Sunday, December 23, 2012

Titipan Kasih Buah Hati Ibu & Ayah "Abu Ubaidah"


Assalamualaikum....wbt,sekadar berkongsi berita gembira,Alhamdulilah kupanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT...kerana telah memudahkan segala urusan kelahiran permata hati kami yang ketiga Abu Ubaidah B.Hj.Salehuddin Klewan.Lahir pada hari Isnin 3hb Disember 2012,jam 12.02 minit tengahari.


 Kronologi Kelahiran Abu Ubaidah
7.45 pagi - Ibu dan ayah bergerak ke Pusat Perubatan Normah...dekat jer 10 minit dari rumah ke Normah Medical,sebab 8.30 pagi ibu kena ambik darah dan membuat persiapan untuk masuk OT (bilik pembedahan),tukar baju dan sebagainya,diberi taklimat ringkas oleh jururawat yang bertugas.

Apa yang buat Ibu Terharu???
Yer,yang membuat ibu terharu sangat,ayah akan menemani ibu sewaktu pembedahan.

Pembedahan Jam 11 pagi
Jam 10.30 ibu dah ditolak ke bilik OT,tangan masuk air (adus! memang sakit giler ya Allah!),yang paling mendebarkan ibu sewaktu proses bius di tulang belakang...sakit,sakitlah mula2 jer masa jarum tu ditusuk ke tulang belakang...lepas tu badan dah tak rasa,kebas,doktor bius separuh badan.Dalam pada itu,ibu mengalami simpton muntah2,mungkin kesan dari ubat bius tersebut,ayah kat sebelah ibu....tolong kesatkan lelehan muntah dipipi ibu...terharu ibu...ibu tengok rupa ayah pun dah macam doktor hehehe...




Baby Boy ur Girl???, Allah SWT bagi  Suprise kat Ibu dan Ayah
Setiap kali ibu check up,dan scan memang tak nampak jantina anak,tapi ayah sejak dapat tahu ibu mengandung,memang dia panggil Abu Ubaidah....ibu cakap kalau yang keluar girl macammana,dah ada nama ker? Ayah cakap, "nanti abang fikirkan," sebenarnya untuk ketiga2 anak2 ibu,untuk nama, ibu serahkan kepada ayah....ibu tahu pilihan ayah adalah yang terbaik....n lastly,betullah tekaan hati ibu....
bila ayah cakap....kat ibu,"Abu Ubaidah.....yang keluar sayang,bibir ibu terus ucapkan rasa syukur kepada Allah SWT,"Alhamdulilah atas kurniaan MU yang tidak ternilai ya Allah"


Tarar.....My name Abu Ubaidah B. Salehuddin Klewan.


My beloved dady.......

Setelah 7 hari diatas muka bumi ini,maka ayah telah mencukur botak Abu Ubaidah dengan mengikut sunnah Rasulullah SAW...agak kelam kambut ketika itu,mana cari kambing,nak tempah catering...sebab ayah tak mahu menyusahkan tok mak,akhirnya majlis bercukur berjalan dengan lancar,kesian jugak ibu tgk ayah....kepenatan dan keletihan,dahlah berulang alik ke hospital,sebab baby Abu Ubaidah kena admit,sebab kuning...Ayah cakap kat doktor Abu Ubaidah mesti keluar ari ahad,coz malamnya majlis bercukur untuk Abu Ubaidah...,iyelah memang Allah SWT mudahkan segalanya...jemputan boleh tahan jugak,pakcik2 surau,jiran tetangga,n yang paling best....ayah jemput jemaah bisu yang khuruj di Kuching kebetulan pada malam yang sama ade di markaz....sebelum mereka semua bertolak ke Sibu.Menu pada mlm tersebut Nasi Briani, daging Kambing masak Kari,Ayam masak Merah,Sambal goreng Kacang Panjang, dan ayah sajikan tetamu dengan durian dan rambutan yang tengah menjadi2 di Kuching nie. Sewaktu baby Abu Ubaidah dicukur.....alhamdulilah dia tak nangis....Ayah ada bagi sedikit tazkirah mengenai amalan bercukur yang dituntut dalam islam,bukan "Amalan Cukur Jambul",kepada para tetamu....amalan yang mengikut sunnah Nabi SAW  selain dibuat dapat pahala,ia membesarkan sunnah Nabi,intipati yang penting yang ayah nak sampaikan pada tetamu,nak betulkan salah faham masyarakat hari ini mengenai amalan bercukur untuk anak2 yang baru lahir.

Alhamdulilah hari ini dah 20 hari ibu berpantang,sakit semasa pembedahan masih terasa...terima kasih dan sayang yang tidak terhingga pada emak Pn. Jumiah Bt. Hassim yang sudi menjaga ibu serta cucu2nya yang boleh tahan keletah dan ragamnya,yang hampir2 buat emak migrain hik!hik!,buat ayah tenkiu...banyak2...ibu sayang ayah,lepas nie kita janji akan besarkan daie2 kita,dan lebih fokus pada usaha dakwah....hari ini kita nak orang datang pada agama,maka kita sendiri perlu buat pengorbanan yang banyak...Allah SWT takkan bantu orang islam,sekiranya orang islam sendiri tidak bantu agama mereka.InsyaAllah moga kita sama2 ambil iktibar,amal dan sampaikan kepada mereka yang lain.


Sebelum di cukur........my hair

Opps! dah botak pun......

Kena tudung....(kelambu)sebab kakak Nisak ngn abang Nasuha suka kacau baby Abu Ubaidah tido.

Akhir sekali,sempena hari lahir ibu yang ke 32 tahun...10hb Disember 2012 baru2 ini,ibu dikurniakan Abu Ubaidah 3hb Disember 2012,dan akan datang ayah pulak 30hb Disember 2012,mak ngah pulak 23hb Disember 2012....bestnya .....hik!hik!,rasa syukur pada Allah SWT di atas segala nikmat2 yang diberi.Hidup kita mesti lebih fokus bagaimana nak tingkatkan iman dan amal,sebab satu ari nanti kita akan tinggalkan semua nikmat2 tersebut,kecuali yang akan kita bawa iman dan amal kepada Allah SWT.

Hari Sabtu,22hb Disember 2012....kenangan manis buat kami sekeluarga,selain menerima jemaah masturat (sebelum ibu bersalin),jemaah bisu(semasa majlis bercukur Abu Ubaidah),kami juga diberi kelapangan menerima tetamu jemaah dari India seramai 7 orang,mereka kesemua makan dirumah kami,ayah ambik fikir untuk khidmat...menu cambiasala kari kepala Ikan Merah,salad kentang,koktail laici....yang paling ibu tak dapat lupakan ada satu talam jemaah tak dapat habiskan makanan,jemaah pulang jer....,kami anak beranak habiskan....ambil berakat...(rahsia hanya mereka yang tahu hik!hik!)


Hai untung Abu Ubaidah kelahirannya....membuatkan rumah kami banyak menerima tetamu yang khuruj di jalan Allah SWT...moga Allah SWT akan pilih Abu Ubaidah,Abang Nasuha,n Kakak Nisak untuk korban masa,harta dan diri untuk agama Allah dan Rasul.












3 comments:

  1. Salam ina...
    Wahh.. tahniah atas kelahiran baby boy Abu Ubaidah.. comel!! Semoga Abu Ubaidah menjadi anak yang soleh...ameen..

    ReplyDelete
  2. salam ukhuwwah..
    tahniah atas kelahiran cahaya mata yg begitu bernilai..moga menjadi seorg hamba Allah yg soleh..insyaallah :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualikum kak Marina

    tahniah . syukur ke hadrat Ilahi. belum berkesempatan bertemu dengan ukhti. insha Allah suatu hari nanti. apa2 pun tahniah. semoga cepat sembuh. dan terus berkhidmat.

    mohon tunjuk ajar

    Sofea Jali

    ReplyDelete