Monday, November 29, 2010

Rebut Cinta Kedua....Pembuka Bicara Sebelum Berpurdah.

"Ishh...banyak tu,macam-macam warna ada," tiba-tiba suara ayah menyapa dari belakang.Saya yang sedang asyik mengemas beg sebelum bertolak ke kampus, menoleh dan melemparkan senyum malu-malu.Faham dengaan sapaan ayah-apa yang dimaksudkannya banyak dan berwarna.
"Mana ada banyak, ayah.Tiga helai tudung lama, dua saja yang masih baru," saya menjawab ramah.Saya mengesot sedikit ke tepi dinding untuk memberi ruang ayah duduk bersila.
"Baru atau lama, tidak penting, yang utama, tahu apa tujuan dan niat pemakainya.Bimbang kalau2 esok di akhirat tidak terjawab,"nasihat ayah.Masih sempat ayah menitipkan sepatah dua peringatan diri, walau nampak remeh tapi besar jika difikirkan jernih.
"Petikan cerita Majalah Anis."


Sebenarnya aku teringat zaman remaja yang telah berlalu, tidak dibesarkan dalam suasana agama seperti mana anak2 insan Da'e yang menjalankan usaha(dakwah). Aku juga pernah melalui suasana seperti di atas, "kemaruk" dengan tudung, dan pakaian yang sesuai dipakaikan ketika usia menginjak remaja....tapi zaman tersebut sudah berlalu, buat apa dikenang2.Tapi hari ini sememangnya aku bersyukur kepada Allah SWT, kerana dengan ehsanNya memberikan peluang untuk aku memperbaiki segala kelemahan, kejahilan, kebodohan, keburukkan yang terlalu banyak dalam diri aku,asbabnya ......perkahwinan aku dengan seorang KARKUN.....semuanya kerja Allah, maka hidayat telah datang mencurah2 dalam diri aku....InsyaAllah...walaupun aku sehinggga kini masih belum dapat untuk khuruj masturat...tapi aku ikhlas lagi dan lagi hanya kerana Allah SWT, moga Allah SWT kekalkan aku, suami, anak2 serta zuriat2 keturuananku untuk menyambung usaha nabi Muhammad SAW, dan mati dalam usaha,Amin!


Sekarang umurku sudah menginjak 31 tahun, bila melihat suasana perkembangan fesyen gadis-gadis islam disekeliling aku dengan trend pakaian yang pelbagai, aku sedih.....andai aku boleh bersuara ingin ku katakan "dik kalau kita pakai tudung, tapi dibawah terdedah sana sini,tak dapat pahala, malahan dosa yang bertimbun2,sebab cara adik berpakaian akan mengundang kemungkaran dan kemaksiatan, nauzubillahiminzalik!,tapi itu hanya suara hatiku.....huhuhu lemahnya iman.


Inilah hakikat muslimah akhir zaman, menutup aurat (kata mereka), tapi pakaian masih ketat, menampakkan susuk indah tubuh.Berpakaian sopan, tapi dengan warna dan hiasan yang menarik pandangan.Memakai tudung tapi nipis dan jarang (aku yang dulu), yang panjang dililit pendek hanya melepasi bawah leher dah tu "spotlight" macammana jawab, akupun takleh jawab emm dosa tuh!, dan jelasnya kini busana muslimah banyak disalah ertikan.


Allah SWT juga menegaskan di dalam ayat :-
"Kemudian sesungguhnya pada hari itu,kamu akan ditanya tentang segala nikmat yang telah dinikmati kamu(di dunia)" (At -Takathur :8)
Wahai muslimah akhir zaman.....(untuk diriku juga), kurniaan Allah yang pelbagai di dunia ini, harus disalur kepada usaha mengajak manusia agar mengabdikan diri kepadaNya. Biarpun hanya sekadar tudung dan pakaian yang menutup aurat menurut syariat, mampu mengawasi pemakainya untuk lebih menjaga tingkah laku dan akhlak selaras dengan pakaian yang dipakai, kerana pakaian itu melambangkan imej agama yang mulia, suatu tanggungjawab dan amanah bagi orang2 yang insaf tentang dosa dan pahala.


Huhu jangan nanti kita esok di padang mashyar bila diadili, pakaian indah menutup aurat di dunia katanya, hanya menjadi saksi kepada rasa angkuh, riak, dan ujub dalam diri atau akan menjadi bukti bahawa si pemakainya telah melakukan dosa "mengelirukan" manusia lain tentang kewajipan menutup aurat menurut syariat yang sebenarnya."Mudahan2 kita terhindar dari melakukan dosa tersebut", Amin!


Ingatlah teman2ku diluar sana, bukan fesyen islamik atau busana muslinah yang akan membantu kita disana(akhirat), tetapi hanya amalan jasad dan rohani yang selari dengan maksud menutup aurat yang dituntut Ilahi.


Dan sebagai penutup bicara ini,ingin ku berpesan untuk diri ini, dan teman2 ku diluar sana:-
"Ada dua cinta dihadapan kita, satu cinta dunia yang sering melalai,serta melekakan memang asyik tapi ianya hanyalah sementara,dan satu cinta lagi cinta pada agama, ketaatan akan datang bilamana kita taat perintah Allah dan amalkan sunnah dalam kehidupan kita sehari, lagi dan lagi sehingga kita tiada lagi di atas muka bumi, menuju akhirat yang kekal abadi, pasti dan pasti hanya syurga yang akan menanti bagi mereka yang taat mencari terus mencari cinta Ilahi."


InsyaAllah sehingga kita bertemu lagi dilain masa.



2 comments:

  1. itulah yg sedang akak cari2.. hati telah berbisik2 cuma langkah msih belum menginjak.. skrg telah terbuka utk naik satu tangga..hijab yg lebih labuh.. penah 1 ketika memakainya tp iman x telus..celaka lah akak kerana semlm lebih baik dr hr ini.. AllahuAkbar.. moga kali ni akan terus istiqamah..mendapat restu suami dan redho Ilahi..doakan akak ye

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah,akak...niat yang baik untuk memperbaiki diri lagi dan lagi pasti akan menarik hidayat Allah...apa yg penting jangan putus asa,sentiasa kuat dan sabar apa yang kita lakukan adalah kerana Allah SWT.Menutup aurat ini,luas maksudnya dipendekkan cerita ia adalah perintah dan kewajipan dari Allah,dengan mengikut cara baginda SAW menganjurkan pada setiap umatnya,tapi yang salah faham hari ini,soal ikhlas tak ikhlas,soal tu antara kita dan Allah,maksudnya menutup aurat adalah wajib bagi mereka yg sudah akil baligh.itu yang kena faham,bila kita faham Allah akan tambahkan lagi kefahaman seterusnya.insyaAllah sama2 kita perbaiki diri.

    ReplyDelete