Sunday, July 17, 2011

~~IKHLAS NIAT MUWAFFAQ SI TUKANG KASUT~~

Alhamdulilah syukur kepada Allah akhirnya dapat juga meluangkan masa untuk mengupdated catatan di blog ini,walaupun bergelar surirumahtangga,kerjanya tak pernah habis2....ade saje perkara yang perlu dibuat,melayan suami,menguruskan askar2 (anak) yang sememangnya banyak keletah dan ragamnnya.Emmm...bulan puasa pun dah tak lama lagi....bila telefon mak di kampung....tanya dah makan ke belum,jawapan yang menyentuh hati, "mak puasa sunat hari ini",tabik spring kat emaklah,moga Allah sentiasa memberi kekuatan pada emak untuk melakukan kerja2 ibadah,amin!

Bila bercakap tentang ikhlas niat,besar maksudnyakan,ia merupakan kunci segala amal,melakukan sesuatu semata2 kerana Allah,ikhlas merupakan "senjata rahsia antara kita dengan Allah,(ayat yang selalu aku guna bila  muzakarah 6 sifat)........sentiasa berusaha memperbaiki niat lagi dan lagi,n banyak lagi huraiannya....aku pun bukan ustazah,alimah,atau cerdik pandai dalam agama....niepun baru2 nak belajar nak bercakap,macam putik jagung huhuhu!

Macam kisah Muwaffaq Si Tukang Kasut.....Once upon time,ada seorang lelaki yang bernama Abdullah Bin  Mubarak,merupakan seorang ulama sufi yang terkenal,ketika beliau mengerjakan ibdah haji,Abdullah tertidur di Masjidil Haram.Dalam tidurnya dia telah bermimpi melihat 2 orang lelaki turun dari langit.Daripada perbualan kedua2 lelaki tersebut ada satu perkara yang telah memeranjatkan Abdullah Bin Mubarak ini....hah nak tahu ape ceritannya......tunggu selepas ini....:)

Kita sambung lagi,sebaik terjaga dari tidur,Abdullah pun terus bertolak ke Damsyik,itulah tempat yang disebutkan oleh dua lelaki dalam mimpinya tadi.Abdullah mahu mencari seorang TuKang KaSut yang bernama Muwaffaq.Lelaki bertuah ini,namanya telah menjadi sebutan dalam mimpi Abdullah,Abdullah tersangat ingin tahu apakah kebaikan yang dilakukan oleh Muwaffaq sehingga keberkatannya sungguh luar biasa sekali.

Menurut 2 orang lelaki tadi kebaikan yang dilakukan oleh Si Muwaffaq saangat disukai oleh Allah SWT,hinggakan dengan berkat amalan yang dikerjakan oleh Muwaffaq menjadi asbad Allah SWT berkenan menerima ibadah haji yang dikerjakan oleh para jemaah haji di Makkah pada tahun itu.Ibadah haji pada tahun itu semuanya diterima oleh Allah SWT.

Akhirnya Abdullah Bin Mubarak dapat juga berjumpa dengan  Muwaffaq Si Tukang kasut,lalu mengesa Muwaffaq menceritakan kebaikan apa yang dilakukan sehingga dia mendapat pengiktirafan dari Allah SWT.
Muwaffaq si Tukang kasut terpinga2 dan tidak tahu apakah kebaikan yang dimaksudkan oleh Abdullah Bin Mubarrak kepadanya.

lalu dia pun menjawab,"beberapa hari yang lalu aku telah menyedekahkan sejumlah wang kepada seorang janda,"kata Muwaffaq memberitahu Abdullah. Abdullah masih juga tidak berpuas hati,"itu sahajakah?emmm mungkin ada yang lain."

Muwaffaq menjawab lagi,"wanita itu memelihara beberapa orang anak yatim,dan wang yang aku sedekahkan itu adalah hasil titik peluhku yang telah bertahun2 aku simpan untuk mengerjakan haji."

Abdullah bertanya lagi,"berat benarkan masalah wanita janda itu sehingga engkau memberikan kesemua wangmu kepadanya."

Muwaffaq Si Tukang Kasut menarik nafas dan menghelanya dengan tenang,"suatu hari aku telah pergi kerumah wanita janda itu untuk meminta sedikit makanan yang sedang dimasaknya,kerana isteriku yang sedang hamil telah tercuim bau masakan yang menyelerakan dan ingin menikmatinya.Tetapi wanita itu menjawab dengan begitu sayu,"sesungguhnya makanan ini boleh dimakan oleh aku dan anak2ku sahaja."

"Kenapa?" soal Muwaffaq yang sedikit kehairanan.
"Kau tahu apa yang dimasak?" seraya memandang Abdullah
"Dia memasak sedikit daging seekor Keldai yang ditemuinnya,sekadar untuk mengalas perut kerana sudah beberapa hari anak-anaknya tidak makan.Daging ini tidak halal untukku,tetapi untuk anak-anak yatim tersebut ia diharuskan."

"Aku sungguh malu pada diriku sendiri.Lalu aku pulang kerumah dan mengambil semua wang yang selama ini aku simpan untuk menunaikan haji.Aku berikan semua kepadanya buat membeli makanan dan menyara keperluannnya anak beranak,berdiri dihadapan rumah wanita janda itu aku berkata dalam hati,"

"DISINILAH HAJIKU",masyaAllah boleh ke kita mencontohi akhlaq Muwaffaq Si Tukang Kasut, jika perkara ini berlaku pada kita,paling kurang pun kita bagi separuh buat belanja.....tak begitu?? moga Allah beri sifat ikhlas Muwaffaq pada diri ku dan kalian semua,amin!

Tertunduk sejurus itu Abdullah menahan rasa terharunya,tahulah dia bahawa kebajikan itulah yang telah mendapat nilaian yang besar disisi Allah SWT,atas keinsafan dan rasa tanggunjawab,Muwaffaq rela menyerahkan wang yang sangat diperlukannya, sebagai bukti kesungguhannya dalam mencari kerehdhaan Allah SWT (ikhlas niat) ,dan asbad amalan si Muwaffaq ini,maka insan2 lain turut menikmati kerahmatan dan kerberkatannya.

Sebagai penutup story ini, teringat pulak kata2 suami,kita jangan dok fikir bahawa gaji kita yang kita terima tiap2 bulan itu hak kita sepenuhnya,sebenarnya ade hak2 orang lain keatasnya,mase itu aku tak berapa faham,"cuba abang tolong explain,iyelah sayang cthnya gaji abang 4K,setelah ditolak hak2 orang lain keatasnya,cth bayar kereta,rumah,kewangan keluarga,sedekah, keluar jalan Allah, dan sebagainya tinggal balance RM300 je sampai cukup bulan,"aku cakap cukup ke bang?" ishhh! cukuplah tu,kan Allah yang bagi cukup,bila lagi nak belajar2 zuhud" Zass.....hehehe auklah abang....:)


Nasuha tgk gambar nie,dia cakap "ibu kesiannya dia ibu,ibu tolonglah mintakan pada Allah bagi dia makan",aku hampir menitiskan airmata,terkedu seribu bahasa,fahamkah Nasuha???

"Our Sweet Memories,bila Nasuha tahu tentang Kebesaran Allah"
Bila Nasuha melihat titis hujan diluar tingkap beserta kilat,Nasuha cakap "ibu keep quiet," aku pun menjawab "keep quiet for what," aku terpinga2. Nasuha cakap"jangan bising2 nanti Allah fire".....


Erti Kematian bagi Nasuha
Bila aku pura2 pengsan,Nasuha menangis tersedu2,kata2nya yang lucu,"Ibu2 janganlah ibu mati,nanti siapa nak uatkan Nasuha sate,Nasuha suka makan sate," kalau ayah yang buat tak sedap,"tergelak besar aku,lalu aku pun cakap,"Nasuha orang mati boleh hidup balik tak?" Nasuha jawab," Tak boleh....ibu


Makanan Sedap,sebab Allah bagi sedap
Teringat masa abang nusrah jemaah,bawak ayam goreng KFC untuk jemaah makan malam,Nasuha ikut sekali,waktu makan salah seorang jemaah tegur Nasuha,"siapa yang masak nie dik,sedapnya?" Nasuha selamba jawab "ibu Suha yang masak,tapi yang bagi sedap Allah," Hahaha ketawa jemaah tersebut sambil menunjukkan isyarat bagus pada abang.


Ultraman hebat,Allah lagi Hebat
Nasuha suka tengok Ultraman,tapi bila ibu tanya dengan Nasuha,"siapa hebat Nasuha?" Nasuha jawab Allah lagi hebat ibu," kalau ibu tanya Nasuha,"Nasuha nak jadi Da'ie ke doktor?",Nasuha jawab mestilah Da'ie ibu....,tapi ibu suka Nasuha jadi Doktor yang berjiwa Da'ie,walaupun esok andaikata Nasuha ditakdirkan menjadi penjual burger sekalipun, jadilah penjual burger yang berjiwa Da'ie.


Ibu masih ingat lagi, kalimah pertama yang Nasuha pandai sebut adalah ALLAH walaupun pelat2,masa tu ibu sedang mengandungkan adek Nasuha....setahun lebih umur Nasuha waktu tu,baru2 pandai nak bercakap,ibu pun mase tu baru2 jugak nak mendalami usaha atas bimbingan ayah....lepas tu barulah Nasuha pandai sebut perkataan ayah....,waktu makan,kalau ibu cakap sedapkan Ibu masak,dan ibu tanya lagi," siapa yang bagi sedap Nasuha,"Nasuha jawab Allah,hebat tak Allah? Nasuha jawab," Allah hebat ibu."Hati ibu tenang.......


Bila malam nak tidur.....
Nasuha cakap kat ayah," tidur sunnah ayah,macam nie,tiup tapak tangan sapukan kat badan,Nasuha menunjukkan demo tidur cara sunnah....Nasuha akan datang pada ibu,"ibu maafkan Nasuha ye,sebab hariini Nasuha nakal,lepas tu Nasuha pegi kat ayah cakap ayat yang sama,nasuha suruh adek salam nasuha,n adek pun ikut Nasuha buat....ibu dan  ayah juga saling bermaafan...menginsafi segala kekurangan diri dalam menjalankan tanggujawab serta amanah sebagai hamba Allah....dan ketika mata ingin berlabuh...teringat berapa banyakkah amalan kami sedari awal pagi dan dan hinggakan malam hari yang telah kami lakukan cukupke?puashati dengan amalan?persoalan itu hanya kami yang mampu jawab....sebagai ibu aku memang garang sikit,bila mengajar iqra dengan Nasuha,pasti rotan ade disisi,berbeza dengan anak2 jiran yang aku ajar takde rotan,hanya mulut aku je yang bising membetulkan patah2 ayat2 yang salah disebut."


Pernah juga tanya dengan suami,"abang tak marah ke sayang marah nasuha,tercubit ur terotan sikit? (Nasuha 4 tahuan n adek 3 tahun)


Abang jawab mudah je," Sayang baca APP BEETI,lihat Maulana Yahya didik Maulana Zakariya macam mana?"
"Kita kena mendidik dia dengan tegas dan kasih sayang,sekarang dia tak akan faham,tapi akan datang,insyaAllah dia akan faham...kenapa ibu dan ayahnya bertegas dalam sesuatu perkara,yang penting abang dan sayang kena banyak berdoa agar Allah beri kefahaman dan didikan dalam jiwa Nasuha,okey."


Aku menghela nafas....berat tanggujawab dan amanah ini,seraya dalam hati berkata,"
"Ya Allah berilah pada aku dan ibu2 yang lain kekuatan,kefahaman dalam kami mentadbir rumahtangga,sesungguhnya kami lemah yang Allah,hanya padaMu kami bergantung sepenuh pengharapan."


kisah di atas sekadar perkongsian perjalanan hidup kami....sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.Jazakallah.


14 comments:

  1. salam kak...

    subhanallah..penuh dengan pengisian entry akak ni...

    didik anak dgn cra islam..bgus akak ni...

    semoga nasuha jdi anak yg solehah..amin

    ReplyDelete
  2. Salam hidayu,alhamdulilan kak sentiasa cuba melakarkan n32,yang bermanfaat yang boleh dikongsi bersama,didik anak cara agama dan sunnah itu sebenarnya matlamat kita,mungkin ibu bapa yang lain ade cara masing2 mendidik anak mengikut acuan mereka sendiri,asalkan ade nilai agama xmenjadi masalah,akak seorang ibu yang banyak kelemahan,ade ibu yang patut kita contohi kekuatan dan ketabahannya tak lain tak bukan SITI HAJAR....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum w.b.t
    terkesan saya baca fasal Muwaffaq tu,...n fasal anak2, itulah yg selalu lihat pada anak2 karkun...dan bila melihat mereka..keletah mereka...cerdiknya mereka dlm melontarkan kata2 menghebatkan Allah s.w.t, sy bersyukur Allah masih kurniakan kita generasi celik iman....dan jauhhhhhhhhhhh di sudut hati sy berkata: "Ya Allah berikan saya peluang melalui detik2 itu". Sesungguhnya sy benar2 ghibtah dgn kalian...tahniah kak n family...

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam CS,alhamdulilah....bila pandai sangat bercakap budak2 nie pening n letih jugak nak menjawab huhuhu :),tapi seronok,insyaAllah saat itu akan tiba dalam hidup CS,bersabar n banyak2 berdoa....:),kak tolong doakan untuk CS jugak ye!,moga Allah makbulkan segala impian CS suami isteri,Allahumaa amin!

    ReplyDelete
  5. pergh,,masyaAllah,,,mmg terkesan,,entry sume pnjang n bermanfaat,,,best2,,,,,,,

    asik ckap pasal anak je,,hihi,,:-),,sy msih perlukan mse nk pk kn bnda ni,sbb msih stdy,tp,moga jd pndorong,mmg sume org idamkan anak2 y soleh n solehah kan,,,insyaAllah,,moga Allah beri ape yg terbaik utk kite,,,

    go on dgn cite2 menarik lg,,,hihi

    ReplyDelete
  6. jadi surirumah pun dah sibuk kan.. byk perkara harus diuruskan..

    sbb tu orang kata, lebih banyak baiknya kalau isteri di rumah.. tul ke?? (",)

    ReplyDelete
  7. Abu Zarim:- takpe study dulu,lama lagi nak habis tu,tapi sambil2 tu boleh jugak fikir dan risau nak cari calon hihi,mana satu pilihan dihati awek France ur awek semenanjung?

    Tuan Fuad:kerjaya surirumahtangga nie sebenarnya berat,macam2 perlu diuruskan,lagi2 kalau yang anak berderet je macam team bola,memang mujahadah nak menguruskan,orang kata,"surirumah nie senanglah duk umah je,diaorang ingat hehehe kami nie takde kerja,kerjanya banyak..time rehat bila anak2 tidur,itulah waktu off seorang surirumah....

    ReplyDelete
  8. awek france?,,,hihi,,,xde la,,,moga Allah mudahkan urusan kite sume,,,

    doakan sy dpt bt usaha kt sini,,,insyaAllah

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak..
    Umu dan suami ada juga rancang2 lagi berapa tahun duit cukup untuk kami menyahut panggilan ke tanah suci..
    andai kata duit dah cukup dan kami menghadapi situasi seperti di atas.. Allahuakhbar, pasti dan pasti terlalu sukar buat kami mengambil contoh tauladan seperti si tukang kasut di atas..

    Kita terlalu yakin susah payah kita ke sana, jadi asbab haji di terima sedangkan ketentuannya, kita x tahu pun lagi. Sedangkan si tukang kasut tadi hanya menunaikan sifat ikram tapi asbab amalannya seorang, seluruh ibadah haji jemaah pada tahun itu di terima Allah.. Subahanallah...

    ReplyDelete
  10. wah...dah macam bayan dah nie...

    komen tentang gambaq,kat india,rasanya dh jadi biasa...
    nk belajq tntg kemanusia manusia,pi la sana...

    ReplyDelete
  11. Umu...betula umu,kita merancang Allah yang menentukan,Allah SWT berhak memilih sesiapa yang dikehendaki,kalau duit cukup sekalipun,belum tentu lagi kita dapat dipilih olehNya,semua amalan kita dalam pemerhatian Allah,dan hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kitakan.

    APS,takde bayannya...hanya sekadar coretan biasa, :)semua suasana yang memerihalkan kemanusiaan tidak kira dimana2, dan setiap kali menjengah dalam pandangan mata kita pasti memberi kesan dalam jiwa,banyak yang perlu akak belajar dalam kehidupan ini,doakan akak dan kami sekeluarga,agar terus istiqamah dalam usaha ini.amin!

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum ina,
    salam ukhuwwah fillah. Maaf byk2 sbb kak nie tak sempat reply comment ina dlm blog kak nie hari tu. Seronok sgt baca blog ina ni. penuh pengajaran dan mendidik jiwa. Kak nie tengok Ina pun tidak kurang hebatnya...seorang isteri dan ibu yg bersemangat mendidik anak2.

    ReplyDelete
  13. To Sa_ni alhamdulilah...sweet memories di Batu Pahat,parit raja dalam kenangan,abang Saleh kata,takde buat apa2pun sekadar menjalankan tangungjawab...ramai menjadi mualim?..alhamdulilah.

    ReplyDelete
  14. kak Mahani,salam ukuhuwah fillah untuk akak jugak,takpe ina faham situasi akak yg menghitung hari untuk melahirkan baby hik!2,ina lagi sukaaa..baca blog akak,cadang nak create HOMESCHOOLER sendiri kat umah,insyaAllah next year,n nak minta bantuan serta pandangan akak,akan datang.Jazakillah untuk sekeluarga.

    ReplyDelete