Monday, April 11, 2011

Siti Hajar:~~Wanita Biasa Yang Luar Biasa~~ Iron Lady Sepanjang Zaman

~~ Buku KesayanganKu Terjemahan Melayu Siri Karya Ibrah Kisah Para Nabi~~
~~~Hajar Al-Misriyah Ibu Bangsa Arab~~~
Karya asal: Abdul Hamid Jaudah Al-Sahhar dalam Siri Sirah Nabawiyah Muhammad Rasullulah Wa al-Lazina Ma'ahu
Petikan cerita.....Hajar tidak melihat patung-patung.Mereka sujud,ruku,serta berdoa dengan wajah yang bercahaya.Cahaya yang tidak pernah terpancar di wajah rahib atau ketua-ketua rahsia langit.Hajar memasuki khemah Sarah.Dia bertanya tentang Tuhan yang disembah oleh orang yang beriman. Sarah menjawab..."Tuhan itu ialah Allah,tiada Tuhan selain Dia,Pencipta langit dan bumi.Dialah yang menghidup dan mematikan.Dia berkuasa atas tiap-tiap sesuatu," terang Sarah dengan lembut.

"Bilakah Dia memerintah bumi?" soal Hajar,kebingungan mula menguasai dirinya.
"Dia tidak pernah menjadi raja di dunia.Allah itu Qadim lagi Azali.Dialah yang awal dan akhir.Allah yang mencipta langit dan manusia.Dia Maha Mengetahui.Allah tahu apa jua yang disembunyikan didalam hati.Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah,maka Allah itu Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.Dia yang memberi rezeki kepada orang yang dikehendaki-Nya tanpa hisab,Allah Maha Kaya dan Maha Terpuji.Dialah yang membangkitkan orang yang mati untuk dibalas segala amalan mereka.Allah itu amat segera hisab-Nya

hah !!! kalau nak tahu next kisahnya....kenalah baca bukunya hehehe.....

Mari Kita Para Isteri belajar dari Siti Hajar (Iron Lady Sepanjang Zaman)
# Siti Hajar tidak lahir dari keluarga bangsawan,bukan juga dari keluarga ternama,malah hanya seorang wanita hamba,sebelum diperisterikan oleh Nabi Ibrahim A.S
#Bagi aku Siti Hajar seorang wanita yang luar biasa yang mana keluarbiasaannya itu membolehkan dia berhadapan dengan musibah yang besar dengan jiwa yang tulus dan merdeka,hinggakan Allah memberi penghormatan yang tinggi kepadanya sebagai peneroka bumi Makkah dan penemu Telaga Zamzam,sumber air yang terbaik di dunia.
#Ya memang benar,dia seorang wanita yang sungguh luar biasa, sukar untuk ditemui pada mana-mana wanita lain di sepanjang zaman,dia seorang wanita,isteri dan ibu yang tinggi jiwa pergorbanannya,yang sangat taat, sangat tinggi penyerahan dirinya kepada Allah,sangat tabah,dan sangat sabar,Ya Allah! kurniakanlah kekuatan untuk aku mencontohi akhlak Siti Hajar,terlalu banyak kelemahan2 aku ya Allah, Ya Rabb! :( amin!

Ada apa pada Siti Hajar???
# Ramai orang yang meneguk air zam-zam,tetapi tidak meneguk IBRAH (Pengajaran) daripada wanita yang mula2 menyentuh air itu (especially kita wanita)
# Sejarah menceritakan dia wanita yang berkulit agak gelap.Wajahnya tidak secantik madunya Siti Sarah,menjaga anak bernama Ismail.....ya, dia biasa-biasa sahaja pada lahirnya." tetapi dimana keluarbiasaanya?"
# Sebenarnya agak sebak bila aku membaca kisah ini, tetapi inilah yang aku mahu kongsikan bersama teman2ku yang bergelar IBU atau bakal bergelar IBU....teman2 dan sahabat2 yang aku kasihi......Siti Hajar yang kita kagumi.....punyai hati seperti emas,dia diuji dengan pelbagai demensi ujian,emosinya diuji dengan hidup bermadu,fizikalnya diuji ketika ditinggalkan di padang pasir.Akalnya pula diuji dengan ikhtiar tanpa bekalan,jiwanya diuji dengan tawakal,sabar dan bersangka baik kepada Allah dan suami.Memang Siti Hajar benar2 luar biasa,dia menjadi luar biasa hanya menjalankan peranan yang dilakukan oleh aku,teman2,semua isteri dan ibu2 di dunia ini.MasyaAllah! rasa sayu mencengkam hati aku....kerana bila flashback balik tertanya2 aku berapa banyak pengorbanan yang telah aku lakukan sepanjang aku bergelar isteri dan ibu....rehda aku?ikhlaskah aku? "Ya Allah ampunilah aku ya Allah,andaikata hambamu ini terleka dan terlalai dalam melakukan tugas dan khidmat kepada suamiku...kurniakanlah sifat ikhlas yang sebenar2nya kepada aku,ya Allah....amin! amin! Ya Allah

# Tatkala Siti Hajar ditinggalkan suami,sedikitpun dia tidak menyimpan prasangka yang tidak baik pada suaminya.Apatah lagi untuk bersangka buruk kepada Allah."kenapa aku ditinggalkan?kenapa aku dibiarkan? semua persoalan itu sedikitpun tidak mengoyahkan ketaatan Hajar terhadap suaminya,kerana dalam diri Hajar telah terbina satu benteng iaitu Ketaatan kepada Allah telah membina ketaatan yang tinggi kepada suaminya Nabi Ibrahim A.S yang juga merupakan "Bapa Para Nabi"

# Ketika Hajar ditinggalkan......,suaminya telah menyerahkan dia (Hajar dan anaknya kepada Allah) maka kepada Allah-lah seluruh pergantungan hatinya.Ditinggalkan untuk membina kehidupan sendiri dibumi Makkah yang kosong dan tandus.....emmm kalaulah kita, suami kita tinggalkan kat tepi jalan je harus meleleh airmata tu!huhuhu,jauh dari manusia,Hajar yang ikhlas dan rehda menyerahkan segala2nya kepada Allah untuk memutuskan apa yang terbaik buat diri dan bayinya dan dia yakin bahawa Allah SWT tidak akan mensia-siakan dirinya.

"Barangsiapa menyerahkan dirinya kepada Allah,sedang dia orang yang berbuat kebaikan,maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kukuh.Dan hanya kepada Allah-lah kesudahan segala sesuatu," (Luqman:22)

Buat aku dan teman2 para isteri sekalian
# Ciri2 yang luar biasa pada diri Siti Hajar,adalah hasil didikan suaminya seorang Rasul,jiwanya disibukkan dengan keinginan2 untuk melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.Dia sentiasa memandang positif segala ketentuan Allah,dan dek dengan ketulusan jiwa ini,maka darjat Siti Hajar diangkat tinggi oleh Allah SWT walaupun dia lahir sebagai seorang wanita hamba,status yang dipandang rendah oleh manusia.Maka dengan ketulusan jiwanya yang luhur,dia telah mendapat pengiktirafan dari Allah SWT yang mempunyai kedudukan luarbiasa disisi Allah dan manusia.

# "Hebatkan Siti Hajar teladan untuk kita yang bergelar isteri dan ibu,kuatkanlah pergantungan kepada Allah.Yakinlah,pasti ada selaut kemanisan yang tersembunyi disebalik seguris kepahitan takdir-Nya,tulah punca dan sumber kekuatan yang utama."

# Moral of Story ini....setiap isteri harus belajar untuk menjadi seperti Siti Hajar walaupun tidak bersuamikan lelaki seperti Nabi Ibrahim A.S

"Kita kurang yakin dengan Allah lalu kita meninggalkan perintahNya" 
Kita Kurang yakin dengan Allah lalu kita melakukan laranganNya

Aku fakir Ilmu,maka ya Allah berikanlah daku Ilmu yang bermanfaat
Aku fakir amal, maka tunjukkanlah aku jalan hidayahMU

Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..amin!




















































5 comments:

  1. Assalamualaikum kak marina :)

    waahh..cerah mata umu tengok gambar tuu..hehee.
    kak..nape setengah je ceritanya? geram umu di buatnye.. mana agaknya umu nak cari buku tu di pekan semporna ni ye? huhuu..

    Ada x time akak baca kisah SiTi Hajar ni akak nangis? kalau ada, kita geng!

    x tahu la nape sejak kawin ni, asal baca kisah sirah zaman nabi2 lagi2 pengorbanan mereka..terus nak nangis. kalau pengorbanan sahabiah r.ha lagi laaa..laju je mengalir air mata ni... kut2 hati kita cepat terkesan asbab dah jadi pembantu daie..ye?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.
    kak marina ali,
    masyaAllah belum lagi terjumpa buku berkaitan sejarah hajar secara detail. yang selalu dgr ttg kisah Nabi Ibrahim,Ismail dan Hajar itulah.
    Rupanya begini hidup seorang ibu bangsa Arab, Bangsa paling utama.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum adek2ku,moga Allah sentiasa merahmati kalian,:)

    #Umu,akak nie kaki leleh juga,kita genglah,buku ini akak beli mase DBP Sarawak buat jualan buku2 lama digudangnya....last year,kebetulan kami suami isteri mmg ulat buku hehehe,mmg tepat sejak terlibat dengan usaha dan jadi assistant Daie hati cepat leleh ek.

    #IBM,kisah nie mmg totaly mengenai Hajar,puashati dapat membacanya.

    ReplyDelete
  4. Salam ziarah,menarik artikel yang di tulis.Saya menjemput kakak untuk memberikan pendapat,pandangan,komentar dan info tambahan di atas tulisan terbaru di blog saya berkaitan “Dakwaan makam Sahabat Nabi Saw ada di Malaysia”.Semoga Allah membalasi segala kebaikan kakak.Sekian,Terima Kasih.

    ReplyDelete
  5. Salam,anak pendang,Jazakallah atas jemputan,InsyaAllah

    ReplyDelete