Thursday, July 28, 2011

Siapa Si Tempang Penghancur Kaabah???

Sejarah Awal Pembinaan Kaabah
Menurut riwayat Abu Al Walid Al Azraqi Rahimahullah dalam Kitabnya"Akhbar Makkah",Ka'ab Al Ahbar telah berkata:"Kaabah adalah buih yang terapung di atas air selama 40 tahun sebelum Allah SWT menjadikan langit dan bumi serta daripadanya dihamparkan kejadian bumi."

Pembinaan Kaabah telah melalui pelbagai peringkat antaranya:-
Pertama: Binaan Malaikat
Al Azraqi meriwayatkan dari Muhammad Al Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Al-Husain rahimahumullah bahawa beliau berkata,"Allah SWT berfirman kepada Malaikat: "Aku akan menjadikan khalifah di muka bumi."
Kemudian para malaikat pun menjawab,"Adakah Tuhan kami hendak menjadikan dibumi orang2 yang akan melakukan kerosakan?"
Setelah itu mereka merasa bersalah dan takut dimurkai Allah SWT lalu mereka bertawaf disekeliling Arasy untuk memohon ampun kepada Allah SWT.Kemudian Allah SWT menjadikan di bawah Arasy sebuah rumah iaitu "Bait Al Makmur" dan Allah SWT berfirman kepada malaikat agar bertawaf di rumah itu,dan bukan lagi di Arasy Allah.Kemudian Allah SWT telah mengutus para malaikat supaya membina Baitullah di bumi agar makhluk di bumi dapat melakukan tawaf sebagaimana makhluk di langit bertawaf di Bait Al Makmur.

Binaan Kaabah Nabi Adam
Al Azraqi meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa beliau berkata,"Semasa Adam a.s. diturunkan dari syurga dan sampai ke bumi,baginda telah berkata:
"Wahai Tuhan,mengapa aku tidak lagi mendengar suara malaikat?"
Allah SWT berfirman; "Semuannya kerana kesalahan engkau wahai Adam,"Kemudian Allah memerintahkan supaya baginda membina Kaabah dan bertawaf mengelilinginya sebagaimana mengelilingi Arasy,lalu Adam pun berjalan menuju ke tapak pembinaan Kaabah.Bumi dikecilkan oleh Allah SWT,dan tempoh perjalanannya menjadi pendek.Setiap tempat yang dipijak oleh Nabi Adam akan dijadikan oleh Allah SWT sebagai kawasan yang subur dan berpenghuni.Apabila sampai ke Makkah,malaikat Jibril a.s. memukul dengan sayapnya di tapak pembinaan Kaabah dan malaikat membawa batu kepadanya (Nabi Adam) untuk membina Kaabah.Bahan binaan terdiri daripada batu yang diambil daripada 5 Gunung,iaitu Gunung Lubnan,Tur Zaita,Tur Sina,Juudi dan Hira'.Sementara konkritnya pula dibuat daripada batu pejal hitam,kata Ibnu Abbas,"Adam adalah merupakan manusia pertama yang mengasaskan Al Bait (Kaabah).Baginda menunaikan solat serta bertawaf di situ."

Iman Asy Syafie rahimahullah meriwayatkan daripada Muhammad bin Ka'ab Al Qurazi katanya,"Sewaktu Adam a.s. menunaikan fardu haji baginda telah berjumpa dengan malaikat,mereka berkata kepadanya (Adam a.s.) "Sempurnakanlah haji engkau wahai Adam.Kami telah melakukan haji sebelum daripada engkau semenjak 2000 tahun yang lalu.

Kemusnahan Kaabah di Akhir Zaman
Terdapat hadis Rasullullah SAW yang mengesahkan bahawa Kaabah akan dimusnahkan pada akhir zaman nanti. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullullah SAW bersabda:
"Kaabah akan dimusnahkan oleh Zu As-Suwaiqatain (lelaki yang berkaki kurus) dari Habsyah (Ethiopia) (Riwayat Bukhari)
Manakala diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Seolah-olah aku dapat melihatnya,hitam dan berkaki pengkar (tempang),dia meruntuhkan batunya (Kaabah) satu demi satu." (Riwayat Bukhari)

Sumber rujukan daripada Ustaz Basit B. Abdul Rahman,Penulis Buku Kelebihan dan Sejarah Makkah Al-Mukarramah),Majalah Anis Bil.124,Disember 2007

Sekadar perkongsian melalui pembacaan moga dapat ambil iktibar,besok JUMAAT..penghulu segala hari, aku akan meninggalkan bumi Kuching selama 15 hari balik ke semenanjung,disebabkan suami pada bulan Ogos nie ade program Kembara Merdeka Ramadhan Daerah ke Daerah,surau ke surau(Sarawak) dan dikesempatan ini,Marina Ali serta Haji Salehuddin serta 2 da'ie kami mengucapkan kepada warga2 Bloggers...semua
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak,berlumba2 lah kita dalam mengerjakan ibadat pada bulan penyucian diri,banyak2kan zikir  Lailahaillallah,banyak2kan istighfar,banyak2kan doa meminta syurga Allah,dan juga banyak2kan doa meminta perlindungan dari neraka.

Satu syair berbunyi "Walaupun dibeban dengan segala kesibukan duniawi,Tetapi masih aku tidak lalai dari mengingatiMU.InsyaAllah sama2 kita doa,moga dapat hakikat kata2 syair ini.(Fadhilat Amal)


1 comment:

  1. teringat video di youtube,mereka dakwa ada video malaikat turun dan duduk di atas kaabah..betul ke???

    mungkin video itu hasil kecanggihan teknologi..

    ReplyDelete