Tuesday, July 5, 2011

Jangan Bersedih...Sayang!

Di satu petang yang hening....ketika anak2 dan suami tidur,aku mula merayapkan kedua tanganku ini,membuka MR.laptop...niat dihati untuk menjengah blog sahabat2 yang kukasihi...kot2 ade entry2 yang terkini...dan karkuzari mengenai usaha yang sedang dijalankan. Aku singgah di blogku seperti biasa....nak melihat kot ade komen2 teman yang belum terjawab.

Tiba2 Zasssss!!!,aku terpandang satu komen yang berbisa "tak perlulah aku nyatakan di sini,tapi komen tersebut telah menyentap ketenanganku pada petang yang indah.Air mata mula bergenang....sedih?marah?malu? entahlah semuanya dah bercampur gaul macam Nasi Ambang je...huhuhu!

dan dengan perasaan yang sayu,aku cuba sedaya upaya memadam komen2 tersebut,Ishhh! kenapa kat bawah nie boleh hilang, yang kat sebelah tu tak hilang2 lagi,niatku....kalau boleh biarlah takde sesiapa sempat membaca komen tersebut.Allah....tabahkan hatiku ini...aku pun mula bermesej dengan Umu ahlia Ustaz Ishak,nak minta bantuan....tapi syukurlah....komen tersebut dah berjaya di deletekan.Allah Maha Besar!

dan suasana petang tersebut bertukar menjadi muram....abang yang bangun dari tidur,terpandang wajah isterinya yang sayu....isshh! kenapa nie,macam ada masalah je? cuba cakap dekat abang...aku pun dengan hati yang sebak pun mula bercerita...dari A hinggalah ke Z.

Hahaha! abang ketawa terbahak2 ingatkan apa tadi,aku mula menarik muka issh!! sayang serius nie abang buat lawaklah pulak....

Okey2 nanti kita sambung n discus lepas solat asar ek,nanti abang bagi bayan lepas asar untuk sayang,senyumlah sikit tak perlu apa2...kui!kui!kui!

Abang bagi bayan.....
Sayang....tak perlulah sayang sedih....tentang pekara tu,janganlah difikirkan sangat kata2 orang nie,mereka tu pun manusia biasa,setiap masa dan saat tak terlepas daripada melakukan kesilapan,andai niatnya betul untuk menegur abang kerana Allah, alhamdulilah abang panjatkan rase syukur,semoga Allah sentiasa merahmati dirinya!

Sayang...usaha ini kita kena buat atas dasar FIKIR DAN RISAU,bukan semangat,kalau kita buat dengan semangat dalam apa2 kerjapun bila semangat takde, dipancung, dicantas,maka kita akan merajuk, malas dan tak mahu buat terus,tapi seandainya kita buat seseuatu dengan FIKIR DAN RISAU itu yang menaikkan jazsbah...dalam setiap pekerjaan kita terutama usaha yang sedang kita buat.

Sayang masih ingat tak cerita abang kena halau dari surau malam2, masa abang khuruj di Muar, aku dengan wajah yang sedih menganggukkan2 kepala,mase tu tak silap abang masih dalam tingkatan 5, bayangkan jemaah kami dihalau pada malam hari,waktu tu Allah SWT je yang tahu perasaan kami, dan AmirSab abang mase tu memang cool,dan setelah berbelas tahun berlalu,Allah SWT temukan abang dengan pakcik yang halau kami tu dalam suasana dan cerita yang berbeza,jawatan abang sebagai Pegawai Tadbir Yayasan Pembangunan Keluarga Sakinah Johor Bahru bahagian daerah Muar, telah menemukan abang dengan pakcik tu semula,abang masih ingat wajah pakcik tu, waktu abang bagi ceramah di kampung tersebut,pakcik tu menundukkan kepala mungkin jugak dia malu, mungkin jugak dia segan....tapi abang ok je, ikram orang tua sayang,layan macam biasa....tak terselit pun rasa dendam atau nak perli2 balik pakcik tu,sebenarnya inilah yang usaha ajar kita,supaya menghormati orang tua yang lebih tua daripada kita, tak kira apa jua pangkat yang kita sandang ketika itu

"Sayang faham,sedih lagi tak??? oklah abang sambunglagi...
Sayang...cuba sayang renungkan kisah ketika nabi yang kita kasihi buat dakwah di Taif,apa yang nabi dapat??, Nabi dapat batu,nabi dapat makian,digelar majnun (gila),badan nabi habis luka2 berdarah,sehinggakan Malaikat yang menyaksikan peristiwa tu pun tak tahan melihat nabi diperlakukan seperti itu? Nabi sedih tak?Emmm....mestilah nabi sedihkan,dahlah hilang orang yang dikasihi, lepas tu dikecewakan, dimalukan, dicederakan oleh bangsanya sendiri, hinggakan Zait Bin Harithah yang berada disamping nabi ketika itu pun berdarah kepalanya kerana nak melindungi nabi SAW dari dibaling batu.

Suasana semakin sayu....nielah caranya bila abang mula bagi bayan dengan isterinya....ok continue lagi...
Dalam satu hadith yang diceritakan Aisyah r.anha.,satu ketika Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW. :
“Wahai Rasulullah, pernahkah engkau merasa lebih pahit dan sengsara dari hari Uhud?”
jawab baginda : “Bahkan, iaitu ketika menghadapi bangsa kau (Arab) dan yang paling dahsyat sekali ialah ketika aku memperkenalkan diriku dan berdakwah di kalangan puak Ibn Yalil Abdi Kalal di mana tawaran dan dakwahku tadi tidak diterima langsung dan aku beredar dari situ dengan perasaan yang tak keruan. Bila sampai ke suatu tempat bernama Qiran Tha’alib, baru aku sedar, aku mengangkat kepala melihat ke atas, tiba-tiba sekumpulan awan meneduhiku dan aku nampak Jibril alaihissalam memanggilku dan berkata:

“Sesungguhnya Allah azzawajalla telah mendengar setiap perkataan bangsa kau dan tindakan mereka terhadap kau. Dan Allah telah mengutuskan Malaikat segala gunung untuk kau.”
“Suruhlah sekehendakmu.” Kata Rasulullah lagi.

Malaikat segala gunung tadi memanggil dan memberi salam kepadaku dan katanya:
“Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah telah mendengar perihal kaummu dan tindak balas mereka terhadap seruanmu. Aku ini malaikat segala gunung diutuskan oleh Tuhanmu dan perintahkanlah apa saja, untuk apa yang engkau mahu. Kalau mahu, aku boleh hempap ke atas mereka Bukit Al-Akhsyabin.”

Jawab Rasulullah : “ Tapi apa yang aku harapkan agar lahir dari keturunan mereka golongan yang menyembah Allah tanpa mensyirikkan-Nya.”

Nabi juga turut berkata, sekiranya kau (Malaikat) simpati terhadapku, maka pohonlah dari  Allah yang Maha Agung agar memberikan taufik dan hidayat kpeada kaumku. MasyaAllah.....itulah yang nabi yang kita kasihi sayang,takde perasaan merajuk2 nie,nabi buat sesuatu atas pertimbangan akal dan fikiran bukan hawa nafsu....maka dengan segala pengorbanan nabi nielah maka kita hari ini dapat menikmati nikmatnya iman,kalau tidak kerana Nur Muhammad SAW tidak Allah jadikan dunia ini sayang,kita dapat menikmati kenikmatan yang Allah bagi atas sebab pengorbanan nabi,dan para sahabat,2/3 dunia ini dapat dikuasai oleh para sahabat,semuanya melalui pengorbanan,titisan air mata yang cintakan kepada Allah.....

"Sayang....patutnye sayang rasa bersyukur sebab Allah nak uji sayang nie, nak tingkatkan takwa sayang,sayang tak suka ke?"
"Sayang suka.....tapi adalah sedih sikit.....:)
"Boleh sayang tanya tak?
"Tanyalah,apa dia,
"Abang tak pernah pakai serban ke?
Hahaha!!! abang ketawa terbahak2,semuanya abang dah pernah pakai sayang tapi masa zaman belajar dulu,tengah josh waktu tu,yang paling panjang tujuh hasta pun abang pernah pakai!
Tapi,kenapa tak sekarang lagi.....jawapan abang:-"Abang nak jadi orang kebanyakkan,abang nak mudahkan orang mendekati abang,sayang tahu tak walaupun abang tak letak kopiah atau pakai serban pada kepala yang mulia ini,orang tetap akan kenal abang orang TABLIGH,mungkin dari cara abang cakap, kekadang sayang...... suasana persekitaran yang akan menbentuk kita,latarbelakang kita, kerjaya kita,dan sebagainya.
Allah SWT dia tahu kemampuan abang sesuai dengan diri abang,kerjaya abang banyak bercampur dengan masyarakat,tokoh2 koporat,tokoh2 politik, dari sekecil jawatan hinggalah jawatan2 yang besar,jadi moralnya abanglah yang kena menyesuaikan diri dalam kelompok mereka. Tablgih ini kerja,maulana pun tak meletakkan syarat apa yang mesti kita pakai untuk buat dakwah,selagi ia menutup aurat,takde hal,jalan je...apa yang penting kita buat kerja...dengan HIKMAH dan KASIH SAYANG....

Sifat tabii manusia nie sayang tak akan pernah berubah sampai bila2 pun,contohnya Umar,mase zaman dia Jahiliyiah, seorang yang pemarah, bengis, tapi once dia dah memeluk Islam, dia masih seorang yang pemarah, tegas, tapi semua sifatnya tu dihalakan untuk perkara2 kebaikan, ia takkan hilang, tapi boleh dikurangkan dan dikawal.itu natijah dari kisah2 sahabah yang kita perlu ambil iktibar sebagai panduan kita dalam menjalankan usaha dakwah.

Hari ini,  kalau seorang yang bagi bayan,dalam bayan tersebut ade 15 orang jemaah, 15 jemaah ini bukan semua tahap kefahamannya sama sayang, tahap kefahaman Si A, tak sama dengan tahap kefahaman Si B dan begitulah seteusnya.Tahap kefahaman setiap orang yang buat usaha ini pun berbeza2, mengikut kadar kefahaman yang Allah bagi pada mereka. 

"Sedih lagi tak??? tanya abang...
"Tak,sambil tersenyum siput2 hihihi.....

Abang sambung lagi, sayang ingat kisah Saidina Utsman Ibnu Affan seorang tokoh koporat, pedagang kain yang kaya raya, seorang ahli ekonomi yang terkenal, mendapat gelaran DZUN NURAIN (pemilik dua cahaya), maksudnya dalam erti kata yang luas,mempunyai cahaya untuk jalan akhirat kerana taatnya pada  Allah, dan juga menpunyai cahaya dalam menempuh perjuangan hidup di dunia kerana pegertiannya yang luas tentang pembangunan ekonomi,

Utsman mentadbir negaranya mengikut cara korporat, dia tak masukkan cara pemerintahan Khalifah Abu Bakar ataupun Umar, dia mencorak pentadbirannya dengan caranya sendiri, walaupun terdapat perselisihan faham antara para sahabat terutamanya Abu Zar sebagaimana Rasulullah SAW meramalkan, Abu Zar hidup seorang diri, mati seorang diri, dan dibangkitkan seorang diri,(kisah yang panjang tentang Abu Zar nie,kita cerita lain kali ye),akhlak Ustman nie cukup bagus, dahlah seorang peramah malah dermawan,sifat lembut dan suka memaafkan kesalahan orang lain...menjadikan dirinya diantara sahabat2 Nabi SAW,yang paling bagus budinya,sebagaimana sabda Nabi SAW:-
"Utsman adalah sebaik-baiknya teladan di antara sahabat2ku"

Macamtulah sayang,dalam usaha macam2 manusia yang kita akan jumpa,sepertimana dalam kisah2 sahabah....apa yang berlaku dalam kisah sahabah tu ade juga berlaku pada zaman kita sekarang, moralnya kalau kita baca kisah2 mereka nie jangan sekadar baca,kena ade FIKIR dan ANALYSE setiap ibrah yang kita dapat.

Ok setakat nie je bayan yang boleh abang bagi....nanti kalau cerita panjang lebar dah jadi kisah hikayat 1001 malam lah pulak ek! lawak berseloroh abang.

Pesanan abang untuk sayang....dan mereka yang sama2 buat usaha, ade 2 perkara yang kita kena ingat dan ada 2 perkara yang kita kena lupakan:-

2 perkara yang kita ingat selalu,Kebaikan orang pada kita, dan kesalahan kita kepada orang.
2 perkara yang kita perlu lupakan,Kebaikan kita kepada orang, dan kejahatan orang terhadap kita.

"Sentiasa merasakan orang lain lebih baik dari diri kita, tak kiralah apa jua status ataupun pangkat kita,sebab Allah SWT besok akan nilai kita bukan dengan harta, pangkat ataupun rupa, tapi Allah nilaikan diri kita dari segi takwa serta amalan kita."


Abang kata:abang suka bekerja dibelakang tabir USAHA,biarlah manusia tak boleh menilai,ataupun menhargai, sebab abang buat kerja kerana Allah.


Satu kisah yang lucu,rumah kami dekat dengan surau Markaz dan Surau Kampung (surau atuk kata nasuha)  jaraknya lebih kurang sama,untuk abang, kadang2 bahagi 2 tempat solat,tapi masa solat abang banyak dihabiskan di surau atuk,mase ceramah Israk Mikraj,maghrib abang di surau atuk dengar ceramah,balik antar Nasuha abang berlari pulak ke surau Markaz...dengan ceramah serta solat Isyak.kata abang....nielah ikram abang.....bukan nak membangga diri sekadar pengisian dan pengertian kita yang buat usaha,Tabligh nie untuk semua...ummat seluruh alam.Sesungguhnya tiada yang lebih mulia seseorang itu dari yang lainnya melainkan takwa dan beramal soleh!, kata sayidina Ali R.A."Kalau orang sibuk membetulkan kesilapan diri,dia tidak ada masa mencari kesilapan orang lain."


Jazakallah untuk semua, mohon maaf kiranya bicara di atas menyentuh hati.

Keceraian di wajah2 insan yang kukasihi terasa damai dihati.

Menunaikan Haji pada tahun 2005,abang dan pak Mat dalam kenangan.
abang kata,insyaAllah tahun depan kita pi umrah,n daftar haji sekali ye.n abang up offer lagi nie,sayang nak bercuti ke langkawi ur nak pergi Semporna tempat abang izam (abang ipar),aku jawab hihihi mestilah nak pi umah abang izam,n dapat ziarah sekali Umu,Ustaz Ishak n bakal da'ienya,wokeh! takde hal,banyakk2 doa,moga Allah mudahkan!

11 comments:

  1. la tahzan ye akak....

    allah uji sbab allah syg kan....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikummmmm...kak marina sayang :)

    heheee...dah ada ubi baru nak sayang2 nih :p
    Semuaaa perenggan atas tu umu suka dan terpaling suka dengan perenggan akhir :D

    yeay...leh jalan2 dengan akak ke Pulau Mabul nie. Ni yang buat umu sayang dengan akak dan abg saleh lebeyy ni...heheee. (Suami pun ada nyatakan hasrat bab g haji baru2 ni dengan umu. Semoga Allah permudahkan untuk kita kan kak )

    *Akak jangan sedih2. Bak kata suami umu, buat usaha agama kena cool. jangan joshhh...joshhhhh :D

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum w.b.t,
    hmmm terasa kesedihan akk tu,,,sy faham, cubit paha kiri, paha kanan terasa juga,,,beginilah isteri kan...p pun betul kata suami akk,,biarlah Allah yg nilai..sentiasa betulkan niat, utk siapa kita buat sesuatu perkara,,,org beriman pasti diuji,,,

    makin kita terlibat dgn usaha ini,,,InsyaAllah keterkesanan kita pd dunia akn berkurang,,,hati juga akan jd mcm laut,,,cmpaklah apa sahaja, InsyaAllah akn diterima.. =) senyum =)))

    ReplyDelete
  4. Akak sabar ye.. Allah sedang menguji hamba2Nya yang Dia kasihi..

    Semoga kita semua diberi kekuatan untuk tetap menghormati orang yg lebih tua walau dalam apa keadaan sekalipun..

    Sesungguhnya Allah melihat hati2 manusia dan Allah swt sahaja yg berhak menghakiminya..

    ReplyDelete
  5. Asslamualaikum hidayu,CS,Umu,n Tuan Fuad,alhamdulilah syukur pada Allah kerana menemukan kita semua di alam maya,walaupun tak bertentang mata,semangat dan doa dari kalian,amat akak hargai,kata2 kalian,menyejukkan,hikmahnya kalian,begitulah usaha ye mendidik kita agar sentiasa menjadi manusia yang tinggi akhlaknya dan sentiasa berhemah bila berkata2,semoga Allah tetapkan kita dalam usaha ini hingga akhir hayat kita,insyaAllah.Jazakallah untuk kalian semua.:),akak dah ok,coollll

    ReplyDelete
  6. sabar je lah...
    napa lah yg karkun tu nak pancung2 orang pulak

    ReplyDelete
  7. sabarlah Marina. Begitulah lumrah hidup. Buat awaiting moderation kat comment tu...selamatlah.
    Akak paling suka bahagian berdakwah tanpa serban. Memang kita perlu strategi begini juga. Nampak macam cool aje tapi secara tak sedari dah dapat tawan ramai hati-hati yang belum kenal Allah. Berbagai-bagai cara boleh berdakwah, yang penting sampai matalamatnya.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulilah,terima kasih tuan ziarah 76,dan akak HYS,saya dah cool...saya nie budak baru belajar nak kenal2 usaha,bila kena perkara macamtu,satu macam kejutan,tapi bila suami bagi penjelasan saya faham...warna warni kehidupan usaha ini...banyak lagi yang saye kena belajar dan akan tempuh,hanya Allah yang mengetahui!:)

    ReplyDelete
  9. pergh,,,panjang lebar,,mmg terkesan kat hati ni,masyaAllah,,,moga Allah beri kekuatan pd kite sume ek,,,bile lak nk kuar sni?,,,hihi

    ReplyDelete
  10. Abu Zarim,doakan akak satu hari nanti dapat keluar khuruj di bumi Perancis,:mase tu agaknya akak dah ade cucu hihihi,Allah saja mengetahuinya,InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  11. ada cite pasal sy la kat post akak,,tntng abu zar,,,kwan2 pggil sy abu zar,,,hihhii,,,

    insyaAllah,mudah2ah kuar sbelum sy blik msia la,boleh la sy nusrah nnt,,,hihi,,,

    ReplyDelete