Sepasang sepatu
Yang penting selesa
Sedap dipakai
Dan sedap juga dipandang mata
Semahal manapun harga
Di kaki juga letaknya
Kekadang terpijak becak.....terpijak najis
Semahal manapun harga
Tidak mungkin setanding
Yang tersarung di kaki Bilal bin Rabbah
Yang bunyi derapnya kedengaran Rasul di dalam syurga
Walhal dia bukanlah hartawan termuka
Atau figure disanjung merata
Sepasang sepatu
Simbol sebuah kesetiaan
Jika merah di kanan.....merah jugalah dikiri
Hitam di kiri.....tiada manisnya putih di kanan
Atau kiasan pada iman dan ketaatan
Pada jujur dan keikhlasan
Bahawa cakap dan ucap jangan bersalahan
Dengan buat dan gerak
Nanti tidak selesa
Tidak sedap dipakai
Dan tidak indah dipandang mata
Petikan Bait-bait Puisi Majalah Anis
"Jangan berjalan dengan memakai kasut sebelah.Pakailah kedua-duanya tau jangan dipakai samasekali."
(Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah R.A)
No comments:
Post a Comment