Saturday, April 16, 2011

My KhutubKhannah~ Reading is Not Only To Know But To Understand As Well~

Assalamualaikum....semua,moga kalian sentiasa dirahmati Allah SWT. emmm,nak  story sikit kenangan masa jadi student "U". Dulu2 mase zaman belajo aku ambik course Library Science & Information Management,tapi nampaknya rezeki kerjaku telah Allah tetapkan  kepadaku SurirumahTangga Full Time....so what can i say....perancangan Allah,n pasti tersimpul banyak hikmahnya....takpe2,disebabkan aku nie sebenarnya suka membaca dan berpadanlah dengan course yang aku ambik mase belajo kat U.....jadi aku nak kongsikan mengapa kita perlu membaca?


 

Betulke Melayu malas membaca???
Hissh bila nak cakap tentang bab nie,rasenya macam kutuk bangsa sendirilah pulak,tapi hakikatnya begitulah....teringat waktu aku dan teman2 menanti pintu PERPUSTAKAAN NEGARA dibuka......pagi2 lagi kami semua dah datang awal nak buat tugasan......rupa2nya ade yang ada datang lebih awal dari kami....hahhhhh itu dia orang cina n sefamily dah dok menunggu.....family Melayu mana......lagi2lah kalau weekend.....jawabnya tido ur adek tak tahuuuuu.....:),hah jawab2! hehehe....

Bagi aku membaca nie gerbang ilmu....lagi2lah kalau PARA DAIE....,seorang Daie di zaman mencabar nie nak buat usaha dakwah kena banyak membaca,(Al-Quran mesti comfortla hari2 kena bacakan,menu wajib tu),xleh tinggal,kalau termiss,jawabnya kena ambik air sembahyang,lepas tu ambik Al-quran tu cium....then....cakap dengan Allah macamnie:-
"Ya Allah dosa apa yang aku lakukan hariini, hinggakan aku telah terhindar dari membaca KalamMU,ampunilah aku yang Allah di atas kelemahan aku dan kesibukkan aku,ya Allah! hah lepas dah mengadu n minta ampun tu, jangan tak baca pulak.

Emmmm..... orang yang berotak geligapun sekalipun, kalau dia malas membaca,dia akan jadi seorang yang tak bermaklumat.....senang cakap,apa yang dia cakap tu kurang intipati,atau kurang menyengat hehehe,bukan kena sengat ikan tau!

Pernah sekali aku menegur suamiku.....lebih kurang ayatnya macam niela; sebelum tu "P/s Tuan Salleh kalau baca entri ini tolong jangan kembang punggok ek hehehe"

Aku: Abang tanye sikit leh tak?Emmmm.....kenapa ek kalau abang bercerita ur bayan macam ade auralah,seolah2 abang menjiwai setiap patah2 kata dalam sketsa yang abang baca tu?

Abang: Sayang nak tahu ke.....selama nie kalau sayang baca Fadhail Amal ur Muntakhab Ahadith tu apa yang sayang rasa, (aku mendengar khusyuk sik jawab apa2)biar abang terangkan....bila kita membaca kita perlu meletakkan diri kita dalam situasi ur suasana tersebut,dan apabila kita bercerita kembali apa yang kita baca, orang akan terkesan dengan apa yang kita kata....kiranya kita menjiwai suasana tu. hah tu dia penangan Budak MASCOM,jangan sekadar membaca ibarat mencurah air di daun keladi ingat tu...ingatttt.....kena hayati apa yang kita baca....baru orang kata ada RUH....kui!kui!

Sebab tu mase abang keluar 4 bulan IPB selepas tamat belajar, banyak jugak dia beli buku mase khuruj disana...nak tengok KOLEKSI KHUTUBKHANNAH KAMI....Jom layan....xleh tayang semua,banyak huhuhu sikit2 udehlah hehehe,kedai buku tu betul2 depan Markaz Nizammuddin....

Hayatus Sahabah Vol.1

Hayatus Sahabah Vol. 2

Hayatus Sahabah Vol.3

Faza'il E-A'Maal

Faza'il E SadaQaat

Faza'il E Haj

AAP BEETI Autobiography Shaikhul Hadeeth Hazrat Maulana Mohammad Zakariya Kandhalawi



semua buku2 di atas versi English

Emmm.....senang cerita sesiapa yang membaca dengan banyak, maka dirinya serta jiwanya hidup dengan kadar pembacaannya. Lagi banyak baca lagi luas kehidupannya. Kerana itu ada peribahasa Inggeris mengatakan : "Membaca adalah seperti menjelajah dunia". Maka sesiapa yang ingin dirinya mencapai tahap kejayaan maka hendaklah mengamalkan budaya membaca,dah habis baca kenalah ambil iktibar dan pengajaran apa yang kita baca untuk koreksi2 diri kita.
BuKU Harga 0.20  percaya Tak????
Mesti korang tak percayakan, tapi nie betulah tak tipu....emm.... DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA SARAWAK last year ade buat jualan buku-buku lama di Gudang DBP....murah2 gilak...aku yang sememang peminat buku mestilah dengan semangat yang jitu telah mengerakkan kaki dan tangan abang untuk menyusur digudang DBP tu....akhirnya abang beli 20 siri Tokoh Cendekiawan Islam....dalam pelbagai bidang yang masyuk tu harganya tu 0.20 je wow! memang berbaloi2....nasuha pun suka, actually nasuha tak pandai  baca lagi dia suruh aku baca,hah bila nak baca untuk budak2 nie mesti guna teknik penceritaan.....biasalah ade suara kecik n besar....Kui!Kui! (teringat mase Sem 6,buat program bersama2 PERPUSTAKAAN NEGARA untuk program kanak2,yang tahan tu aku jadi penyanyi hehehe) Sweet memories budak2 terhibur.


Siri Tokoh Cendekiawan Islam 20 Siri dalam pelbagai bidang....nak tahu Jom layan....

  1. IBNU'N NAFIS - PENEMU SISTEM PEREDARAN DARAH
  2. IBNU'L HAITHAM-PAKAR OPTOMETRIS...yang ni membuatkan aku teringat akan pakar mata Dr.Nasuha...(hanya tinggal kenangan)
  3. AL -BIRUNI- AHLI GEOGRAFI DAN ASTRONOM
  4. JABIR HAYYAM-AHLI KIMIA
  5. IBNU'L-BAITAR -AHLI BOTANI
  6. IBN BATTUTAH -PENGEMBARA ISLAM
  7. IBN SINA - PAKAR PERUBATAN
  8. AL-FARABI - AHLI FALSAFAH ISLAM
  9. AL -KHAWARIZMI - AHLI MATEMATIK
  10. AL-IDRISI -AHLI GEOGRAFI
  11. AD-DUMAIRI- PAKAR HAIWAN
  12. IBN RUSHD - AHLI FALSAFAH
  13. IBN MAJID - PELAYAR"SINGA LAUT"
  14. AL QAZWINI - AHLI GEOLOGI
  15. IBN YUNUS - AHLI KAJI CUACA
  16. AL- KHAZIN - AHLI FIZIK
  17. AL- JAHIZ - PAKAR HAIWAN
  18. IBNU KHALDUN - AHLI SOSIOLOGI
  19. AZ-ZAHRAWI - PAKAR BEDAH
  20. AL ANTAKI -AHLI FARMASI
Wah2! Inilah kehebatan orang Islam....tolong yer En.Barat jangan dok kata ilmu hang yang pegang, hang terokai.... dan bila aku baca buku ini sambil bacakan untuk Nasuha aku tumpang bangga...sebenarnya besar sungguh pengorbanan cendikiawan Islam dalam bidang ILMU.....MasyaAllah sesungguhnya ilmu Allah itu Maha Luas.....nak dibandingkan ilmu yang manusia ada....emmm ibarat mencecahkan jari dilautan yang luas,yang terlekat sedikit dihujung jari itulah ilmu kita.....


Akhir kata rajin2lah membaca akan datang aku nak story pasal buku nie pulak sememangnya aku suka tgk cerita perang,suka tgk cerita Saiful Allah-Khalid Al Walid kat TV Hijrah segalanya bermula di sini....scene yang aku tak dapat lupa dan menyayat hati scene Summayyah diseksa dgn Si Abu Jahal...air mataku mengalir melihat Summayyah diseksa, tak dapat tahan sebak waktu Abu Jahal ambik tombak lalu direjam dikemaluan Sumayyah...Summayyah menjerit sayu ALLAHHU AKHBAR!....pandai betul pelakon itu berlakon hingga aku menitiskan airmata...kuatnya iman Summayyah...wanita pertama Islam yang syahid.

    Sword of Allah Khalid al-Walid, panglima agung tak terkalah!

Wassalam,jazakallah untuk semua!!

Monday, April 11, 2011

Siti Hajar:~~Wanita Biasa Yang Luar Biasa~~ Iron Lady Sepanjang Zaman

~~ Buku KesayanganKu Terjemahan Melayu Siri Karya Ibrah Kisah Para Nabi~~
~~~Hajar Al-Misriyah Ibu Bangsa Arab~~~
Karya asal: Abdul Hamid Jaudah Al-Sahhar dalam Siri Sirah Nabawiyah Muhammad Rasullulah Wa al-Lazina Ma'ahu
Petikan cerita.....Hajar tidak melihat patung-patung.Mereka sujud,ruku,serta berdoa dengan wajah yang bercahaya.Cahaya yang tidak pernah terpancar di wajah rahib atau ketua-ketua rahsia langit.Hajar memasuki khemah Sarah.Dia bertanya tentang Tuhan yang disembah oleh orang yang beriman. Sarah menjawab..."Tuhan itu ialah Allah,tiada Tuhan selain Dia,Pencipta langit dan bumi.Dialah yang menghidup dan mematikan.Dia berkuasa atas tiap-tiap sesuatu," terang Sarah dengan lembut.

"Bilakah Dia memerintah bumi?" soal Hajar,kebingungan mula menguasai dirinya.
"Dia tidak pernah menjadi raja di dunia.Allah itu Qadim lagi Azali.Dialah yang awal dan akhir.Allah yang mencipta langit dan manusia.Dia Maha Mengetahui.Allah tahu apa jua yang disembunyikan didalam hati.Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah,maka Allah itu Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.Dia yang memberi rezeki kepada orang yang dikehendaki-Nya tanpa hisab,Allah Maha Kaya dan Maha Terpuji.Dialah yang membangkitkan orang yang mati untuk dibalas segala amalan mereka.Allah itu amat segera hisab-Nya

hah !!! kalau nak tahu next kisahnya....kenalah baca bukunya hehehe.....

Mari Kita Para Isteri belajar dari Siti Hajar (Iron Lady Sepanjang Zaman)
# Siti Hajar tidak lahir dari keluarga bangsawan,bukan juga dari keluarga ternama,malah hanya seorang wanita hamba,sebelum diperisterikan oleh Nabi Ibrahim A.S
#Bagi aku Siti Hajar seorang wanita yang luar biasa yang mana keluarbiasaannya itu membolehkan dia berhadapan dengan musibah yang besar dengan jiwa yang tulus dan merdeka,hinggakan Allah memberi penghormatan yang tinggi kepadanya sebagai peneroka bumi Makkah dan penemu Telaga Zamzam,sumber air yang terbaik di dunia.
#Ya memang benar,dia seorang wanita yang sungguh luar biasa, sukar untuk ditemui pada mana-mana wanita lain di sepanjang zaman,dia seorang wanita,isteri dan ibu yang tinggi jiwa pergorbanannya,yang sangat taat, sangat tinggi penyerahan dirinya kepada Allah,sangat tabah,dan sangat sabar,Ya Allah! kurniakanlah kekuatan untuk aku mencontohi akhlak Siti Hajar,terlalu banyak kelemahan2 aku ya Allah, Ya Rabb! :( amin!

Ada apa pada Siti Hajar???
# Ramai orang yang meneguk air zam-zam,tetapi tidak meneguk IBRAH (Pengajaran) daripada wanita yang mula2 menyentuh air itu (especially kita wanita)
# Sejarah menceritakan dia wanita yang berkulit agak gelap.Wajahnya tidak secantik madunya Siti Sarah,menjaga anak bernama Ismail.....ya, dia biasa-biasa sahaja pada lahirnya." tetapi dimana keluarbiasaanya?"
# Sebenarnya agak sebak bila aku membaca kisah ini, tetapi inilah yang aku mahu kongsikan bersama teman2ku yang bergelar IBU atau bakal bergelar IBU....teman2 dan sahabat2 yang aku kasihi......Siti Hajar yang kita kagumi.....punyai hati seperti emas,dia diuji dengan pelbagai demensi ujian,emosinya diuji dengan hidup bermadu,fizikalnya diuji ketika ditinggalkan di padang pasir.Akalnya pula diuji dengan ikhtiar tanpa bekalan,jiwanya diuji dengan tawakal,sabar dan bersangka baik kepada Allah dan suami.Memang Siti Hajar benar2 luar biasa,dia menjadi luar biasa hanya menjalankan peranan yang dilakukan oleh aku,teman2,semua isteri dan ibu2 di dunia ini.MasyaAllah! rasa sayu mencengkam hati aku....kerana bila flashback balik tertanya2 aku berapa banyak pengorbanan yang telah aku lakukan sepanjang aku bergelar isteri dan ibu....rehda aku?ikhlaskah aku? "Ya Allah ampunilah aku ya Allah,andaikata hambamu ini terleka dan terlalai dalam melakukan tugas dan khidmat kepada suamiku...kurniakanlah sifat ikhlas yang sebenar2nya kepada aku,ya Allah....amin! amin! Ya Allah

# Tatkala Siti Hajar ditinggalkan suami,sedikitpun dia tidak menyimpan prasangka yang tidak baik pada suaminya.Apatah lagi untuk bersangka buruk kepada Allah."kenapa aku ditinggalkan?kenapa aku dibiarkan? semua persoalan itu sedikitpun tidak mengoyahkan ketaatan Hajar terhadap suaminya,kerana dalam diri Hajar telah terbina satu benteng iaitu Ketaatan kepada Allah telah membina ketaatan yang tinggi kepada suaminya Nabi Ibrahim A.S yang juga merupakan "Bapa Para Nabi"

# Ketika Hajar ditinggalkan......,suaminya telah menyerahkan dia (Hajar dan anaknya kepada Allah) maka kepada Allah-lah seluruh pergantungan hatinya.Ditinggalkan untuk membina kehidupan sendiri dibumi Makkah yang kosong dan tandus.....emmm kalaulah kita, suami kita tinggalkan kat tepi jalan je harus meleleh airmata tu!huhuhu,jauh dari manusia,Hajar yang ikhlas dan rehda menyerahkan segala2nya kepada Allah untuk memutuskan apa yang terbaik buat diri dan bayinya dan dia yakin bahawa Allah SWT tidak akan mensia-siakan dirinya.

"Barangsiapa menyerahkan dirinya kepada Allah,sedang dia orang yang berbuat kebaikan,maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kukuh.Dan hanya kepada Allah-lah kesudahan segala sesuatu," (Luqman:22)

Buat aku dan teman2 para isteri sekalian
# Ciri2 yang luar biasa pada diri Siti Hajar,adalah hasil didikan suaminya seorang Rasul,jiwanya disibukkan dengan keinginan2 untuk melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.Dia sentiasa memandang positif segala ketentuan Allah,dan dek dengan ketulusan jiwa ini,maka darjat Siti Hajar diangkat tinggi oleh Allah SWT walaupun dia lahir sebagai seorang wanita hamba,status yang dipandang rendah oleh manusia.Maka dengan ketulusan jiwanya yang luhur,dia telah mendapat pengiktirafan dari Allah SWT yang mempunyai kedudukan luarbiasa disisi Allah dan manusia.

# "Hebatkan Siti Hajar teladan untuk kita yang bergelar isteri dan ibu,kuatkanlah pergantungan kepada Allah.Yakinlah,pasti ada selaut kemanisan yang tersembunyi disebalik seguris kepahitan takdir-Nya,tulah punca dan sumber kekuatan yang utama."

# Moral of Story ini....setiap isteri harus belajar untuk menjadi seperti Siti Hajar walaupun tidak bersuamikan lelaki seperti Nabi Ibrahim A.S

"Kita kurang yakin dengan Allah lalu kita meninggalkan perintahNya" 
Kita Kurang yakin dengan Allah lalu kita melakukan laranganNya

Aku fakir Ilmu,maka ya Allah berikanlah daku Ilmu yang bermanfaat
Aku fakir amal, maka tunjukkanlah aku jalan hidayahMU

Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..amin!




















































Tuesday, April 5, 2011

~IKRAM DATUK KP MALAYSIA,SaKit MaTa,N SaYang SaRawaK~ Jom LaYan....

~ SkEtSA Aku dan SuAMI~
"Maafkan abang sayang,nampaknya abang tak dapat nak bawa adek2,n mak kita jalan2 di sekitar Kuching,"
"Hah! kenak sik dapat bawa kamek jalan2,adek kamekkan maok datang 25 tok hingga 30,mun abang sik dapat bawak kamek jalan2,siapa maok bawa," tu dia..... teman madah SaRawak.....hehehe Jangan jeles orang SaRawaK

"Begini tok 25 hingga 28 abang menjadi Pegawai Pengiring untuk Lawatan Datuk KP Malaysia n PUSPANITA selama 4 hari,sik dapat abang temankan sayang n adek2 camne?

"Camne,Camno huhuhu!!! emmm.... terpaksalah teman memikirkan siapa yang layak untuk menjadi PeMandu Pelancong untuk teman.....tiba2 aku teringat akan KIKI anak Hajah ROS belakang rumah teman,kira2nya dah macam mak sendirilah si emak KIKI tek,jadi setelah fikir2kan n mesyuarat dengan suami teman, maka KIKI lah yang paling layak n teman rasa selesa dengannya. Dalam pada tu Allah nak menguji teman n anak2,juga mak teman, semuanya kena SAKIT MATA (kecuali suami),takpe teman REHDA....xtahan jugak ujian tok,bila sujud waktu solat dia punya denyut2 MasyaALLAH sakit WOOO!.....

Nah! kita tinggalkan dulu cerita DATUK KP MALAYSIA N SAKIT MATA...nak cerita catatan ringkas program bersama adek2 teman, n emak.....sepanjang ketiadaan suami teman. Moto teman ALLAH KAN ADA....

Cerita Belanja DApuR Di EMART n ADEK HiLang (SITI NUR KHAIRUNNISA)
Mun dengar ur nangga kanak-kanak hilang......kamek mesti rasa sedih n simpati pada keluarga si Mangsa, tapi... bila dah kena kat batang hidup sendiri baru tahu rasanya camne....huhuhu!,Alhamdulilah Kuasa ALLAH SWT....dan kamek yakin akan keberkesanan Solat Dhuha.....yang akan menyelesaikan segala masalah n memudahkan segala urusan...yang sememangnya menjadi amalan,akhirnya dapat juak Allah temukan anak kamek di Emart (keluar belanja dapur masa tu),Alhamdulilah,Allah Maha Besar!!!....kebetulan yang hantar kamek pakcik Karkun.....bilanya tahu adek hilang.....diapun rasa cemas....n bila jak dia nangga kamek n adek dia pun terus sebut ALLAHUAKHBAR!!!,huhuhu rasanya macam hilang nafas kamek seketika.:)...moralnya kena hati2 budak2 tok,pantang ibunya khayal sikit cup....cepat je hilang hish!hish!...


JaLaN2 Di SeRikin
Bila datang jak ke SaRaWak.....mesti setiap orang takkan lepaskan peluang pergi ke Serikin sempadan sarawak dan Indonesia...dulu katanya murah barang2 yang dijual,tapi sekarang harganya berganda2 suami kamek madah mun maok beli barang,mesti tawar separuh dari harga yang dijual,jadi kamek pun ikutlah petua suami kamek hehehehe :)

Gambar2 yang SempAt di snap ketika datang Ke SeRikin














Pasar Serikin ini dibuka cuma pada hari Sabtu dan Ahad jak












Macam-macam ada tapi teman lebih tertarik dengan deretan telekungnya dan baju tidur lengan panjang...hehehe

Ehhhh.....menyelip juga budak 2 orang nie...hah nielah Puteri teman si baju kuning Siti Nur Khairunnisa Hj.Salehuddin,n sepupunya Siti Nur Shafiyyah Aqila bt.Sumail Gilada,2 ekor anak siput yang mengecohkan keadaan ketika sang ibu2 sedang asyik memilih barang2 untuk dibawa pulang......hehehe

SePeTang Di Telaga Air

Suasana yang mengasyikkan ketika ini air tengah surut.......

Welcome to Telaga Air 

Emmm...ayah khusyuknya baca info sejarah Telaga Air...hah bangku lipat kat tangan ayah tu untuk mak mentua dia,sebab dia takut mak penat berjalan....Cayalah Ayah!!!

Amboi! semuanya berpeace...yer,sesekali begini seronok jugak 

MaKan Malam di KennY Rogers,Boulevard
Setelah petang penat merayap,jadi kami sekeluarga plan makan malam di luar.....aku,mak dan ngah totong sikit2 hehehe sesekali apa salahnya.....:),tolong yer mok teh (adek teman no.5)...bagi maklumat yang lengkap lain kali,lebih baik kita bersantap di Kopi O Conner,Kih!Kih!,nak makan sate 100 cucuk pun takpe :)

Shafi,adek, n Nasuha yang tak sabo menunggu hidangan....apa nie Umi....lambatnyer Shafi dah lapo....hish2 sabo,jangan takut takkan lari ayam tu...iyelah macamana nak lari dah kena masak pun KUi!KUi!


Ayah jauh mengelamun....fikir apa?

 Hah yang nie mengelamun jugak....bilalah makanan nak sampai hehehe!!!

Gambo makanannya tak sempat nak ambik coz semuanya tengah keasyikan mengadap santapan,tau2 je hah dah licin......


Saat Romantis Kau dan Aku...Cewah!!

Eh! abang kat mata abang tu macam ade taik mata je hehehe,
Iye ke kat mata abang?,abang tengok kat mata sayang ade selonggok taik mata hahaha Kuang!Kuang!

Amboi yang kat belakang tu posing sakan keh!keh!tak agak2 tangan tu.

Seorang karkunah,seorang lagi SRIKANDI NEGARA....Siti Mariam adek teman,(kerjaya sbg Tentera di Kem Sg. Besi),dulu teman berangan jugak nak jdi tentera...dapat jadi Komander Kesatria pun jadile masa belajo kat UiTM Shah Alam....sempat jugak merasa :)

Nie dia Mok Teh yang penyabar n penyayang, n cukup sabo melayani kerenah anak2 sedaranya,Bakal JURURAWAT sesuai sangat dengan orangnya.....;) Chaiyo2 Mok Teh!


Alhamdulilah maka dengan nie habislah sesi karkuzari teman bersama family sepanjang mereka bercuti di Sarawak....lain kali Datang Jak Sarawak Lagik!

"Menarik menjadi mu'min kerana apabila diuji dengan kesenangan mereka bersyukur, maka bersyukur adalah kebaikan baginya,dan apabila diuji dengan kesusahan mereka bersabar,maka bersabar adalah kebaikan baginya,"

JAZAKALLAH :)



Tuesday, March 22, 2011

~MaHLigai IMpIANKu ....Jom baca....~





 (Gambar Ehsan)
Teman tak dapat nak pakai camnie masa walimah hehehe,nantilah Puteri Teman kot, Siti NurKhairunnisa...,InsyaAllah.

Alhamdulilah sedikit perkongsian...mudah2han apa yang tertulis disini,sedikit sebanyak dapat memberi panduan pada kita..mengenai tatacara kehidupan berumahtanngga yang lebih baik dan mantap,InsyaAllah dalam usaha melahirkan Daie2 yang bakal menwarnai pentas kehidupan yang tidak kekal lama ini.

#Sebelum suami teman bekerja dengan KEMENTERIAN PENERANGAN,suami teman bekerja sebagai Pegawai Tadbir di YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA SAKINAH JOHOR BAHRU....so banyaklah input-input yang teman rasa boleh kita kongsikan bersama untuk pasangan-pasangan yang merancang nak mendirikan rumahtangga,yang sudah mendirikan rumahtangga pun boleh jugak baca n jadikan garis panduan dalam kehidupan kita sehari2 InsyaAllah. Bukankah ilmu Allah itu Maha Luas,hari ini kita tahu 10 sahaja,tapi kita masih tak tahu lagi yang sepatutnya kita tahu ada diluar sana berpuluh-puluh.....Jom baca :),Namapun kita manusia biasa....kadang2 sudah lama kahwinpun....sang Isteri masih tak dapat memahami suami...n begitu jugak suami tak dapat memahami isteri....perkara ini berlaku pada semua orang....(pengalaman teman2 yang banyak mencurah rasa hati terhadap kekalutan rumahtangga,kekadang  mereka yang terlibat dengan usahapun menerima tempias pasang surut alam rumahtanngga dimana SILAPNYA....??? tepuk dada tanyalah IMAN.


 
 #Modul2 Sakinah
1.Pra Perkahwinan
  • Kursus ini dijalankan di seluruh negara dengan nama asalnya Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam ( MBKPI ).
  • Setiap pasangan diwajibkan menghadiri kursus sebelum berkahwin.
  • Cara perlaksanaan kursus adalah tertakluk kepada negeri masing-masing di Malaysia. 
2.Persediaan Keibuapaan
  • Menerangkan upacara akad nikah
  • Cara melaksanakan ucapan penyerahan dan penerimaan tanggungjawab ( taklik )
  • Menerangkan tanggungjawab suami isteri
  • Panduan menghadapi alam rumahtangga 
DALAM UPACARA AKAD NIKAH DI JOHOR
  • Perlu ada penyerahan tanggungjawab dari bapa pengatin perempuan kepada pengatin lelaki serta penerimaan
  • Perlu ada penerimaan tanggungjawab dari pengatin lelaki daripada bapa pengatin perempuan
  • Juga penyerahan tanggungjawab dari seorang ibu kepada anak perempuan
  • Penyerahan tanggungjawab ini dilakukan untuk memperingati tanggungjawab sebagai suami dan isteri.
PROGRAM 1 : PERSEDIAAN KEROHANIAN

PROGRAM 2 : PERSEDIAAN MENTAL


PROGRAM 3 : PERSEDIAAN FIZIKAL DAN KESIHATAN

PROGRAM 4 : PERSEDIAAN PENGETAHUAN

PROGRAM 5 : PERSEDIAAN KEWANGAN / MATERIAL

PROGRAM 6 : BIMBINGAN DAN NASIHAT

PROGRAM 1 : PERSEDIAAN KEROHANIAN
OBJEKTIF :
Untuk memberi kefahaman kepada peserta tentang kaedah-kaedah mendapatkan keberkatan dalam hidup berumahtangga.
AKTIVITI :
1. Malam Berinai
Bagi meraikan majlis perkahwinan. semua unsur maksiat hendaklah dijauhkan dan diisi dengan program-program yang lebih baik, antaranya:
Aturcara Malam Berinai :
  • Solat Maghrib berjamaah diikuti Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat.
  • Solat Isyak berjamaah.
  • Selawat dan Marhaban.
  • Syarahan Agama berkaitan kebahagiaan rumahtangga.
Aturcara Siang Keesokan Hari :
  • Majlis Khatam Al-Quran Wanita
2. Upacara Akad Nikah Di Masjid
Tujuannya untuk menghayati ajaran Islam seterusnya memulakan pembinaan rumahtangga bermula dari rumah Allah dalam suasana yang tenang, damai dan khusyuk. Melakukan akad nikah di masjid juga boleh mengelakkan daripada berlakunya maksiat dengan mengasingkan di antara lelaki dan wanita.
Kaedah Perlaksanaan :
  • Dimulai dengan solat sunat Tahiyatul Masjid dan sunat Hajat.
  • Wali mohon izin daripada pengantin perempuan.
  • Penyerahan Wali kepada Jurunikah ( Digalakkan wali menikahkan pasangan itu sendiri )
  • Pemilihan saksi-saksi akad ( Pastikan mereka memenuhi syarat-syarat saksi )
  • Bacaan Khutbah Nikah ( Digalakkan pengantin lelaki membaca khutbah. Jika tidak boleh hendaklah dibaca oleh Wali perempuan atau Datuknya atau lain-lain, mengikut susunan wali )
  • Upacara ijab kabul dijalankan.
  • Bacaan doa.
  • Bacaan lafaz Taklik oleh pengantin lelaki. Bacaan ini hendaklah didengar oleh pengantin perempuan dan waris-warisnya. Jurunikah hendaklah memahamkan isi kandungan lafaz Taklik tersebut.
3. Majlis Penyerahan Dan Penerimaan Tanggungjawab
Kaedah Perlaksanaan :
Dilakukan oleh Wali Perempuan atau wakilnya dan disaksikan oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Lafaz Penyerahan adalah seperti berikut :
“Adalah saya ………………………………wali kepada …………………………dari saat ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, pemeliharaan, keselamatan, kasih sayang dan tanggungjawab agama Islam kepada kamu ………………………… sebagai suami yang sah.
Semoga diberkati oleh Allah s.w.t ke atas kamu dan orang yang di bawah tanggungan kamu, serta zuriat keturunan kamu. Amin.’
Diikuti dengan Lafaz Penerimaan Tanggungjawab seperti berikut :
“Dengan ini saya …………………………suami yang sah kepada ……………………… bersyukur kepada Allah s.w.t. di atas anugerah nikmat iman, Islam, kesihatan dan isteri serta berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majils akad nikah ini.
OIeh itu mulai saat ini, saya menerima tanggungjawab sebagal suami kepada isleri saya ……………………………… dan akan berusaha dengan sebaik-baiknya untuk menjalankan tugas sebagai suami seperti berikut :
  • Memberi nafkah zahir dan batin
  • Pemeliharaan dan perlindungan yang sempurna
  • Keselamatan yang terjamin
  • Memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t.
Saya mengharapkan doa restu dari semua pihak terutama kedua ibubapa dan kedua ibubapa mertua saya. Sekian, terima kasih.”
4. Sujud Syukur Selepas Majlis Akad Nikah
Kaedah Perlaksanaan :
  • Berwuduk
  • Niat untuk Sujud Syukur
  • Takbiratul Ihram
  • Sujud.
  • Memberi salam
5. Solat Sunat Hajat Dua Rakaat
Tujuannya adalah untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga hinggalah ke Syurga.
Kaedah Perlaksanaan :
  • Niat berserta Takbiratul Ihram.
  • Rakaat pertama membaca A1-Fatihah dan Surah Al-Kafirun.
  • Rakaat kedua membaca Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas.
  • Doa.
6. Penyerahan Mas Kahwin ( Mahar )
Ianya diserahkan oleh suami kepada isteri dan digalakkan isteri mencium tangan suami serta suami mengucup dahi isteri. Digalakkan juga suami meletakkan jari telunjuk ke atas ubun-ubun isteri sambil membaca selawat sebanyak tiga kali.
7. Berjamaah
Suami isteri digalakkan melakukan ibadah sembahyang secara berjamaah terutamanya ketika di rumah. Begitu juga dalam melaksanakan tugas-tugas harian di rumah.(hah yang ini....kita faham2lah ye lelaki solat dimasjid tau!!)
8. Walimatul ‘Arus
Hukum mengadakan kenduri kahwin adalah sunat yang dituntut. Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya : “Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing”
Riwayat Bukhari
Waktu mengadakan kenduri ini mengikut kesesuaian pada adat setempat. Walau bagaimanapun yang lebih mustahak tidak ada perbezaan dalam hidangan jemputan di antara orang kaya dengan orang fakir miskin.
9. Walimatul Dukhlah
Ia merupakan kenduri tanda kesyukuran dan dilakukan setelah kedua-dua suami isteri melakukan hubungan kelamin.
Kaedah perlaksanaan :
  • Menyediakan jamuan kesyukuran yang dihadiri oleh keluarga terdekat dan dilakukan pada waktu Dhuha dengan diiringi oleh doa-doa seperti benkut :
    • Doa kesyukuran.
    • Doa berikut
      • Maksudnya : “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”
      • Doa dibaca oleh suami dan diaminkan oleh isterinya serta keluarga yang hadir.
  • Membaca doa ketika melakukan hubungan kelamin seperti berikut :
    • Maksudnya : “Ya Allah wahai tuhan kami, jauhkanlah kami dari gangguan syaitan dan jauhkan syaitan daripada zuriat yang bakal engkau kurniakan kepada kami"
10. Tilawah Al-Quran
Melazimkan membaca Al-Quran terutamanya surah-surah berikut :
  • Surah Al-Baqarah
  • Surah Al-Mi’wazatain ( Al-Falak dan An-Nas ). Fadhilatnya adalah untuk mengelakkan diri daripada gangguan dan godaan Iblis dan Syaitan.
  • Surah Al-Waaqiah dan Al-Kauthar. Fadhilatnya adalah untuk dimurahkan rezeki.
  • Surah Ikhlas. Fadhilatnya adalah untuk menguatkan akidah.
  • Surah Al-Qadar. Fadhilatnya adalah untuk menjauhkan diri danpada Zina.
  • Surah Al-Insyirah. Fadhilatnya adalah untuk mendapat ketenangan jiwa.
11. Doa
Suami isteri digalakkan membaca doa berikut :
  • Doa ‘Ukasyah.
  • Doa Kanzul ‘Arsy. Doa Haikal.
  • Doa Nur Nubuwwah.
12. Halaqah Muhasabah
Ia lebih merupakan salam perkenalan antara suami isteri seperti mengenali minat, kegemaran dan pantang larang masing-masing. Hendaklah dijauhkan perkara-perkara yang boleh menjejaskan keharmonian rumahtangga seperti kisah-kisah yang mengaibkan pada masa lalu.


PROGRAM 2 : PERSEDIAAN MENTAL
Objektif :
Setelah mengikuti modul ini peserta akan dapat memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam sesebuah rumahtangga.

Aktiviti :
1. Perbezaan Alam Bujang dan Alam Rumahtangga
Suami isteri hendaklah mengetahui dan menyedari perbezaan berikut :
‘Alam Bujang’ bermaksud mana-mana lelaki atau wanita yang belum pemah melakukan akad nikah yang sah mengikut hukum syarak.
‘Alam Ruinahtangga’ bermaksud mana-mana lelaki atau wanita yang sudah diakadnikahkan secara sah mengikut hukum Syarak.
Tanggungjawab manusia sama ada semasa alam bujang mahupun setelah berumahtangga adalah terhadap Allah, diri sendiri, keluarga dan sekalian makhluk.
Firman Allah Ta’ala dalam surah Ali Imran ayat 112 :
  • Maksudnya : “Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya), dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah)”.
Keistimewaan beribadah bagi pasangan yang telah berumahtangga :
  • Solat orang yang berumahtangga ganjarannya adalah 70 kali ganda daripada solat orang yang bujang.
  • Amalan anak-anak yang belum baligh, ganjarannya adalah diterima oleh kedua ibubapanya.
  • Kematian anak yang masih kecil akan menjamin ibubapanya masuk Syurga.
  • Memberi makan anak isteri adalah sedekah.
  • Bekerja mencari nafkah adalah jihad.
2. Tanggungjawab suami
  • Patuh kepada perintah Allah dan Rasul. Ianya bertepatan dengan Firman Allah Ta’ala dalam surah An-Nisa’ ayat 59:
    • Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pu/a kesudahannya”.
  • Menjadi pemimpin (ketua keluarga) kepada anak dan isteri.
  • Mengajar ilmu Fardu ‘Ain kepada anak dan isteri seperti berikut :
    • Ilmu Tauhid, supaya akidah mereka berbetulan dengan akidah Ahli Sunnah WaI-Jamaah.
    • Ilmu Feqah, supaya ibadahnya berbetulan dengan syariat agama.
    • Ilmu akhlak, supaya terhiaslah kehidupannya dengan akhlak terpuji.
    • Ilmu Tasauf, supaya ia ikhlas dalam beramal dan dapat menjaga segala amalannya dan rasa riak, ujub dan takabbur.
  • Memberi nafkah zahir seperti makan, minuman, pakaian dan tempat tinggal dan wang dan punca usaha yang halal.
  • Memberi nafkah batin.
  • Sebagai penasihat dan pemudahcara kepada ahli keluarga.
  • Bertanggungjawab memastikan jalan dan laluan hidup mengikut lunas-lunas Islam.
  • Berlaku adil dan tidak menzalimi anak isteri.
  • Memberi keutamaan kepada urusan kebahagiaan rumahtangga.
  • Memastikan tidak berlaku sebarang kemaksiatan dalam rumahtangga.
3. Tanggungjawab isteri
  • Patuh kepada hukum Allah dan Rasul.
  • Patuh kepada perintah suami samada dalam keadaan susah dan senang kecuali yang bertentangan dengan hukum syarak.
  • Sentiasa berhias din untuk suami sahaja.
  • Sentiasa menjaga din dan rumahtangga.
  • Menjadi pendorong dan penasihat dalam hal kebajikan.
  • Memahami hal-hal yang digemari dan dibenci oleh suami.
  • Segala tingkahlaku dan perbuatan hendaklah menyenangkan hati suami.
  • Sentiasa mendoakan keselamatan atas suami dan keluarganya dalam setiap waktu terutama selepas sembahyang.
  • Sentiasa menambah ilmu agama dan serta amalan-amalannya dengan gemar membaca, mendengar kaset-kaset syarahan agama, menonton dan mendengar rancangan berbentuk agama di televisyen dan radio serta mengikuti majlis-majlis ta’lim.
  • Bersifat keterbukaan dan (menilai diri).
4. Ciri-ciri dan adab suami soleh dan isteri yang solehah
Ciri-Ciri Suami Yang Soleh :
  • Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangga.
  • Tidak kedekut dan bersikap sederhana di dalam perbelanjaan keluarga.
  • Kasih sayang, mesra serta mengambil berat terhadap ahli keluarga.
  • Tidak terburu-buru dalam menerima aduan, khabar-khabar angin.
  • Tidak berlaku curang.
  • Jujur serta sentiasa menepati janji terhadap anak dan isteri.
  • Sentiasa menjaga kebersihan diri zahir dan batin.
  • Mencegah perkara-perkara yang mungkar di kalangan keluarga.
Ciri-Ciri Isteri Yang Solehah :
  • Segera menyahut dan hadir apabila dipanggil oleh suami.
    • Maksudnya : “Jikalau seorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, lalu isteri itu menolak kemudian suami itu bermalam dalam keadaan marah maka isterinya itu dilaknat oleh para malaikat sehingga waktu pagi”
  • Muttafaqun A’laih
  • Tidak membantah perintah suami selagi tidak bertentangan dengan hukum Syara’.
  • Tidak bermasam muka terhadap suami.
  • Sentiasa menuturkan kalimah-kalimah hasanah (yang baik-­baik).
  • Tidak membebankan suami dengan permintaan yang diluar kemampuannya.
  • Keluar rumah hendaklah dengan izin suami.
  • Berhias hanya untuk suami.
  • Menilai pengorbanan suami.
  • Tidak membenarkan orang yang tidak diizinkan oleh suarni masuk ke dalam rumah.
  • Menerima tunjuk ajar daripada suami.
  • Menghormati mertuanya serta kaum keluarga suami.
  • Sentiasa berada dalam keadaan bersih.
  • Isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga.
5. Cabaran Hidup Suami Isteri
Suami isteri hendaklah juga mengetahui dan bersedia menghadapi cabaran hidup sebagai suami isteri. Antaranya adalah seperti berikut:
Cabaran Dalaman :
  • Kejahilan tentang pengurusan keluarga dan rumahtangga.
  • Kekurangan persediaan untuk menjadi suami dan isteri samada dan segi umur dan kematangan.
  • Tidak memahami matlamat perkahwinan yang sebenar.
  • Tiada kemampuan fizikal.
  • Sikap penbadi semulajadi yang negatif
Cabaran Luaran :
  • Ekonomi yang tidak stabil.
  • Keadaan persekitaran yang tidak menjurus kepada kebahagiaan rumahtangga.
  • Perkahwinan yang tidak direstui oleh keluarga.
  • Berlainan budaya dan cara hidup.
  • Perkahwinan yang tidak kufu.
  • Tidak boleh menyesuaikan din.
  • Tiada kemahuan mengasuh, memelihara dan mendidik anak.
  • Pengaruh media massa yang tidak terkawal.
6. Gangguan Orang Ketiga
Dalam mengharungi hidup berumahtangga tidak dapat dinafikan akan melibatkan pihak-pihak lain seperti mertua, ipar duai, saudara mara dan rakan-rakan serta jiran tetangga. Oleh yang demikian, suami dan isteri hendaklah menjaga batas-batas yang digariskan oleh Islam supaya tidak menjejaskan perhubungan dan keharmonian rumahtangga mereka.
Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Baqarah ayat 229:
  • Maksudnya : “Dan barangsiapa yang melampaui batas-batas hukum Allah maka sesungguhnya ia telah menzalimi dirinya sendiri”
FirmanNya lagi:
  • Maksudnya : “Wahai Nabi, serulah isteri-isteri dan anak-anak perempaunmu serta perempuan-perempuan yang beriman spaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa hendak keluar). Cara yang demikian lebih sesuai untuk dikenal (sebagai perempuan yang balk). Maka dengan ini mereka tidak diganggu dan ingatlah Allah amat mengampun lagi amat mengasihani “.
Al-Ahzab : 59
7. Psikologi Suami Isteri
Suami isteri hendaklah saling memahami psikologi pasangan masing-masing. Dengan yang demikian dapat mengurang risiko krisis dan seterusnya dapat menerima perubahan-perubahan fzikal dan emosi yang berlaku di kalangan mereka.

8. Mengiktiraf Kelemahan Dan Kekurangan Diri
Setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekurangan masing-­masing umpamanya sikap suami yang suka buang masa, pemarah atau cepat berang. Sikap isteri pula suka berleter, terlalu cerewet, suka mengumpat dan tidak amanah di dalam menyimpan rahsia dan lain-lain sifat yang negatif. Firman Allah Taala:
  • Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, Janganlah satu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain, kerana boleh jadi mereka yang diolok-olokkan lebih baik daripada mereka”.
PROGRAM 3 : PERSEDIAAN FIZIKAL DAN KESIHATAN
Objektif :
Peserta akan dapat maklumat tentang persediaan dari segi fizikal dan kesihatan yang. diperlukan sebaik sahaja memasuki gerbang perkahwinan dan seterusnya dapat melaksanakan dalam hidup seharian demi kerukunan rumahtangga.

Aktiviti:
1. Mengetahui Tahap Kesihatan.
Suami isteri perlu mengetahui dan mengenalpasti tahap kesihatan masing-masing supaya tidak mengganggu hubungan mereka. Sebagai contoh penyakit asma, batuk kering, kencing manis, darah tinggi, jantung, siplis dan sebagainya. Masing-masing mestilah bertimbangrasa dan berusaha untuk mengubatinya.

2. Pemeriksaan dan Rawatan.
Mereka hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali atau setahun sekali bagi menjamin keharmonian rumahtangga. Ini bertujuan supaya sesuatu penyakit itu boleh dikesan dan diambil tindakan awal untuk mengubatinya. Suami hendaklah melapangkan masa dan bertanggungjawab menghantar isteri untuk tujuan pemeriksaan dan rawatan.

3. Makanan Halal, Seimbang dan Berkhasiat.
Suami berkewajipan menyediakan makanan yang halal, seimbang dan berkhasiat demi kesejahteraan keluarganya. Di samping itu juga ia hendaklah mengetahui sebab-sebab yang boleh menjejaskan kesihatan akibat kejahilan mengenai keseimbangan dan khasiat makanan.
Firman Allah Taala dalam surah AI-A’raf ayat 31:
Maksudnya : “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas”

4. Masakan Isteri.
Antara pengikat kasih sayang dalam hubungan suami isten ialah dengan menyediakan masakan yang dilakukan oleh tangan isteri sendiri. Sebagai contoh isteri dan anak perempuan Baginda Rasulullah menyediakan masakan dan makanan dengan tangan mereka sendiri.
5. Berbulan Madu.
Pasangan yang barn bernikah digalakkan supaya meluangkan masa bagi tujuan menikmati alam perkahwinan yang baru ditempuhi supaya dapat mengeratkan hubungan kasih sayang dan menjadi kenangan manis seumur hidup mereka.

6. Riadah Yang Sesuai.
Untuk menjaga kesihatan dan keceriaan suami isteri mereka perlu mengamalkan riadah harian yang sesuai. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah berlumba lari dengan isterinya Saidatina Aisyah r.a. Di dalam sebuah hadis Aishah pernah menceritakan:
  • Maksudnya : “Dia bersama Rasulullah saw di dalam satu perjalanan lalu Rasulullah saw berlumba dengan Aishah maka Aishah mendahului Rasulullah dan mengalahkan Baginda. Maka tatakala Aishah naik gemuk sedikit badannya di waktu itu Rasulullah saw mengalahkan Aishah pu/a di dalam perlumbaan itu. Maka bersabdalah Rasulullah saw : Ini adalah balasan dari yang lalu “.
Riwayat Ahmad dan Abu Daud
Dalam peristiwa lain, Rasulullah s.a.w. pernah memberi perangsang dan semangat kepada sahabat-sahabat yang bermain anak panah dengan sabda yang berbunyi:
  • Maksudnya : “Panahlah, dan sesungguhnya aku bersama-sama dengan kamu”.
Riwayat Bukhari
Rasulullah sendiri amat menggalakkan umat Islam supaya sentiasa sihat dan kuat sepertimana sabda Baginda yang berbunyi :
  • Maksudnya : “Orang Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah”.
Riwayat Muslim
7. Menyediakan Tempat Tinggal Yang Sesuai.
Salah satu daripada kewajipan suami ialah menyediakan tempat tinggal bagi isteri dan anak-anaknya yang bersesuaian dengan kemampuan suami iaitu sebuah rumah yang mempunyai sekurang­kurangnya 3 bilik, iaitu sebuah bilik untuk suami isteri, sebuah bilik untuk anak lelaki dan sebuah bilik lagi untuk anak perempuan. ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya sumbang mahram.
Firman Allah Taala dalam surah At-Talaq ayat 6:
  • Maksudnya : “Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu)”.
Hadis Rasulullah s.a.w. ada menyebutkan :
  • Maksudnya : “Hendaklah dipisahkan tempat tidur di antara mereka (anak lelaki dan anak perempuan).”
Riwayat Abu Daud.
8. Menjauhi Bahan-Bahan Dan Amalan Yang Menolak Berkat.
Rumah yang mendapat berkat dan limpah rahmat Allah ialah rumah yang tidak ada gambar-gambar maksiat, anjing, patung, anak yang derhaka kepada kedua ibubapa dan amalan sihir. Sabda Rasulullah s.a.w. yang berbunyi:
  • Maksudnya : “Malaikat tidak akan masuk rumah yang ada padanya patung-patung dan gambar-gambar (makhluk hidup)”.
Riwayat Muslim
Firman Allah Taala dalam surah Thoha ayat 124:
  • Maksudnya : “Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”.
9. Ziarah Silaturrahim.
Menghubungkan silaturrahim adalah satu daripada kewajipan orang Islam lebih-lebih lagi dalam hubungan keluarga dan jiran tetangga. Sabda Rasulullah s.a.w :
  • Maksudnya: “Dan berbuat baiklah kepada jiran tetangga kamu”.
Riwayat At-Tarmizi
Antara orang-orang yang patut dihormati ialah kedua orang tua sendiri dan mertua, datuk nenek dan keluarga yang lebih tua.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi:
  • Maksudnya : “Bukanlah dari golongan kami mereka yang tidak mengasihi golongan yang muda di antara kami dan tidak menghormati golongan yang tua di antara kami”.
Firman Allah Taala dalam surah Al-Hujurat ayat 10:
  • Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat”.
Pujangga Islam menyebut :
  • Maksudnya : “Lakukanlah ziarah sekali-sekala nescaya ia akan menambah kemesraan”.
10. Ziarah Kubur Keluarga.
Antara perkara-perkara yang digalakkan kepada suami isteri ialah menziarahi kubur keluarga yang telah meninggal dunia terutama kubur ibu bapa. Ini bertujuan mengingati mati dan mengenangjasa dan pengorbanan mereka.
Sabda Rasulullah s.a.w.
  • Maksudnya : “Aku pernah melarang kamu danipada menzianahi kubur, tetapi sekarang kamu ziarahlah ia (kubur)”.
Riwayat Muslim
Sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Al-Hakim:
  • Maksudnya : “Ziarahilah kubur, maka kamu akan ingat akhirat dan mandikanlah orang-orang yang mati kerana menyapu tubuhnya merupakan peringatan yang balk dan sembahyangilah jenazah supaya kamu melakukan amal soleh kerana orang yang sibuk beramal baik itu kelak pada hari kiamat berada di bawah lindungan Allah SWT disediakan baginya segala kebaikan".
Riwayat Hakim
Antara amalan yang perlu dilakukan ketika ziarah kubur :
  • Memberi salam.
  • Membaca ayat-ayat Al-Quran , tahlil dan doa.
  • Membersihkan kawasan sekitar kubur.
11. Doa.
Suami isteri hendaklah sentiasa mengamalkan doa-doa harian seperti berikut :
  • Doa hendak makan.
  • Doa selepas makan.
  • Doa hendak tidur.
  • Doa bangun tidur.
  • Doa masuk tandas.
  • Doa keluar tandas
  • Doa keluar rumah.
  • Doa masuk rumah.
  • Doa berhias dan menghadap cermin.
Dan apa jua doa-doa dan amalan yang boleh memberikan kebaikan dan kesejahteraan kepada diri, keluarga dan rumahtangga yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.

PROGRAM 4 : PERSEDIAAN PENGETAHUAN
Objektif :
Memberi pendedahan kepada pasangan suami isteri tentang ilmu pengetahuan dan kemahiran hidup berkeluarga.

Aktiviti :
1. Kepentingan Hidup Berkeluarga.
Suami isteri hendaklah memahami matlamat dan kepentingan hidup berkeluarga, antaranya ialah :
  • Ianya mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. dan tuntutan agama.
  • Untuk meneruskan tugas sebagai khalifah di muka bumi.
Firman Allah Taala dalam surah Hud ayat 61:
  • Maksudnya : “Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudana mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: “Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenannya tiada Tuhan bagi kamu se/ain daripadaNya. Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik. kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanlku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan penmohonan hambaNya”.
2. Keutamaan Pengurusan Rumahtangga.
Adalah menjadi tunjang utama dalam memastikan keluarga yang bahagia masyarakat serta negara ialah melalui pengurusan rumahtangga yang berkesan.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
  • Maksudnya : “Orang (mukmin) yang paling baik di antana kamu ialah orang (mukmin) yang memuliakcan ahli keluarganya dan Aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku”.
Riwayat Ibnu Majah
3. Menghadiri Majlis Ta’lim.
Pasangan suami isteri yang baik perlu rajin menghadiri majlis-majlis ilmu yang dapat mengasah minda dan kesedaran mereka sebagaimana sabda Baginda Rasulullah s.a.w.
  • Maksudnya : “Jadilah kamu onang alim yang mengajar atau orang yang be/ajar atau orang yang mendengar atau orang yang mencintai mereka (di atas) dan janganlah kamu jadi orang yang kelima, nescaya kamu akan binasa”.
Muttafaqun A’laih
4. Membaca Buku.
Mereka hendaklah mengekalkan budaya ilmu di dalam diri iaitu dengan banyak membaca buku-buku terutama yang berkaitan dengan kekeluargaan dan keibubapaan.
Firman Allah Taala dalam surah A1-’Alaq ayat 1:
Maksudnya : “Bacalah dengan nama tuhanMu menciptakan kamu”.

5. Menyusun Jadual Harian.
Masa adalah sesuatu yang amat berharga bagi manusia dan ia perlu diurus dengan sebaik-baiknya. Kepincangan mengurus masa akan mengakibatkan kerugian yang tidak ada gantinya.
Firman Allah Taala dalam surah Al-’Asr ayat 1-3:
  • Maksudnya : “Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”.
Kata-kata hikmat ada menyebutkan :
  • Maksudnya : “Waktu itu umpama pedang. Jika kamu tidak memotongnya nescaya dia akan memotong kamu”.
Oleh itu masa perlulah diperuntukkan sepertimana berikut :
  • Masa untuk zikir dan munajat untuk bertafakur kepada kebesaranNya.
  • Masa untuk mencari rezeki.
  • Masa untuk keluarga.
  • Masa untuk masyarakat.
  • Masa untuk muhasabah diri dan mengambil iktibar apa yang telah berlaku.
Firman Allah Taala dalam surah Al-Hasyr ayat 2:
  • Maksudnya : “Dialah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab - dan kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambillah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya”.
FirmanNya lagi dalam surah Yusuf ayat 111:
  • Maksudnya : “Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkán apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman"
6. Maklumat Perceraian Dan Implikasinya.
Pasangan suami isteri hendaklah mengetahui hukum-hukum dan maklumat mengenai perceraian supaya mereka dapat berusaha mengelakkannya iaitu berhubung definisi, syarat-syarat, rukun-rukun dan implikasinya kepada diri, keluarga, bangsa dan negara.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 229:
  • Maksudnya : “Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannyq) dengan cara yang baik dan tidalah halal bagi kamu mengambli balik sesuatu dan apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteni-isteri yang dicetaikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah). Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”.
Rasulullah s.a.w. pula telah bersabda:
  • Maksudnya : “Perkara yang halal tetapi paling dibenci oleh Allah adalah Talak”.
7. Maklumat Mengenai Murtad Dan Implikasinya.
Mereka perlu mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan murtad seperti:
  • Definisi.
  • Perkara-perkara yang membatalkan iman dan dua kalimah Syahadah.
  • Kesan-kesannya kepada dirinya, keluarga, bangsa, keamanan dan kestabilan negara.
  • Kerugian hidup di dunia dan di akhirat.
Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Baqarah ayat 217:
  • Maksudnya : “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: Peperangan dalam hulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya)".
FirmanNya lagi dalam surah An-Nisa’ ayat 48:
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar”.
PROGRAM 5: PERSEDIAAN KEWANGAN / MATERIAL
Objektif :
Memberi maklumat kepada peserta tentang kepentingan kewangan dan material dalam menghadapi cabaran hidup berkeluarga.
Aktiviti:
1. Sumber Yang Halal.
Suami isteri perlu memastikan bahawa sumber rezeki yang diperolehi adalah dengan cara yang halal kerana ianya akan mengakibatkan kesan yang mendalam kepada pembinaan zuriat dan keluarga.
Allah s.w.t telah berfirman dalam surah An-Nahi ayat 14:
  • Maksudnya : “Dan Dialah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanyan benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya dan supaya kamu bersyukur".
Rasulullah s.a.w telah bersabda :
  • Maksudnya : “Setiap daging yang tumbuh daripada sumber yang haram ,aka nerakalah yang lebih utama baginya”.
Riwayat Ahmad
2. Yayasan / Tabung Keluarga.
Mereka perlu membuka akaun bersama untuk kepentingan keluarganya dan ia hendaklah diuruskan dengan amanah dan ikhlas.
Firman Allah Taala dalam surah An-Nisa’ ayat 9:
Maksudnya : “dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dab keselamatan) anak-anak mereka oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran)”
Sabda Rasulullah s.a.w. :
  • Maksudnya : “Bahawa engkau meninggalkan waris yang bebas daripada kemiskinan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka miskin meminta-minta sedekah daripada manusia”
Riwayat Ahmad
3. Keperluan Asas Rumahtangga.
Mereka hendaklah memastikan keperluan asas rumahtangga adalah mencukupi seperti tempat tinggal, makan minum, pakaian, perubatan dan pendidikan sesuai dengan kemampuan mereka. Haruslah disedari bahawa tanggungjawab dalam melengkapkan keperluan keluarga adalah tugas suami. Oleh yang demikian jika sekiranya isteri juga bekerja maka isteri tidak pula dipertanggungjawabkan melainkan mereka redha untuk membantu keluarga.
Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Baqarah ayat 233:
Maksudnya : “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetufuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan”.
FirmanNya lagi dalam surah At-Talak ayat 6 :
Maksudnya : “Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.”
4. Persediaan Perbelanjaan Anak-anak.
Mereka perlu mempunyai sikap yang positif tentang ilmu dan pendidikan serta perkembangan anak-anak. OIeh itu mereka adalah berkewajipan menyediakan perbelanjaan anak-anak secukupnya.
5. Berusaha Menambahkan Rezeki.
  • Antara tanggungjawab sebagai seorang suami adalah seperti benkut :
  • Menambah pendapatan bagi menampung keperluan rumahtangga.
  • Usaha mi adalah dituntut oleh Syarak dan ianya dianggap sebagai jihad dan amalan para Nabi dan para Rasul. Contohnya Rasulullah s.a.w. berniaga, Nabi Daud sebagai tukang besi, Nabi Yusuf sebagai pegawai kerajaan.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Jumaat ayat 10:
  • Maksudnya : “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dan limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).”
  • Mengamalkan doa-doa bagi menambah rezeki antaranya :
    • Surah As-Sad ayat 54
    • Ayat seribu Dinar, ayat 2-3 surah Al-Talak
    • Surah A1-Waqiah
    • Surah Ad-Dhuha
6. Menjauhi Dosa-Dosa
Suami isteri hendaklah menjauhi dosa-dosa dan maksiat serta khurafat kerana kesannya akan mempengaruhi solehnya zuriat yang akan dilahirkan seperti minuman keras, berjudi dan bertenung nasib.
Firman Allah Taala dalam surah Al-Maidah ayat 90-91:
  • Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anakpanah, adalah (semuanya) kotor (keji) dan perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?”.
7. Mengelakkan Berhutang
Mereka hendaklah berusaha mengelakkan diri mereka dari berhutang dan sentiasa berwaspada dengan tidak mudah terpengaruh dengan iklan barangan kerana ini boleh membawa kepada terjebak dengan beban hutang.
Larangan ini telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam Surah Sad ayat 54:
  • Maksudnya : “Sesungguhnya inl ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian. yang tidak akan habis-habis.”
Larangan mi juga telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. :
  • Maksudnya : “Jiwa (roh) seorang mukmin itu tergantung dengan sebab hutangnya sehingga ía melunaskannya”.
Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah
8. Sederhana Dalam Perbelanjaan.
Suami isteri hendaklah bersederhana dalam perbelanjaan.
Firman Allah Taala dalam surah Al-Furqan ayat 67:
  • Maksudnya : “Dan juga mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada pula bakhil atau kedekut, dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul, sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil)"

PROGRAM 6 : BIMBINGAN DAN NASIHAT
Objektif :
Melahirkan syahsiah dan identiti yang mempunyai kekuatan dalaman dan berketerampilan.
Aktiviti :
1. Menghormati Ibubapa, Mentua Dan Orang Yang Lebih Tua Dan Mengasihani Orang Yang Lebih Muda Dan Lemah.
Firman Allah Taal dalam surah Al-Isra’ ayat 23 - 25 :
  • Maksudnya : “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa, dan jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-dua sekali sampai ke umur tua janganlah berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘Ah!’ dan janganlah engkau menengking atau menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-santun. Dan hendaklah engkau merendah dan menghinakan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang, memelihara dan mendidikku semasa kecil. Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya Ia adalah amat pengampun bagi orang-orang yang bertaubat”.
Daripada Abdullah Ibn Mas’ud (r.a) dia berkata:
Maksudnya : “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. apakah amal yang paling dicintai Allah? Baginda bersabda: Solat pada waktunya. Aku berkata lagi: Kemudian apa lagi? Baginda menjawab: Berbuat baik kepada ibubapa. Aku bertanya lagi: Apakah lagi? Baginda menjawab lagi: kemudian berjihad pada jalan Allah”.
Muttafaqun A’laih
2. Mendampingi Aiim Ulama’ Dan Para Solihin.
Mereka perlu mendampingi orang-orang yang soleh, alim ulama’ dan para solihin bagi kebaikan mereka. Hal ini telah ditegaskan oleh Allah dalam firmanNya Surah A1-Furqan ayat 27 :
  • Maksudnya : “Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar hersama-sama Rasul?”.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
  • Maksudnya : “Perumpamaan antara seorang teman yang soleh dan seorang teman yang jahat bagaikan pembawa minyak kasturi dengan peniup dapur api, sebab pembawa minyak kasturi itu boleh jadi akan memberimu atau engkau membeli darinya atau engkau akan mendapat bau harum darinya sedangkan peniup dapur api boleh jadi ia akan membakar pakaianmu atau engkau akan mendapatkan bau busuk darinya”.
Muttafaqun A’laih
3. Menghormati Jiran.
Untuk menjaga keharmonian keluarga ia berhubung rapat dengan kebaikan jiran tetangga. Mereka perlu menghormati jiran dan menjaga adab-adab berjiran.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
  • Maksudnya : “Malaikat Jibril sentiasa berpesan kepadaku supaya sentiasa berbuat baik dan menghormati jiran sehingga aku menyangka mereka boleh mewarisi pusaka”.
Riwayat Bukhari
4. Azan, Iqamah Dan Berjamaah.
Suami atau anak lelaki yang mumayyiz hendaklah melaungkan azan di rumah mereka sekiranya mereka sembahyang berjamaah di rumah. Ini bertujuan untuk menghalau Jin dan Iblis.
Rasulullah s.aw. bersabda :
  • Maksudnya : “Jika dilaungkan azan bertempiaranlah Syaitan-Syaitan (melarikan diri)”.
Riwayat Muslim
5. Membimbing Keluarga.
Suami hendaklah mengadakan kuliah dan tazkirah ringkas untuk kefahaman, kesedaran dan penghayatan bersama.
Firman Allah Taala dalam surah Al-Hasyr ayat 7:
  • Maksudnya : “Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dan kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukanya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).”
Rasulullah saw bersabda :
  • Maksudnya : “Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang tatakala mereka berumur tujuh tahun, dan sekiranya mereka enggan bersembahyang pukullah mereka apabila berumur sepuluh tahun”.
Riwayat Ahmad.
6. Perbincangan Terbuka.
Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa mengadakan perbincangan dan muzakarah bagi meningkatkan lagi kebahagiaan rumahtangga.
Firman Allah Taala dalam surah As-Syura ayat 38:
  • Maksudnya : “Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya.”
FirmanNya lagi dalam surah Ali lmran ayat 159:
Maksudnya : “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.”

7. Uswatun Hasanah (“Role Model”).
Mereka hendaklah menjadi “Role Model” kepada pasangan masing-masing dan seterusnya menjadi ikutan kepada anak-anak dan dan ahli keluarganya. Hal ini dinyatakan oleh Allah Taala dalam surah A1-Ahzab ayat 21 yang berbunyi:
  • Maksudnya : “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang berbunyi:
  • Maksudnya : “Kaum mukminin yang terbaik imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan yang terbaik akhlaknya ialah yang terbaik perlakuan (hubungan) terhadap isterinya”.
Riwayat Tirmizi
8. Usrah Keluarga.
Digalakkan suami isteri mengadakan usrah keluarga seperti :
  • Usrah mingguan seperti pada malam Jumaat.
  • Usrah bulanan seperti pada hari-hari cuti.
  • Usrah tahunan seperti pada ulangtahun hari kelahiran dan perkahwinan.
  • Munasabah seperti pada Hari Raya Puasa dan Haji, Maulidur Rasul.
Aturcara perlaksanaan :
  • Solat Maghrib berjemaah.
  • Yasin tahlil dan doa kesyukuran.
  • Solat hajat & Solat Isya’.
  • Tazkirah muhasabah (15 minit).
  • Selawat Marhaban.
  • Doa Penutup.
  • Jamuan.
BEBERAPA KESILAPAN
  • Majlis pertunangan yang bertentangan dengan hukum syara’ dan meninggalkan khutbatulKhitbah (Khutbah Pertunangan).
  • Unsur maksiat semasa alam pertunangan seperti berdua-duaan.
  • Perkahwinan tidak mendapat restu.
  • Merancang keluarga terlalu awal.


Friday, March 18, 2011

~ZikRAA-TaFaKur~

Menitis air mata teman.....syahdu tatkala fikirkan diri masa zaman JAHIL.....banyak tak tahu,banyak dosa....tapi Allah tu Maha Pengasih,Maha Penyayang....tatkala teman teraba2....hish!!bukan meraba tau!,mencari arah haluan hidup dikurniakan teman seorang pemimpin....(mestilah suami teman) yang menerima segala kekurangan teman....dia penah khabaq kat teman....jangan asyik dikenang2 perkara yang buruk2 dalam kehidupan kita yang lalu.....,sebab masa tu kita tak tahu dan kita jahil,sebenarnya dalam diri kita banyak kebaikan......cuma kita sahaja yang tak tahu atau pura2 tak tak tahu....jadi moralnya teman rasa syukur iyelah asbab teman nikah dengan suami  maka Allah membuka pintu hidayah seluas2nya untuk teman memperbaiki diri,dan yang paling penting lagi dan lagi.... teman terlibat dengan usaha.....yang banyak mengajar teman dalam  merangka untuk mengislahkan diri yang selama nie.....dok lalai dan syok gilak dengan dunia.......waktu tu teman mana nak fikir pasai2 akhirat....nie,syukur Allah masih sayangkan teman....n teman azam insyaAllah teman nak buat sehabis baik untuk agama,untuk Nabi yang teman Cintai...dulu tak cinta sebab tak tahu,sekarang dah jatuh cinta.....untuk anak2,zuriat keturunan teman,n untuk ahli keluarga teman....jugak...teman mesti usaha dan yakin dengan kata lain mesti dan pastikan adanya USAHA ATAS IMAN........(jangan dok cakap je)....berkekalan hingga tiba masanya teman menghadap Pencipta teman...yang sentiasa memerhatikan teman dan mengaturkan ajal,jodoh n rezeki  utk teman,Ya Allah! teman tak tahu nak balas camne,teman akan cuba Ya Allah,n teman tak mahu mengecewakan Pencipta teman.....insyaAllah.


ZikrAA _TaFaKur....buat air mata teman makin laju....huhuhuhu :(

Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduaan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijap kalbu
Antara kau dan aku

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduaan
Merindui janji-mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Kusujud pada kudrat-Mu
Kuserahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduaan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya padamu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...