Friday, January 20, 2012

Alkisah......seorang ibu,kelas memandu,khuruj,n umrah....penuh jadualnye...

Alhamdulilah syukur pada Allah SWT,akhirnya dapat juga mengupdated blog ini,sejak balik bercuti dari semenanjung memang takde masa nak menjengah2 blog....ini,bzz.....sangat almaklumlah walaupun tak bekerja,tapi bekerja dirumah....errr,banyak kerja perlu dibuat,ditambah pula Siti Nur Khairunnisa pun dah sekolah dgn abang longnya Muhammad Nur Nasuha (satu sekolah).

Sempat juga suami mengusik...".hai anak2 dah sekolah,ade mase lah ibunya kuat lentang kat rumah ek."
Oppsss!pancung ibu yer,Ibu menjawah,"hai cik abang oii,takdernye nak kuat lentang kat rumah ini,buat kerja tak habis2 tau.",ayah menyengeh macam kerang....hihihi.

Ramai orang menganggap surirumah ini takder kerja sangat kat rumah,hiisssh nak dibetulkan balik fakta nie,sebenarnya banyaaakk kerja....seawal pagi dah masuk ke dapur,,first tunaikan tanggungjawab dengan Allah terlebih dahulu wajib,masak sarapan pagi untuk anak2 dan suami,kalau macam marina,beruntung sebab bab mandikan anak2 suami yg buat,tapi kalau abang outstation....huhuhu semua ibu yang buat,disebabkan aku belum pandai memandu kereta,budak2 nie kenalah hantar pakai motor...kalau ayah ada,ayah yang hantar,kalau takder ayah emm...ibulah yang hantar...serasanye aku dikuching ini, karkunah yang bawak motor aku seorang je,karkunah lain semua dah pakai kereta.huhuhu itulah mase kat semenanjung tak nak ambil lesen....murah lagi,kat sini nak taknak terpaksalah jugak, bukan apa untuk kemudahan masa hadapan.Manalah tau nanti kalau,suami nak keluar 4 bulan ur 40 hari takyahlah menyusahkan orangkan,fikir atas makhluk....eiii,(lomah iman den).

Pada 16 Jan 2012, aku pun dah mendaftar untuk ambil lesen memandu....nak ambil computer test,emm tunggu lepas raya cina,sebab raya cina nie aku dan suami akan khuruj,insyaAllah moga Allah mudahkan.

Hah! berbalik pasal kerja-kerja dirumah,bila anak2 dan suami dah pergi atas urusan masing2,bermula tugas kerja2 surirumah seperti mengemas,menyapu,membasuh,mengelap lantai,memasak,menyidai....dan banyak me2 nye lagi.....itulah namanye surirumah yang bekerja......dalam masa yang sama tak terlepas juga solat sunat Dhuha,dan mana zikir2 yang tak dapat dihabiskan hah kan boleh dihabiskan semasa kita buat kerja...tak gitu? fikir atas iman pulak (nie paling baik)!

Penat.....memanglah penat,tapi niat kena betul,semua yang kita lakukan adalah kerana Allah,dalam apa jua keadaan atau situasi,kita letakkan Allah SWT,dan mengikuti sunnah Nabi SAW yang kita kasihi dalam urusan kita sehari2, pasti dan pasti Allah akan mudahkan segala urusan kita,InsyaAllah.Ibaratnya letakkan akhirat dihadapan mata, dan dunia di bawah dagu,dan apa-apa yang kita lakukan kita akan nampak akhirat dahulu.Yes!tapi tulah kadang2 dunia...juga yang menjengah dahulu kat depan mata (kena banyak fikir dan usaha atas iman nie....mesti dan mesti!)

Firman Allah SWT :Katakanlah "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah,ikutilah aku,nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu."Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Ali Imran ayat 31)

Urusan kerja dirumah agak meriah sekarang nie,sebab aku bertemankan Radio IKIM......pagi2 seawal jam 630 pagi ade tafsir Al Quran bersama Ustaz Haji Zahazan....seronok....kalau hari rabu ada slot aspirasi bersama Prof Dr.Muhaya Pakar Mata,seronok juga, bahan bicara berkisar tentang nak jaga mata, menjaga hubungan dengan Allah,ada slot zikir,belajar bahasa Arab,ade promo2 bahan makanan yang berkaitan dengan sunnah,ade slot mengaji,slot ISLAM AGAMAKU nie paling best aku rasa, sebab Radio IKIM akan panggil mereka yang telah berhijrah dan memilih ISLAM sebagai pegangan hidup....dan macam2 hihi nak promote Radio IKIMlah pulak,heh!heh!...ade mase dengar2kanlah.....ye.

Marina nak petik salah satu kata2 dari Ustaz Mohammad Azizi Ikhmal Abdullah,tinggal di jerantut Pahang,(dulu memeluk agama Hindu),antara kata2nya Mualaf ade 2 golongan,satu golongan yang asal2nya memang memeluk agama lain, dan berhijrah memeluk agama Islam dipanggil Mualaf,dan satu Mualaf lagi adalah orang Islam yang sememangnya Islam tetapi meninggalkan ajaran agama Islam itu sendiri,emmm mendalam maksudnyakan....dulu masa marina belum kenal usaha,tak kisah apa2pun keadaan yang disekeliling berlaku,dosa ke?halal ke?haram ke....tak ambil peduli,tapi alhamdulilah dengan sedikit hidayat yang Allah beri dah timbul dalam hati kerisauaan...misalnya kalau tengok orang yang tak sembahyang, hati akan gelisah sebab la nie dah tahu apakah azab yang akan menimpa orang yang tak sembahyang...kalau tak tutup aurat,dah tahu apa kesannya....n macam2 lagilah...(nampaknya fikir dan risau Nabi Muhammad SAW dah mula ada dalam hati,moga Allah kekalkan perasaan nie),sama2 kita fikir macammana nak usahakan fikir dan risau Nabi ini dalam keluarga kita,adik beradik,pokcik mokcik,dan kekawan kita kat luar sanakan,kena fikir2 dan tunjuk dengan cara hikmah serta penuh dengan kasih sayang.Tapi kalau dah tak nak ikut nak buat camne,sebab kerja hidayah bukan kerja kita,itu adalah kerja Allah SWT,Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

Diam tak diam,dah masuk setengah bulan Januari 2012,tentu ramai yang kat luar sana mempunyai azam,ade pulak azam yang tak tercapai2 lagi ye...azam aku macam biasalah nak perbaiki diri,iman dan amal,nak tambah anak yer pasti akan diusahakan untuk tahun ini kih!kih!,nak khuruj,nak pi UMRAH,insyaAllah kalau takde apa2 yang menghalang aku dan suami akan berangkat mengerjakan Umrah pada bulan Mei..doakan marina dan suami yer.Moga Allah mudahkan segala urusan kami.

Kadang2 ade masenya surirumah nie mudah stress....errr,puncanya mungkin disebabkan faktor luaran dan dalaman,cuma cara bagaimana kita nak menguruskan masalah stress tu dengan cara yang terbaik,selain solat,baca alquran,zikir,minta teman2 atau mereka yang rapat bagi kata2 semangat kat kita,kata Prof Dr.Muhaya bila kita banyak stress....badan2 kita banyak mengeluarkan ion-ion negatif yang boleh menyebabkan datangnye penyakit2 kronik (penyakit hati dan seangkatan dengannya)...jangan biarkan situasi menguasai diri kita,tetapi biarlah kita yang menguasai situasi atau keadaan.Betul2 tu,kalau dah penat,carilah masa bersama keluarga keluar beriadah...joging ke,pergi pantai ataupun bercuti,hah kebetulan kami sekeluarga baru2 nie telah bercuti ke Terengganu dan Shah Alam....tersesatlah juga masuk ke UiTM Shah Alam,dah banyak perubahan yang ketara di Shah Alam terutama dikawasan sekitar kampus,dapat jugak ziarah adek lelaki marina yang belajar kat UiTM Shah Alam (karkun Junior),dan mengimbau kenangan2 manis semasa menuntut kat UiTM...(abang dan aku huhuhu),UiTM dihatiku ohhh! tidak2,Allah dan Rasul dihatiku kekal selama2nya),itu baru betul....keh!keh!

Emmm,apa2pun,kita dihidangkan dengan cerita2 kehidupan masing2 suka ataupun duka,ingatlah buat marina sendiri, dan kita semua kena sentiasa memperbaharui iman,sebab bila iman tidak diperbaharui ur tidak dibaiki,lama kelamaan iman akan menjadi lusuh, buruk,maksudnya iman menjadi lusuh sepertimana pakaian yang menjadi lusuh, ialah kerana kemaksiatan yang dilakukan oleh diri kita sendiri maka akan menyebabkan kekuatan iman dan nur iman akan menjadi pudar,caranya bagaimana??

Hazrat Abu Hurairah R.Hu,meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,"Sentiasalah memperbaharui iman kamu." Para sahabat R.Hum. bertanya,"Bagaimana kami memberbaharui iman kami,wahai Rasulullah?" lalu Baginda pun menjawab,"Perbanyakkanlah ucapan kalimah LA ILAHA ILLALLAH (Hadith Riwayat Iman Ahmad).

Sekian,karkuzarinya...Ya Allah! aku selalu memohon pertolongan dan harapan dariMu,walaupun dalam sekelip mata aku tetap ingin bersamaMU.Amin,Amin,Amin Ya Allah.

ALBUM KELUARGA

 Menghilangkan stress....berjoging bersama-sama anak2 "Adek tunggulah ibu,tak larat nie nak kejar adek oii."

 Berhenti kepenatan,coz dah lama tak joging,dah banyak lemak2 nie,semput kejar dua orang athlet nie,err!

Takpelah dek,tak dapat naik kuda betul,kuda nie pun jadilah hihihi

Abang:"Dek,sekarang nie kita boleh main2 tau,esok dah besar banyak kerja kita nak kena buat....
Adek: Kerja apa Abang nasuha?
Abang: "Teruskan kerja2 Nabi yang kita kasihi dek...fikir2 dan Risau2 keatas Umat...kita mesti belajar2 rajin kerana Allah,jadi contoh yang baik pada orang lain.Abang jadi macam ayah, adek jadi macam ibu.

Hati yang tenang,akan sentiasa bersyukur apabila menerima nikmat,sabar apabila ditimpa musibah,rela memberi maaf apabila dipinta,mudah meminta maaf apabila bersalah,qanaah dengan rezeki yang ada,tawakal apabila berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dan manusia.Thanks...Allah,coz menghantar abang kepada diri ini, sebagai asbab perubahan dalam hidup.Opps! jangan salah faham bahawa isteri abang berubah adalah kerana Allah SWT.

 
Rumahku,Syurgaku...penuh dengan ketenangan.... 

Siakap 3 rasa Ala Petai hehe,suka ubah2 selera....

Hah cecuba teka saye siapa? Sayelah Muhammad Nur Nasuha,mase niekan saye ade 2 batang gigi,saye suka ratah belakang ayah,sampai ayah macam nak nangis hihi....

N penutup Album...Keluarga..Kenangan Jemaah Masturat 40 hari Semenanjung kat Kuching Sarawak.

Jemaah masturat 40 hari nie memang mujahadah semuannye mak2 yang dah bercucu...tabik spring betullah!

12 comments:

  1. Assalamualaikum kak :)

    yeay, umu makhluk first yg komen..hehe. sebagai surirumah, umu sangat bersetujuuu dengan akak. Kerja kita dari celik mata sampai nak tutup mata x pernah berhabiskan kak. Kekadang time mata nak tutup tu leh sempat merancang kerja2 rumah untuk keesokan harinya pulak macam nak masak breakfast apa, keperluan anak dan suami untuk esok apa..hehee :D

    Bestnye tengok taman tempat akak jog tu. Time study dulu..taman di tasik shah alam la tempat umu meng"slim"kan badan waktu cuti. x pun hari ada kelas g jog kt trek di stadium U (semangat awal pagi x ada orang). Tapi kt semporna ni, x ada la tempat yg sesuai. Jadi bersenam dalam rumah je la umu..huhu

    Bab ambik lesen tu..x lama lg umu ikut jejak akak. Nak tengok prestasi akak dulu baru umu dapat jazbah...hahaa

    *ape perubahan yg berlaku di uitm tu? usaha makin meningkat ke? (terkenang gak time umu di sana :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam :)yer umi Umu,cewah!betullah akak sangat setuju dgn pendapat umu,kadang2 tu dari isnin dah set nak masak ape untuk anak2 dan suami,menu apa? nak masak tengahari apa?dan memacam lagi ler.Mujahadah jugak kita yang bekerja dirumah inikan,offnyer nanti bila suami dan anak2 dah tidur...Hah kat sarawak nie ade satu taman yang canteek,(Khazanah Allah,biasalah umu,lemak2 kat badan2 niepun dah merayap2 ahak's,Uitm usaha semakin mantap..mengikut laporan dari adek lelaki akak.Emm,insyaAllah doakan akak yer lulus ujian komputer...hehe dah tua nie,baru nak ambil lesen..

      Delete
  2. fuh,pembaca pertama kot nie...
    ape2 pun,tahniah ...
    selamat berkhuruj....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerlah anak Pendang,selamat berkhuruj juga Di Mersing..

      Delete
  3. assalamu'alaikum kak marina.. lama tak singgah sini.. (",)

    byk jugak kelebihan jadi surirumah.. rumahtangga terurus, anak2 dapat penuh kasih sayang, punya ruang dan masa utk perbanyakkan solat sunat, quran dan zikir...

    mungkin sebab ni, sy sampai sekarang merasakan ada banyak baiknya jika wanita2 menjadi surirumah.. (",)

    lama dah tak pergi uitm shah alam.. kenangan sungguh tempat tu.. kenangan yg sukar untuk dilupakan.. (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam wbt.Tuan Fuad,
      Sebenarnya byk pengorbanan,org akan kata belajar tinggi2,akhirnya jdi surirumah,tpi akak rase niela tugas yg paling sesuai utk akak,amanah dari Allah SWT.Allah nak bagi pahala yg byk bagi mereka yg bergelar surirumahtangga.InsyaAllah.Uitm dh byk berubah :)

      Delete
  4. Assalamu'alaikum w.b.t.

    Wah penuhnya jadual, macam menteri. Hehe. Moga Allah sibukkan kita dengan kerja agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Wbt.Ustaz
      Iye bzzzzz,kih!kih! InsyaAllah siap sedia bila2 masa utk sambut takaza agama.

      Delete
  5. Saya nak cerita satu pengalaman ketika saya mengajar disebuah sekolah menengah masa itu anak kami baru 6 orang isteri suri rumah.Seorang guru wanita berumur lingkungan awal 30an bertanya kepada saya "cikgu musa anak ramai, isteri cikgu tak ada masalah ka dgn anak2" saya menjawab tidak, pertama kami sama2 tolong menolong dalam kerja rumah, yg kedua, jika rumah berantakan kita buat tak kesah je, jgn ambil peduli coz anak kecil mmg nakal dan aktif, jika sesuai ajar mereka cara nak mengemas rumah, ketiga saya tidak pernah marah isteri saya jika rumah tidak terurus atau lambat memasak untuk saya coz kekadang saya pun malas nak mengemas rumah, jadi samalah keadaan isteri dia pun ada masa "malasnya" jadi jgn marah.Sebab itu isteri saya tidak tension. Kata guru wanita tersebut, ooooooo tidak saya suka lagi mengajar daripada menjaga 2 orang anak saya, mmg nakal. baik bibik yg jaga. Ini rungutan seorang ibu yg berkerjaya.Lain padang lain belalang, lain orang lain caranya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marina suka dgr coleteh uncle Musa,serasa Marina karkun2 yg baru usia setahun jgung yg telah mendrikan rumahtangga,patut ambil ibrah dri pengalaman uncle Musa,mesti uncle Musa n auntie romantic orgnya,dalam menguruskan rumahtangga.Mudah2han marina n suami dpt khuruj akan datang di tempat uncle.InsyaAllah

      Delete
  6. akak.. thu tk kt mna tklim mngguan area subang jya???

    ReplyDelete
  7. Cahaya Daie,adek boleh rujuk rumah taalim Masturat di FB,adek add akak kat FB,,insyaAllah boleh terus link

    ReplyDelete