Monday, April 9, 2012

~Perjalanan Ibadah + Perjalanan Islah Diri~

Bismilahirahmannirrahim
Manusia sebagai khalifah Allah,ketinggian martabat seorang insan itu bukan diukur dari pangkat atau kedudukan,kebangsawanan atau darjat keturunan,kemewahan atau harta benda,malahan bukan juga dari warna kulit atau paras rupa.

Nilai sebenar seorang insan adalah diukur melalui Firman Allah SWT :-
 
إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬ ١٣

Maksudnya: Sesungguhnya,semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih takwanya
di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana

(Surah Al-Hujurat :13)

Alhamdulilah,tengah menghitung hari untuk aku dan suami berangkat ke Tanah Suci,perasaan berdebar2 tak usahlah nak dicakap,makan memang dah takde selera,kerinduan tak dapat nak dikatakan lagi,bertamu ke rumah Allah,dan bertamu ke masjid Nabi SAW,satu hadiah yang paling bermakna....dalam diri aku.Moga  Allah mudahkan segala urusan kami dari kami pergi hingga kami kembali,dalam sibuk mempersiapkan persiapan terakhir,untuk diri dan anak2 yang bakal kami tinggalkan kepada Encik Azlai dan isteri Kak Min (Pn.Jamilah),yang akan diamanahkan untuk mejaga putera dan puteri kami,Mohammad Nur Nasuha dan Siti Nur Khairunnisa sepanjang 13 hari kami disana.Moga Allah mudahkan juga urusan mereka dalam menjaga anak2 kami.

12/04/2012 - Balik ke Semenanjung.

Berlepas 13/04/2012 dari KLIA
:
:
COLOMBO,Sri Lanka (Transit 4 Jam)
:
:
JEDDAH
:
:
MADINAH (BIR ALI)
:
:
MAKKAH
:
:
Berlepas pulang pada 25/04/2012 (dari lapangan Terbang Jeddah)

Dalam sibuk2 kami membuat persiapan akhir,amir jemaah tasykil Kuching,Cikgu Jamali,meminta kami menyahut takaza untuk khidmat Taam Jemaah Sri lanka 4 Bulan,yang mana routenya diKuching berakhir dan akan bergerak ke Bintulu seterusnya, syukur kepada Allah memberi peluang kepada aku sekali lagi,kerana sekurang2nya sebelum aku pergi ade sesuatu yang aku dapat sumbangkan untuk mereka2 yang keluar di jalan Allah....teringat waktu jemaah nie sampai aku khidmat taam untuk mereka,dan bila habis route diKuching,aku dapat menyediakan sekali lagi makan malam,berserta sarapan pagi dengan chappti,prahta,dan dal daging,sengaja aku masakkan lebih kerana untuk bergerak ke Bintulu mengikut jalan darat memakan masa lebih kurang 10 jam,tentu perut akan berasa lapar melalui perjalanan yang jauh,fikir n risau aku.....tugas abang pulak,seusai mereka semua sarapan,menghantar mereka ke Bus Stand Kuching.Alhamdulilah selesai takazanya.

 Chapati segera ini,30 keping dimasak,dengan Dal Daging + Kentang (Pekat)
untuk dapat kepekatan pada kacang dalnya mesti direbus terlebih dahulu.

 Dan kenangan yang paling tak dapat aku lupakan apabila ketika rombongan Syura Malaysia datang ke Kuching baru2 nie,aku mendapat "special request" dari Syura Malaysia,supaya masakkan  untuk mereka Ikan Kering Masak Lemak Nenas Cili Api,terharuuu.....sesangat.


 Ikan Kering Duri Masak Lemak Nenas Cili Api (paling sedap ikan talang,tapi talang takde,kalau kat Sabah banyaklah yer...)

Abang sempat berseloroh "hai sayang bertuahnya yer sayang ek....sampai ade special request dari syura Malaysia lagi."

Aku menjawab: apalah abang nie,sayang nie kan biasa2 jer....yang aturkannya semua Allah.sayang tak dapat duduk bayan Syura Malaysia kat rumah Mak Saadiah,Allah bagi peluang sayang khidmat taam,bukankah Allah Maha Adil bang oi.

Abang : Fuhyo,jawapan hik!hik! biasalah karkunah juniorkan...

Sayang: Eeiiii,kena jugak kan abang nie,sob!sob! :)


~Ade request dari abang nak makan nasi Arab iaitu Nasi Mandhi,tapi aku masakkan abang Nasi Briyani + Ayam Peha Madu + Acar Timun dan Nenas dan Papadom,jadiler abang, janji belakangnya ade ni2,hik!hik!,dan kiranya ade jemaah Arab datang ke Kuching aku dah bersedia untuk masakkan untuk mereka,InsyaAllah.~



 

 dan akhir sekali tapi bukan yang terakhir yer insyaAllah.....pada teman2 yang singgah ke blog nie Marina mengambil kesempatan memohon maaf manalah tau sepanjang melibatkan diri dalam dunia bloggers nie,mungkin ade perkara2 yang sengaja atau tidak sengaja marina lakukan menyinggung perasaan teman2.Sesungguhnya perjalanan umrah nie adelah perjalanan ibadah,serta perjalanan mengislah diri marina dan suami untuk menambah baik apa yang kurang. Doakan kami selamat pergi n selamat kembali.

tata,Assalamualaikum..n.insyaAllah panjang umur berjumpa kita sekali lagi.Jazakillah khoir

Nasuha and The Six Points Qualities Of Sahabah
Good Boy!




Selamat Tinggal Malaysia,Selamat Tinggal Bumi Kuching,Selamat Tinggal anak2 Ibu yang Comel,dan Selamat Tinggal Teman2 semua.
"Doa Hidayat Untuk Umat Seluruh Alam"

~4 Perkara yang perlu diperbanyakkan ke Bertamu Ke Rumah Allah dan Masjid Nabi~
1.Dakwah
2.Taalim Wa Taalum
3.Ibadah
4.Khidmat






3 comments:

  1. Assalamu'alaikum..

    Semoga Allah mudahkan. Semoga anak-anak tak menangis. Jangan lupa doa untuk kami sekali di depan Baitullah nanti.

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum..

    Semoga selamat semuanya ye..

    Ciannya kat Nasuha dan Nisa... Berjauhan dengan ummi wa abi... Tapi takpe.. umii wa abi pergi atas urusan agama..

    p/s: jangkakan saya, ketika saya menulis komen ni, kak marina sedang gembira di bumi Madinah... (",)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kakak:)
    Wahh Alhamdulillah..mantap itu...
    Mard baca je entry akak y lps2, cumanya mard x dapat nak komen.
    Wahh, akak bab masak, memg 1st class
    Ala, dah terlepas peluang nak suruh akak berdoa utk "hajat" mard. Xplah.

    nanti kalau dah balik, karkuzari la sikit

    semoga akak dan keluarga sentiasa sihat, faham memahami sesama sendiri atas maksud agama:)

    Selamat jalan kakak!

    ReplyDelete