Wednesday, January 5, 2011

Hitam Putih Kehidupan

"Setiap manusia diciptakan ALLAH SWT dalam keadaan gemilang.Walaupunbagaimanapun, tugas mencapai kecemerlangan dan kegemilangan diri terletak dibahu setiap orang." (petikan kata-kata Dato'Dr.Hj. Fadzilah Kamsah, Majalah SOLUSI Isu No.26 2010)

Alhamdulilah dengan izin Allah, dapat juga aku menulis sedikit karkuzari (laporan) hehehe, sepanjang balik bercuti di semenanjung,sebenarnya apa yang aku ingin kisahkan diruang blog peribadi ku nie bukanlah untuk membuka keaiban sesiapapun, tapi bolehlah aku anggap sebagai renungan, pengalaman serta pengajaran bukan sahaja untuk diri aku yang sangat fakir ilmunya, tapi  juga sebagai tatapan untuk teman-teman ku di luar sana.

Sepanjang 2 minggu berada di semenanjung sempat juga aku menziarah mak long, kakak kepada emak aku,iyelah bila lama tak jumpa macam-macam cerita disembangkan,tapi ade satu kisah yang membuat aku tersentak sedikit....cerita tentang kantin sekolah dan RMT( rancangan makanan tambahan) untuk budak2  sekolah rendah. Sebenarnya apa yang pak long aku ceritakan sudah pernah berlaku pada mak aku, sewaktu dapat tender kantin sekolah rendah satu ketika dulu zaman aku sekolah menengah. Bagaimana melayan karenah2 cikgu yang berbagai ragam,kadang2 hati kecil ku sering tertanya2 kenapa seorang guru yang berpendidikan tinggi boleh mempunyai akhlak seperti itu?, masih segar dalam ingatan aku hingga kini,bagaimana arwah abah "ditemberang" (bahasa lembut), bahasa kasar (kena tipu), oleh seorang guru berpangkat besar lagi (guru besar), sewaktu bayaran RMT, katanya peruntukkan bayaran tersebut dipotong separuh untuk beli alatan sukan sekolah.Kesian abah dan emak......sampai arwah abah cakap, "takpelah kat dunia nie kau lepas, tapi dekat akhirat nanti kau akan cari aku." MasyaAllah....sekarang arwah abah dah takde.....bagaimanalah hamba Allah tersebut nak berhadapan dengan arwah abah esok di akhirat....

Inilah hitam putih kehidupan, bagi aku yang fakir ilmu nie, ilmu sahaja tidak cukup kalau tiada iman yang mantap dalam jiwa, sebab tu janganlah kita terkejut jika ada yang bergelar haji, ustaz, syeikh, cikgu, hakim atau apapun jawatan yang disandang dari sekecil2 jawatan kepada sebesar2 jawatan.... jika iman taraf E, inilah jadinya.....:(,.....bila tak tulus dalam mengikut jalan yang lurus.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :"Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang bentuk tubuhmu dan tidak pula memandang kedudukan mahupun harta kekayaanmu, tetapi Allah memandang pada hatimu.Barangsiapa yang memiliki hati yang soleh maka Allah menyukainya.Bani Adam yang paling dicintai Allah ialah yang paling bertaqwa." (Riwayat Al-Tabarani dan Muslim).

Hitam putih kehidupan namanya, Allah SWT memberi kita banyak pilihan.....ada ratusan ribu pilihan, dihadapan kita,tapi pilihan yang bagaimana yang kita mahu?? sesuai dengan kehendak Allah.Bila teman-teman mengadu masalah2 mereka, aku jadi rasa simpati n sesak nafas seketika, lemahnya kita dalam aspek perancangan, perancangan dalam keluarga, kewangan, kerjaya, jodoh, kehidupan.....semuanya tersasar tak menentu....samaada mereka yang buat usaha atau orang biasa keadaan seumpama nie semuanya boleh berlaku.

Bagi mereka yang dah berkahwin janganlah suka berahsia dengan pasangan,setiap apa yang berlaku perlu dikongsi bersama....bila masuk bab kewangan pulak....hahh yang ini paling penting cara kita menguruskan kewangan apatah lagi dah bila dah bekeluarga, aku nak sarankan agar teman2 yang mempunyai kesempatan membaca belilah buku KEMANA WANG ANDA? ditulis oleh Hajah Rohani Datuk Hj. Mohd Sharir, anak Karkun nie....merupakan pengerusi eksekutif dan ketua perunding di Hijrah Wealth Management Sdn.Bhd. iaitu firma pengurusan kewangan Islam, pernah muncul dalam wawancara Radio BBC di London...buku Kemana Wang Anda boleh dijadikan panduan pada mereka yang mempunyai kelemahan dalam perancangan kewangan, yang ok dalam merancang kewangan  pun boleh baca tambah ilmu, tingkatkan amal, katanya:-
"dalam mengejar harta dunia,adakalanya kita terlibat dengan unsur-unsur yang menjadikan pendapatan kita tidak diberkati."

Aku dah baca buku nie....memang bagus...dah nak masuk kali ketiga dah.RM20....je


Inilah rencah kehidupan segala2nya perlu diatur dengan teliti dan tertib,bagi aku hidup ini bukanlah untuk kita menentang alam ciptaan Tuhan, tapi hakikat sebenarnya kehidupan ini adalah satu pengabadian yang telah diatur oleh-Nya.Usaha yang dilakukan sepanjang proses kehidupan kita, bukan untuk bahagia di dunia semata2, akan tetapi lebih dari itu.....kebahagiaan yang sebenar "di sana", emmm......lantaran itu,suka aku mengingatkan diri sendiri yang selalu alpa, dan leka.....iyelah usia semakin hari semakin meningkat,dan berlalu.....seharusnya perlu diisi dengan muhasabah serta menilai diri, setahun yang berlalu pergi, bererti pertemuan kita dengan Allah SWT , Tuhan yang Maha Esa semakin hari semakin dekat, "kiamat kecil" akan datang pada bila2 masa, mengambil kita dari orang yang tersayang, memisahkan kita daripada dunia, harta dan kemewahan yang semuanya sementara, dan menuju nun jauh di akhirat yang kekal abadi.

"Persoalannya adakah aku dan teman-teman di luar sana sudah bersedia"

Huhuhu....aku dah mengantuk nie, terdengar batuk2 kecil dari bilik emak....kesian mak....nak sambung sikit je....sebagai penutup bicara mudah2han segala usaha, amalan, harta dan kesenangan kita di dunia ini akan dipermudahkan oleh Allah untuk diadili pada hari pembelaan nanti ye, Amin!!!

Aku yang masih belajar lagi dan lagi






















No comments:

Post a Comment