Tuesday, April 3, 2012

PerGiNya Seorang Sahabat....RosMaria Ishak

Segala Puji Bagi Allah SWT....yang mengaturkan,dan menetapkan setiap ketentuan untuk hamba2nya....siapalah kita untuk menyangkal takdir Allah SWT,sedangkan kita hamba yang tak berdaya dan terlalu lemah,Rosmaria Ishak sahabat sefaculty mase aku menuntut di UiTM,Shah Alam telah kembali ke rahmatullah...terlibat dalam kemalangan maut,ketika perjalanan menuju ke tempat kerja dan sepanjang aku mengenali Maria,orangnya cukup lembut dan bersopan santun.....walaupun aku tak berapa rapat dengannya.


 "RosMaria Ishak dalam Kenangan"

Fakulti Pengajian Maklumat (skrg dah jadi Fact. Pengurusan Maklumat), ambil course yg sama - Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat (IS220)
 
 

Kakitangan Institut Latihan Maut Kereta Bertembung

NIBONG TEBAL – Seorang kakitangan Institut Latihan Perda Tech di sini maut apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain di Jalan Bukit Jawi Golf Resort dekat sini hari ini.

Dalam kemalangan pukul 8 pagi ini, Rosmaria Ishak, 37, yang bertugas sebagai Pembantu Perpustakaan mati di tempat kejadian akibat tersepit dalam keretanya jenis Perodua Viva.
Pemandu sebuah lagi kereta iaitu Proton Satria, Mohd. Zaidi Hashim, 38, cedera parah setelah melecur sebanyak 60 peratus selepas keretanya itu turut terbakar.
Mangsa kini dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di Bukit Mertajam dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, dalam kejadian itu, Rosmaria dalam perjalanan dari rumahnya di Jalan Sungai Bakap ke tempat kerjanya di Bukit Panchor dekat sini.
Katanya, siasatan awal mendapati kereta Proton Satria itu telah hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

“Kemalangan itu menyebabkan Rosmaria tersepit dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayatnya terpaksa dikeluarkan oleh pasukan anggota Bomba dan Penyelamat,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah SPS di sini hari ini.

Shafien berkata, mayat Rosmaria dihantar ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk bedah siasat.
Sementara itu, suami mangsa, Mohd. Khuzairi Zaini, 35, berkata, isterinya sempat berpesan supaya menguruskan dan menghantar anak ke sekolah sebelum keluar rumah pukul 7 pagi.
“Saya mendapat tahu isteri kemalangan setelah dihubungi oleh polis pagi ini,” katanya ketika ditemui di HSB di sini.

Katanya, jenazah Rosmaria akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Perak petang ini.
Allahyarham meninggalkan tiga anak perempuan berusia tujuh bulan, enam dan sembilan tahun.


" Hati kecilku tersentap....apabila mengetahui permergian sahabatku itu,dan sayu hingga menitiskan airmata....apatah lagi arwah meninggalkan baby berusia 7 bulan,tak semena2 naluri keibuan yang ada meremberskan airmataku yang berjurai2......Maria kau telah menemui PenciptaMU Allah Aza Wajala,moga rohmu dicucuri rahmat,dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman,pemergiaanmu membuatkan aku semakin banyak bermuhasabah diri....akan segala kekurangan diri,sedia atau tidak Maut tetap akan datang tidak mengira waktu,masa dan,tempat....dan apabila Maut diperintahkan untuk menjalankan tugasnya....dia akan datang dalam berbagai cara....ya Allah betapa kerdilnya hambamu.....ini,buat teman2 seperjuangan yang sama2 pernah menuntut di UiTm Shah Alam,ingatlah...."Kita semua akan mengalami Hidup sebanyak 2 kali,Hidup di dunia yang sementara,dan Mati hanya sekali,dan Hidup sekali lagi yang mana ia akan kekal selama2nya di alam akhirat permulaan sebenar kehidupan,andaikata di dunia bagus semua amalan2 kita,maka baguslah kehidupan kita  seterusnya......Al Fatihah buat RosMaria Ishak..."



Kata2 terakhir Maria di wall Facebooknya......menunjukkan seakan2 arwah tahu yang dia akan pergi menemui Allah Aza Wajala.

Bila awak buang saya...
Awak da bt saya berjauh hati dgn awak...
Cinta yg d beri telah d bls dgn kelukaan...
Dan tak mungkin akn dtg peluang kedua utk awak...
Hati saya telah berhenti mngejar cinta awak...

Maaf...
Kini Tiada lagi peluang utk awak..
Saya dah beri hati saya pada dia yg lebih menghargai...
Dia telah menyintai saya dgn cara yang sempurna..♥



8 comments:

  1. Innalillah...MasyaAllah
    Mard dah nangis2 baca...
    melihat org di sekeliling meninggalkn kita,
    buatkan hati rasa ingin balik kpd pencipta.

    juga, mghargai org2 yang masih ada dlm hidup kita.

    semoga Allahyarhamah berbahagia di alam sana

    amin ya rabbal alamin.

    ReplyDelete
  2. sy juga sahabat lama arwah, amat2 terasa kehilangannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyelah zat,kita semua terasa kehilangannyakan,sama2 kita berdoa moga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.Amin Allahumma Amin!

      Delete
  3. Innalillahi wainnailahirojiun.
    Al-Fatihah buat Allahyarhamah. Semoga di tempatkan di kalangan hamba Allah swt yang solehah. Seram sejuk umu apabila membaca berita di atas dan karkuzari dari akak.

    Terfikir umu.. adakah ketika kawan akak melangkah keluar rumah untuk ke tempat kerja meninggalkan suami dan anak2nya pada hari kejadian, ada x terlintas di fikiran yang mungkin dia tidak akan kembali lagi ke pangkuan keluarga tercinta untuk selama2nya?

    Semoga kelak umu bersedia menghadapi hari bertemu Tuhan yang menciptakan umu. Allahumma amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Allahumma Amin!,atas doanya umu yer.Betullah umu sentiasa bersedia utk menghadapi maut,dan berharap2 sgt Allah SWT,memudahkan segala urusan kita sewaktu kita dijemput kembali olehNYa.

      Delete
  4. Innalillah.....hidup dan mati sudah ditentukan olehNya...moga ditempatkan dia di kalangan orang2 yg diredhaiNya....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Mard begitulah ajal dan maut siapa boleh menduga,rahsia Allah SWT,sebagai hamba yang lemah,kita perlu bersedia setiap masa,iye kita perlu menghargai kehidupan dan nikmat yang Allah bagi,dengan rase bersyukur,tugas kita berusaha ke atas iman dan memelihara iman dan amal,menyeru kepada kebaikan bukan utk diri sendiri tapi umat seluruh alam,agar bila Allah menjemput kita kembali ke pangkuaNya,kita tidak menjadi orang2 yang rugi disisi Allah SWT.

    ReplyDelete
  6. Salam..
    Innalillahi wainnailaihirojiun.
    Sperti penah dgr nama arwah.
    Taktau mcmana pulak keadaan kita bila nk meninggalkan dunia ni nnti. Mudh2an arwah ditmptkn di kalangan org yg briman.Amiin.

    ReplyDelete