Sunday, December 12, 2010

Sketsa Kehidupan....

Syukur kepada Allah yang memberikan kenikmatan2 yang melimpah ruah, mudah2han segala limpahan nikmat ini tidak menjadikan kita lalai dan leka dari tanggungjawab yang sebenar.Emmm....diam tak diam, dah masuk 7 bulan aku menetap di Kuching ini,banyak sketsa suka duka sebelum berpindah dari Johor Segamat ke Kuching Sarawak.Bila mengimbas kembali kenangan sewaktu sampai di Kuching memang ada cabaran yang getir sedikit, dah namanya Ujian Allah.....nak menguji hambanya bilamana dilanda masalah, Allah nak tengok sejauh tahap iman hambaNya.Tapi sebenarnya aku cukup kagum dengan sikap suami aku....walaupun dilanda masalah-masalah dia relax je orangnya....tenang ,tak banyak membebel, kalau kena aku....huhuhu mengelabah semacam, dah buat Usaha semua perkara memberi kesan pada iman dan amal, dari kacamata aku sebagai seorang isteri.

Rindu Taalim Masturat di Segamat
Teringat suasana taalim masturat di rumah Hj.Jamil dan isterinya Kak Mas,sebenarnya terlalu banyak kenangan manis yang banyak menaikkan jazbah aku dalam menelusuri hakikat kehidupan sebenar,rindu pada kakak2 yang sentiasa memberikan aku semangat dan dorongan dengan penuh hikmah dan kelembutan...tiada secebispun unsur2 paksaan  atau kata2 yang boleh memancungkan jiwa kecil aku ini. Semuanya dikatakan dengan penuh hikmah dan berhati2......itulah dakwah yang sebenar bagi aku yang masih bertatih2 nak belajar memahami Usaha.

Hj.Jamil dan Kak Mas, suami isteri memang orangnya sangat prihatin dan bertepatanlah dengan slogan gunakan Diri, Harta dan Masa untuk jalan Allah,Bilik taalim yang disediakan oleh Hj.Jamil memang sungguh selesa, hihi bukan nak fikir tentang dunia,tapi nak cerita tentang sifat keperihatinan yang kadang2 jarang dipraktikan ataupun diambil kisah.....untuk keselesaan mereka yang datang taalim ini, Hj.Jamil sediakan ruang taalim yang ala2 macam rumah orang Arab  tiada sebarang perabot, hanya hiasan dinding yang mempunyai unsur2 ketauhidan Allah, warna dinding dicatkan dengan warna2 yang tenang, ruang dibahagikan kepada 2 bahagian dihamparkan carpet yang sedondon warnanya, dipasangkan aircond serta ditambahkan kipas, untuk mereka yang ada anak kecil atau baby disediakan buaian, sebenarnya kipas sahaja sudah cukuppun.

Tapi itulah Hj. Jamil sangat prihatin pada anak2 kecil terutama baby2,orang tua memang boleh mujahadah panas sedikit berhimpit2 ketika jemaah ramai tak mengapa, tapi anak2 kecil manalah faham lagi....prihatinnya Hj. Jamil dan Kak Mas,selepas seisi taalim tamat, Hj.Jamil dan Kak Mas akan sediakan juadah untuk santapan mereka yang datang taalim....waktu taalim di Segamat dibuat selepas Solat Asar dan berakhir pada jam 6.00 petang, kesempatan di waktu menjamah makanan itulah digunakan untuk bertanya khabar diri masing2,disitulah bunga2 kemesraan bermula antara aku dan kakak2 taalim. Lagi satu, kalau kak Mas dan Hj. Jamil tiada disebabkan dengan sesuatu urusan bilik taalim tersebut tidak dikunci,kak Mas tidak mempunyai anak perempuan semuanya lelaki,tapi aku cukup kagum...iyelah dah cara orang tuanya macam tu, kalau takde kak Mas, anak2 lelakinya akan sediakan air atau makanan untuk jemaah taalim.Jemaah taalim ini tak kisahpun kalau tak makan, tapi itulah cara bagaimana kita memuliakan tetamu yang diterapkan pada anak2 oleh Kak Mas, mulia sungguh hati kak Mas sekeluarga....Mudahan2 Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat, mawadah dan sakinah ke atas keluarga Hj. Jamil.Amin!

Suami aku selalu berpesan jangan sesekali memberi ruang kepada orang lain untuk mencemuh agama, agama tidak salah dan usaha juga tidak salah, yang salah adalah individu itu sendiri, setiap mereka yang melakukan usaha ada tahap kemampuan masing2,kitalah yang perlu banyak menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat (orang awam), kemampuan memahami sikap,adat, dan budaya juga penting, jangan fikir bila nak buat usaha kita syok sendiri.Kita nak mengajak masyarakat kepada Allah,jadi buatlah dengan hikmah,hormat orang tua serta masyarakat setempat,mana2 perkara yang bertentangan dengan hukum boleh kita jauhkan,mahal sebenarnya sifat IKRAM,cakap dan bicara jangan sesuka hati boleh jadi orang suka, boleh jadi orang benci dan tak nak langsung datang pada Usaha,bila guna surau orang datang penuh adat, pulangpun dengan adat, jumpa orang yang bertanggugjawab dengan surau atau masjid, surau dibersihkan dan dikemas seperti mana waktunya datang, kelak tidak dikata2 atau diungkit2.Huhuhu.....mungkin kita tak perlu kisah apalah sangat tapi "orang awam" bukan mudah nak faham, dan bukan mudah untuk buat dakwah sebenarnya, sangat halus bahasanya. Di mata mereka jika ditinggalkan dengan keburukan,keburukkan selamanya yang mereka akan nampak....melalui pengalaman aku. Sebenarnya kita yang buat usaha ini kena jadi manusia paling kreatif dan unik dalam mengajak mereka kepada Allah.

Akhirkata doaku moga rakan2 yang menjalankan usaha akan menggunakan segala kemampuan diri,cara yang kreatif dan unik untuk mengajak mereka kepada Allah,dah namanya manusia bermacam ragam dan kerenah yang kadang2 aku sendiri pun tak faham. :), setiap pengorbanan yang dilakukan dengan ikhlas pasti akan memberi kesan, dan hidayat akan bertebaran diseluruh alam.InsyaAllah.

Hadrat Ibnu Umar R.Ha berkata bahawa satu ketika salah seorang bertanya,
"Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling cerdik lagi teliti?"Baginda menjawab,
"Orang yang perbanyakkan ingat pada mati dan sentiasa sibuk membuat persiapan untuk mati.
"Orang yang demikianlah memegang kemuliaan di dunia dan darjat ditinggikan di akhirat"


Tersentuh hatiku bicara Maulana Zakaria Kandalawi, terpasak keinsafan di dalam hati betapa lalainya kita hari ini,katanya:-
Pada masa kanak-kanaku, aku mendengar suatu syair.Selepas tamat belajar, apabila aku mendengar dentingan jam, syair ini menerpa fikiranku."Wahai si alpa~! jam itu memberitahumu pada setiap dentingan bahawa umurmu semakin berkurangan."
Jika fikir sejenak, maka pada setiap dentingan jam itu menyampaikan kepada fikiran akan tamatnya hidup seseorang.Misalnya : pada jam 12, pengingat itu akan berbunyi sebanyak 12 kali.Malangnya kita alpa bahawa ayat al-Quran, sabda Rasulullah SAW dan pengajaran-pengajaran yang menjadi contoh dunia ini khususnya MAUT,serta kawan kita yang rapat tidak juga mengingatkan kita pada MAUT,semoga Allah SWT mengurniakanku dan kawan-kawanku kebolehan mengingati maut.
Maulana Zakaria Kandalawi
19 Muharram 1395 Hijrah, Jumaat, Madinah Munawarrah.

"Aku yang masih belajar lagi dan lagi...."


No comments:

Post a Comment