Wednesday, April 27, 2011

ALLAH KNOWS......Mahar Cinta Abang...(kerana IKHLAS)

Alhamdulilah syukur pada Allah yang mengaturkan segala2nya perjalanan kehidupan aku sekeluarga,diam tak  diam dah hampir 5 tahun  usia perkahwinan kami....nasuha dah 4 tahun,khairunnisa nak masuk 3 tahun....adek baru?? hehehe tak tahu lagi, tgk pada rezeki kalau Allah nak beri, kami terima je untuk ahli keluarga Tuan Haji Salehuddin semoga sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah.Bagi aku abang terlalu cukup istimewa.....
 Dia lelaki yang kucintai....bagaikan mutiara indah berkilau nan mempersona
Keperibadiannya dihiasi dengan ketulusan,keinsafan dan kesabaran
Dia lelaki yang kucintai kedudukannya dimuliakan oleh Allah sebagai Khalifah
Lantaran memikul peranan dalam menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran

Dia lelaki yang kucintai perkahwinan menginsafkan kita,betapa perlunya IMAN & TAQWA.
untuk belajar meniti SABAR dan REDHA kerana ALLAH SWT
Dia lelaki yang kucintai...perkahwinan itu mengajar kita kewajipan bersama.
sayang menjadi TANAH, dan abang LANGIT penaungnya.
  sayang LADANG tanaman, dan abanglah PEMAGARnya...
  sayang adalah MURID, dan abang adalah GURUnya,
seandainya sayang tulang yang bengkok,abanglah yang meluruskannya.

 Kupetik ayat2 cinta Abang:- "Dik kita tak pernah jumper (gambo pun baru jer tengok)...tapi perasaan kasih, sayang,cinta n ntah aper2 lagi..develop begitu cepat dlm diri abang,abang pun tak tahu...inilah dia dinamakan perancangan Allah...macam yg selalu abang cakap,perancangan Allah ni di luar batas fikiran manusia..yg banyak kekurangan n kelemahan...
 
# Iye abang memang cukup berani,berani dalam setiap percaturannya....sewaktu kami berkenalan hanya surat menjadi bicara kami,tapi aku tak dapat lupa ayat-ayat cinta abang..sewaktu melamar aku "Sudi tak adek menjadi suri hidup abang,bina syurga dalam rumahtangga....kami berkenalan seminggu,selepas seminggu terus mengambil keputusan untuk bertunang, waktu merisik satu peristiwa yang tak dapat aku lupa,ketika mak mentua mengistiyarkan yang abang TABLIGH....ayat mentua aku  "Dikesempatan nie saya nak bercakap tentang Salehuddin anak saya...(belah2  sedara mara aku,n jiran2 semuanya suspen apa yang Hajah Sawiyah nak cakap nie) "Salehuddin nie dia buat tabligh,tapi Puan Jumiah dan Encik Ali (arwah abah), jangan risau insyaAllah Salehuddin anak yang bertanggujawab,kadang dia ada keluar 3 hari ,40 hari, n paling lama 4 bulan....

Mak jawab "Oh iye ke,janganlah sampai anak saya tak makan! (hahaha! hadirin yang datang semua bantai gelak),....tapi itu dulu sekarang mak dah ade fikir atas USAHA....dia dah tahu apa tu tabligh,sebab adek lelaki aku pun terlibat dengan usaha ini...mak pun dah wujudkan taalim dirumah,MasyaAllah semuanya Allah yang aturkan ,canteek je,Allah knows........

Ayat Cinta abang :- Sebelum adik datang dlm hidup abang...abang tak penah rase perasaan macam ini...ati abang tak terbukak langsung pada sesiapa..bukan takde orang datang dalam hidup abang,tapi tak tau la,serba tak kena jer,sampai kekawan abang kutuk "apa la ko nie taste tinggi sangat".orang tak tau,abang malu sebenonya bila orang cakap macam tu,sebab abang sedar abang nie saper,tak layak pun untuk terlalu memilih.Tapi nak buat camne kalau dah perasaan tu takder langsung.....(sori ye buat pakcik karkun, n syura...yg ingin bermenantukan abang hajat tak kesampaian)

Ayat Cinta Abang:- Dik....abang betul2 suka kat adik....citernya mmg macam kartun,orang dah depan mata pun abang buat tak kisah,alih2 jatuh cinta ngan orang yang abang tak kenal n x tak pernah jumper!!!,kalau abngg citer ngan mak abang confirm pitam orang tua tu!

Doa penuh kesyukuran setelah diijabkabulkan.....(saje nak mengimbau kenangan)

 Mahar Cinta Abang,abang cintakan sayang dengan penuh keikhlasan,sayang sebagai sayap kiri abang...InsyaAllah macam yang abang selalu katakan..impian abang bina syurga dalam rumahtangga, untuk insan yang abang kasihi dan cinta...cewah! tapi ada lagi dan lagi sayang,takdir penentu segalanya,kita merancang Allah menentukan...La Hau La Wala Quwata Illa Billah...tiada daya upaya kita menentang takdirnya!

Mahar Cinta Abang,abang dapat merasakan yang ada sesuatu dalam perhubungan ini yang Allah takdirkan untuk abang,abang tak akan menghampakan sayang,ujian datang bertimpa2 ini lebih menguatkan keyakinan abang,bahawa ada sesuatu untuk abang yang ada dalam diri sayang,hanya Allah sahaja yang mengetahui.Ingin abang katakan ujian Allah berlaku setiap masa dan dimana2,keadaan susah dan senang,gembira ur duka,sihat ur sakit,kaya ur miskin...semuanya ujian, semuanya Allah takdirkan utk kita supaya kita jadi orang yg sentiasa mengingati Allah dalam setiap keadaan,menyedari betapa kecilnya kita...betapa dhaifnya kita. 
 
Akhir kata abang berazam untuk jadi suami yang soleh,yang dapat membimbing isteri dan keluarga serta zuriat2 kita sehingga kita sama2 memasuki syurga Allah,InsyaAllah,abang tak harapkan sayang beri sepenuh hati sayang pada abang..abang tersilap,apa yang abang harapkan kesetiaan sayang pada abang,janganlah berbelah bagi,pertahankanlah maruah diri abang,dan maruah diri sayang dengan segala upaya yang ada, dan ingatlah sayang setiap apa yang Allah takdirkan untuk kita samaada kecik atau besar,pasti ade kebaikan di dalamnya. (emmm....terharunya aku sehingga kini warkah tersebut masih ku simpan sebagai kenang2an...untuk tatapan anak2 dan cucu2 hehehe)

  Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan 

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya
 
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

Wahai suami wahai isteri.....
janganlah menuntut terlalu tinggi,
seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya...
mengapa mendambakan isteri sehebat KHADIJAH, andai diri tidak semulia RASULULLAH SAW?
tidak perlu isteri secantik BALQIS, andai diri tidak sehebat SULAIMAN.
mengapa mengharapkan suami setampan YUSUF andai kasih tidak setulus ZULAIKHA?
tidak perlu mencari suami seteguh IBRAHIM andai diri tidak sekuat HAJAR dan SARAH.
 
'setiap insan punya kelebihan dan kelemahan, terimalah diri seadanya...' 

'~ ~Ya Allah sesungguhnya~ ~
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu~

Pesanan untuk sang karkun yang ada hajat nak beristerikan wanita yang bukan dari kalangan anak2 Daie yang buat usaha,berterus teranglah pada si dia yang anda jejaka yang buat usaha,perlu sokongan dari bakal isteri,berterus teranglah juga dengan bakal pak mentua dan mak mentua,apa yang dibolehkan dalam majlis kena cakap,yang tak boleh pun kena cakap,berani kerana Allah! (itu yang abang buat sewaktu dalam majlis walimah kami)
Andaikata si bakal isteri tidak mahu memenuhi keinginan anda....lebih baik anda melupakannya...kerana takut2 selepas kahwin anda tak buat usaha layu dipujuk rayu sang isteri,takpela bang,tak payah keluar2 tu,sembahyang 5 waktu di masjid ur surau pun dah cukup bagus....:) hahaha jawab2??? siapa nak tolong jawab silakan..... Jazakallah!

16 comments:

  1. salam marina,
    moga bahtera r/tanggamu terus belayar menuju pulau bahagia, pasangkan layar iman, belayarlah dgn panduan taqwa, InsyaAllah selamat....but remember there's still a long way to go....sentiasalh berdoa agar r/tangga bahagia selamanya....

    ReplyDelete
  2. Salam kak,terima kasih atas doanya,iye saye memang takut nak hadapi ujian,lagi2 ujian Allah...itu yg saya cukup takut,cukup ke kekuatan utk saye hadapinya?...tapi Allah itu cukup adil ujian yg ditimpakan semestinya mengikut kadar kekuatan hambanya.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,kak,nak tanya,masa abang melamar,kak marina belajar lagi ke macam mana?

    umm,abang amik masscom kan?patut pun bahasa aduhhh...luruh:)
    seronoknya tengok,bahagia!!!!mard suka la tengok,semoga Allah juga bagi mard rasa bahagia atau syurga perkahwinan di dunia suatu hari nanti.

    ohh..kak marina ni mesti cantik orangnya!(",)bidadari dunia(",)
    mard suuuuuuuuka la baca....lagi2 part masa lelaki dtr rumah tuk merisik.

    semoga kakak dan abang dan baby2 nya semua kekal bersama di dunia dan syurga sana.

    Aminnn Ya Allah.
    sweet ever!

    KDG KALA MEMBACA KISAH CINTA AGUNG ORANG YANG KINI BERBAHAGIA, MEMBUATKAN MARD TERFIKIR,KALAU SEMUA ORG JALAN CERITA CINTANYA SAMA,XSYOK LAH KAN? KAN? yA aLLAH,TULIS CERITA CINTA YANG LAGI BEST UNTUK MARD YA.HIIII....love u.

    ReplyDelete
  4. Wassalam Mard yg akak kasihi..oklah akak jawab soalan mard, kami dikenalkan oleh kakak angkat suami akak,mase tu akak dah keja,suami duk di Muar,akak di Johor,kenal2 melalui msg je.

    Abang Saleh mascom (advertising) Uitm shah Alam..akakpun produk Uitm Shah alam...

    Mard..mard...kehidupan akak terlalu banyak suka dan duka,waktu kami bertunang,arwah abah akak meninggal dunia,jadi abang Saleh banyak membantu...akakpun baru habis belajar mase tu..

    Mak pulak jatuh sakit,kena strok n macam2 lagi dugaan..sampai satu masa akak give up..tapi abang Saleh banyak bagi sokongan..iye dia yg terbaik untuk akak yg Allah titipkan dan seharusnya ketaatan akak tidak akan berbelah bagi mengenangkan banyak pengorbanan yg dilakukan untuk akak sekeluarga.

    Thanks Mard atas doanya,akak juga doakan Mard dapat suami macam ala2 abang Saleh hehehe :),InsyaAllah.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak ina :)
    alahai..jadi sayu membaca isi surat abg saleh tuu.. >aik mcm cara orang lama pulak ye bersurat2. guna burung x sebagai penghantar surat?hikhik..
    ni yang buat umu nak print surat suami di email dan simpan untuk anak cucu gak..hehee

    kak, jazakillah ye atas nasihat dan panduan melalui email sebelum umu berumah tangga dulu.. dengan izin Allah, banyak yang umu dapat ambil ikhtibar dalam melalui kehidupan berumah tangga.

    err...kalau ada pertambahan lagi kena kongsi tau. Jika tidak di email, di blog ini pun lebih bagus dan semoga dapat memberi manfaat kepada lebih ramai lagi.. :)

    Minta doakan umu dan suami jua ye kak :)
    *email2 akak sebelum kawin tu sampai sekarang umu x bagi suami baca walaupun dah di minta berkali2..heheee

    ReplyDelete
  6. AsSalam Marina..
    Dua tiga hari lepas akak dah singgah baca tapi tak sempat tinggal komen sebab masa dah suntuk, petang hari dah nak dekat Maghrib..
    Tahniah dah lima tahun berjaya melayari rumahtangga bahagia bersama suami dan anak2 tercinta. Akak doakan agar Marina sekeluarga sentiasa berbahagia dan dirahmati Allah...ameenn

    ReplyDelete
  7. Waalaikumsalam umu,iye umu semua perkongsiaan antara akak dan umu hehehe biarlah rahsia,malulah :),apa2pun umu juga doakan akak ye agar terus istiqamah dlm usaha,untuk kami sekeluarga n yng pastinya akak juga doakan umu dan ustaz agar hari2 yg mendatang terus bahagia,jika ade sedikit konflik dlm rumahtangga tu biasalah,rumahtangga akan lebih ceria yg ptg cara kita tangani.InsyaAllah

    kak Nur,cayang akak atas doanya,walaupun kita tak bertemu...tapi itulah atas nama kasih sayang sesama Islam,macam dah kenal je,hehehe:)

    ReplyDelete
  8. sesungguhnya detik yg paling manis adalah semasa di alam percintaan. syahdu membaca coretan marina. moga kekal ke akhir hayat. amin..

    ReplyDelete
  9. Kak anna,thanks a lot,atas doanya :)

    ReplyDelete
  10. Seronok membacanya..

    Semoga berbahagia kak.. Berbahagia hingga ke syurga.. (",)

    ReplyDelete
  11. Alhamdulilah atas doa Tuan Fuad,akak juga doakan kebahagiaan Tuan Fuad suami isteri,agar kita semua sama2 masuk syurga Allah.Amin!

    ReplyDelete
  12. hehehe untuk ahlia teeetttt...akak akan doakan untuk adek jugak,semoga dapat jejaka yang ade fikir atas usaha,emm doa pun kena lebih ini,insyaAllah moga Allah mudahkan pencarian adek,:)

    ReplyDelete
  13. nk sambungan,bagaimana pasangan ini mengenali satu sama lain...ataupun pertemuan di rancang oleh keluarga masing2..

    ReplyDelete
  14. Kami dikenalkan melalui kakak angkat,bertukar2 surat dan gambar,kemudian abang Saleh melamar melalui telefon, akak terima, dalam masa seminggu,ambil keputusan untuk bertunang,kemudian dinikahkan setelah abang Saleh pulang dari menunaikan haji bersama bonda tercinta.

    ReplyDelete
  15. kalau tak salah tuan haji salehuddin ni pernah duduk di parit raja, batu pahat. Kirim salam untuk beliau dari kami karkun2 ex-student Sek. Men. Agama Parit Raja. Kami xkan lupa jasa beliau bersama2 student KUITTHO bawa kami kenal kpd usaha agama yg sangat mulia ini. Ramai antara rakan2 saya yg ambil usaha ini dan menjadi muallim & daie berkat usaha tuan haji salehuddin & student2 KUITTHO dulu.

    ReplyDelete