Tuesday, February 28, 2012

~~Alhamdulilah Akhirnya......~~



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Segala puji bagi Allah,Tuhan Semesta Alam,Selawat salam ke atas junjugan Nabi Muhammad SAW,kepada isteri2 baginda,serta para Sahabat R.HUM.

Firstly,syukur pada Allah SWT,sebab aku dah ade lesen L,Test computer aku lulus 44/50,jadiler....yang penting dah LULUS,sekarang nie tengah belajar memandu di litar n on the road,lucu bebenor...bila belajar,memang best sesangat dapat cikgu Pompuan pulak Cikgu Juliana,Oh! cikgu tenkiuu... sebab cikgu tahan melayan kerenah anak murid cikgu yang tak tahu sorang nie,hehe.

Hari Pertama Belajar (Kak Min hantar,coz hujan lebat)
Cikgu: Kenak kitak na,maok ke kiri jak?
Aku: Ohh! cikgu kmk,takut...kereta langgar kmk...huhu
Cikgu:Aukla,iboh nervous,relax...jak,mun kitak relax,kawalan stereng kitak bagus.
Aku:Aukla,cikgu kaki dgn tangan kmk tok masih KERAS lagi,hehe
Cikgu:Mula2 jak,lamak2 mun kitak dah biasa,sik ada hal.
Cikgu: Kitak pandei kelaka Sarawak ow?
Aku: bolehlah kelaka sikit2 cikgu.
Cikgu:OOO,ok.sik ada hallah kmk madah dgn kitak bahasa Sarawak.
Aku: Aukla...hehe.

Minggu Kedua Belajar (pergi sendiri dengan Motor,haha merempitlah acah jerr!!,akulah pemandu yang paling bersopan dijalan raya kui!kui!)

 Sebelum nak pergi belajar,aku cuci motor...aku membayangkan kalaulah hari ini iman kita selalu dicuci  n dipolish dengan amalan2 zikir n amal2 yang lain,tentu iman kita akan sentiasa bersinar2 n,bersih memudahkan kita mentaati Allah.Iman nilainya adalah syurga,iman sebesar zarah harganya syurga sepuluh kali ganda luas dunia.Hakikat hari ini orang tak nampak faedah nilai iman,sebab ia tak nampak depan mata? Macam duit,orang akan tahu apa faedah n nilai kepentingan duit?jadi semua orang akan berusaha atas Duit,dengan bermacam2 cara...dalam hati,dalam kepala duit2,duit sebagai "asbad" penyelesai segala masalahkan.Mereka yang lalai takkan fikir macammana kita hari ini nak usahakan iman kita lebih baik dari semalam,nak pelihara iman kita dari dicuri,nak tahu,faham,fikir,dan risau bahawa kerja nabi,adalah kerja kita.haha dah terbabas lah pulak nak cerita yang lain dan tercerita pasal usaha atas imanlah pulak...ok2 jom continue dstory.....

Masuk kereta,selaraskan tempat duduk pasang belt,free gear, check sana check sini...nie rutin yang kena buat,(markah tu). 
Minggu nie belajar dalam litar,naik bukit,n parking...sakit tangan pusing stereng kereta,mujahadah juga nak cari ilmu memandu nie.minggu kedua belajar,cikgu dah kurang KOMEN.tapi kena belajar lagi dan lagi,tak sabar n gatal jer tangan nak bawa kereta abang.hehe

Perkara yang kedua yang aku nak kongsikan bersama,dengan kekawan,persiapan untuk pergi Umrah,kami suami isteri akan bertolak pada 13hb April,pasport alhamdulilah dah siap,tinggal Visa jer...dari KLIA bertolak pada jam 9,transit di Sri Lanka turun di Jeddah.Perasaan mestilah berdebar2,kali pertama dalam hidup.Moga Allah mudahkan. Apa yang ada dalam hati,hanya Allah SWT sahaja yang tahu keadaan diri aku selama nie yang banyak kekurangan, dan banyak khilaf.Entahlah dalam hati,sampai sekarang nie aku merasakan betapa aku kerdil,hina,kurang sesangat berbanding dengan orang lain.kalau berhadapan dengan Allah SWT,pastinya aku merasakan diri aku nie bagaikan "Melukut di Tepi Gantang",cewah berperibahasalah pulak,hakikatnya teman, Allah sahaja yang tahu.

Perkara yang ketiga,nak kongsi2 lagi nie,Resipi  laksam Kelantan, Tahu Sumbat ,aktiviti sampingan menanam pokok Hati2, n recyle tayar buruk untuk tanam bunga....

Aktiviti surirumah memanglah tak terlepas dari memasakkan,air tangan isteri pengikat kenyang PERUT SUAMI & ANAK2.

LaKsaM KeLanTan (Percubaan yang PerTama Menjadi,Alhamdulilah)

Pakai Tepung Beras,campurkan tepung gandum sikit, n air,gaul macam buang lempeng,kena cair2 sikit,tuang atas tudung periuk,sebelum tu oleskan dgn sikit minyak atas tudung periuk supaya tak melekat,kukus,dah masak angkat,biarkan sekejap,gulung,n potong ur gunting macam pic diatas,jadiiii :)

Tata..dah siap utk dimakan jenuh jugak mengulung tepungnye tu,jangan lupa sambal belacannye sekali yer lupa pulak nak snap gambo sambalnye.

Set Laksam Kelantan RM2.50 acar jer!!,makan sendiri bolehlah

Set Laksam yang menanti untuk disantap oleh abang....suami balik kerja mesti penatkan...

Tahu Sumbat kegemaran abang n anak2,aku buat masa nak buka puasa Sunat hari Khamis...bagi 4 ketul kat kakak sebelah rumah yang mengandung.3 bulan,kesian dia selera tengah tak ada,orang masak semuanyer sedapkan,coz Allah yang bagi sedap,sebelum berbuka puasa abang bagi bayan n zihin,kisah Nabi n para sahabat R.HUM,dan bagaimana hari ini kita semua kena usaha keatas 2 perkara,usaha atas iman, n usaha memelihara iman.Nak dapatkan kedua2 perkara ini kena ada keinginan,bila kita ada keinginan kita akan berusaha mendapatkannyer,bila kita usahakan dengan usaha yang betul sebagaimana kehendak Allah SWT,serta mgikuti cara Nabi Muhammad SAW, barulah Allah kurniakan kita kefahaman tentang 6 sifat masuk kedalam diri kita.bila dah ada 6 sifat dalam diri kita,barulah kita dapat mengamalkan serta mentaati Allah dan Rasul dengan mudah dalam agama,sebagaimana usaha para sahabat R.HUM.Eehh! nak cerita pasal tahu sumbat,terselitlah pulak cerita usaha atas iman lagi...issh2 mulut nie.

Takder kerja......taklah.. cuma nak menghargai bakat yang ada huhu

Orang nak buang tayar,aku tukang kutip lepas tu cat,dah cat aku isi tanah,letak pokok bunga....heher

Sekarang nie aku dah suka tanam spesies Pokok HATI2,Hebat Allahkan,dia buat HATI2 nie bermacam2 warna dan rupa,begitulah HATI2 Manusia jugakan bermacam2 rupa,dan warna.Hati yang ingat Allah...mesti canteek,tapi hati yang tak ingat Allah (nauzubilah min zalik),macam mana agaknya???

Nie jerlah info ur coretan yang aku boleh kongsi2kan...lain2 cerita tengoklah mun ada masa n kelapangan bolehlah update info.mun sik ada memang bersaranglah blog aku nie...takpelah asal hati aku tak bersarang hehe.
Wassalamualaikum WBT,jangan lupa tau tingkatkan iman dan amal...lagi n lagi.


4 comments:

  1. AsSalam ina..
    Wahh tahniah, lepas ni InsyaAllah senang le nak bawak anak2 jenjalan bila dah dapat lesen betul.. hehe
    Terliur tengok laksam!
    Rajin ya ina bertanam-tanam pokok tu, akak pun suka tengok pokok ati2.. cam cam kaler n design daun dia kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,kak Nur.Alhamdulilah,iyelah kak,bila dh ada lesen betul nanti akan memudahkan pergerakan nak pi belanja,ambik anak sekolah n sebagainyelah.

      Dah lama sebenarnye nak buat,akhirnya berjaya jugak Laksam tu.

      Sejak akhir2 dah nie minat pulak tanam pokok ati2,beli anak pokok ati2 tu dlm polibag kecik kat Bandar Satok murah jer RM2.,balik rumah pindahkan dalam pasu.Kat belakang rumah pulak ade semai Sayur Kailan..hehe mengisi masa lapang ketika anak2 semua pergi sekolah kak.

      Delete
  2. Assalamualaikum akak ina ku sayang :)

    Amboi..jelesnyeeee. Banyak betul masa lapang akak siap bercucuk tanam ye.hehee. Bab lesen memandu tu betul2 umu jeles. Jeles sebab x ada keberanian macam akak..ahaaa. takut la nak drive.

    Paling umu jelesss akak dah di jemput ke rumah Allah swt. Nanti sampai sana akak doakan umu juga tau supaya cepat sampai ke sana.

    Kak nak request ni. Next entry akak tulis cara nak masak laksam tu. Step by step siap kuantiti setiap bahan tau. Termasuk la mee, kuah, sambal dan bahan sampingan. x sabar pulak umu nak try masak..hehee.

    Segala kerjasama dari pihak akak, umu dahului dengan ucapan ribuan Jazakillah khairan katira. hohoo :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,umu yang akak cayang juagak:)

      Haha,memang akak saje nak bagi umu jeles...kui!kui!emm....mana bole camtu,nak jadi Daie mesti serba serba boleh n berani.Mula2 memanglah takut,tapi setelah akak dizihin oleh abg Saleh,terus akak jadi berani,kata abang Saleh dunia nie kecik jer,keretakan makhluk,buat apa nak takut2.hihi

      Sudah tentu akak akan mendoakan umu sekeluarga yg baik2 begitu juga doa utk umat seluruh alam agar dapat taat perintah Allah dan amalkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan sehari2.InsyaAllah.

      Tentang resepi Laksam nanti akak send resepi thru email umu yer,akak takut tak sempat update blog,nanti umu tertunggu2 lah pulak,kadang2 broadband akak nie problem linenyer.

      Delete