Wednesday, June 15, 2011

Nusrah Jemaah Kuching & Karkuzari FikirLady Kuantan Pahang...Dalam Kenangan

Alhamdulilah syukur kepada Allah yang mengaturkan segala2nya untuk aku sekeluarga...,keletihan masa terasa...sebab baru sampai di Kuching semalam (Ahad 12hb Jun) pagi,berlepas dari Airpot Senai,Johor Bahru. Begitulah perancangan2 awal untuk khuruj bertukar menjadi nusrah...pertama kali bagi aku,tapi tercalit seribu kenangan manis yang akan kujadikan sebagai kayu pengukur untuk aku sampai bila2,moga2 apa yang aku kongsikan dicatatan kanvas blog ku ini...akan menaikkan jaszbah buat teman2 seperjuangan.InsyaAllah

Allah KHALIQ,Allah RAZZAQ,Allah MALIK....kita merancang, Allah yang menentukan.Kita rasa apa yang kita rancang itu yang terbaik,tapi sebenarnya banyak kelemahan dan ada hikmah disebaliknya.Sepatutnya aku sekeluarga berlepas dari Kuching,pada 27hb Mei,tapi disaat2 akhir flight kami dibatalkan,dipinda pada 28hb jam 730 pagi,huhuhu tak dapat kami untuk khuruj 3 hari,tak dapat untuk duduk dalam bayan hidayat,yang paling sayu tiket flight balik JB hangus RM430,guna waran kerajaan,,,,dari Kuching turun KLIA,dari KLIA turun ke JB(tambang sendiri),takpa2 Allah akan ganti yang lebih baik,itu je yang mampu kami fikir! Suami pun dok kata,"Niekan cuti sekolah ramai jemaah masturat keluar kita join je mana2 jemaah InsyaAllah,Allah akan mudahkan niat kita." itulah abang yang sentiasa cool dalam apa jua keadaan.

Karkuzari 30hb Mei 2011 (Nusrah Jemaah Kuching,Kuatan Pahang)
Pagi selepas sarapan aku dan suami mesyuarat,kami berbincang samaada nak nusrah jemaah di Terengganu atau nusrah jemaah yang keluar di Batu Pahat pada 4,5,dan 6hb Jun.Lalu akupun bagi pandangan kita nusrah je sekarang, sebab lepas nie nak ikram satu family dari Kuching yang turun bercuti ke Melaka pulak,akhirnya suami pun setuju,dan kami bergerak dari rumah sekitar jam 10.30 pagi,Begitulah kuasa Allah,kita merancang Allah yang menentukan,sistem GPS menunjukkan perjalanan ke Terengganu memakan masa 225 km, ketika tu kami baru je melepasi daerah Rompin,tiba2 terpacul dari mulut aku,"abang...kan jemaah Kuching ada keluar kat Kuantan,perjalanan kita ke Terengganu nie jauh,jadi kan molek kita join je dengan jemaah masturat Kuching nie,abang dan sayang pun dah kenal diaorangkan.

Reaksi abang,"Haha ek,bagus jugak pendapat sayang tu,tak terfikir pulak abang,"
Reaksi aku,(sebenarnya teman2 yang aku kasihi, aku bersyukur pada Allah kerana menyampaikan maksud keinginan aku,kerana sememangnya aku berhajat n bermunajat pada Allah SWT sebelum tu, untuk turut sama2 dalam jemaah masturat Kuching ini,tetapi disebabkan taat pada suami dan menghormati keinginanya,kupendamkan niatku itu dalam hati,Allah "Super Power",Humans Xero Power,memang benar,jangan minta pada makhluk,hatta dia suami kita sekalipun,mohonlah pada Allah,insyaAllah Allah akan tunaikan keinginan kita.Akhirnya dengan perasaan gembira dapat juga aku join dengan jemaah masturat Kuching.Lalalala hatiku berlagu riang,bersemangat seperti lagu Mawi dan Akhil Hayy dalam lagunya untuk Iman Muda Hambamu!Hehehe Tenkiu Allah!

Jemaah Masturat Kuching yang keluar di Kuantan disertai seramai 5 couple mereka ialah:-
1.Fikirlady Makcik Lovia Saadiah ahlia Haji Salleh (Syura Kuching)
2.Kak Asilah Haji Salleh Ahlia Nasir
3.Kak Dayang Nazlin Abang Shaari Ahlia Bahtiar
4.Kak Azida Rashidi Ahlia Dr.Ibrahim
5.Salasiah Ahlia Yusman
yang turut sama nusrah jemaah ini  akule Marina ahlia Haji Salehuddin Klewan,Kak Siti Zaiton (orang Kuantan sendiri ahlia Haji Rashid),dan disertai 2 orang alimah,iaitu Aisyah ahlia Ustaz Sabri, dan Nur Najihah Solehah ahlia Ustaz Rozi.

Rumah Pertama (rumah Makcik Salmah Ahlia AR.Haji Abdullah Satar bin Haji Teh)
Jemaah masturat Kuching bertolak pada 29hb Mei malam,perjalanan masturat sedikit terganggu disebabkan  sedikit masalah dimana beg suami Salasiah ahlia Yusman dan beg makcik Saadiah telah tersasar ke Kota Kinabalu,masyaAllah sedikit ujian,tetapi perjalanan tetap diteruskan jugak,orang Kuantan yang tinggi ikramnya telah menunggu mereka dilapangan Terbang KLIA,mereka semua sampai dirumah makcik Salmah betul2 ketika azan Subuh,emm...sudah pasti keletihan menjalar disegenap tubuh badan,aku pulak sampai pada jam 3.30 petang.

Sayang makcik Salmah.....tinggi Ikramnya,aku dapat rasakan yang keenam2 sifat sahabat itu telah meresap dalam jiwa makcik Salmah, dari segi kata2nya,ramahnya,sikap melayani tetamu masyaAllah...makcik Salmah sentiasa bersemangat dan kuat,walaupun usianya dalam 60 tahun lebih tetapi tenaganya seperti kekuatan 2 orang hamba,mungkin jugak asbad amalan sunnah yang diamalkan, dan bila waktu program...segala butir2 dan kata2 yang keluar dari mulut makcik Salmah seakan2 adenya ROH...sejuk...terus meresap kedalam jiwa aku,kata2 yang penuh jaszbah....masyaAllah....aku berasa bersyukur dapat duduk sekali dalan jemaah ini,jemaah yang penuh kasih sayang dan saling bantu membantu,tiada ungkapan kata yang sia2 keluar dari mulut kami,semua percakapan yang membesarkan kebesaran Allah dan sunnah nabi,yang paling best bila makan setalam dengan makcik Salmah....sampaikan buah tomatopun dijadikan cerita untuk dikaitkan dengan kebesaran Allah.itulah makcik Salmah,merupakan bekas arkitek wanita pertama di Pahang,kalau tak silap aku.info niepun aku perolehi dari FikirLady makcik Asma.

Nusrah Alimah Madrasah Bukit Setongkol 30hb Mei,Bayan lepas Asar
Petang 30hb Mei,ada bayan selepas Asar,kami dikunjungi pelajar2 Alimah Madrasah Bukit Setongkol.lebih kurang dalam 20 puluh orang,ini belum dicampur lagi dengan nusrah tetamu2 tempatan,MasyaAllah terpaku mata aku melihat anak2 gadis berserba hitam memakai purdah memasuki ruang tamu....penuh sehinggakan tiada ruang kosong kelihatan,datang untuk membesarkan kebesaran Allah,datang untuk mendapatkan rehda Allah....dalam hati terharu dan gembira....tidak terkata. Alimah yang paling muda berumur 11 tahun,datang kepada aku dan bersalam,"makcik terima kasih, dan doakan saya ye makcik,sewaktu mereka semua berangkat hendak pulang,aku pun menyahut salamnya,"InsyaAllah,adek memang pilih untuk jadi Alimah ke?",
adek comel menjawab." ye makcik, saye suka,mak dan ayah tak paksapun," MasyaAllah...hanya itu je ungkapan yang keluar dari mulutku....sambil tersenyum...dalam hati berkata," Bertuahnya si ibu dan si ayah,sedari kecil dah memakai purdah dan memilih agama Allah sebagai tujuan maksud hidupnya."

Anak Makcik Salmah rupa2nya Super SeniorKu Library Science N Management.
Rupa2nya kunjugan nusrahku ini,menemukan aku dengan super seniorku kak Sazanna,patutlah aku tengok susunan2 buku dirumahnya cukup teratur.....alkisahnya ambik course yang sama dengan aku rupanya.Seronok2 tak terkata.....di rumah makcik Salmah ya! Allah.... makanan mencurah2 Allah turunkan...sampaikan yang nusrah kami turut ditapaukan balik,sebab dah terlalu banyak makanan,tapi yang paling best sekali kami dihidangkan dengan masakan ikan Patin masak tempoyak,terima kasih banyak2 pada kak Siti Zaiton Ahlia Haji Rashid yang ikramkan kami dengan Patin masak tempoyaknya,semuannya Allah bagi sedap kak....tinggi sungguh sifat ikram orang2 Kuantan nie. Kami orang2 Kuching kena belajar dan tiru sifat mereka ini,sesekali terbayang2 kisah2 sahabah Nabi dalam bab mengikram tetamu....nielah yang patut kita belajar.....

Satu lagi peristiwa yang paling lucu yang aku tak dapat lupakan bila aku tasykil ahlia Datuk Mujahid,antara orang kenamaan Pahang,hari yang kedua datin datang nusrah jemaah kami, walaupun berpangkat datin,cukup low profile,memakai purdah,kagum betul....aku tengok....hehee tulah mak Love (panggilan makcik Saadiah) yang beriya2 nak aku tasykil datin tu,walhal aku pun sendiri pun tak tahu dia datin,kalau suami tak cerita,sampai la nie pun aku tak tahu,hehehe.Itulah usaha nie tidak kenal pangkat,harta maupun rupa,apa yang penting Allah nilai diri kita ini dengan iman.

Rumah Kedua FikirLady Makcik Asma panggilan manja Cik Me,ahlia Cikgu Jaafar (Syura Kuantan)
Kami semua bergerak pada hari Rabu pagi untuk route seterusnya rumah makcik Asma,sewaktu hendak berangkat suasana penuh sayu di rumah makcik Salmah,kami bersalamsalaman,hingga menitiskan airmata,asbad keluar dijalan Allah maka kami bertemu dan juga berpisah kerana Allah,Terima kasih yang tidak terhingga buat pasangan Haji Satar dan Makcik Salmah,hanya Allah yang boleh membalas kebaikan dan pengorbanan pakcik dan makcik kerana melapangkan masa untuk menerima jemaah,Ya Allah! Kau berkatilah keluarga ini dunia dan akhirat.Amin!

Kalau di rumah makcik Salmah masyaAllah nikmat makanan yang Allah bagi mencurah2,tapi dirumah makcik Asma pulak lain ceritanya...cikgu Jaafar dan makcik Asma tidak berapa sihat,jadi disinilah jemaah masturat Kuching memainkan peranan, ambik fikir,Syukurlah walaupun dalam keadaan tidak sihat Allah SWT telah pilih makcik Asma dan cikgu Jaafar untuk menerima jemaah,MasyaAllah....sebenarnya aku berasa beruntung sekali dapat jumpa dengan makcik Asma,sebab mereka suami isteri telah Allah pilih mereka membuat pengorbanan ke jalan Allah ke negara2 jauh,jadi banyaklah pesanan2 yang aku perolehi dari seorang FIKIRLADY yang banyak pengalaman,yang mana diwajahnya tersingkap penuh kerisauan...

Karkuzari Negara Jauh...oleh Makcik Asma,dan Kak Suraya ahlia Mustapa Ajis
(Sri Lanka,Menam Chao Pharya Thailad,Bangkok,United Kingdhom,dan Makkah)
Menurut makcik Asma,bercerita tentang pengalamannya ketika keluar di Sri Lanka,jemaah masturat  Sri Lanka sangat2 josh,kita pun tak leh nak follow dia,bayangkan rumah yang menerima jemaah tidak dibenarkan masak untuk jemaah,kalau nak masak tak boleh terima jemaah,yang ambik fikir untuk masak adalah jemaah disekitar mahalah tersebut.Tuan rumah hanya sediakan tempat timggal sahaja.

Bila jemaah masturat kita tanya suami anda mana? mereka akan jawab suami keluar seumur hidup masyaAllah,mereka akan balik waktu ade kecemasan sahaja,kita di Malaysia macam langit dengan bumi....mujahadahnya mereka.

Pengalaman keluar di Menan Chao Pharaya Thailand,kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh makcik Asma,katanya...bayangkan nak menuju rumah yang kita nak menginap tu akan melalui titian yang mana dibawahnya sungai yang kotor,titian yang tidak berpaku boleh diangkat2 oleh pendayung2 sampan sungai,masyaAllah....semakin dipijak akan melendot papannya,takut tak usah dicakap kata makcik Asma,dahlah sorang2 nak imbang badan lagi,suami dibelakang menjerit2,jalan2 je terus jangan pandang2 bawah. begitulah cabaran bila keluar di jalan Allah,tapi cabaran2 ini tidaklah sehebat mana cabaran yang dihadapi oleh para sahabat dan sahabiah......banyak yang kita kena belajar lagi dan lagi.

Pengalaman Kak Suraya ahlia Mustapa Ajis, United Kingdhom
Kak Su panggilan mesra,alhamdulilah muda2 lagi Allah dah pilih dia dan suami untuk keluar ke negara jauh United Kingdhom....tak silap aku tahun lepas,menurut karkuzari dari kak Su tentang pengalamannya...ketika keluar....terutamanya tentang bab nusrah orang tempatan di sana...masyaAllah...kalau datangnya berduyun2 untuk duduk sama2 dalam program...sehinggakan kasut mereka yang datang seperti bukit, takde satu ruangpun dalam rumah yang kosong,hatta kat tangga, dan paling melucukan depan bilik air pun penuh dengan orang yang nusrah,disebabkan terlalu ramai yang nusrah,maka orang laki yang nak bagi bayan pun sampai guna walkie talkie, cakap dalam kereta dekat luar rumah,masyaAllah.mereka nie kebanyakannya orang Pakistan, India dan Bangladesh yang bermaustatin di luar negara.Sudah tentu Allah SWT pilih mereka ini,kerana mereka adalah bangsa yang tahan lasak dan mujahadah mereka dalam agama nie cukup tinggi,nak dibandingkan kita orang Malaysia......jauh sekali.

Nusrahku dengan jemaah Kuching berakhir pada pagi Khamis 2hb Jun 2011,kami bertolak selepas bayan subuh oleh suami dan sarapan pagi.Sayu sebenarnya nak meninggalkan jemaah nie......selama 3 hari banyak perkara baru aku yang aku tahu dan pelajari....perkara2 tentang agama itu satu bab,tapi yang paling penting keakraban dan kasih sayang telah wujud dalam hati aku dengan rakan2 sejemaah...doaku moga kakak2,dan makcik2 semua, serta aku akan sentiasa istiqamah dalam usaha ini,belajar2 untuk menjadi umat yang terbaik,belajar2 untuk mengislah diri lagi dan lagi,belajar2 memperbaiki niat dan akhlak,belajar2 untuk belajar mengikram orang lain sebagaimana sifat ikramnya para sahabat.Aku pasti jika hari ini kita faham dan mengamalkan apa yang tersurat dan tersiratnya dalam 6 sifat sahabat itu....sudah semestinya kita menjalani kehidupan ini dengan penuh ketakwaan dan sentiasa bersemangat dan ghairah untuk mengamalkan apa yang Allah perintah dan meninggalkan apa yang Allah larang,sebagai umat akhir zaman hanya dengan mencontohi kehidupan Nabi SAW dari segi surah,sirah dan sarirahnya..akan menjadi asbad kejayaan untuk kita dunia dan akhirat.insyaAllah sama2 kita doa ye.Amin!

Buat fikirlady Makcik Asma dan Pakcik, Cikgu Jaafar (sakit asbad strok),marina doakan pakcik dan makcik sihat seperti sediakala,marina kagum dengan semangat pakcik dan makcik walaupun dalam keadaan tidak sihat,masih bertenaga untuk menyambut takaza agama....sayu hati meninggalkan bumi Kuantan,Pahang...pada marina nusrah ini sungguh bermakna,Allah telah mendidik marina memakai purdah sebelum keluar di jalan Allah,Allah mendidik marina untuk cuba istiqamah apa yang diperintahkan....ye marina banyak belajar,walaupun banyak kelemahan dalam setiap tindakan,Allah kirimkan Haji Salehuddin untuk membimbing marina yang satu ketika dulu ...marina nie seorang insan yang cukup jahil....Terima Kasih Allah! kerana menemukan marina dengan insan2 yang ade fikir dan risau atas ummat ini.

Buat teman2 sejemaah Kak Lin ahlia Bahtiar,kak Azie ahlia Dr.Ibrahim,kak Asilah ahlia Nasir,makcik Saadiah ahlia Haji Salleh,terima kasih yang tidak terhingga ye...marina ucapkan buat kalian, n yang paling istimewa Salasiah  ahlia Yusman dan Umu Hanisah Md.Nor ahlia Ustaz Ishak,terima kasih jugak segala ilmu yang dicurahkan...segala pesanan2 keramat tu akan dingat selalu buat pedoman untuk khuruj yang akan datang ,InsyaAllah.Moga Allah SWT sentiasa memelihara dan memberkati kalian  di dunia dan akhirat.Amin!

Buat adikku Khairul yang keluar 2 bulan jalan Allah di Melaka ,kak Long harap usaha nie akan memberi pengertian yang mendalam bagi diri Khairul,belajar membetulkan akhlak dan niat supaya diri kita ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang lain, n satu hari nanti akan menjadi engineer Daie yang berjiwa murrabi.....serta istiqamah dalam usaha ini hingga akhir hayat.Amin!

Semasa perjalanan pulang,dalam kereta suami sempat mengusik...."Hai macam dilanggar todak je dalam kereta nie,soyap je," sayang sedih ek....

Aku pun menjawab,"iye sedih,sayu n ntah apa2 lagi,jiwa sayang tengah kacau nie hehehe,hari yang meletihkan sampai di rumah ambik anak2 di rumah mak terus bergegas ke Melaka,nak ikram satu family dari Kuching yang datang bercuti ke Melaka,kira2nya suami sebagai pemandu pelancong,yang ini tak payah nak dihuraikan dengan detail,biarlah hanya gambar2 sahaja yang bercerita.Jazakallah!pada semua yang membaca karkuzari ini,moga dapat manfaat. Bagi menyemarakkan jaszbah dalam diri tapi  takle terjosh sangat cover2 sikit le nie,jom kita layan lagu Mawi dan Akil Hayy,tema lagu Iman Muda HambaMU...nak real lagi tonton videoclipnya kat youtube...ek!

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah

~~Gambar Cuti2 dMelaka n Balik Kampung Tok Mak Sg.Rambai Muar n Tenggaroh Mersing~~

kid'z art 'N fun zone AeoN Jusco Melaka,masuk RM8 ,main sampai penat no limit

 "Aii macamne budak nie bole masuk dalam gambar kita dek,huhu!

 Hai Ibu! sempat juga berposing ish!ish!

Bila bawa anak2 bercuti nie kopaklah duit ibu huhuhu!

Ayah,Nasuha n adek berposing dengan beca,lepas tu kitaorang naik,pusing2 sambil dengar lagu Hindustan,beca2 nie siap dipasang radio lagi tu!

Adek merajuk tak dapat duduk dengan ibu,sesekali mengalah ye dek hihi!

Di Kg.tok mak Sg.Rambai Muar,Nasuha sungguh2 menarik basikal,budak botak nie memang tiap2 bulan cukur botak sedari umurnya 7 hari lagi sampai la nie,ala2 macam Mawilah pulok...

Halaman yang luas,senang cucu2 bermain, nak terlentang ke, nak tergolek ke tadek siapa yang kisah

Rumah tok mak Felda Tenggaroh,melayan cucu2nya tengok pokok lada dalam polibag hitam

Halaman rumah yang bersih dan luas,memberikan ketenangan minda dan mata...

Si Cilik Pink "Dakwahkan Kebesaran Allah dan Sunnah Nabi SAW....sebarkan ia ke seluruh alam...

Dalam Flight balik ke Kuching,adek keletihan Nasuha pulak asyik dengan BEN 10nye


Alhamdulilah,selamat mendarat kembali di bumi Kuching...Meow2

Menunggu pakcik teksi yang kami dah pajak awal2 lagi menjemput kami di airpot,emm..pergi tak banyak,sekali balik berkotak2 

Sekian,karkuzarinya Jazakallah!

14 comments:

  1. masyaallah.. jemaah akak rupenyer jemaah dari kucing tu..

    tapi saya tak dapat datang..

    akak ader g pekan x?

    ReplyDelete
  2. takdelah ahlia teet, pagi khamis akak dah balik lepas bayan n sarapan pagi, mungkin member sejemaah ade pergi kot, dalam mase yang sama ade jemaah masturat Sri Lanka jugak keluar di Kuantan.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak marina..
    hehee..umu datang sini akak ada bau masakan ikan masin terubuk umu x?uhukk...jazakillah kak ye atas titipan dari Sarawak..sampaikan ucapan terima kasih banyakkkkk-banyakkk pada abg saleh gak.. =)
    Ari tu time umu kuar 10h, abah pn kuar masthurat 10h juga di Mersing Johor. Umu ingatkan akak ada nusrah ke sana. Kalau x, dapat jumpa masthurat2 dari Gemas..hehee.
    Bestnye baca karkuzari akak. Umunye karkuzari ni x siap2 lagi. Perasan sibuk je ni..huhuu..

    kak..doakan umu juga eh. Semoga setiap kali khuruj dan nusrah kita, bakal memberikan 1001 ikhtibar dan pengalaman yang berguna untuk diri, agama dan ummat. Allahumaa amin.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam,Umu
    oh!abah umu keluar kat Mersing ye,itulah abang Saleh ade cakap jugak ade jemaah masturat dari Gemas keluar 10 hari,agak2nye abah umu ade route jugak di Tenggaroh kot,sebab menurut karkuzari seorang karkun Tenggaroh ade jemaah 10 hari route di Felda Tenggaroh 6,pada mulanya macam nak nusrah di Mersing,tetapi memandangkan abang Saleh kurang kenal,seganlah pulak dia kata,padahal perjalanan kami melintasi mersing menuju ke Kuatan,nampaknya takde rezeki jumpa ngan Pak Nor n mak alang ye,

    Akak pun tengah excited menanti karkuzari Kundasang dari Umu...dapat tengok gambar2nye macam kat Cameron Highlands je ek,siap ade buah strawberry tu,jelesnya hehehe,iye Umu akak sentiasa mendoakan mereka2 yang dalam usaha ini agar kekal istiqamah dah menjaga tertib usaha,agar diri kita menjadi manfaat kepada orang lain,insyaAllah.Amin!

    ReplyDelete
  5. kak.. saya baru baca sampai habes.

    rase nk nangis jer bc cter akak nie.. pasal penglaman cik me dan sume..

    saya penah g jgk tklim mingguan kt umah cik me tu.

    rindu nk g nusrah lagi.. moga Allah sentiasa pilih saya utk wat kje nie smpai akhir hayat..

    doa utk saya yer kak..

    ReplyDelete
  6. Allah! ye ahlia Teettt...akak yang tulis nie pun nak nangis rasanya...usaha ini tidak perlu perlantikan daripada Allah,hanya dengan kefahaman yang Allah bagi maka kita sambut usaha nie dengan penuh kerelaan sebab kita sayang Allah dan Nabi...

    iye sama2 kita doa ye,jangan jemu2...Allahumaa amin

    kalau pi taalim di rumah cik Me,sampaikan salam sayang n rindu dari akak untuk dia ye!

    ReplyDelete
  7. wah...
    dahsyat la depa semua nie...
    semoga Allah terima pengurbanan kalian semua..

    p/s:Salam,mashaAllah,coretan yang menarik,
    Tuan blog,saya menjemput puan untuk memberikan pandangan terhadap artikel yang di tulis oleh saya.Semoga Allah swt memberikan kebaikan kepada puan.

    ReplyDelete
  8. Jazakallah atas jemputan ke blog APK,insyaAllah akan diusahakan kelapangannya menjengah serta mencoret sedikit catatan dari akak yang masih banyak nak belajar dalam usaha ini.

    ReplyDelete
  9. menarik perkongsian pengalaman ni.. naik jazbah saya nak buat usaha agama.. syukran ye kak marina... semoga terus kekal dalam usaha yg mulia ni.. doa2kan sy ye.. (",)

    ReplyDelete
  10. Ye syukran Tuan Fuad,terima kasih atas doanya,sama2 kita doa moga hidayat yang Allah berikan pada kita untuk laksanakan kerja2 kenabian ini akan kekal sampai bila2 hgg kita kembali pada Allah.Allahumaa amin!

    ReplyDelete
  11. MasyaAllah... bila la akak nk smpai ke tahap fikirlady ni. bagus sekali karkuzari marina.. dtg jazbah!

    ReplyDelete
  12. Salam Marina,
    baru semalam jumpa makcik Asma kat rumahnya, ada program taklim mingguan masturat kat sana...

    ReplyDelete
  13. salam kak,iye ke kak,MashaAllah...marina rindu dgn dialah,rindu ngn setiap kata2 makcim Asma,kak orang Kuantan ke?

    ReplyDelete
  14. assalam kak. suka alu kmk baca entry ktk nok tok eh. asa mok nangis jak baca. lebih2 gik karkuzari sal jemaah masturat d sri lanka sia. jazbah nya sidak eh. doa utk kmk kak,hehe

    ReplyDelete