Tuesday, October 25, 2011

Opps! I'm Waiting for The Call.....

Assalamualaikum....alhamdulillah dapat juga meluangkan sedikit masa untuk melakar apa yang ingin dikongsi bersama teman2,diam tak diam tak lama lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidiladha ur Hari Raya Korban...dan ketika ini jemaah haji yang telah dipilih khas oleh Allah masing2 akan berangkat ke Tanah Suci...masyaAllah! penyatuan yang menghimpunkan ratusan,bahkan jutaan manusia dalam seragam putih,sekaligus menerbitkan rasa cemburu,sayu dan kagum betapa hakikatnya kita nie semua adalah sama disisi Allah SWT,apa yang membezakan kita adalah takwa dan amalan kita...begitulah antara kata2 Nabi,baginda SAW yang kita kasihi dalam khutbah Widanya yang terakhir;

"Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah Allah,dirikanlah solat 5 waktu,berpuasalah dibulan Ramadhan,dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu,kerjakanlah ibadah Haji sekiranya kamu mampu,ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain,kamu semua adalah sama,tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.


Aku bersyukur kepada Allah SWT,kerana semasa pulang bercuti berhari raya di semenanjung tempohari,kami sempat mendaftar Haji di pejabat Tabung Haji di Muar,pendaftaran kali kedua buat suami dan ibu mertua Hajah Sawiah bt.Kiyat...dan kali pertama buat diriku yang serba lemah ini....rasa terharu sebab angka giliran untuk kami bertiga 2043....mak mentua tersenyum panjang dan penuh makna....abang kata mcm lucu la plak sbb kena tunggu 32 tahun lg....kata petugas tabung Haji,"Encik nanti kalau dah cukup perbelanjaannya,bolehlah buat surat rayuan,insyaAllah manalah tahu rezeki boleh pergi awal.":)

 Abang n Mak Mertua Haji 2005

Baru2 ini rakan setugas suami datang ke Kuching,disebabkan ada tugasan jabatan....dan cerita tentang bab haji menjadi topik perbualan mereka...kawan si suami nie dan isterinya sudah mendapat tawaran untuk menunaikan Haji,tetapi telah membuat penangguhan atas sebab2 tertentu,lalu abang pun memberi nasihat kepadanya pergilah sekirannya peluang dah datang,jgn bertangguh hanya dgn alasan kecil, bimbang nanti bila  kita dah bersedia...Allah beri ujian yg menyebabkan kita plak terpaksa tangguhkan hasrat.....termenung panjang si hamba Allah...mungkin memikirkan kata2 mendalam abang.

Teman2 yang dikasihi,percaya atau tidak,memang kebenarannya adalah peluang mengunjungi Tanah Suci adalah atas jemputan Allah,Jika belum sampai seru,ertinya Allah belum jemput bertamu,maka ada saja aral yang melintang,misalnya belanja belum cukup,sibuk,belum ada kelapangan masa.Mungkin juga kerana kesihatan tubuh badan yang terganggu.Emmm,hakikatnya tanpa panggilan Allah menjadi tetamuNya,sekalipun cukup belanja,lapang masa,sihat tubuh badan,maka seseorang itu belum terpilih untuk berkunjung ke sana.

Ada juga mereka yang tercicir dari senarai menjadi tetamu Allah bukan sebab tiada panggilan atau belum dijemput.Tetapi belum mahu dijemput,dengan memilih dan mencipta pelbagai alasan untuk membuat penangguhan.....alasan2 kecil yang biasa menlingkari kehidupan manusia hari ini....

Aku cukup kagum dengan kisah seorang sahabat suami si A(rakan seusaha),yang mana sepatutnya dia pergi menunaikan haji bersama ibunya dengan melalui package,si ibu telah niat utk sponsor kos si A utk menunaikan haji thn ini.  Tapi takdir Allah disaat membuat persediaan untuk pergi,si ibu jatuh sakit yang teruk, ini menjadikan si A jadi bingung, dia meluahkan perasaannya pada abang,dia menyatakan yg dia tak nak pergi haji menggunakan duit ibunya,takut adik beradik lain salah sangka...apatah lagi terlibat dengan usaha ini,perlu berhati2,lalu dia minta abang tolong ikhtiarkan utk menjualkan keretanya yang baru dibeli....alhamdulillah urusan berjalan dengan lancar,kereta dapat dijual,dan si A pergi atas biayai sendiri,hah! nielah maksudnya bahawa harta,diri dan masa bukanlah milik kita,Allah telah beli diri kita ini dengan ganjaran atau gantian Jannah,syurga  yang maha luas melebihi langit dan bumi...dan sememangnya tempat untuk rakan seusaha ini...sudah tersedia,cuma cara si A pergi dengan situasi yang berbeza,dan sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Ibadah Haji kesinambungan dengan ibadat qurban...atas keprihatinan yang ada dalam diri abang telah berpakat2 dengan mak dan adik beradiknya untuk melakukan ibadah korban pada tahun ini,dan diatas kesepakatan semua adik beradik,maka mak pun telah membeli lembu dengan harga RM3000,tinggal seekor je nie kak,dah takde lagi yang lain semua orang dah beli,kata sang penjual kepada mak mertuaku,dan mungkin nielah bahagian yang Allah pilih untuk kami semua.Lembu seekor dibahagikan kepada 7 bahagian,dan penyembelihan insyaAllah dibuat dirumah mak di Sg.rambai Muar....kami yang di Kuching mendoakan dari jauh sahaja.

Abang " Sayang tahun nie sayang punya bahagian untuk korban,abang mase menunaikan haji dulu dah buat korban di tanah suci,nie giliran sayang pulak ek.

Sayang,"Iye ke bang,ohhh!alhamdulilah tak sangka sayang,syukur pada Allah,thanks abang.....

Teringat kata2 Fikirlady Pahang,Humans not Power,but Allah is SUpEr PoWer,sebenarnya semenjak2 usai mendaftar haji ada rasa kelainan,yang tak boleh digambarkan,terasa lain jaszbahnya untuk meningkatkan iman dan amal,kata suami yang dikasihi banyak2kan doa,jaga2 amalan,InsyaAllah Allah akan mudahkan,....betapa rasa rendah diri ini,terasa malu untuk meminta menjadi TeTamuNya.....layak ke aku??.....Hanya Allah yang Maha Mengetahui...satu sasaran dan matlamat nak pergi dalam usia muda sebelum usia tua menjemput,nak pergi ketika sihat sebelum sakit datang bertandang,nak pergi ketika lapang ,sebelum sibuk datang menerjah dalam kehidupan.....Ya Allah mudahkan segala urusan dunia dan akhiratku,dan mudah2han semua jemaah Haji yang menunaikan Haji pada tahun ini akan mendapat Haji yang mabrur,Amin!Amin!Amin Ya Allah.

Waiting For The Call By Irfan Makki



Fadhilat dan Kelebihan Berqurban

1. Keampunan.-

Titisan darah qurban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu iaitu sebagai penebus dosa yang telah dilakukan.
‘Imran bin Hushain radhiallahu ‘anhushallallahu ...
‘alaihi wasallam bersabda kepada Sayyidatuna Fatimah radhiallahu ‘anha: meriwayatkan bahawa Rasulullah
Maksudnya: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.”
(Hadis riwayat al-Hakim)

2. Kebajikan (hasanah) yang dikurniakan kepada orang yang berqurban adalah sebanyak bulu binatang yang diqurbankan.
Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:
Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

3. Darah qurban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah subhanahu wa ta‘ala.
‘A’isyah radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban). Sesungguhnya binatang qurban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah qurban itu sebelum darah binatang qurban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah qurban kamu.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Hakim)

4. Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak.

Sabda Nabi Muhammad SAW (maksudnya): “Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada Hari Qiamat”.

“Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan.” (al-Hajj : 36-37)


Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
Maksudnya: “Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami”.(HR Ahmad dan Ibnu Majah)


"Sesungguhnya ya Allah hambamu ini terlalu hina disisiMu,terlalu banyak kezaliman yang telah aku lakukan....mudah2han ibabdat korbanku ini diterima disisimu ya Allah,aku tidak mengharapkan ganjaran2 yang Kau telah janjikan ya Allah,cuma aku mengharapkan ehsan dariMu,rehda dariMu serta secubit kasih sayang dan perhatian dari Mu ya Allah,"dan jadikanlah orang2 disekelilingku sentiasa bersangka baik terhadap diriku,dan aku juga sentiasa bersangka baik terhadap mereka.Amin!
( ayat utk diri sendiri dan teman2 boleh tumpang sama2 doa :)
P/s:Jom teman2 kita buat korban diri,harta,dan masa semata2 kerana Allah!

Wednesday, October 5, 2011

Nyanyian Mengejutkan Penonton:Kutuk Hijab"Pemuda Tolong Jawab"

Assalamualaikum....hari yang cukup indah hari Khamis,hujan turun renyai2 di pagi hari,Muhammad Nur Nasuha dah pergi  ke sekolah,tinggal ibu dan Siti Nur Khairunnisa je dirumah....pagi nie kitaorang sefamily sarapan chapati, n nugget ayam tempura,sebenarnya sahaja nak updated blog nie...sebab ayah si Nasuha suruh ibu tengok satu video klip Arab...yang mengisahkan satu program yang membincangkan isu tentang hijab,dan ada komen yang sangat menjengkelkan hati tentang tentang penggunaan Hijab dikalangan wanita....dan ayah paling suka,sebab pemuda dalam video klip tersebut berani menjawab dengan selamba dalam bentuk nyayian yang penuh makna,menjawab.... tohmahan wanita2 yang tidak suka berhijab.......jom kita layan......zasssssss!



Nasihat Hijab untuk Para Hawa.....

Semoga dapat manfaat,Jazakumullahu Khair.

Didik anak2 kita sedari dari kecil mereka tentang menutup aurat

Adeq,kalau nak pegi mana2 "Ibu udung2 (Tudung) adeq.....tak yah disuruh2 pakai...yang terbaek!
Kalau si kecil ini dah tahu menutup aurat kepalanya,apatah lagi kita yang sudah dewasa.....sudah baligh,tapi masih tak mampu melaksanakan kewajipan yang Allah perintah!Fikir2kanlah...:)




Friday, September 30, 2011

Aku dan "Open House"....IkRam Jiran2 & Rakan SeUsaha...

Alhamdulilah syukur pada Allah SWT,kerana telah memudahkan segala urusan sepanjang kami mengadakan rumah terbuka pada 24 dan 25 yang lalu,sebenarnya rumah terbuka kami dibuat pada 24hb,tetapi memandangkan ade teman seusaha yang tidak dapat datang pada 24hb,maka dengan lapang hati kami lanjutkan rumah terbuka kami untuk teman2 seusaha pada 25hb malam selepas isyak,kebetulan markaz diKucing menerima jemaah dari Thailand yang baru sampai lebih kurang 6 orang.Moga Allah mudahkan segala perjalanan khuruj mereka semua.Ameen!

Kami rasa bersyukur yang tidak terhingga sebab dapat menjamu jiran2 serta rakan2 seusaha dengan menu semenanjung,setelah bermesyuarat dengan suami,maka menu yang kami hidangkan adalah Soto Nasi,Laksa Penang,dan Sate.Almaklumlah tekak dan selera selepas hari raya nie nakkan yang berkuah...yang pasti mengundang selera para tetamu,yang mana orang Kuching juga sangat teruja dengan Soto dan Laksa.


 Bahan2 untuk Soto Nasi

 Hah! Kuah Soto Satu Periuk Besor,leh makan untuk 60 orang hehehe
12 pack rempah soto Nazuha,bawang2 macam biasa,halia,serai,tulang lembu dalam 6 ketul,kaki2 ayam,n tulang2 ayam....fuh! mavelous (puji diri sendirila nie wek!:)

Sememangnya semenjak tidak menjual tudung labuh lagi, aku telah mengambil peluang menjual rempah Soto jenama Nazuha,n Rempah Mee Bandung,n alhamdulilah mendapat sambutan yang hangat....dalam sibuk melayan tetamu terlupak pulak nak ambil gambar tetamu....langsung tak teringat....hanya gambar sebelum persiapan majlis sempat disnap!hehehe

 susun atur oleh ayah

 Makanan dah siap tunggu tetamu je...


Hah yang nie mestilah tempat orang pompuan...

Tak lupak jugak nak ucapkan bebanyak terima kasih pada Encik Nasarudin dan isteri Puan Norasekin..yang tolong orderkan sate kat Astana....sampai hantarkan kerumah lagik,MasyaAllah moga Allah balas kebaikan tuan dan isteri...Jazakillah Khairan Kathira.

Aku bersyukur jugak sesangat sebab dibantu oleh adekku ain yang diterbangkan khas dari semenanjung untuk bantu menjayakan majlis rumah terbuka ini.Tenkiu Mok Teh...kesian Mok Teh....kih!Kih!

 Ayah belanja makan..menghargai ibu dan mok teh,takpelah ayah ibu buat kerana Allah,hik!hik! once ayah dah belanja kami berdua redha je...

Bila usai majlis....sebenarnya satu kelegaan....alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar....yup...ramai tetamu mengatakan sedap owh soto n laksa (Allah yang bagi sedap semuanya)...ade tetamu kecil kami,anak staf suami...makan sampai 3 kali.."Nang nyaman,nang nyaman," Encik Saleh boleh tempah ka? Suami menjawab,aukla bole jak...."

Soto Nasi dilawan dengan sambal kicap,makan panas2 memang berpeluh say,ade tetamu Karkun yang dikenali sebagai Aba,tukang masak Markaz,bila ade Johr atau jemaah luar datang khuruj.....dialah Chefnya untuk markaz dikuching....makan laksa Penang sampai 3 kali tambah berpeluh2 tu.....kelakarnya bila dengar karkuzari dari suami gelagat tetamu2 yang datang...hik!hik.

Hah! Laksa Penang mahu tak nyaman.....6 kilo ikan kembung,bukan yang kecik2 yang besor2 tu.....kuahnya pekat....semuannya lengkap dengan daun kesum n bunga kantan....memanglah menyelerakan....untuk kepuasan tetamu...(bab ikram tetamu memang amalan yang sangat dititikberatkan oleh suami).

Buat Dadih juga,kebetulan tadika nasuha ada majlis ramah tamah (di Sarawak tak panggil Open House,dipanggil Majlis ramah Tamah),jadi aku sumbangkan Dadih untuk anak2 Tadika Anakku Sayang.(tadika syura Kuching)

 Dadih perisa Mangga

Dadih perisa coklat

Dadih yang aku buat lebih kurang 200 cup dadih,bukan apa dapatlah tetamu bawa balik Dadih sebagai ole2 untuk keluarga ,(ikram lagi).....selalu cakap dalam diri nak belajar2 sifat Ikram macam sahabat.InsyaAllah.

Alhamdulilah disebabkan makhluk (Rumah yang Allah bagi pinjam nie besar dan selesa),maka ruang makan untuk tetamu dapatlah kami aturkan kepada 2 bahagian...satu ruang untuk lelaki n satu ruang lagi untuk wanita.MasyaAllah....kaum wanita mestilah selesa untuk menjamu selera coz tak bercampur dengan lelaki.

Begitulah agama nie cukup mudah jika kita faham syariatnya semua tak jadi masalahkan,tahu apa yang patut kita lakukan n tahu apa yang patut kita tinggalkan.

 kawan2 Nasuha,Zafran,dan Apiq,semenjak dah bercampur dgn orang Sarawak,Nasuha pun dah pandai kelaka Sarawak....

Dalam pada itu sehari selepas majlis....ayah Nasuha kesian sangat melihat ibu dan Mok Tehnya...berpenat lelah membasuh periuk belanga....jeng!jeng ayah cakap,"Oklah malam nie sayang tak payah masak ek,abang belanja sayang makan.....",Ibu cakap "iye ke alhamdulilah......" Itulah suami tersayang yang cukup memahami,cukup tolenrasi...n selalu mengamalkan sikap bermesyuarat dari sekecil2 perkara sampailah yang besar2, amalan dalam rumahtangga kami...InsyaAllah banyak kesan dan hikmahnya.

 Ayah yang cukup sporting...tapi cukup tegas dan teliti dalam sesuatu perkara..kadang2 ibu pun kena marah,hik!hik marah2 sayang...

Wokeh!diam,tak diam nie tahun ke 2 kami mengadakan rumah terbuka,tahun lepas kami buat kecik2 sahaja,tapi tahun ini jemputan agak ramai....tapi oklah,oknya apa coz,sentiasa mohon pada Allah agar mudahkan perjalanan majlis kami....Tenkiu Allah!,buat teman2 seusaha,jiran2,pokcik2 surau yang sudi hadir...terima kasih banyak2,kehadiran kalian ke teratak kami amat mengembirakan kami,sesungguhnya kalian juga sangat2 mengikramkan kami.

 Sekian,tamat dah Karkuzarinya.

 "Sesungguhnya kami berkasih sayang kerana Allah SWT,dan akan berpisah juga pada satu hari nanti kerana Allah SWT.Hehe dah merancang untuk anak yang ketiga nie...jeng2 Abu Ubaidah ur Mohammad Abdullah Fahmi? Moga Allah mudahkan,InsyaAllah..
 

Thursday, September 22, 2011

Kisah Benar: Law Kan Bynana Andai Rasulullah Bersama Kita (TV AlHijjrah)

Andainya Rasullullah bersamaku.... dan duduk seketika bersamaku,pasti dan pasti...ingin kuluahkan pada Baginda yang mulia,"Wahai Nabi yang kukasihi tolong bawa aku jauh dari dunia ini.......jauhhhh baginda,"dan kalau baginda yang kita kasihi melihat ummatnya pada hari ini,pasti dan pasti baginda akan mengalirkan air mata sehingga mengalirkan air mata darah......law kan bynana....seribu keinsafan...menerjah dilubuk hati sedih masih banyak perkara yang belum dilaksanakan...


Pesanan yang perlu diperingatkan lagi dan lagi untuk diri ini,sebagaimana kerisauan dan fikir Nabi itulah perkara yang utama yang perlu kita fikir dan risaukan bersama,Nabi dihantar bukan untuk kaumnya tapi nabi dihantar untuk ummat seluruh alam.

Wednesday, September 21, 2011

KhutBah Jumaat:-Satu Gereja Masuk Islam

"Sesungguhnya umat Muhammad SAW ini dibangkitkan oleh Allah atas maksud dan tujuan untuk meninggikan KALIMAH 'LAILAHAILLAH  dan agar agama islam ini mengatasi agama-agama yang lain. "

      

Sunday, August 21, 2011

Juadah Ramadhan....BanTu Adek Jual KuIH

Assalamualaikum,alhamdulilah masih meneruskan ibadat puasa,diam tak diam kita semakin menghampiri penghujung puasa.....sebenarnya aku baru sahaja balik dari semenanjung,duk kat semenanjung selama 16 hari,disebabkan suami mase tu outstation,jadi dia hantar aku dan anak2 balik kglah.Haha dikesempatan itu,aku membantu adek lelakiku jual kuih muih sempena bulan ramadhan nie,nak cerita banyak2 pun letih.......biarlah gambar menjadi bicara sahaja.

Kuih Tepung Pelita Emak Yang Hangat.....lapisan bawah ade sengkuang Cina

Hah! yang nie dah siap....atasnya kena lemak2,lapisan bawah manis..

Hot! Lopes....yang original kegemaran pembeli......

Hot! Lopes disalut dengan kelapa parut yang dikukus ditaburkan dengan sedikit garam

Tata! dah siap untuk dibawa ke gerai kami...hehehe menyelerakan..lepas tu lopes ini dimakan beserta dengan air gula melaka...

Roti Jala Emas Berisi Kentang,tepung mesti tak terlalu cair ur pekat,nak lembut pecahkan sebiji telur ur letak sedikit santan.

Siap untuk digulung...

Ehem2...yang ini dah siap digulung....n aku selalu dapat tempahan buat roti jala bergulung berisi kentang nie kat Kuching....hik!hik!

Popia Oh Popia buatnya tak guna modal yang besar hari2 buat...

Isi di dalam ade ayam kisar,kentang,kobis,lobak....memang padat,tapi aku suka...biar lebih isinya...

Karipap atau Epok2,nie original....kelim pakai tangan punya,tak pakai acu karipap,sebab kalau pakai acu selalu terbuka kelimnya.


Laksa Sarawak yang mendapat sambutan hangat.....

Perencah Laksa Sarawak Haji Manan....sedap,Allah bagi sedap...


 Nasi Ayam pun ade dijual

Cucur Udang...kegemaran pembeli 

Begitulah adat resam berniaga ade mase untung dan ade mase rugi tapi taklah banyak ruginya...kadang2 kuih2 yang tak habis sikit tu, kamilah makan untuk buat berbuka,kadang2 takde langsung....apa2pun yang sebenarnya bulan puasa nie melatih kita banyak untuk bersabar,sabar menahan nafsukan....hah!bagi sang ibu2 yang sibuk masuk ke dapur untuk menyiapkan juadah berbuka puasa,sibuk2kan lidah anda dengan berzikir,insyaAllah banyak keberkatannya,bagi penjual2 kuih yang berniaga di bulan puasa pun sama,sambil berniaga sambil berzikir,masyaAllah mudah2han makanan yang anda jual yang dialunkan dengan zikrullah tu mungkin jugak boleh menjadi asbab melembutkan hati2 manusia yang keras...iye ke? hehe

Dalam pada itu,sang Daieku Nasuha sibuk mentry2 memakai serban,jadi pak Alangnya (Karkun Juniorku) pun pakaikanlah,adek pun sama turut menyibuk nak pakai tudung......ish2

Ish! muka poyo betul budak nie hik!hik!

Peacelah pulok!

Adek yang sibuk jugak nak test pakai tudung syiria oleh mok de

Ewah!2 adek manis maok pegi mana hehehe
bakal karkunah Junior,InsyaAllah

Begitulah kehidupan,apa2pun jua pekerjaan kita tak kiralah kerja samaada disektor awam ataupun sektor swasta yang paling utama janganlah kita melupakan Allah,kekadang terasa sedih bila ada insan2 yang berpuasa tetapi sekadar menahan lapar dan dahaga,kesian dan memang kesian sungguh,ketika insan -insan yang lain yang memahami hakikat puasa berlumba2 mengejar keberkatan dan rahmat yang turun mencurah2 di bulan yang penuh barakah,tetapi bagi mereka yang lalai peluang keemasan tersebut terlepas begitu sahaja,dan ketika mereka2 yang memahami hakikat puasa meraihkan kemenangan selama sebulan berpuasa,mereka yang lalai dengan rasa tidak malu sibuk meraihkan jugak,seolah2 mereka berusaha bersungguh2 selama sebulan berpuasa,persiapannya lebih dari orang2 yang" benar2" memahami hakikat puasa.

Ramadhan setahun sekali,sedihnya ia akan berlalu pergi,entah akan bertemu lagi ke pada tahun hadapan?? Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui....oleh itu saki baki hari2 yang terakhir nie,buatlah bersungguh2......masih belum terlambat...kerana Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Suprise nak balik kampung pada 24hb Ogos,jam 3.10 petang,turun di Airpot Senai.....Selamat Tinggal Bumi Kuching,kami sekeluarga akan kembali ke Kuching pada 10/09/2010,pada teman2 Bloggers semua,selamat meneruskan ibadat puasa dan selamat Menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tak lama lagi,apa2pun Marina mengambil kesempatan memohon maaf,andaikata selama Marina berblogger....ade perkataan dalam penulisan serta komen2 yang yang kurang menyenangkan,mohon maaf dari hati ke hati, dan maaf zahir dan batin.Jazakillah untuk semua,pada yang balik ke semenanjung cthnya Umu n suami Ustaz Ishak berhati2 dalam perjalanan,kirim salam pada Mard dan Mak Alang sekeluarga,pada En,Nasaruddin dan isteri Puan Norasekin....selamat balik kampung juga,ade masa jemputlah datang ke rumah nanti.Buat karkun2 kuching, dan isteri2 karkunah yang mengenali Marina dan suami Haji Salehuddin,jemputlah datang ke rumah kami di Petronesa 2 dekat dengan markaz Kuching,yang tak karkun n karkunah pun jemputlah datang rumah juga kitakan UMMAT SELURUH ALAM.

Thursday, July 28, 2011

Siapa Si Tempang Penghancur Kaabah???

Sejarah Awal Pembinaan Kaabah
Menurut riwayat Abu Al Walid Al Azraqi Rahimahullah dalam Kitabnya"Akhbar Makkah",Ka'ab Al Ahbar telah berkata:"Kaabah adalah buih yang terapung di atas air selama 40 tahun sebelum Allah SWT menjadikan langit dan bumi serta daripadanya dihamparkan kejadian bumi."

Pembinaan Kaabah telah melalui pelbagai peringkat antaranya:-
Pertama: Binaan Malaikat
Al Azraqi meriwayatkan dari Muhammad Al Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Al-Husain rahimahumullah bahawa beliau berkata,"Allah SWT berfirman kepada Malaikat: "Aku akan menjadikan khalifah di muka bumi."
Kemudian para malaikat pun menjawab,"Adakah Tuhan kami hendak menjadikan dibumi orang2 yang akan melakukan kerosakan?"
Setelah itu mereka merasa bersalah dan takut dimurkai Allah SWT lalu mereka bertawaf disekeliling Arasy untuk memohon ampun kepada Allah SWT.Kemudian Allah SWT menjadikan di bawah Arasy sebuah rumah iaitu "Bait Al Makmur" dan Allah SWT berfirman kepada malaikat agar bertawaf di rumah itu,dan bukan lagi di Arasy Allah.Kemudian Allah SWT telah mengutus para malaikat supaya membina Baitullah di bumi agar makhluk di bumi dapat melakukan tawaf sebagaimana makhluk di langit bertawaf di Bait Al Makmur.

Binaan Kaabah Nabi Adam
Al Azraqi meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa beliau berkata,"Semasa Adam a.s. diturunkan dari syurga dan sampai ke bumi,baginda telah berkata:
"Wahai Tuhan,mengapa aku tidak lagi mendengar suara malaikat?"
Allah SWT berfirman; "Semuannya kerana kesalahan engkau wahai Adam,"Kemudian Allah memerintahkan supaya baginda membina Kaabah dan bertawaf mengelilinginya sebagaimana mengelilingi Arasy,lalu Adam pun berjalan menuju ke tapak pembinaan Kaabah.Bumi dikecilkan oleh Allah SWT,dan tempoh perjalanannya menjadi pendek.Setiap tempat yang dipijak oleh Nabi Adam akan dijadikan oleh Allah SWT sebagai kawasan yang subur dan berpenghuni.Apabila sampai ke Makkah,malaikat Jibril a.s. memukul dengan sayapnya di tapak pembinaan Kaabah dan malaikat membawa batu kepadanya (Nabi Adam) untuk membina Kaabah.Bahan binaan terdiri daripada batu yang diambil daripada 5 Gunung,iaitu Gunung Lubnan,Tur Zaita,Tur Sina,Juudi dan Hira'.Sementara konkritnya pula dibuat daripada batu pejal hitam,kata Ibnu Abbas,"Adam adalah merupakan manusia pertama yang mengasaskan Al Bait (Kaabah).Baginda menunaikan solat serta bertawaf di situ."

Iman Asy Syafie rahimahullah meriwayatkan daripada Muhammad bin Ka'ab Al Qurazi katanya,"Sewaktu Adam a.s. menunaikan fardu haji baginda telah berjumpa dengan malaikat,mereka berkata kepadanya (Adam a.s.) "Sempurnakanlah haji engkau wahai Adam.Kami telah melakukan haji sebelum daripada engkau semenjak 2000 tahun yang lalu.

Kemusnahan Kaabah di Akhir Zaman
Terdapat hadis Rasullullah SAW yang mengesahkan bahawa Kaabah akan dimusnahkan pada akhir zaman nanti. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullullah SAW bersabda:
"Kaabah akan dimusnahkan oleh Zu As-Suwaiqatain (lelaki yang berkaki kurus) dari Habsyah (Ethiopia) (Riwayat Bukhari)
Manakala diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Seolah-olah aku dapat melihatnya,hitam dan berkaki pengkar (tempang),dia meruntuhkan batunya (Kaabah) satu demi satu." (Riwayat Bukhari)

Sumber rujukan daripada Ustaz Basit B. Abdul Rahman,Penulis Buku Kelebihan dan Sejarah Makkah Al-Mukarramah),Majalah Anis Bil.124,Disember 2007

Sekadar perkongsian melalui pembacaan moga dapat ambil iktibar,besok JUMAAT..penghulu segala hari, aku akan meninggalkan bumi Kuching selama 15 hari balik ke semenanjung,disebabkan suami pada bulan Ogos nie ade program Kembara Merdeka Ramadhan Daerah ke Daerah,surau ke surau(Sarawak) dan dikesempatan ini,Marina Ali serta Haji Salehuddin serta 2 da'ie kami mengucapkan kepada warga2 Bloggers...semua
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak,berlumba2 lah kita dalam mengerjakan ibadat pada bulan penyucian diri,banyak2kan zikir  Lailahaillallah,banyak2kan istighfar,banyak2kan doa meminta syurga Allah,dan juga banyak2kan doa meminta perlindungan dari neraka.

Satu syair berbunyi "Walaupun dibeban dengan segala kesibukan duniawi,Tetapi masih aku tidak lalai dari mengingatiMU.InsyaAllah sama2 kita doa,moga dapat hakikat kata2 syair ini.(Fadhilat Amal)