Monday, February 28, 2011

Ikram~JemaaH YaMan 4 BuLan n "Kau Terpilih Jua"~KaRkun Junior~

~ Ikram Jemaah Yaman (Kuching) n "Kau Terpilih Jua" ~ Karkun Junior

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.......akhirnya dapat juga.... aku menulis sedikit laporan khidmat masak jemaah Yaman yang keluar di tempat aku, Kuching ~ Sarawak,route mereka 20 hari di Kuching,20 hari lagi di Sibu. Kadangkala bila menjengah blog teman2 ~seUSAHA~ meriah je dengan entri2 terbaru...seronok membaca laporan yang sesekali mencuit hati terutama blog Puan Umu, ahlia Ustaz Ishak.....hehehe hah! andaikata Puan Umu terbaca entri akak,jangan nak kembang-kempis hidung tu Kih!Kih! ;)

Tahun lepas, ketika Jemaah Masturat dari Melaka keluar di tempat aku (Kuching), aku tak dapat nak khidmat n nusrah jemaah tu...hish!2 ruginye,sedih pun ada,bukan apa mase tu suami kat semenanjung ade urusan kerja.  Alhamdulillah baru2 ni 1 Jemaah dari Yaman seramai 7 orang keluar kat area bandar Kuching.  Pada malam sabguzari jemaah tu balik ke markaz.Kebetulan markaz Kuching dekat je dgn rumah aku, kalau naik motor 5 minit je....  so husband aku ambil tanggungjawab prepare breakfast untuk jemaah tersebut.  Aku ni memang meroyan skit pasal nak sediakan taam untuk jamaah tgh keluar ni...tak taula naper, excitednya aku memang lain mcm skit.  Nie kira 2nd experience aku masak utk jamaah arab.

Tahun sebelumnya,mase kat semenanjung, aku masak kebab untuk jemaah Mesir - 4bulan route di Segamat masa tu.Alhamdulilah Allah pilih aku sekali lagi untuk khidmat dengan mereka, husband aku kata masak simple jer sayang...siangnya (Sabtu) aku dengan husband pun pergi ke pasaraya cari keperluan yang munasabah untuk jamuan tu (menu kari daging,roti canai wholemeal,bawang n kosong,potato wedges,fun fries, telur sramble,ayam goreng KFC,n buah epal).  Menurut suami aku, orang arab ni macam2 citarasa dia.  Ada yg simple(belasah sumer makanan)...dan ada yg memilih.  Bergantung dengan background ahli jamaah & dari negara mana diaorg datang.  Kalau yang datang dari Arab Saudi, Emirates, atau Mesir, biasanya diaorg punya style makan agak moden skit.  So, kalo kita masak yang berciri keMelayuan atau western style tu..kira tadak masalah la.  Tapi kalo yang background dia agak "kampung" skit ur negara agak mundur mcm Yaman ni(jgn marah org Yaman) hehehe selera diaorg ni limited skit.  Tapi...bagi aku, inilah masa kita nak belajar utk muliakan tetamu.

Belajar menggembirakan tetamu terutama mereka yang dah korban diri, masa & harta untuk datang ke tempat kita, maka mmg wajar sangatla kita layan mereka nie dengan layanan yang sehabis baik mengikut kadar kemampuan yang kita ada.  Suami aku selalu citer pengalaman dia masa keluar kat Bangladesh.  Tentang sifat karkun kat sana yang sentiasa berusaha memberi layanan terbaik walau ada ketikanya memang diluar kemampuan mereka, kata suami aku, bila jemaah dia berpindah ke tempat yang baru, karkun tempatan akan dapatkan maklumat berkenaan hal ehwal jemaah terutama berkaitan makan,minum,waktu rehat & perkara berkaitan kebajikan jamaah daripada karkun tempatan yang bertugas sebagai penterjemah dalam jemaah Malaysia.  Berdasarkan maklumat ini, mereka akan berusaha menyediakan 100% keperluan jemaah. 

Memang superb sifat & akhlak mereka.MasyaAllah!!!  Kadang2 kisah yang kita baca dalam hikayatus Sahabah tentang sifat memuliakan tetamu tu seolah2 memang masih wujud dan berlaku dalam dunia nyata hari ni.  kisah2 macam ni la yang memberi jazbah pada aku untuk belajar2 memberi khidmat terbaik pada jamaah yang sedang keluar.  Teringat pesanan suami aku, pada kata2 orang lama dalam usaha, andaikata kita selalu nusrah & khidmat jemaah luar, insyaAllah 1 hari nanti Allah akan mudahkan kita keluar hingga sampai ke negara mereka.  Mudah2han Allah S.W.T. pilih suami & aku.....ameen!

KaU TerPiLiH JuA ~ KarKuN JuNior

Sebenarnya aku cukup teruja dan rasa syukur yang tidak terhingga....Allah!!, masih segar dan terngiang-ngiang kata-kata emak pada aku~

Emak: Ina! adek kau  nie Kairul nak keluar 40 hari

Aku: Iye ke? macam mana emak tahu?

Emak: Dia telefon emak nie,bagitau cuti sem nie dia tak balik dulu, nak keluar 40 hari....

Aku: Habis emak ok tak?

Emak: Iye alhamdulilah.........

Alhamdulilah, syukur pada Allah kerana telah membuka pintu hati adek aku tu untuk berjinak2 dalam usaha,itulah HEBATNYA ALLAH......Dia akan pilih sesiapa yang dikehendaki...dan berita tersebut aku kongsikan dengan Umu ahlia Ustaz Ishak, kebetulan kami ex student dari U yang sama (UiTM Shah Alam),adek lelaki aku nie belajar Mechanical Engine (degree),dan menurut Umu.......(ayat Umu) nie....

Umu:"Alhamdulillah... seronoknya umu dengar adik akak dah mula berjinak dengan usaha ni.. Itu la yang umu kata dengan akak hari tu, kalau di fakulti engineering tu.. memang kuat usaha studentnya.. x mustahil Allah swt boleh pilih dia, lagi2 berkat dari doa dan usaha mak dan kakaknya sendiri" :)

"Dengan izin Allah... rasanya jalan untuk seluruh family akak terlibat dalam usaha semakin terbentang luas.. jom kita doa sama2 ye kak" :) 

Aku: "akak aminkan doanya!! tul lah umu,akak pernah menangis2 dalam doa,supaya Allah dapat pilih ketiga2 adek lelaki akak,n akhirnya Allah makbulkan doa akak,masyaAllah...Allah hebat dalam setiap pencaturannya kan umu.Sebenarnya akak dan suami tak pernah mentasykil diaorangpun, suami akak pesan kadang2 dalam usaha nie kita jangan sibuk nak tasykil orang je,tapi kita kena sibuk2kan diri buat "kerja" dalam usaha,ikram...yang penuh adab,jaga amal,insyaAllah Allah akan aturkan untuk kita selebihnya.(rahmat dan bantuan Allah yang tidak disangka2) :)

Umu: "Subahanallah... bab air mata yang paling mahal tu kak. Pasti dan pasti Allah swt akan pandang doa hambaNya yang mengalirkan air mata semata-mata untuk memohon diberikan hidayah buat saudaranya..MasyaAllah, sifat ikram akak dan suami yang tinggi pada family harus umu belajar ni.. moga umu dapat hakikat sifat ikram tu.. amin.. :)

Maha Suci Allah!....akhirnya Allah memberikan jawapan kepada permohonan aku....dalam doa aku merintih,dan menangis supaya Allah dapat pilih ketiga2 adek lelaki aku......satu dah termakbul, 2 lagi insyaAllah dalam proses, hanya Allah sahaja yang mengetahui.....kini doaku berterusan lagi agar dia ditetapkan hatinya untuk buat usaha sampai bila2.Ameen!











Kupanjatkanmmmmmm

12 comments:

  1. Assalamualaikum kak..

    uhukk..uhukk...patut la umu sampai demam2. asbab orang menyebut2 nama umu rupanye ye? heheee :)

    amboi..terharunya kata2 umu di quote ke entry akak kali ni... semakin banyak akak bercerita perihal dan perkembangan family akak dalam usaha agama..maka semakin umu lihat bertapa banyaknya kasih sayang yang Allah limpahkan , asbab doa yang x pernah putus2 dari bibir akak.. Subahanallah...

    Sungguh...hidayah itu milik Allah, dan Dia akan beri kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Tidak kira rupanya.. hartanyaa..pangkatnya..@ kedudukannya..

    Minta doa moga seluruh family umu juga di pilih dalam usaha ni ye kak :)

    ReplyDelete
  2. asssalamualaikum marina,
    Alhamdulillah CS tumpang excited juga...InsyaAllah khidmat & ikram lg dan lg... =)

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalam...

    Umu:abang Saleh kata kat akak,hehehe nie adalah asbad abang buat ghaz dari taman ke taman,rumah ke rumah,akak pun tak maok kalah,haha!1 ketika insan lain buat taik mata, akak buat airmata...kih!Kih...apa2 pun itu semua perancangan dan keputusan Allah, dia lebih mengetahui segala2nya...

    CS:Ikram lagi dan lagi :),belajar2 nak ikram cara yang terbaik...macam Nabi ikram Bilal untuk datang pada Islam, macam sahabat ikram tetamu, sampai tak makan anak isteri semata2 nak memuliakan tetamu,MasyaAllah..

    ReplyDelete
  4. salam,bagus betul....share pengalaman...
    terharu saya...
    lmbt lagi nk berumah tangga...

    ReplyDelete
  5. yup! anak pendang cepat2lah berumahtangga...kih!Kih :),akak doakan moga berjumpa dengan pilihan yang tepat

    ReplyDelete
  6. p/s:jemput share pandangan kak marina berkaitan artikel terbaru...di blog sy..

    ReplyDelete
  7. minggu nie dgar kata ade karkun kuching kawen. adik jemaah tasykil kuching. subri kot namanya.

    ReplyDelete
  8. ade dapat kad kawen jugak,tapi nama bakal pengantin lelaki rejab, 12hb,majlis walimahnya...

    ReplyDelete
  9. Salam.

    Tringat pulak ada skali jemaah arab kali prtama masuk sini. Ramai yg nusrah bwk roti gardenia..Rupanya depa tak reti belasah. Last skali bertimbun-timbun kat umah tuan rmh. :)

    ReplyDelete
  10. salam kak,kalau nak masak untuk jemaah arab nie mudah je,masak kebab,salad kentang,telur scrambled,ayam goreng KFC buang kulit,kari dal tapi pekat punya,daging kurtub memang selera arabla diaorang tak suka pedas,macam roti canai,chapati segera ade jual kat pasarraya kari dal kita masak sendirilah kih!Kih!,kalau kita masak ikut selera kita....jawabnya depa tak makan tgk je...:),lepas jemaah yaman balik,khidmat taam jemaah pakistan pulak...macam biasa kari dal,chapati ngn roti canai segera....fuh kalau dah makan kena selera dia pulak gerenti tak toleh kita yang kiri kanan nie...alhamdulilah puasati kalau dapat ikram diaorang nie...

    ReplyDelete
  11. salam. seronoknya baca citer marina ni. akak doa mudah2an akak pun ada peluang buat mcm ina. kalau ada resepi tu.. kongsi2kan lah ngan kami.....

    ReplyDelete
  12. waalaikumsalam,tulah kadang-kadang suami karkunah nie bukan tak sedia khidmat taam untuk jemaah arab,takut2 kita masak ikut selera kita,depa tak makan,ok nanti untuk entri yang akan datang marina kongsikan bersama resepinya,:)

    ReplyDelete