Tuesday, October 25, 2011

Opps! I'm Waiting for The Call.....

Assalamualaikum....alhamdulillah dapat juga meluangkan sedikit masa untuk melakar apa yang ingin dikongsi bersama teman2,diam tak diam tak lama lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidiladha ur Hari Raya Korban...dan ketika ini jemaah haji yang telah dipilih khas oleh Allah masing2 akan berangkat ke Tanah Suci...masyaAllah! penyatuan yang menghimpunkan ratusan,bahkan jutaan manusia dalam seragam putih,sekaligus menerbitkan rasa cemburu,sayu dan kagum betapa hakikatnya kita nie semua adalah sama disisi Allah SWT,apa yang membezakan kita adalah takwa dan amalan kita...begitulah antara kata2 Nabi,baginda SAW yang kita kasihi dalam khutbah Widanya yang terakhir;

"Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah Allah,dirikanlah solat 5 waktu,berpuasalah dibulan Ramadhan,dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu,kerjakanlah ibadah Haji sekiranya kamu mampu,ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain,kamu semua adalah sama,tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.


Aku bersyukur kepada Allah SWT,kerana semasa pulang bercuti berhari raya di semenanjung tempohari,kami sempat mendaftar Haji di pejabat Tabung Haji di Muar,pendaftaran kali kedua buat suami dan ibu mertua Hajah Sawiah bt.Kiyat...dan kali pertama buat diriku yang serba lemah ini....rasa terharu sebab angka giliran untuk kami bertiga 2043....mak mentua tersenyum panjang dan penuh makna....abang kata mcm lucu la plak sbb kena tunggu 32 tahun lg....kata petugas tabung Haji,"Encik nanti kalau dah cukup perbelanjaannya,bolehlah buat surat rayuan,insyaAllah manalah tahu rezeki boleh pergi awal.":)

 Abang n Mak Mertua Haji 2005

Baru2 ini rakan setugas suami datang ke Kuching,disebabkan ada tugasan jabatan....dan cerita tentang bab haji menjadi topik perbualan mereka...kawan si suami nie dan isterinya sudah mendapat tawaran untuk menunaikan Haji,tetapi telah membuat penangguhan atas sebab2 tertentu,lalu abang pun memberi nasihat kepadanya pergilah sekirannya peluang dah datang,jgn bertangguh hanya dgn alasan kecil, bimbang nanti bila  kita dah bersedia...Allah beri ujian yg menyebabkan kita plak terpaksa tangguhkan hasrat.....termenung panjang si hamba Allah...mungkin memikirkan kata2 mendalam abang.

Teman2 yang dikasihi,percaya atau tidak,memang kebenarannya adalah peluang mengunjungi Tanah Suci adalah atas jemputan Allah,Jika belum sampai seru,ertinya Allah belum jemput bertamu,maka ada saja aral yang melintang,misalnya belanja belum cukup,sibuk,belum ada kelapangan masa.Mungkin juga kerana kesihatan tubuh badan yang terganggu.Emmm,hakikatnya tanpa panggilan Allah menjadi tetamuNya,sekalipun cukup belanja,lapang masa,sihat tubuh badan,maka seseorang itu belum terpilih untuk berkunjung ke sana.

Ada juga mereka yang tercicir dari senarai menjadi tetamu Allah bukan sebab tiada panggilan atau belum dijemput.Tetapi belum mahu dijemput,dengan memilih dan mencipta pelbagai alasan untuk membuat penangguhan.....alasan2 kecil yang biasa menlingkari kehidupan manusia hari ini....

Aku cukup kagum dengan kisah seorang sahabat suami si A(rakan seusaha),yang mana sepatutnya dia pergi menunaikan haji bersama ibunya dengan melalui package,si ibu telah niat utk sponsor kos si A utk menunaikan haji thn ini.  Tapi takdir Allah disaat membuat persediaan untuk pergi,si ibu jatuh sakit yang teruk, ini menjadikan si A jadi bingung, dia meluahkan perasaannya pada abang,dia menyatakan yg dia tak nak pergi haji menggunakan duit ibunya,takut adik beradik lain salah sangka...apatah lagi terlibat dengan usaha ini,perlu berhati2,lalu dia minta abang tolong ikhtiarkan utk menjualkan keretanya yang baru dibeli....alhamdulillah urusan berjalan dengan lancar,kereta dapat dijual,dan si A pergi atas biayai sendiri,hah! nielah maksudnya bahawa harta,diri dan masa bukanlah milik kita,Allah telah beli diri kita ini dengan ganjaran atau gantian Jannah,syurga  yang maha luas melebihi langit dan bumi...dan sememangnya tempat untuk rakan seusaha ini...sudah tersedia,cuma cara si A pergi dengan situasi yang berbeza,dan sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Ibadah Haji kesinambungan dengan ibadat qurban...atas keprihatinan yang ada dalam diri abang telah berpakat2 dengan mak dan adik beradiknya untuk melakukan ibadah korban pada tahun ini,dan diatas kesepakatan semua adik beradik,maka mak pun telah membeli lembu dengan harga RM3000,tinggal seekor je nie kak,dah takde lagi yang lain semua orang dah beli,kata sang penjual kepada mak mertuaku,dan mungkin nielah bahagian yang Allah pilih untuk kami semua.Lembu seekor dibahagikan kepada 7 bahagian,dan penyembelihan insyaAllah dibuat dirumah mak di Sg.rambai Muar....kami yang di Kuching mendoakan dari jauh sahaja.

Abang " Sayang tahun nie sayang punya bahagian untuk korban,abang mase menunaikan haji dulu dah buat korban di tanah suci,nie giliran sayang pulak ek.

Sayang,"Iye ke bang,ohhh!alhamdulilah tak sangka sayang,syukur pada Allah,thanks abang.....

Teringat kata2 Fikirlady Pahang,Humans not Power,but Allah is SUpEr PoWer,sebenarnya semenjak2 usai mendaftar haji ada rasa kelainan,yang tak boleh digambarkan,terasa lain jaszbahnya untuk meningkatkan iman dan amal,kata suami yang dikasihi banyak2kan doa,jaga2 amalan,InsyaAllah Allah akan mudahkan,....betapa rasa rendah diri ini,terasa malu untuk meminta menjadi TeTamuNya.....layak ke aku??.....Hanya Allah yang Maha Mengetahui...satu sasaran dan matlamat nak pergi dalam usia muda sebelum usia tua menjemput,nak pergi ketika sihat sebelum sakit datang bertandang,nak pergi ketika lapang ,sebelum sibuk datang menerjah dalam kehidupan.....Ya Allah mudahkan segala urusan dunia dan akhiratku,dan mudah2han semua jemaah Haji yang menunaikan Haji pada tahun ini akan mendapat Haji yang mabrur,Amin!Amin!Amin Ya Allah.

Waiting For The Call By Irfan Makki



Fadhilat dan Kelebihan Berqurban

1. Keampunan.-

Titisan darah qurban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu iaitu sebagai penebus dosa yang telah dilakukan.
‘Imran bin Hushain radhiallahu ‘anhushallallahu ...
‘alaihi wasallam bersabda kepada Sayyidatuna Fatimah radhiallahu ‘anha: meriwayatkan bahawa Rasulullah
Maksudnya: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.”
(Hadis riwayat al-Hakim)

2. Kebajikan (hasanah) yang dikurniakan kepada orang yang berqurban adalah sebanyak bulu binatang yang diqurbankan.
Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:
Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

3. Darah qurban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah subhanahu wa ta‘ala.
‘A’isyah radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban). Sesungguhnya binatang qurban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah qurban itu sebelum darah binatang qurban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah qurban kamu.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Hakim)

4. Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak.

Sabda Nabi Muhammad SAW (maksudnya): “Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada Hari Qiamat”.

“Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan.” (al-Hajj : 36-37)


Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
Maksudnya: “Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami”.(HR Ahmad dan Ibnu Majah)


"Sesungguhnya ya Allah hambamu ini terlalu hina disisiMu,terlalu banyak kezaliman yang telah aku lakukan....mudah2han ibabdat korbanku ini diterima disisimu ya Allah,aku tidak mengharapkan ganjaran2 yang Kau telah janjikan ya Allah,cuma aku mengharapkan ehsan dariMu,rehda dariMu serta secubit kasih sayang dan perhatian dari Mu ya Allah,"dan jadikanlah orang2 disekelilingku sentiasa bersangka baik terhadap diriku,dan aku juga sentiasa bersangka baik terhadap mereka.Amin!
( ayat utk diri sendiri dan teman2 boleh tumpang sama2 doa :)
P/s:Jom teman2 kita buat korban diri,harta,dan masa semata2 kerana Allah!

4 comments:

  1. bila dh ada niat utk ke sana, InsyaAllah, akan dipermudahkan....

    ReplyDelete
  2. terasa macam sy pun kena gi daftar haji dengan segera..

    pelik kan kat sana... walaupun susah dan payah, tapi masih rasa seronok...

    ReplyDelete
  3. kak Norsha,insyaAllah kak,akak dah pergi tentu seronokkan.

    ReplyDelete
  4. Tuan Fuad,kalau ade rezeki n kelapangan daftar cepat2...dan kita kena buat persediaan lebih awal,untuk menempah senarai jemputan Allah.InsyaAllah moga Allah mudahkan kita semua.

    ReplyDelete