Dia lelaki yang kucintai....bagaikan mutiara indah berkilau nan mempersona
Keperibadiannya dihiasi dengan ketulusan,keinsafan dan kesabaran
Dia lelaki yang kucintai kedudukannya dimuliakan oleh Allah sebagai Khalifah
Lantaran memikul peranan dalam menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran
Dia lelaki yang kucintai perkahwinan menginsafkan kita,betapa perlunya IMAN & TAQWA.
untuk belajar meniti SABAR dan REDHA kerana ALLAH SWT
Dia lelaki yang kucintai...perkahwinan itu mengajar kita kewajipan bersama.
sayang menjadi TANAH, dan abang LANGIT penaungnya.
sayang LADANG tanaman, dan abanglah PEMAGARnya...
sayang adalah MURID, dan abang adalah GURUnya,
seandainya sayang tulang yang bengkok,abanglah yang meluruskannya.
sayang adalah MURID, dan abang adalah GURUnya,
seandainya sayang tulang yang bengkok,abanglah yang meluruskannya.
Kupetik ayat2 cinta Abang:- "Dik kita tak pernah jumper (gambo pun baru jer tengok)...tapi perasaan kasih, sayang,cinta n ntah aper2 lagi..develop begitu cepat dlm diri abang,abang pun tak tahu...inilah dia dinamakan perancangan Allah...macam yg selalu abang cakap,perancangan Allah ni di luar batas fikiran manusia..yg banyak kekurangan n kelemahan...
# Iye abang memang cukup berani,berani dalam setiap percaturannya....sewaktu kami berkenalan hanya surat menjadi bicara kami,tapi aku tak dapat lupa ayat-ayat cinta abang..sewaktu melamar aku "Sudi tak adek menjadi suri hidup abang,bina syurga dalam rumahtangga....kami berkenalan seminggu,selepas seminggu terus mengambil keputusan untuk bertunang, waktu merisik satu peristiwa yang tak dapat aku lupa,ketika mak mentua mengistiyarkan yang abang TABLIGH....ayat mentua aku "Dikesempatan nie saya nak bercakap tentang Salehuddin anak saya...(belah2 sedara mara aku,n jiran2 semuanya suspen apa yang Hajah Sawiyah nak cakap nie) "Salehuddin nie dia buat tabligh,tapi Puan Jumiah dan Encik Ali (arwah abah), jangan risau insyaAllah Salehuddin anak yang bertanggujawab,kadang dia ada keluar 3 hari ,40 hari, n paling lama 4 bulan....
Mak jawab "Oh iye ke,janganlah sampai anak saya tak makan! (hahaha! hadirin yang datang semua bantai gelak),....tapi itu dulu sekarang mak dah ade fikir atas USAHA....dia dah tahu apa tu tabligh,sebab adek lelaki aku pun terlibat dengan usaha ini...mak pun dah wujudkan taalim dirumah,MasyaAllah semuanya Allah yang aturkan ,canteek je,Allah knows........
Ayat Cinta abang :- Sebelum adik datang dlm hidup abang...abang tak penah rase perasaan macam ini...ati abang tak terbukak langsung pada sesiapa..bukan takde orang datang dalam hidup abang,tapi tak tau la,serba tak kena jer,sampai kekawan abang kutuk "apa la ko nie taste tinggi sangat".orang tak tau,abang malu sebenonya bila orang cakap macam tu,sebab abang sedar abang nie saper,tak layak pun untuk terlalu memilih.Tapi nak buat camne kalau dah perasaan tu takder langsung.....(sori ye buat pakcik karkun, n syura...yg ingin bermenantukan abang hajat tak kesampaian)
Ayat Cinta Abang:- Dik....abang betul2 suka kat adik....citernya mmg macam kartun,orang dah depan mata pun abang buat tak kisah,alih2 jatuh cinta ngan orang yang abang tak kenal n x tak pernah jumper!!!,kalau abngg citer ngan mak abang confirm pitam orang tua tu!
Doa penuh kesyukuran setelah diijabkabulkan.....(saje nak mengimbau kenangan)
Mahar Cinta Abang,abang cintakan sayang dengan penuh keikhlasan,sayang sebagai sayap kiri abang...InsyaAllah macam yang abang selalu katakan..impian abang bina syurga dalam rumahtangga, untuk insan yang abang kasihi dan cinta...cewah! tapi ada lagi dan lagi sayang,takdir penentu segalanya,kita merancang Allah menentukan...La Hau La Wala Quwata Illa Billah...tiada daya upaya kita menentang takdirnya!
Mahar Cinta Abang,abang dapat merasakan yang ada sesuatu dalam perhubungan ini yang Allah takdirkan untuk abang,abang tak akan menghampakan sayang,ujian datang bertimpa2 ini lebih menguatkan keyakinan abang,bahawa ada sesuatu untuk abang yang ada dalam diri sayang,hanya Allah sahaja yang mengetahui.Ingin abang katakan ujian Allah berlaku setiap masa dan dimana2,keadaan susah dan senang,gembira ur duka,sihat ur sakit,kaya ur miskin...semuanya ujian, semuanya Allah takdirkan utk kita supaya kita jadi orang yg sentiasa mengingati Allah dalam setiap keadaan,menyedari betapa kecilnya kita...betapa dhaifnya kita.
Akhir kata abang berazam untuk jadi suami yang soleh,yang dapat membimbing isteri dan keluarga serta zuriat2 kita sehingga kita sama2 memasuki syurga Allah,InsyaAllah,abang tak harapkan sayang beri sepenuh hati sayang pada abang..abang tersilap,apa yang abang harapkan kesetiaan sayang pada abang,janganlah berbelah bagi,pertahankanlah maruah diri abang,dan maruah diri sayang dengan segala upaya yang ada, dan ingatlah sayang setiap apa yang Allah takdirkan untuk kita samaada kecik atau besar,pasti ade kebaikan di dalamnya. (emmm....terharunya aku sehingga kini warkah tersebut masih ku simpan sebagai kenang2an...untuk tatapan anak2 dan cucu2 hehehe)
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan
Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan
Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
janganlah menuntut terlalu tinggi,
seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya...
mengapa mendambakan isteri sehebat KHADIJAH, andai diri tidak semulia RASULULLAH SAW?
tidak perlu isteri secantik BALQIS, andai diri tidak sehebat SULAIMAN.
mengapa mengharapkan suami setampan YUSUF andai kasih tidak setulus ZULAIKHA?
tidak perlu mencari suami seteguh IBRAHIM andai diri tidak sekuat HAJAR dan SARAH.
'setiap insan punya kelebihan dan kelemahan, terimalah diri seadanya...'
'~ ~Ya Allah sesungguhnya~ ~
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu~
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu~
Pesanan untuk sang karkun yang ada hajat nak beristerikan wanita yang bukan dari kalangan anak2 Daie yang buat usaha,berterus teranglah pada si dia yang anda jejaka yang buat usaha,perlu sokongan dari bakal isteri,berterus teranglah juga dengan bakal pak mentua dan mak mentua,apa yang dibolehkan dalam majlis kena cakap,yang tak boleh pun kena cakap,berani kerana Allah! (itu yang abang buat sewaktu dalam majlis walimah kami)
Andaikata si bakal isteri tidak mahu memenuhi keinginan anda....lebih baik anda melupakannya...kerana takut2 selepas kahwin anda tak buat usaha layu dipujuk rayu sang isteri,takpela bang,tak payah keluar2 tu,sembahyang 5 waktu di masjid ur surau pun dah cukup bagus....:) hahaha jawab2??? siapa nak tolong jawab silakan..... Jazakallah!