Friday, February 4, 2011

Usaha Atas Hati Penting??? Mengapa dan Kenapa???

Bismillahirrahmanirrahim....

Dengan izin Allah SWT,suamiku dapat keluar 3 hari di Damai Santubung, ya Allah moga Kau mudahkanlah segala urusannya dari mula hingga akhir.Ameen!

Nasuha kata,"ibu!ibu! ayah pegi mana ibu?"
Aku," ayah keluar 3 hari sayang,"
Nasuha,"ayah keluar 3 hari, suha pun nak keluar 3 harilah,macam ayah," katanya selamba
Aku,"boleh....nanti suha besar... boleh keluar macam ayah ye,"terasa sejuk hatiku melihat suha berkata seperti itu, pasti dan pasti apa yang nasuha kata, ibu akan ameenkan,insyaAllah sayang, Allah akan pilih Nasuha satu hari nanti untuk sama2 dengan ayah meneruskan fikir, risau, bimbang dan menyambung kerja-kerja Nabi SAW.

Nasuha...anakku lihat ayahmu.... walaupun kerja ayah dasarnya sebagai Pegawai Penerangan,itu hanya untuk memenuhi keperluan dunia sahaja, tapi profesion ayah...yang sebenar adalah untuk menyambung segala kerja-kerja dan usaha Nabi SAW,dan menjadikan diri kita sebagai hamba Allah SWT yang benar2 tunduk dan taat pada segala perintahnya.

Nasuha anakku....Apakah maksud hidup ini sayang?
Sayang....kehidupan ini begitu singkat, maksud hidup kita mestilah menepati sebagaimana maksud hidup Nabi SAW,Firman Allah SWT...:-
...Tidak Ku ciptakan jin dan manusia itu kecuali untuk beribadat kepadaKu.(S51 A56)
Allah....Rabbulinas.....Tuhan bagi manusia
Al Quran.....Hudalinas....Petunjuk bagi manusia
Nabi......Kaffatalinas......Rahmat bagi manusia
Umat ini.....Uhrijatlinas......Dikeluarkan untuk manusia.....Untuk Apa???
Firman Allah SWT...:-
Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh berbuat kebaikan dan kamu melarang dari kejahatan dan kamu beriman kepada Allah SWT (S3 A110) 

Nah! inilah tugas ayah yang sebenar Nasuha,...dan ini juga syaratnya umat ini dikatakan umat yang terbaik...dan tugas menyeru telah menjadi wadah perjuangan hidup Nabi SAW. Seorang sahabat yang dihantar kepada Rustam (Panglima tertinggi Romawi), sahabat yang diutuskan telah menyerunya dengan kata-kata berikut, penuh semangat dan berani:-
kami dihantar oleh Allah kepada kamu
.......untuk melepaskan kamu dari perhambaan kepada makhluk
kepada perhambaan kepada Allah.
........untuk melepaskan kamu dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat
........untuk melepaskan kamu dari ketidak adilan sistem manusia kepada keadilan Islam.
Nasuha anakku...nabi kita....
Nabi SAW telah menanam dalam hati para sahabat perasaan simpati, dan cinta yang mendalam kepada umat justeru itu, mereka sedia mengorbankan diri, harta, masa dan perasaan mereka...untuk agama dengan tidak berbelah bagi,dan asbab pengorbanan2 mereka itulah menjadi sumber hidayat seluruh alam dan kebaikan bagi manusia.
USAHA ATAS HATI PENTING???

Hati adalah mahkota pada badan.Sekiranya hati itu sihat, maka seluruh anggota badan akan turut sihat,sebaliknya jika hati itu sakit, maka seluruh anggota badan akan turut sakit.Ketenangan dan kebahagiaan tempatnya dalam hati manusia, bukan pada zahir manusia.Seseorang boleh menjadi raja dunia dengan memililki seluruh kekayaan bumi ini, tetapi aduhai! hatinya sentiasa berada dalam kesempitan dan dia masih berkeluh kesah walaupun harta melimpah ruah.
Sabda Nabi SAW:- Dalam badan manusia ada seketul daging.Jika baik daging ini, maka baiklah anggota manusia.Jika buruk daging ini maka buruklah anggota manusia.Daging ini ialah kalbu (hati).
Justeru itu,tiap-tiap nabi yang datang ke mukabumi ini,telah melakukan usaha ke atas hati-hati manusia.

Hai jiwa yang tenang
Kembalilah kepada Tuhanmu
dengan hati yang redha dan direhdai
Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hambaku
Dan masuklah kamu ke dalam Syurgaku (S89 A27-30)

MACAM MANA NAK UBAT HATI YANG SAKIT??

Diantara penawar-penawarnya:-
  1. Iman
  2. Solat
  3. Ilmu dan zikir
  4. Ikram
  5. Ikhlas
  6. Hidup Sederhana
  7. Suasana agama dalam rumahtangga
  8. Amalkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW
Emmm, terpaksa berhenti setakat ini dulu, sebab nasuha nak buang air besar, terjerit2 dia panggil  aku suruh ambilkan topi (penutup kepala), "Ibu!ibu! cepatlah ambilkan penutup kepala, nanti setan berak atas kepala nasuha nie.....,"sunnah nabi, alhamdulilah nasuha dah mula faham sikit2,mestilah dia selalu tengok ayahnya masuk tandas tutup kepala dan pakai alas kaki (selipar masuk tandas).

Sambung lagi,emm..... memang hati kita kena suntik dengan perkara2 di atas nie, supaya hati tu cantik, bersinar, dan tenang. Bila hati dah cantik maka mudahlah hati tersebut menerima kebaikan atau hidayat dari Allah.Kalau hati kotor, berkarat,susahlah hati nak menerima kebaikan, hidayat pun tak dapat nak "landing",huhuhu..., aku selalu mengucapkan kata2 ini didalam hati, ketika aku mengemas rumah, "Ya Allah, kau bersihkanlah hatiku ini, sebagaimana aku membersihkan rumahku dari sebarang kekotoran,kalau lantai rumah kotor dan berhabuk, aku akan bersihkan hari2,maka hati aku pun perlu dibersihkan hari2 juga dengan iman yang mantap, solat yang sempurna,zikir, al-quran dan amalan2 sunnah Nabi SAW, agar hatiku sentiasa tenang dan bercahaya seperti bulan purnama,"ameen.

Teringat dialog2 manis bersama suami yang dikasihi,(sebagai suntikan jazbah dalam diri)
Aku cakap,"sayang rasa, sayang nie tak layak untuk abang,?"
Abang cakap,"kenapalah pulak?"
Aku cakap,"abang nie layak dengan ustazah, hafizah, atau anak2 karkun je....sayang nie biasa2 je, takde keistimewaan pun"
Abang cakap,"Sayang...yang mengaturkan jodoh pertemuankan Allah, Dia lebih tahu siapa yang sesuai untuk abang dan sayang,walaupun dah ramai sangat orang carikan abang jodoh, anak karkun, anak syura, adik karkun, tapi Allah tak buka pintu hati abang, nak camne....mungkin juga ada amalan2 atau kebaikan yang Allah sangat suka dalam diri sayang, maka Allah temukan kita berdua, sayang tahu tak....dalam doa abang...abang hanya minta Allah berikan abang jodoh yang boleh menyokong, dan membantu abang dalam urusan kerja2 dakwah,suri hidup abang mestilah sanggup bersusah payah, dan sentiasa memahami tugas abang. Sayang tahu....tak, sayang yang dulu dengan sayang sekarang, banyak berubah...abang kagum dengan sayang,terlalu banyak perubahan yang ketara dalam diri sayang, walaupun abang tak banyak mentasykil sayang, tapi....sayang tahu apa yang sayang perlu buat......

Huhuhu, terharukan bila suami memuji kita, kembang semacam je,kihkih....hari ini hari ketiga abang keluar...tak mengapa alhamdulilah, aku tak perlu risau...sebab abang keluar untuk memperbaiki diri abang, untuk ajak manusia kepada kebaikan,untuk jalankan tugas2 dan kerja nabi....untuk fikir, risau dan bimbang sebagaimana fikir,risau dan bimbang Nabi SAW hingga akhir hayat,kerisauan nabi tak dapat dilepaskan...bukan risau umat sezamannya,tapi risau umat  pada zaman kita nie yang leka, lalai, dan asyik dengan kenikmatan2 dunia yang sementara.

Perancangan,moga Allah mudahkan,insyaAllah aku akan keluar khuruj masturat di semenanjung,bulan 5,minta doanya ye.... untuk Marina dan suami, Hj.Salehuddin Klewan.Tak dapat nak keluar di Kuching, sebab tak de orang nak jaga anak2 kami berdua.InsyaAllah moga Allah mudahkan segala urusan kami.Ameen!

"Mutiara Hikmah"
"Jika kita tidak mampu membuat kebaikan kepada orang lain, jangan kita menyusahkan mereka.Jika kita tidak mampu mengembirakan mereka, jangan kita mendukacitakan mereka, Jika kita tidak mampu memuji mereka, jangan pula kita mencela mereka."
Wassalam, kurangkan kontrovosi...tingkatkan iman dan amal, ketenangan yang hakiki pasti milik kita.

Aku masih belajar lagi dan lagi.....

8 comments:

  1. salam,,bagus betul coretan ni....memang berguna pd org mcm sy nie...

    p/sJemput ke blog saya,semoga saya dapat kongsi dengan kakak artikel berkaitan doa vs orang zalim di blog saya.

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum..

    Ni mesti tersenyum panjang abang Saleh kalau baca entri akak ni. Moga Allah muliakan keluarga akak sebagaimana Allah muliakan keluarga Ibrahim a.s.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum anak pendang,tenkiu ziarah blog akak,for info anak pendang,akak sebenarnya sudah lama mengikuti perkembangan blog anak pendang semenjak akak disemenanjung lagi,InsyaAllah lepas tok, kmk akan selalu tanga blog anak pendang, madah sarawak hehehe :)

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam,ustaz...hehehe abang Saleh tu memangg.... kalau dia baca senyumnya sampai ke telinga kihkih!!!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum w.b.t
    Salam perkenalan dr CS,
    Hmmm tersenyum bila baca perbualan suami isteri ni...bkn apa...ayat kita hmpir sama...[sgt sama]..CS pun selalu berdepan dgn rasa rendah diri mcm Marina...rsa mcm xlayak je dgn suami...tp Allah Maha Berkuasa..dia dh atur segalanya dgn cantik... =)

    ReplyDelete
  6. Waalaikumsalam....CS...
    Salam perkenalan dari Marina juga,hah...CS marina ada mengikuti perkembangan CS melalui blog Umu dan Ustaz Ishak,seronokkan walaupun tak bertentang mata...cuma berbual2 di alam maya je, rasenye macam dah kenal lame...cerita kita sama, hehehe alhamdulilah dapatlah kita2 nie membantu suami untuk menjalankan dakwah IllAllAH...InsyAllah ye CS...:)

    ReplyDelete
  7. Asalamualaikum marina, semoga tekun mengasuh anak.Insyaallah anak karkun mudah dibentuk kerana kita buat taklim dan mesyuarat harian.Biasakan anak bercakap masa mesyuarah supaya boleh bagi fikir. masa ni diaorg ckp entah apa apa.kalau ingat balik lucu.maklumlah budak kecil bagi fikir.kita kena sabar dan rajin melayan. Masa anak nenek tak pandai baca doa masuk tandas dulu, terjerit jerit dia suruh ajarkan pasal dah nak terkencing sangat.kita pun berlari lari dari ujung rumah,takut dia terkencing depan pintu tandas.he he he teringat....masa cepat berlalu...

    ReplyDelete
  8. Waalaikumsalam nek,alhamdulilah atas nasihat nek,sebenarnya menjadi suri dalam rumahtangga nie memang kadangkala meletihkan,tapi memang kena banyak sabarlah nek,hai tekak nie kadangkala sampai nak terkeluar hahaha,nasib takde darah tinggi kih!Kih,moga Allah mudahkan tugas saya sebagai ibu dalam rumahtangga,dan saya doakan nek juga ye,amin!!! ;)

    ReplyDelete