Friday, September 30, 2011

Aku dan "Open House"....IkRam Jiran2 & Rakan SeUsaha...

Alhamdulilah syukur pada Allah SWT,kerana telah memudahkan segala urusan sepanjang kami mengadakan rumah terbuka pada 24 dan 25 yang lalu,sebenarnya rumah terbuka kami dibuat pada 24hb,tetapi memandangkan ade teman seusaha yang tidak dapat datang pada 24hb,maka dengan lapang hati kami lanjutkan rumah terbuka kami untuk teman2 seusaha pada 25hb malam selepas isyak,kebetulan markaz diKucing menerima jemaah dari Thailand yang baru sampai lebih kurang 6 orang.Moga Allah mudahkan segala perjalanan khuruj mereka semua.Ameen!

Kami rasa bersyukur yang tidak terhingga sebab dapat menjamu jiran2 serta rakan2 seusaha dengan menu semenanjung,setelah bermesyuarat dengan suami,maka menu yang kami hidangkan adalah Soto Nasi,Laksa Penang,dan Sate.Almaklumlah tekak dan selera selepas hari raya nie nakkan yang berkuah...yang pasti mengundang selera para tetamu,yang mana orang Kuching juga sangat teruja dengan Soto dan Laksa.


 Bahan2 untuk Soto Nasi

 Hah! Kuah Soto Satu Periuk Besor,leh makan untuk 60 orang hehehe
12 pack rempah soto Nazuha,bawang2 macam biasa,halia,serai,tulang lembu dalam 6 ketul,kaki2 ayam,n tulang2 ayam....fuh! mavelous (puji diri sendirila nie wek!:)

Sememangnya semenjak tidak menjual tudung labuh lagi, aku telah mengambil peluang menjual rempah Soto jenama Nazuha,n Rempah Mee Bandung,n alhamdulilah mendapat sambutan yang hangat....dalam sibuk melayan tetamu terlupak pulak nak ambil gambar tetamu....langsung tak teringat....hanya gambar sebelum persiapan majlis sempat disnap!hehehe

 susun atur oleh ayah

 Makanan dah siap tunggu tetamu je...


Hah yang nie mestilah tempat orang pompuan...

Tak lupak jugak nak ucapkan bebanyak terima kasih pada Encik Nasarudin dan isteri Puan Norasekin..yang tolong orderkan sate kat Astana....sampai hantarkan kerumah lagik,MasyaAllah moga Allah balas kebaikan tuan dan isteri...Jazakillah Khairan Kathira.

Aku bersyukur jugak sesangat sebab dibantu oleh adekku ain yang diterbangkan khas dari semenanjung untuk bantu menjayakan majlis rumah terbuka ini.Tenkiu Mok Teh...kesian Mok Teh....kih!Kih!

 Ayah belanja makan..menghargai ibu dan mok teh,takpelah ayah ibu buat kerana Allah,hik!hik! once ayah dah belanja kami berdua redha je...

Bila usai majlis....sebenarnya satu kelegaan....alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar....yup...ramai tetamu mengatakan sedap owh soto n laksa (Allah yang bagi sedap semuanya)...ade tetamu kecil kami,anak staf suami...makan sampai 3 kali.."Nang nyaman,nang nyaman," Encik Saleh boleh tempah ka? Suami menjawab,aukla bole jak...."

Soto Nasi dilawan dengan sambal kicap,makan panas2 memang berpeluh say,ade tetamu Karkun yang dikenali sebagai Aba,tukang masak Markaz,bila ade Johr atau jemaah luar datang khuruj.....dialah Chefnya untuk markaz dikuching....makan laksa Penang sampai 3 kali tambah berpeluh2 tu.....kelakarnya bila dengar karkuzari dari suami gelagat tetamu2 yang datang...hik!hik.

Hah! Laksa Penang mahu tak nyaman.....6 kilo ikan kembung,bukan yang kecik2 yang besor2 tu.....kuahnya pekat....semuannya lengkap dengan daun kesum n bunga kantan....memanglah menyelerakan....untuk kepuasan tetamu...(bab ikram tetamu memang amalan yang sangat dititikberatkan oleh suami).

Buat Dadih juga,kebetulan tadika nasuha ada majlis ramah tamah (di Sarawak tak panggil Open House,dipanggil Majlis ramah Tamah),jadi aku sumbangkan Dadih untuk anak2 Tadika Anakku Sayang.(tadika syura Kuching)

 Dadih perisa Mangga

Dadih perisa coklat

Dadih yang aku buat lebih kurang 200 cup dadih,bukan apa dapatlah tetamu bawa balik Dadih sebagai ole2 untuk keluarga ,(ikram lagi).....selalu cakap dalam diri nak belajar2 sifat Ikram macam sahabat.InsyaAllah.

Alhamdulilah disebabkan makhluk (Rumah yang Allah bagi pinjam nie besar dan selesa),maka ruang makan untuk tetamu dapatlah kami aturkan kepada 2 bahagian...satu ruang untuk lelaki n satu ruang lagi untuk wanita.MasyaAllah....kaum wanita mestilah selesa untuk menjamu selera coz tak bercampur dengan lelaki.

Begitulah agama nie cukup mudah jika kita faham syariatnya semua tak jadi masalahkan,tahu apa yang patut kita lakukan n tahu apa yang patut kita tinggalkan.

 kawan2 Nasuha,Zafran,dan Apiq,semenjak dah bercampur dgn orang Sarawak,Nasuha pun dah pandai kelaka Sarawak....

Dalam pada itu sehari selepas majlis....ayah Nasuha kesian sangat melihat ibu dan Mok Tehnya...berpenat lelah membasuh periuk belanga....jeng!jeng ayah cakap,"Oklah malam nie sayang tak payah masak ek,abang belanja sayang makan.....",Ibu cakap "iye ke alhamdulilah......" Itulah suami tersayang yang cukup memahami,cukup tolenrasi...n selalu mengamalkan sikap bermesyuarat dari sekecil2 perkara sampailah yang besar2, amalan dalam rumahtangga kami...InsyaAllah banyak kesan dan hikmahnya.

 Ayah yang cukup sporting...tapi cukup tegas dan teliti dalam sesuatu perkara..kadang2 ibu pun kena marah,hik!hik marah2 sayang...

Wokeh!diam,tak diam nie tahun ke 2 kami mengadakan rumah terbuka,tahun lepas kami buat kecik2 sahaja,tapi tahun ini jemputan agak ramai....tapi oklah,oknya apa coz,sentiasa mohon pada Allah agar mudahkan perjalanan majlis kami....Tenkiu Allah!,buat teman2 seusaha,jiran2,pokcik2 surau yang sudi hadir...terima kasih banyak2,kehadiran kalian ke teratak kami amat mengembirakan kami,sesungguhnya kalian juga sangat2 mengikramkan kami.

 Sekian,tamat dah Karkuzarinya.

 "Sesungguhnya kami berkasih sayang kerana Allah SWT,dan akan berpisah juga pada satu hari nanti kerana Allah SWT.Hehe dah merancang untuk anak yang ketiga nie...jeng2 Abu Ubaidah ur Mohammad Abdullah Fahmi? Moga Allah mudahkan,InsyaAllah..
 

12 comments:

  1. Insyaallah nanti bleh kluar masturat kat umah ni...

    ReplyDelete
  2. wah, bestnya....nape tk jemput? tapi kalau jemputpun, mesti tak mai punya....

    ReplyDelete
  3. Assamualaikum w.b.t
    kak marina...waaaa....terigin pula nk g umah terbuka akk..mcm best je kan? hmmm sy pun mmg plan nk wat mcm akk..tp keadaan rumah lum mengizinkan...InsyaAllah tahun depan...nk membetulkan yg biasa,& membiasakan yg betul...kita yg dh faham (sikit2 dgn izin Allah) ni la yg kena muulakan...rumah terbuka xsalah, tp yg salah pergaulan terbuka..ye x? :)))) kalau kami g sarawak, agak2 sudi x jemput kami ke rumah akk? hihihi..gurau je ...~~~

    ReplyDelete
  4. Ustaz Zaid,InsyaAllah sentiasa melapangkan hati diri,harta dan masa kerana Allah...menunggu route dari Allah je nie....insyaAllah...doakan saya dan suami ye.

    ReplyDelete
  5. Kak Norsha...hehehe mailah datang Kuching..ina doakan akak dapat keluar masturat di Kuching ek.

    ReplyDelete
  6. Waalaikumsalam wbt,CS...takpe pelan2...CS nak datang Sarawak...datanglah umah akak,sentiasa terbuka,eh2 tutup jugak bila orang bagi salam baru buka...hehehe,kalau nak jalan2 Sarawak jgn lupa khabaq tau,insyaAllah cuba sedaya upaya ikram CS dan Suami....:)

    ReplyDelete
  7. wah.bestnya.
    besar juga ruang tamu eh.
    rasanya tengok dari luar nampak biasa2 ja.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulilah,bole keluar masturat...eh Tuan Ismi dah tgk ke rumah kami..ke?

    ReplyDelete
  9. Assalamu'alaikum.

    Open house yang meriah. Alhamdulillah tahniah gembira kami dengar akak dengan Abang Salleh dah nak masuk tiga.

    ReplyDelete
  10. rumah terbuka ini nampaknya bukan sahaja menyebabkan tetamu datang bertandang, tetapi barang besar kemungkinan rahmat Allah juga turut sama bertandang..

    p/s:sampai sekarang sy masih tak berjaya buat dadih tanpa guna paket segera.. selalu bila buat cara tradisional, rasa macam makan agar2 dan bukan macam makan dadih.. hurm...

    ReplyDelete
  11. Waalaikumsalam Ustaz....insyaAllah kami suami isteri menyahut seruan ustaz dan Umu...hehehe,jeles jugak....Ustaz dan Umu tak lama lagi mendapat cahayamata...kami ondway...

    ReplyDelete
  12. Tuan Fuad,menjemput tetamu datang ke ruma nie banyak bawa kebaikan...buat dadih hehehe guna serbuk dadih segera je..jenama HAPPY GRASS,yg penting halal..ikut instruction dibelakang plastiknya,ikut sukatannya betul2,InsyaAllah Allah akan mudahkan....dah siap bole makan dgn isteri dan anak2.

    ReplyDelete