Alhamdulilah segala puji bagi Allah, Dialah Raja segala raja, menguasai 7 petala langit dan 7 petala bumi....sesungguhnya kupanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga di atas segala nikmat-nikmat yang diberikan...mudah2han kenikmatan ini tidak menjadikan aku lalai dalam menjalani kehidupan sebagai hamba dan khalifah Allah di atas muka bumi ini... dan hargailah apa yang ada.
Hakikatnya dalam kehidupan ini, kiranya kita tidak mendapat apa yang kita hajati,hargailah apa yang kita dapat, kerana apa yang kita perolehi adalah satu anugerah yang terbaik daripada Allah SWT, selaku pencipta kita yang mutlak.
Memang benar kita diberi ruang untuk merencana atau merancang sesuatu, tetapi kita lupa, rupa2nya ada kuasa mutlak yang memegang ketetapan takdir dia adalah Allah Aza Wa Jala, Tuhan yang sangat2 berkuasa.
Allah itu Maha bijaksana dan Maha memahami, bijak dalam setiap pencaturanNya, setiap ketentuan untuk hamba2nya, tidak ada lansung secalit kezaliman dan penganiayaan,jika diberi ujian dalam kebaikan, syukurlah,jika diberi ujian dalam kemudaratan janganlah berasa sedih syukurlah juga,sebab Allah nak meningkatkan darjat keimanan kita, pasti terkandung hikmah2 yang kita sendiri tidak sedari, itulah kasih Allah yang sejati....bila hambannya dapat menahan segala ujian dengan sabar, ringkasnya semakin kita sabar semakin itu jugalah Allah sayang pada kita.
Nasihatku....untuk diri sendiri dan teman2 yang ingin berubah menjadi wanita solehah, baik pada pandangan Allah,tanamkanlah azam,dan doa banyak2, jaga solat diawal waktu,jaga tingkahlaku,insyaAllah jika tedetik dalam hati kecil kita yang sememangnya kita hendak berubah menjadi lebih baik lagi dan lagi, pasti dan pasti nusrah (bantuan) Allah akan hantar, cuma.....kita perlu yakin dan jangan sesekali berputus asa dari rahmatnya.
Belajarlah dari kesilapan-kesilapan yang lalu,dan binalah kehidupan yang baru, yang lebih baik dan mantap....apatah lagi 2010 akan melabuhkan tirai....,terisikah amalan-amalan yang sepatutnya kita lakukan sebagai satu ketaatan kepadaNya?,jika tidak....usah bertangguh lagi,kerana UTUSAN MAUT AKAN DATANG PADA BILA-BILA MASA TANPA DIPINTA.
SOALAN PADA HARI KIAMAT
Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya Allah akan menyoal tiap-tiap pengembala akan apa yang digembalanya, adakah dia menjaganya dengan baik, atau dia mensia-siakannya,sehinggalah seorang lelaki itu akan disoal tentang ahli rumahnya."
(Riwayat Ibbnu Hibban)
Rujukan Majalah Anis Dec,2010.
Akhir sekali, semoga apa yang dibincangkan akan bawa manfaat kita semua, bukan sekadar renungan tetapi sebagai intipati pengisian dalam kehidupan kita,sesungguhnya yang lemah datang dari diri saya,dan saya mohon doa kalian, doakan saya sekeluarga berjaya didunia juga diakhirat.Amin!
No comments:
Post a Comment