Thursday, February 9, 2012

Jom Solat Dhuha~~ Istiqamah Again N Again ~~

Assalamualaikum...hari Jumaat yang cukup indah,nak kongsi kelebihan Solat Dhuha,pada mereka yang tak tahu atau tak pernah buat,bolehlah belajar2 untuk melakukan solat Dhuha,banyak rahsia n kelebihannya....apa2pun ia merupakan amalan Nabi Muhammad SAW serta para sahabat,so apa yang nabi buat kita kena buat n ikut,apa yang nabi tak buat jangan buat,kan senang je formulanya itu hehehe.(Oh! ya pada mereka yang dah istiqamah tahniah! teruskan lagi dan lagi sampai kembali kepada Allah SWT,kalau yang ada kekuatan yang luar biasa bolehlah tingkatkan mula2 belajar buat dua rakaat,lepas tu empat rakaat,agak2 dah steady sikit boleh tambah enam ur lapan rakaat.InsyaAllah sentiasa mohon kekuatan daripada Allah SWT.Apa yang penting ISTIQAMAH again n again yeh!

Solat Dhuha nie cukup mudah dilaksanakan,apalah salahnya kita peruntukkan sedikit masa untuk buat solat Dhuha nie untuk meraih kasih sayang Allah.cthye....pada kaki dan tangan kerajaan kan ade mase rehat dlm kul 10 tukan,janganlah nak asyik ngombeh jerk (bahawa jawa) atau ngeteh memanjang2,boleh minum dan sembang2,kejap lps tu carilah mase untuk buat solat Dhuha, tak sampai 15 minit pun....kelas gitu.Surirumah sepenuh masa hah! tunggu apa lagi jom kita buat ek.

Macammana buat? marina pun bukan ustazah.....tapi bolehlah sikit2 untuk sharing2 this information about Solat Dhuha.

Langkah2,mestilah ada wudukkan,Solat nie dilakukan apabila matahari telah naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya iaitu sekitar jam 8.00 pagi hingga gelincir matahari sebelum masuk waktu zohor, (kalau macam marina buat selalunya antara kul 9 ur 10)

Berapa rakaat saya tak tahu??? jawapannya senang je,Allah SWT tak pernah menyusahkan kita malah nak bagi kita pahala lagi hehe rugi kalau tak buat....boleh dibuat dua,empat,enam,ataupun lapan rakaat.

Diriwayatkan daripada Sayidina Ali R.A. katanya "Bahawa Rasulullah SAW bersolat Dhuha enam rakaat pada dua ketika iaitu ketika terbit matahari dua rakaat dan juga tatkala matahari naik pertengahan sedikit,baginda SAW melakukan sebanyak empat rakaat.

Lafaz niat senang jer :"Sahaja aku solat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala,rakaat yang first tu,baca Al Fatihah,surah Al -Syams,rakaat yg kedua Al-Fatihah diikuti surah AL-Dhuha.

Tapi saya tak tahu surah2 tu? macammana ek? Oh! ok2 jgn risau,boleh baca2 surah2 lain,Surah Al-Kafiruun,ataupun Surah Al-Ikhlas,pernah satu orang ibu yang tua,tanya pada marina," makcik nak buat solat dhuha,tapi makcik tak tahu surah2 yang panjang2 tu." Alah kesiannya makcik,aku tolong jawab bagi pihak ustaz dan ustazah ek,jangan mare ye ustaz,ustazah nak membantu nak bagi pencerahan kat makcik nie,kalau saya silap tolong correctkan saye hihi,"kalau makcik cuma tahu surah2 yang 3 Qul tupun takpa,bukan manusia menilai kita,Allah SWT yang menilai amalan kita,dan Allah saangat suka pada amalan makcik kiranya makcik dapat istiqamah walaupun hanya 3 surah Qul yang makcik tahu baca dan ingat.betul ke? yer betul makcik.....dan makcik tupun senanghati.

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan2 tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betulsyarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya.

 Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang

Seterusnya selepas memberi salam berdoalah,jom kita layan doa DUHA nie,dari kumpulan UNIC,sesiapa tak tahu boleh belajar,n boleh amalkan dan sampaikan kepada yang mereka lain,insyaAllah mudah2han amalan kita yang sedikit ini akan menjadi asbad hidayat kepada mereka yang lain yang nak buat tapi takde kekuatan.Amin!



~~Selamat Beramal Again n Again~~

4 comments:

  1. Assalamualaikum....

    Maaf, komen saya lari tajuk. Boleh saya dapatkan email saudari?? Saya nak bertanya berkenaan Usaha Atas Iman ini.. Harap saudari dapat membantu.

    ReplyDelete
  2. nice, kak marina..

    saya azam, insyaAllah... doa2kan saya moga istiqomah..

    perasan satu perkara, hari yang berlalu dengan dikerjakan sunat dhuha akan berasa lebih baik berbanding hari yang berlalu tanpa dhuha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aukla,Tuan Fuad,terasa ruginya terlepas hari2 yg berlalu tanpa Dhuhakan,moga kita2 n sahabat2 kita kat luar sana dpt istiqamah Dhuha.Amin!

      Delete