Monday, February 28, 2011

Ikram~JemaaH YaMan 4 BuLan n "Kau Terpilih Jua"~KaRkun Junior~

~ Ikram Jemaah Yaman (Kuching) n "Kau Terpilih Jua" ~ Karkun Junior

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.......akhirnya dapat juga.... aku menulis sedikit laporan khidmat masak jemaah Yaman yang keluar di tempat aku, Kuching ~ Sarawak,route mereka 20 hari di Kuching,20 hari lagi di Sibu. Kadangkala bila menjengah blog teman2 ~seUSAHA~ meriah je dengan entri2 terbaru...seronok membaca laporan yang sesekali mencuit hati terutama blog Puan Umu, ahlia Ustaz Ishak.....hehehe hah! andaikata Puan Umu terbaca entri akak,jangan nak kembang-kempis hidung tu Kih!Kih! ;)

Tahun lepas, ketika Jemaah Masturat dari Melaka keluar di tempat aku (Kuching), aku tak dapat nak khidmat n nusrah jemaah tu...hish!2 ruginye,sedih pun ada,bukan apa mase tu suami kat semenanjung ade urusan kerja.  Alhamdulillah baru2 ni 1 Jemaah dari Yaman seramai 7 orang keluar kat area bandar Kuching.  Pada malam sabguzari jemaah tu balik ke markaz.Kebetulan markaz Kuching dekat je dgn rumah aku, kalau naik motor 5 minit je....  so husband aku ambil tanggungjawab prepare breakfast untuk jemaah tersebut.  Aku ni memang meroyan skit pasal nak sediakan taam untuk jamaah tgh keluar ni...tak taula naper, excitednya aku memang lain mcm skit.  Nie kira 2nd experience aku masak utk jamaah arab.

Tahun sebelumnya,mase kat semenanjung, aku masak kebab untuk jemaah Mesir - 4bulan route di Segamat masa tu.Alhamdulilah Allah pilih aku sekali lagi untuk khidmat dengan mereka, husband aku kata masak simple jer sayang...siangnya (Sabtu) aku dengan husband pun pergi ke pasaraya cari keperluan yang munasabah untuk jamuan tu (menu kari daging,roti canai wholemeal,bawang n kosong,potato wedges,fun fries, telur sramble,ayam goreng KFC,n buah epal).  Menurut suami aku, orang arab ni macam2 citarasa dia.  Ada yg simple(belasah sumer makanan)...dan ada yg memilih.  Bergantung dengan background ahli jamaah & dari negara mana diaorg datang.  Kalau yang datang dari Arab Saudi, Emirates, atau Mesir, biasanya diaorg punya style makan agak moden skit.  So, kalo kita masak yang berciri keMelayuan atau western style tu..kira tadak masalah la.  Tapi kalo yang background dia agak "kampung" skit ur negara agak mundur mcm Yaman ni(jgn marah org Yaman) hehehe selera diaorg ni limited skit.  Tapi...bagi aku, inilah masa kita nak belajar utk muliakan tetamu.

Belajar menggembirakan tetamu terutama mereka yang dah korban diri, masa & harta untuk datang ke tempat kita, maka mmg wajar sangatla kita layan mereka nie dengan layanan yang sehabis baik mengikut kadar kemampuan yang kita ada.  Suami aku selalu citer pengalaman dia masa keluar kat Bangladesh.  Tentang sifat karkun kat sana yang sentiasa berusaha memberi layanan terbaik walau ada ketikanya memang diluar kemampuan mereka, kata suami aku, bila jemaah dia berpindah ke tempat yang baru, karkun tempatan akan dapatkan maklumat berkenaan hal ehwal jemaah terutama berkaitan makan,minum,waktu rehat & perkara berkaitan kebajikan jamaah daripada karkun tempatan yang bertugas sebagai penterjemah dalam jemaah Malaysia.  Berdasarkan maklumat ini, mereka akan berusaha menyediakan 100% keperluan jemaah. 

Memang superb sifat & akhlak mereka.MasyaAllah!!!  Kadang2 kisah yang kita baca dalam hikayatus Sahabah tentang sifat memuliakan tetamu tu seolah2 memang masih wujud dan berlaku dalam dunia nyata hari ni.  kisah2 macam ni la yang memberi jazbah pada aku untuk belajar2 memberi khidmat terbaik pada jamaah yang sedang keluar.  Teringat pesanan suami aku, pada kata2 orang lama dalam usaha, andaikata kita selalu nusrah & khidmat jemaah luar, insyaAllah 1 hari nanti Allah akan mudahkan kita keluar hingga sampai ke negara mereka.  Mudah2han Allah S.W.T. pilih suami & aku.....ameen!

KaU TerPiLiH JuA ~ KarKuN JuNior

Sebenarnya aku cukup teruja dan rasa syukur yang tidak terhingga....Allah!!, masih segar dan terngiang-ngiang kata-kata emak pada aku~

Emak: Ina! adek kau  nie Kairul nak keluar 40 hari

Aku: Iye ke? macam mana emak tahu?

Emak: Dia telefon emak nie,bagitau cuti sem nie dia tak balik dulu, nak keluar 40 hari....

Aku: Habis emak ok tak?

Emak: Iye alhamdulilah.........

Alhamdulilah, syukur pada Allah kerana telah membuka pintu hati adek aku tu untuk berjinak2 dalam usaha,itulah HEBATNYA ALLAH......Dia akan pilih sesiapa yang dikehendaki...dan berita tersebut aku kongsikan dengan Umu ahlia Ustaz Ishak, kebetulan kami ex student dari U yang sama (UiTM Shah Alam),adek lelaki aku nie belajar Mechanical Engine (degree),dan menurut Umu.......(ayat Umu) nie....

Umu:"Alhamdulillah... seronoknya umu dengar adik akak dah mula berjinak dengan usaha ni.. Itu la yang umu kata dengan akak hari tu, kalau di fakulti engineering tu.. memang kuat usaha studentnya.. x mustahil Allah swt boleh pilih dia, lagi2 berkat dari doa dan usaha mak dan kakaknya sendiri" :)

"Dengan izin Allah... rasanya jalan untuk seluruh family akak terlibat dalam usaha semakin terbentang luas.. jom kita doa sama2 ye kak" :) 

Aku: "akak aminkan doanya!! tul lah umu,akak pernah menangis2 dalam doa,supaya Allah dapat pilih ketiga2 adek lelaki akak,n akhirnya Allah makbulkan doa akak,masyaAllah...Allah hebat dalam setiap pencaturannya kan umu.Sebenarnya akak dan suami tak pernah mentasykil diaorangpun, suami akak pesan kadang2 dalam usaha nie kita jangan sibuk nak tasykil orang je,tapi kita kena sibuk2kan diri buat "kerja" dalam usaha,ikram...yang penuh adab,jaga amal,insyaAllah Allah akan aturkan untuk kita selebihnya.(rahmat dan bantuan Allah yang tidak disangka2) :)

Umu: "Subahanallah... bab air mata yang paling mahal tu kak. Pasti dan pasti Allah swt akan pandang doa hambaNya yang mengalirkan air mata semata-mata untuk memohon diberikan hidayah buat saudaranya..MasyaAllah, sifat ikram akak dan suami yang tinggi pada family harus umu belajar ni.. moga umu dapat hakikat sifat ikram tu.. amin.. :)

Maha Suci Allah!....akhirnya Allah memberikan jawapan kepada permohonan aku....dalam doa aku merintih,dan menangis supaya Allah dapat pilih ketiga2 adek lelaki aku......satu dah termakbul, 2 lagi insyaAllah dalam proses, hanya Allah sahaja yang mengetahui.....kini doaku berterusan lagi agar dia ditetapkan hatinya untuk buat usaha sampai bila2.Ameen!











Kupanjatkanmmmmmm

Friday, February 4, 2011

Usaha Atas Hati Penting??? Mengapa dan Kenapa???

Bismillahirrahmanirrahim....

Dengan izin Allah SWT,suamiku dapat keluar 3 hari di Damai Santubung, ya Allah moga Kau mudahkanlah segala urusannya dari mula hingga akhir.Ameen!

Nasuha kata,"ibu!ibu! ayah pegi mana ibu?"
Aku," ayah keluar 3 hari sayang,"
Nasuha,"ayah keluar 3 hari, suha pun nak keluar 3 harilah,macam ayah," katanya selamba
Aku,"boleh....nanti suha besar... boleh keluar macam ayah ye,"terasa sejuk hatiku melihat suha berkata seperti itu, pasti dan pasti apa yang nasuha kata, ibu akan ameenkan,insyaAllah sayang, Allah akan pilih Nasuha satu hari nanti untuk sama2 dengan ayah meneruskan fikir, risau, bimbang dan menyambung kerja-kerja Nabi SAW.

Nasuha...anakku lihat ayahmu.... walaupun kerja ayah dasarnya sebagai Pegawai Penerangan,itu hanya untuk memenuhi keperluan dunia sahaja, tapi profesion ayah...yang sebenar adalah untuk menyambung segala kerja-kerja dan usaha Nabi SAW,dan menjadikan diri kita sebagai hamba Allah SWT yang benar2 tunduk dan taat pada segala perintahnya.

Nasuha anakku....Apakah maksud hidup ini sayang?
Sayang....kehidupan ini begitu singkat, maksud hidup kita mestilah menepati sebagaimana maksud hidup Nabi SAW,Firman Allah SWT...:-
...Tidak Ku ciptakan jin dan manusia itu kecuali untuk beribadat kepadaKu.(S51 A56)
Allah....Rabbulinas.....Tuhan bagi manusia
Al Quran.....Hudalinas....Petunjuk bagi manusia
Nabi......Kaffatalinas......Rahmat bagi manusia
Umat ini.....Uhrijatlinas......Dikeluarkan untuk manusia.....Untuk Apa???
Firman Allah SWT...:-
Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh berbuat kebaikan dan kamu melarang dari kejahatan dan kamu beriman kepada Allah SWT (S3 A110) 

Nah! inilah tugas ayah yang sebenar Nasuha,...dan ini juga syaratnya umat ini dikatakan umat yang terbaik...dan tugas menyeru telah menjadi wadah perjuangan hidup Nabi SAW. Seorang sahabat yang dihantar kepada Rustam (Panglima tertinggi Romawi), sahabat yang diutuskan telah menyerunya dengan kata-kata berikut, penuh semangat dan berani:-
kami dihantar oleh Allah kepada kamu
.......untuk melepaskan kamu dari perhambaan kepada makhluk
kepada perhambaan kepada Allah.
........untuk melepaskan kamu dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat
........untuk melepaskan kamu dari ketidak adilan sistem manusia kepada keadilan Islam.
Nasuha anakku...nabi kita....
Nabi SAW telah menanam dalam hati para sahabat perasaan simpati, dan cinta yang mendalam kepada umat justeru itu, mereka sedia mengorbankan diri, harta, masa dan perasaan mereka...untuk agama dengan tidak berbelah bagi,dan asbab pengorbanan2 mereka itulah menjadi sumber hidayat seluruh alam dan kebaikan bagi manusia.
USAHA ATAS HATI PENTING???

Hati adalah mahkota pada badan.Sekiranya hati itu sihat, maka seluruh anggota badan akan turut sihat,sebaliknya jika hati itu sakit, maka seluruh anggota badan akan turut sakit.Ketenangan dan kebahagiaan tempatnya dalam hati manusia, bukan pada zahir manusia.Seseorang boleh menjadi raja dunia dengan memililki seluruh kekayaan bumi ini, tetapi aduhai! hatinya sentiasa berada dalam kesempitan dan dia masih berkeluh kesah walaupun harta melimpah ruah.
Sabda Nabi SAW:- Dalam badan manusia ada seketul daging.Jika baik daging ini, maka baiklah anggota manusia.Jika buruk daging ini maka buruklah anggota manusia.Daging ini ialah kalbu (hati).
Justeru itu,tiap-tiap nabi yang datang ke mukabumi ini,telah melakukan usaha ke atas hati-hati manusia.

Hai jiwa yang tenang
Kembalilah kepada Tuhanmu
dengan hati yang redha dan direhdai
Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hambaku
Dan masuklah kamu ke dalam Syurgaku (S89 A27-30)

MACAM MANA NAK UBAT HATI YANG SAKIT??

Diantara penawar-penawarnya:-
  1. Iman
  2. Solat
  3. Ilmu dan zikir
  4. Ikram
  5. Ikhlas
  6. Hidup Sederhana
  7. Suasana agama dalam rumahtangga
  8. Amalkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW
Emmm, terpaksa berhenti setakat ini dulu, sebab nasuha nak buang air besar, terjerit2 dia panggil  aku suruh ambilkan topi (penutup kepala), "Ibu!ibu! cepatlah ambilkan penutup kepala, nanti setan berak atas kepala nasuha nie.....,"sunnah nabi, alhamdulilah nasuha dah mula faham sikit2,mestilah dia selalu tengok ayahnya masuk tandas tutup kepala dan pakai alas kaki (selipar masuk tandas).

Sambung lagi,emm..... memang hati kita kena suntik dengan perkara2 di atas nie, supaya hati tu cantik, bersinar, dan tenang. Bila hati dah cantik maka mudahlah hati tersebut menerima kebaikan atau hidayat dari Allah.Kalau hati kotor, berkarat,susahlah hati nak menerima kebaikan, hidayat pun tak dapat nak "landing",huhuhu..., aku selalu mengucapkan kata2 ini didalam hati, ketika aku mengemas rumah, "Ya Allah, kau bersihkanlah hatiku ini, sebagaimana aku membersihkan rumahku dari sebarang kekotoran,kalau lantai rumah kotor dan berhabuk, aku akan bersihkan hari2,maka hati aku pun perlu dibersihkan hari2 juga dengan iman yang mantap, solat yang sempurna,zikir, al-quran dan amalan2 sunnah Nabi SAW, agar hatiku sentiasa tenang dan bercahaya seperti bulan purnama,"ameen.

Teringat dialog2 manis bersama suami yang dikasihi,(sebagai suntikan jazbah dalam diri)
Aku cakap,"sayang rasa, sayang nie tak layak untuk abang,?"
Abang cakap,"kenapalah pulak?"
Aku cakap,"abang nie layak dengan ustazah, hafizah, atau anak2 karkun je....sayang nie biasa2 je, takde keistimewaan pun"
Abang cakap,"Sayang...yang mengaturkan jodoh pertemuankan Allah, Dia lebih tahu siapa yang sesuai untuk abang dan sayang,walaupun dah ramai sangat orang carikan abang jodoh, anak karkun, anak syura, adik karkun, tapi Allah tak buka pintu hati abang, nak camne....mungkin juga ada amalan2 atau kebaikan yang Allah sangat suka dalam diri sayang, maka Allah temukan kita berdua, sayang tahu tak....dalam doa abang...abang hanya minta Allah berikan abang jodoh yang boleh menyokong, dan membantu abang dalam urusan kerja2 dakwah,suri hidup abang mestilah sanggup bersusah payah, dan sentiasa memahami tugas abang. Sayang tahu....tak, sayang yang dulu dengan sayang sekarang, banyak berubah...abang kagum dengan sayang,terlalu banyak perubahan yang ketara dalam diri sayang, walaupun abang tak banyak mentasykil sayang, tapi....sayang tahu apa yang sayang perlu buat......

Huhuhu, terharukan bila suami memuji kita, kembang semacam je,kihkih....hari ini hari ketiga abang keluar...tak mengapa alhamdulilah, aku tak perlu risau...sebab abang keluar untuk memperbaiki diri abang, untuk ajak manusia kepada kebaikan,untuk jalankan tugas2 dan kerja nabi....untuk fikir, risau dan bimbang sebagaimana fikir,risau dan bimbang Nabi SAW hingga akhir hayat,kerisauan nabi tak dapat dilepaskan...bukan risau umat sezamannya,tapi risau umat  pada zaman kita nie yang leka, lalai, dan asyik dengan kenikmatan2 dunia yang sementara.

Perancangan,moga Allah mudahkan,insyaAllah aku akan keluar khuruj masturat di semenanjung,bulan 5,minta doanya ye.... untuk Marina dan suami, Hj.Salehuddin Klewan.Tak dapat nak keluar di Kuching, sebab tak de orang nak jaga anak2 kami berdua.InsyaAllah moga Allah mudahkan segala urusan kami.Ameen!

"Mutiara Hikmah"
"Jika kita tidak mampu membuat kebaikan kepada orang lain, jangan kita menyusahkan mereka.Jika kita tidak mampu mengembirakan mereka, jangan kita mendukacitakan mereka, Jika kita tidak mampu memuji mereka, jangan pula kita mencela mereka."
Wassalam, kurangkan kontrovosi...tingkatkan iman dan amal, ketenangan yang hakiki pasti milik kita.

Aku masih belajar lagi dan lagi.....