sekarang arwah abah dah takde.....bagaimanalah hamba Allah tersebut nak berhadapan dengan arwah abah esok di akhirat....

Inilah hitam putih kehidupan, bagi aku yang fakir ilmu nie, ilmu sahaja tidak cukup kalau tiada iman yang mantap dalam jiwa, sebab tu janganlah kita terkejut jika ada yang bergelar haji, ustaz, syeikh, cikgu, hakim atau apapun jawatan yang disandang dari sekecil2 jawatan kepada sebesar2 jawatan.... jika iman taraf E, inilah jadinya.....:(,.....bila tak tulus dalam mengikut jalan yang lurus.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :"Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang bentuk tubuhmu dan tidak pula memandang kedudukan mahupun harta kekayaanmu, tetapi Allah memandang pada hatimu.Barangsiapa yang memiliki hati yang soleh maka Allah menyukainya.Bani Adam yang paling dicintai Allah ialah yang paling bertaqwa." (Riwayat Al-Tabarani dan Muslim).

Hitam putih kehidupan namanya, Allah SWT memberi kita banyak pilihan.....ada ratusan ribu pilihan, dihadapan kita,tapi pilihan yang bagaimana yang kita mahu?? sesuai dengan kehendak Allah.Bila teman-teman mengadu masalah2 mereka, aku jadi rasa simpati n sesak nafas seketika, lemahnya kita dalam aspek perancangan, perancangan dalam keluarga, kewangan, kerjaya, jodoh, kehidupan.....semuanya tersasar tak menentu....samaada mereka yang buat usaha atau orang biasa keadaan seumpama nie semuanya boleh berlaku.

Bagi mereka yang dah berkahwin janganlah suka berahsia dengan pasangan,setiap apa yang berlaku perlu dikongsi bersama....bila masuk bab kewangan pulak....hahh yang ini paling penting cara kita menguruskan kewangan apatah lagi dah bila dah bekeluarga, aku nak sarankan agar teman2 yang mempunyai kesempatan membaca belilah buku KEMANA WANG ANDA? ditulis oleh Hajah Rohani Datuk Hj. Mohd Sharir, anak Karkun nie....merupakan pengerusi eksekutif dan ketua perunding di Hijrah Wealth Management Sdn.Bhd. iaitu firma pengurusan kewangan Islam, pernah muncul dalam wawancara Radio BBC di London...buku Kemana Wang Anda boleh dijadikan panduan pada mereka yang mempunyai kelemahan dalam perancangan kewangan, yang ok dalam merancang kewangan  pun boleh baca tambah ilmu, tingkatkan amal, katanya:-
"dalam mengejar harta dunia,adakalanya kita terlibat dengan unsur-unsur yang menjadikan pendapatan kita tidak diberkati."

Aku dah baca buku nie....memang bagus...dah nak masuk kali ketiga dah.RM20....je


Inilah rencah kehidupan segala2nya perlu diatur dengan teliti dan tertib,bagi aku hidup ini bukanlah untuk kita menentang alam ciptaan Tuhan, tapi hakikat sebenarnya kehidupan ini adalah satu pengabadian yang telah diatur oleh-Nya.Usaha yang dilakukan sepanjang proses kehidupan kita, bukan untuk bahagia di dunia semata2, akan tetapi lebih dari itu.....kebahagiaan yang sebenar "di sana", emmm......lantaran itu,suka aku mengingatkan diri sendiri yang selalu alpa, dan leka.....iyelah usia semakin hari semakin meningkat,dan berlalu.....seharusnya perlu diisi dengan muhasabah serta menilai diri, setahun yang berlalu pergi, bererti pertemuan kita dengan Allah SWT , Tuhan yang Maha Esa semakin hari semakin dekat, "kiamat kecil" akan datang pada bila2 masa, mengambil kita dari orang yang tersayang, memisahkan kita daripada dunia, harta dan kemewahan yang semuanya sementara, dan menuju nun jauh di akhirat yang kekal abadi.

"Persoalannya adakah aku dan teman-teman di luar sana sudah bersedia"

Huhuhu....aku dah mengantuk nie, terdengar batuk2 kecil dari bilik emak....kesian mak....nak sambung sikit je....sebagai penutup bicara mudah2han segala usaha, amalan, harta dan kesenangan kita di dunia ini akan dipermudahkan oleh Allah untuk diadili pada hari pembelaan nanti ye, Amin!!!

Aku yang masih belajar lagi dan lagi