Saturday, January 28, 2012

Khidmat Taam lagi dan lagi kali nie Jemaah Sri Lanka

Assalamualaikum sedikit karkuzari,sekitar perkembangan usaha di Kuching Sarawak...pagi tadi usai solat subuh aku sedang berzikir...sambil meribakan adek (Siti Nur Khairunnisa) dalam pangkuan,sedang asyik berzikir,"Assalamualaikum...sayang,sayang...hari niekan Allah nak bagi pahala yang besar kat sayanglah."
dengan muka yang poyo sikit,"pahala apa pulak nie",aku menjawab.

Lalu pengumuman pun dibuat,"hari ini sayang khidmat taam untuk jemaah Sri Lanka seramai 9 orang,"

Oh,iye ke alhamdulilah.terbayang2 dimataku terung,kacang bendi,tomato,yang aku beli untuk santapan makanan sekeluarga,akhirnya akan menjadi korban dan syahid di jalan Allah SWT,periuk2 dan pisau2 pun turut gumbira,hehehe apa2lah imaginasi aku nie ek....:)

Kalau Jemaah Sri Lanka makanan yang nak disediakan takde masalah coz lebih kurang macam makanan orang India di negara kita.Berbeza dengan jemaah Arab,mereka2 nie tak suka pedas,menu2 ala Briani gitu,nasi Mandhi, kebab daging....antara makanan favourite diaorang,emm....kalau Pakistan pulak mudah je,chapati, ur prahta...selalunya beli yang segera sahaja,kuah DAL mesti pekat tak mahu cair2,letak kentang dan daging,memanglah diaorang sukaaa sangat,anggaran untuk satu orang makan lebih kurang dalam 3 keping,pernah sediakan lebih kurang 30 keping....bergantung pada jumlah jemaah.

Teringat masa first time serve makanan untuk jemaah Arab Yaman,mase tu kat Segamat.Aku buat kebab daging,minta resepi adik ipar yang jual kebab.Pergh!,dengar dari karkuzari abang masa tu,muka pak arab terkulat2 tengok nasi lemak bungkus...yang disediakan oleh orang tempatan,dan bila abang sampai buka je termos keluarkan kebab jer...terus Subhanallah,Subhanallah terpacul tak putus2 keluar dari bibir pak Arab...tu,terus buka silang kaki...makan penuh khusyuk gitu.....senyap sunyi seketika hahaha,terus orang tempatan Eh! din macammana kau buat ek,rotinya nie,"hahaha abang pun cakap,"rotinya aku orde kat GIANTlah....lalu Haji Jamil antara orang kuat Segamat (Pengusaha Katering) mencelah,hah! macam nielah ambil tahu sikit selera tetamu2 Allah nie,jangan ikut sedap tekak kita nak bagi diaorang makan,ikut selera kita.Tapi bila difikir2 betul jugak kata2 Hj.Jamil....tu,pada diri aku sendiri satu kemanisan dalam diri bila dapat mengembirakan tetamu2 Allah ini,terasa syukur sangat2 bila dapat menyediakan sesuatu yang biasa dan dekat dalam kehidupan mereka.Seolah2 terasa ada satu renungan yang bermakna yang dapat dirasakan merenung diri ini,mereka gembira,Allah dan Nabi SAW juga suka.....itu gambaran perasaan aku.

Iyelah mudah2han Allah pilih aku dan semua2 ibu yang ada untuk sahut takaza agama akan datang lagi dan lagi,InsyaAllah.Mata dan mengantuk tunggu Nasuha dan Ayah balik dari markaz....nasuha sibuk2kan diri nak khidmat.,mudah2han Allah SWT bagi kefahaman pada Nasuha...permata hati ibu dan ayah.

Terdengar bunyi kereta ayah,park kat garaj.....ayah dah balik.Apa karkuzarinya....pulak yer,menemankan abang makan...."sayang tahu tak,lauk n nasi yang kita nak servekan untuk Jemaah Sri Lanka,telah dikongsi2 dengan jemaah Indonesia yang juga baru sampai tengahari tadi,jadi malam nie 2 group jemaah tersebut dapat makan semua....Subhanallah!,habis dan licin....malam nie pun terasa lain joshnye tau sayang,bayan josh,iman pun josh solat,surah pun panjang2,yang tasykil pun josh jugak....alhamdulilah...itu sahaja yang mampu aku cakap,dan karkuzarinya pun sedang ditulis sekarang nie.

InsyaAllah ijtimak  Kuching akan berlangsung pada 15,16,dan 17 June,doaku moga ramai yang akan keluar untuk sahut takaza agama sebelum dan seusai ijtimak dan mudah2han juga Allah  SWT terima pengorbanan kita yang sedikit ini,dan menjadi asbab hidayat bertebaran ke seluruh alam.Amin!

Pengumuman: Syura Kuching Hj.Syukri telah kembali ke rahmatullah,pada hari Jumaat jam 4.30 petang kelmarin.

3 comments:

  1. tahun 2010 saya keluar 40 hari di Sri lanka, masyaallah usaha di sana begitu hebat dan menggembirakan masyaik kita di Nizamudin, Saya nak habaq bagaimana mereka nusroh jemaah disudut menjamu tetamu, makanan yang mereka hidangkan kpd kita berbagai jenis tak habis nak makan, kebanyakkan disetiap tempat yg kita di taskil ada orang yang pernah keluar kat malaysia, jadi mereka sedaya upaya menyediakan makanan masakan malaysia, Samalah kami keluar masturat 2 bulan di Australia baru seminggu sahaja tangguh, setiap tempat dan rumah kita pergi kita disambut ala VIP, makanan tak tahu nak habaq kalau mai tempat saya rasanya tak boleh lah nak layan sebagaimana mereka layan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang benar,segala apa yg diceritakan oleh uncle Musa,sifat mereka nie,dah mcm para sahabat,kalau di malaysia memang kita tak dapat buat sehabis baik mcm diaorng.Marina suka khidmat untuk jemaah luar nie,siap study lagi apa yg mereka suka makan,walaupun tak 100 peratus mcm ditempat diaorag,sekurang2nya dapat mengembirakn sesuatu makanan yg kena dgn selera mrk.Kebetulan suami mahir bab2 makanan jemaah luar negara.

      Delete
  2. Assalamualaikum Ukhti Marina , alhamdulillah. salam kenalan dari sofie. sungguh bertuah ukhti dalam menjalankan usaha dakwah sambil memberikan khidmta buat ahli jemaah yang datang. sungguh sofea dapat berkongsi ilmu. insya Allah kalau ada kesudian ingin juga sofie merasa pengalaman seperti ini. ijtimak di kuching di mana?

    ReplyDelete