Saturday, May 14, 2011

Sayyid Al Qurra (Penghulu Semua Qari,Namanya Harum Di Langit Allah)

 Alhamdulilah dapat juga mengupdated blog nie hehehe,bukan apa di tahap kemalasan datang bertimpa2...disebabkan sibuk dengan takaza2 rumah yang tak habis2...macam2 mahu dipolahnya...sedikit karkuzari minggu lepas taalim cuma 6 orang je,pakcik2 syura pulak semua pi semenanjung...mesyuarat Malaysia...majlis taalim wa taalum dihandle oleh anak tuan rumah -(syura Kuching) makcik Saadiah pun ikut suaminya terbang ke Semenanjung,Umu...kesian jugak tengok Umu walaupun pening2 disebabkan mabuk (mengandung),tetap semangat baca fadhail Amal....jeng2 tiba je bab fadhilat majlis "Ina, kitak muzakarah fadhilat majlis,kamek sik tahan pening pala,nanti kmk 6 perkara...boleh?..alahai Umu,kamek rase sik layak nak muzakarahkan ...sebab kmk sik khuruj lagi terasa banyak kekurangan (dalam hati huhuhu (*^*),namun disebabkan nak ikramkan Umu...aku sambut permintaan Umu..iyelah aku doa moga Allah bagi kelancaran dan mudah2han idea takkan putus...bagi aku ilmu aku terlalu sedikit n fakir.....jika dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Luas...dan Allah lebih mengetahui.



Seketika Melayan diri dengan Kisah Para Sahabah
# Bila aku baca bab kisah para Sahabat...huish .memang leleh je....tapi lelehan air mataku ini takkan sama lelehan air mata Ubay Bin Ka'ab Bin Qais....terkenal dengan julukan Sayyid Al-Qurra (Penghulu Semua Qari). Jom layan...cerita sahabah....
#Profil Ubay Bin Ka'ab Bin Qais
  • Warga Ansar daripada Suku Khazraj
  • Sebelum kedatangan Islam,Ubay adalah termasuk pendeta Yahudi yang banyak membaca kitab2 klasik.
  • Mengistiyarkan keislaman semasa Perjajian Aqabah Kedua
  • Tergolong dalam golongan awal menyahut seruan Islam
  • Menyertai peperangan Badar,Uhud siri2 peperangan yang disertai Rasulullah SAW
  • Termasuk perintis penulis wahyu dan surat2.
  • Termasuk golongan terkemuka dalam penghafalan Al Quran,membaca,dan memahami ayat2nya.
  • Termasuk 4 orang pengajar Al Quran yang hafiz dan mempunyai kodifikasi Al Quran pada zaman Rasulullah SAW
  • Wafat pada tahun 21 Hijrah
# Dikatakan pada suatu hari Rasulullah bertanya :" Hai Abu al Munzir,ayat manakah daripada Kitabullah yang teragung?" Ubay bin Ka'ab menjawab Allah dan Rasul-Nya lebih tahu."
# Nabi mengulangi sekali lagi lalu Ubay pun menjawab "Allah tiada tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Pengatur." (Surah Al-Baqarah 2:255) dan Rasulullah pun menepuk dadanya seraya berkata"Hai Abu al Munzir selamat bagimu atas ilmu yang kamu capai."
#Anas R.ha. berkata 4 orang  yang menghimpunkan al Quran pada zaman Rasullah SAW terdiri daripada golongan Ansar...mereka ialah Muaz bin Jabal,Ubay bin Ka'ab,Zaid bin Thabit dan Abu Zaid:-Riwayat Muslim,Kitab Kelebihan Para Sahabat2 R.a.,bab sebahagian daripada kelebihan Ubay bin Kaab dan segolongan daripada orang Ansar)

Namanya Harum di dada Langit
#Ketika Rasulullah SAW berkata kepada Ubay bin Ka'ab,"Wahai Ubay bin Ka'ab,saya dititahkan untuk menyampaikan al Quran kepadamu." Ubay tahu apa pun jua yang nabi kata itu adalah petunjuk wahyu,lalu dengan perasaan cemas dia bertanya."Wahai Rasulullah,ibu bapaku menjadi tebusanmu!,adakah kepadamu disebutkan namaku?",lalu Rasulullah pun menjawab,"Benar Ubay, namamu dan keturunanmu di tingkat tertinggi,lalu Ubay pun menangis....menangis rasa syukur...yang tidak terhingga....

Contohilah Ubay bin Ka'ab
# Apabila nabi wafat,Ubay sentiasa berusaha sehabis daya memikul amanah dakwah yang ditinggalkan (hah! yang ini macam tugas dan kerja2 yang dilakukan oleh suamiku..dan kawan2 bloggers ataupun yang bukan bloggers...hihihi tapi abang selalu cakap kat aku, abang belum mampu buat sehabis baik...takpe! bang sayang akan sentiasa ingatkan abang lagi dan lagi....hihi ambil peranan nak contoh macam sahabiah...
#Ayat power Ubay yang masyhur...."Selagi kita bersama Rasulullah, tujuan kita satu,tetapi setelah kita ditinggalkan oleh baginda,tujuan kita bermacam2, ada yang ke kiri, dan ada yang ke kanan,"huhu macam terkena batang hidung sendirilah pulak....muhasabah2
#Ayat power Ubay jugak...dalam penulisannya..."Sesungguhnya makanan manusia diumpamakan seperti dunia.Biar dikatakan makanan itu enak atau tidak,tetapi yang penting,menjadi apanya nanti (sekadar najis atau nutrisi yang baik untuk badan sebagai bekalan?"

Menangis setiapa kali berdamping dengan Al Quran (kalau kita berapa banyak airmata kita tumpah setiap kali baca Al Quran???...huhuhu takleh jawab maluu)
#Ubay.....airmatanya selalu mengalir setiap kali teringatkan ayat al Quran dan hari kiamat,setiap patah2 ayat al Quran yang didengarinya sangat menyentuh hati nuraninya,tangisannya tidak dapat dibendung setiap kali mendengar ayat yang berikut fiman Allah SWT yang bermaksud:-

"katakanlah:'Dia berkuasa mengirimkan seksaan kepada kalian, baik dari atas atau dari bawah kaki kalian,atau membaurkan kalian dalam satu golongan yang berpecah-pecah,dan ditimpakan kalian perbuatan kawanya sendiri!" (Surah al An'am 6:65)

Kerisauan dan fikir Ubay bin Ka'ab.....
Sentiasa bimbangkan umat Muhammad pada masa depan (kitalah golongan akhir zaman),beliau risau andai datangnya suatu generasi umat yang suka bergaduh (dah adapun),berbeza pendapat secara terkutuk dan mencela sesama sendiri.Tangisannya....menyentuh seribu keinsafan dalam hatiku.....beliau menangis dan sentiasa berdoa buat diri dan buat semua orang Islam hinggalah beliau wafat pada tahun 21 hijrah.

Begitulah sahabat2 Nabi,sebagaimana fikir dan risau nabi,begitulah juga kerisauan yang sama mereka rasakan,dan kitalah2 umat hari ini yang akan meneruskan kerja2 dan usaha yang ditinggalkan oleh mereka untuk disebarkan kepada umat seluruh alam...walaupun kita tidak sehebat seperti mereka,tapi sekurang2nya semangat dan teladan yang ditinggalkan akan menjadi peniup semangat buat kita semua....untuk hidupkan usaha atas iman....amin!Jazakallah....


Fikir dan risau abang,letih hati abang tengok kakitangan pejabat tak solat,apatah lagi anak2 buah yang dah tua2,perlu diusahakan nie, kalau tak menyesal tak sudah,usaha dalam pejabat perlu dilakukan!Go abang...sayang sentiasa bagi sokongan dan doa,mudah2han bantuan Allah akan datang.(di Kementerian Penerangan Kuching abang sorang je Tabligh,jadi usaha kena lebih...2 karkun dah ditransfer ke semenanjung),InsyaAllah.

6 comments:

  1. Assalamualaikum kak marina..
    tadi time taklim umu kena baca kitab, tiba part kisah sahabat dah buat umu menahan sedu..tengah menggagahkan diri menahan tangis sambil terus membaca, umu dah dengar beberapa masthurat dah sok sek sok sek menangis... waaa..terus umu x leh tahan..

    Bila kita faham macam mana pengorbanan para sahabat..insyaAllah, kita akan terus terkesan di hati dan ada semangat nak contoh sifat mereka > kalau x dapat tiru semua dapat sipi2 pun dah Alhamdulillah..moga Allah pilih kita :)

    *aik..kat sarawak pun ada masthurat nama umu ye? kirim salam ye..heheee

    ReplyDelete
  2. Tuan Ziarah 76,akan disampaikan salam tuan kepada suami.

    Umu...waalaikumsalam,alahai umu kita memang sama,bila bab baca n muzakarah tak leh nak cakap byk2 memang leleh entahlah sayu je hati,mudah2han kita dikurniakan sifat dan semangat seperti mereka (sahabat)...yg sentiasa berkobar2 memperjuangkan agama..ikhlas kerana Allah.

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum Kak Marina..

    Sama-sama azam untuk tiru-tiru kehidupan dan pengorbanan para sahabat r.anhum.. Sungguh mereka insan-insan terpilih yang sangat layak berada di zaman Nabi saw dan bersama2 dengan Nabi saw dalam menegakkan Islam..

    p/s: Saya ingatkan Umu di Semporna datang Sarawak tadi.. Kebetulan pulak Umu di Semporna pun sedang mengandung..ye dok?hehe.. (",)

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam Tuan Fuad,ye kita semua masih belajar lagi dan lagi,tiru2 diri para sahabat,terlalu banyak kekurangan diri kita,tapi...gagahkan jugak untuk tidak berputus asa dari rahmat Allah...usaha yang mengajar kita menjadi insan yang sebenar2 insan di sisi Allah,syukur sebab kita terpilih...untuk continue tugas2 dan usaha Nabi yang masih belum selesai..ye perjuangan yang belum selesai..

    Ye!hihi Umu dekat kuching nie pun mabuk2,ramai masturat tengah buat baby nie,rezeki2...

    ReplyDelete
  5. AsSalam ina...
    Membaca kisah para Sabahat sering buat menitis air mata... betapa semangat dan perjuangan mereka menyuntik keinsafan dalam diri..
    Thx ina berkongsi kisah Ubay Bin Ka'ab Bin Qais ra.. begitu bermanafaat alhamdulillah..

    ReplyDelete