Sunday, January 30, 2011

HEBATNYA TAAT KEPADA IBU.....UWAIS AL QARNI.(TITIPAN BUAT EMAK YANG DIKASIHI).....

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulilah kupanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga, kerana Allah SWT masih mengizinkan aku menatap wajah emak... masih mengizinkan aku untuk berkhidmat dengan emak,bila dah kahwin nie rasa sayang dengan emak bertambah2 bukannya apa, baru ku tahu bukan mudah sebenarnya untuk membesarkan anak2, apatah lagi pemergiaan arwah abah yang dikasihi, sebenarnya banyak menguji kesabaran emak untuk mengalas tanggungjawab membesarkan anak2. Mengimbau kenangan lama, membuat naluri aku sebagai seorang ibu tersentuh....melihat pengorbanan demi pengorbanan arwah abah dan emak dalam membesarkan kami 7 beradik (aku anak yang sulung), kalaulah aku ditempat emak dan arwah abah, aku sendiri pun tak mampu nak melakukannya.Emak pun sekarang tak sihat, stroke, badannya yang sebelah kiri tidak berfungsi seperti sediakala, balik bercuti dari semenanjung aku bawa emak balik ke Sarawak, hehehe dapatlah emak merasa naik Belon (cakap sarawak sik madah kapal terbang).


Kadang2 bila mendengar luahan hati emak,jiwa kecilku cukup tersentuh...."emak dah tua, dah tak macam dulu... sihat,kadang2 hati emak cepat tersentuh....bila orang cakap dengan emak, macam tu atau macam nie.,"
"Emak, sabarlah ye emak, semua yang berlaku adalah ujian, Allah nak bagi pahala yang banyak untuk emak, kalau emak susah hati, emak ambil wudhuk, lepas tu emak solat sunat 2 rakaat (solat sunat hajat), emak luahkan segala2nya apa yang terbuku dalam hati emak, usah menangis emak, meratap2, ketenangan hanya akan datang bila kita mendekati Allah, kerana Allah SWT sahaja yang mempunyai kuasa untuk menyelesaikan segala kesulitan2 yang kita hadapi," kata ku dengan penuh sayu pada emak.huhuhu sedihnya bila bab airmata nie...


Di rumah aku, biasalah taalim diadakan selepas isyak, selalunya taalim (bacaan2 hadis Rasulullah SAW) nie aku buat dengan nasuha, adek serta ribuan malaikat heheh (x nampak), kalau nampak comfort pengsan....tapi lagi seronok ahlinya dah bertambah (semenjak kedatangan emak),yang terharunya emak cakap,
"Ina nanti minta ejal (suamiku) belikan emak buku biru tu ye?"


"yang mana emak, ohhhh buku Fadhail Amal ye, bolehh... nantikan ina belikan satu Fadhail Amal, Muntakhab Ahadith ina bagi emak je, sebab ina ade 2 muntakhab Ahadith nie, rasa hati ku lalalala syukur yang tidak terhingga pada Allah.(usaha dakwah yang halus)


"Emak....maafkan ina ye mak, andaikata ina belum sempurna menjalankan tanggungjawab ina sebagai seorang anak, terkadang ina rasa terlalu banyak kekurangan ina dalam melayani emak, mungkin ada tersalah kata, atau tersilap bicara,tapi ina akan berusaha menjadi anak yang solehah, berusaha membahagiakan emak, emak cakap, "tak payahlah lipat baju emak tu, emak boleh lipat sendiri," tapi ina cakap "emak.... bagilah ina peluang untuk khidmat dengan mak selagi emak ada ye," huhuhu terharu lagi, tiba-tiba teringat aku akan kisah Uwais Al Qarni, hebat dalam mentaati ibunya.Aku berjanji akan menceritakan kisah Uwais ini kepada Nasuha dan adek, doaku sebagai seorang ibu..."moga anak2ku mencontohi akhlak yang mulia seperti Uwais Al Qarni.


Mari kita sama2 ikuti kisah Uwais dan ibunya....
SIAPA DIA UWAIS AL QARNI?
Dia adalah seorang sahabat Rasulullah SAW dari golongan tabiin dan tinggal jauh di Yaman. Pesan Rasulullah kepada sayidina Abu Bakar dan sayidina Umar,"Sekiranya kamu berkesempatan bertemu Uwais, mintalah dia mohonkan keampunan untukmu!"


Beberapa tahun berlalu dan sewaktu sayidina Umar menjadi khalifah, dia sering tertanya-tanya kepada jemaah haji dari Yaman, jikalau Uwais ada ikut bersama. Orang ramai tidak tahu yang bertanya itu adalah khalifah Umar Al-Khattab. Pada suatu musim haji, Umar berkesempatan bertemu Uwais,seorang yang miskin dan buruk pakaiannya. Selepas memastikan sahabat di depannya adalah benar-benar Uwais seperti yang digambarkan oleh Rasulullah,Umar lantas memeluknya erat-erat "mohonlah keampunan buatku wahai Uwais!"


"Adakah engkau meminta aku memohon keampunan buatmu wahai amirul mukminin?" tanya Uwais terkejut. Umar berkata "ya."


Apakah kehebatan Uwais sehingga namanya disebut Rasulullah SAW? Hebatkah ibadahnya? Rajinkah dia bersolat malam? Tak tinggal puasa sunnat? Hebatkah dia berjuang menegakkan agama? tidak semua itu teman2...


Uwais Al Qarni hebat kerana dia sangat mentaati dan melayani ibunya. Uwais selalu mendukung ibunya yang buta itu kemana saja dia pergi....Masya Allah....aku pun tak mampu melayani ibuku seperti itu....tapi aku akan berusaha mencontohi sikap Uwais Al Qarni.... semampu dayaku......insyaAllah...ameen!!


Suamiku selalu berpesan....layanilah ibu kita dengan sebaik2nya tidak kira samada ibu mertua atau ibu sendiri.....kerana setiap apa yang kita lakukan walaupun sebesar biji sawi pun tetap dikira oleh Allah SWT....jika kita hari ini melayani ibu dan ayah kita dengan tindakan kita yang tidak sewajarnya....
pasti dan pasti, pada masa akan datang kita juga akan dilayani seperti itu.....ya Allah! jauhkanlah aku dari sikap seperti itu.....


Daku sayang emak....
Setiap anak wajib berbakti & mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari2 tuanya. Islam meletakkan ibu bapa pada tahap yg tinggi & mulia. Banyak bakti boleh di lakukan samaada dalam bentuk material & hubungan kasih sayang. Bersesuaianlah dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur & memerlukan lebih perhatian.Terdapat sekurang2nya 10 bakti yang perlu kita laksanakan kepada ibu bapa seperti:-
1.Memberi nafkah
2.Menyediakan tempat tinggal
3.Memberi kasih sayang
4.Memberi perhatian
5.Memenuhi permintaan
6.Melakukan apa yg mereka suka
7.Bercakap lemah lembut
8.Menghadiahkan kejayaan
9.Meluangkan masa bersama2
10.Mendoakan kesejahteraan untuk mereka di dunia & akhirat


Sabda Nabi SAW:
"Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan 3 perkara iaitu sedeqah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan yang diajarkan pada orang lain& anak soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya" ( H.R Muslim)


Firman Allah SWT:
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia, dan hendaklah berbuat baik terhadap ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya telah lanjut usianya dalam pemeliharaanmu, maka jangan sekali-kali engkau mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah engkau menggertak keduanya, dan ucaplah kepada keduanya perkataan yang baik" (al-Isra`:23)


Firman AllahSWT:
"Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucaplah 'Wahai Tuhanku sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku semasa kecil' " (al-Isra:24)


Sebenarnya kebaikan yang dilakukan seroang anak terhadap ibu bapanya amatlah kecil. Anak tidak mampu membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya. Namun gunakanlah kesempatan yang ada untuk melakukan bakti sebaik mungkin agar kesempatan itu dapat kita manfaatkan bersama, sebelum mereka dijemput kembali oleh Ilahi.


Kita selalu melihat mereka ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Disebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita takkan mengetahui isi hati mereka jikalau kita tidak menjadi sahabat kepada mereka...
Kering sudah airmata ayah dan keringlah sudah air mata bonda telah mencurah secebis harapanagar tidak berulang kisah yg pilu sewaktu Nuh a.s menghulurkan tangannya kepada anaknya yg kelemasan......(petikan dari Hafizatul Qiram)

Emmm.... hari dah larut malam, hujan lah pulak hehehe seronok haha....jangan sengih2 tau, esok ari Isnin, lepas solat subuh dah nak kena masuk dapur nak buat sarapan untuk abang, nasuha pulak nak kena bawa bekal  pegi sekolah, nak zikir 300 pagi waktu kat dapur pun boleh buat, hehe nak seribu daya...ameen!

2 comments:

  1. Assalamualaikum kak ina.. :)

    Allahuakhbar..cemburunya umu baca kisah akak dapat khidmat pada mak.. sampai begitu sekali sifat taat dan sayang akak pada mak.. minta doakan umu ye kak..supaya dapat sifat sebegitu untuk khidmat pada abah dan keluarga..ameen.

    emm..walaupun kita duduk di seberang laut (bezanya akak di srawak dan umu di sabah..hihii..), insyaAllah..usaha atas iman dan amal ni masih menjadi maksud hidup kita kan..

    Jazakillah atas nasihat dan tunjuk ajar akak pada umu samada sebelum dan selepas kwin..harap jangan penat tau nak berutus email.. umu tengah menunggu niiee~

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam...umu yang akak cayang :) cewah! hehehe susah nak cayang umu dah, coz dah ada mata air (ustaz ishak)kuang 3x

    iyelah umu, selagi mereka ada kita kena taat, n sayang mereka, umu tahu tak? emmm...mestilah umu tak tahukan....:)yang membuatkan satu peratus kehidupan akak berubah salah satunya pemergian arwah abah akak,akak dapat menghadap saat akhir arwah abah...meninggalkan kami semua, mase tu 5 hari puasa 2004,ketika dia pergi meninggalkan akak, emak serta adek2.

    Hujan panas renyai2 mengiringi pemergiaannya...mcm dalam dramakan,tapi itulah kenyataan,dan semenjak dari itu,akak sangat menghargai emak,akak akan cuba jaga hatinya serta memenuhi kehendaknya selagi akak mampu. Orang tua umu... semakin tua semakin banyak kerenahnya...ditambah lagi dengan sikap2 anak yang bermacam ragam...(akak cuba sedaya upaya membimbing adek2 akak, memang perlukan semangat dan mujahadah sikit,tak boleh gopoh2,takut2 mereka tak suka)pesan suami akak.

    Umu bertuah sebab ada keluarga (yang menjalankan usaha), MasyaAllah terus terang akak cakap, yang akak juga cemburu melihat keluarga Umu,akak juga perlukan pandangan dan nasihat daripada Umu, tak salahkan kita bertukar pandangan, pendapat serta pengalaman.

    Sebenarnya banyak yang akak ingin kongsikan bersama Umu, harap Umu tak keberatan...ye,macam akak yang baru nak bertatih2 dalam dunia dakwah (usaha dan kerja Nabi),InsyaAllah akak akan cari masa sedikit untuk email umu,sebab kalau malam suami akak hehehe dia guna laptop (ade urusan bisnes sikit).

    ReplyDelete