Tuesday, July 17, 2012

Alhamdulilah dah baik dah...:)

Assalamualaikum wbt,emmm...dah lama tak menulis sesuatu di blog nie,dah agak bersawang,iyelah semenjak pulang menunaikan UMRAH,dan mendapat hadiah yang istimewa sewaktu di Makkah,segala2nya agak terbatas,alhamdulilah setelah hampir 4 bulan "berperang dengan alahan (mabuk orang mengandung),barulah ade kekuatan,aku bersyukur kepada Allah,dalam keadaan mabuk yang teruk,ramai yang menghulurkan bantuan dan khidmat,buat Encik suami yang dikasihi Hj.Salehuddin....yang sungguh2 membantu....memang abang "the best",akhirnya turunlah segala kepakaran abang yer hehehe.Terima kasih yang tidak terhingga jugak pada Mak Ros yang sudi memasakkan makanan untuk kami sekeluarga,kak dayang yang mengambil upah khidmat membersihkan rumah kami,kak Min yang menjaga aku selama seminggu sewaktu abang outstation di Melaka, Mak Saadiah Ahlia Hj.Saleh Simon (Syura Kuching) yang masakkan ikan keli bakar, teman2 yang sudi datang ziarah,dan jiran2 kiri dan kanan yang simpati kepada anak perantau ini.

Mengandungkan anak yang ketiga ini,sebenarnya banyak "keajaiban" yang Allah nak tunjukkan betapa hebatnya Allah ini,nak dikongsikan bersama teman2...insyaAllah jom kita layan...zass...

Sekadar perkongsian pengalaman
Makkah....
Sebelum menunaikan umrah,aku memang disahkan tidak mengandung oleh doktor,tetapi lain ceritanya pula sewaktu aku habis menunaikan umrah yang kedua di Makkah,aku mengalami keletihan yang agak luar biasa,teman2 pulak mengusik "entah2 ina mengandung kot",aku pulak menjawab,"eeii taklah sebelum pergi ina dah check dgn doktor memang takder....",akhirnya teka-teki itu terjawab,apabila aku sendiri membuat ujian kehamilan di bilik hotel,"Aaalah,aku memang mengandung,patutlah aku suka beli air epal merah kat kedai Pak Arab yang berdekatan dengan hotel kami menginap.Teruja dengan peristiwa itu aku kongsikan bersama2 mak (makcik yang sama menunaikan Umrah kupanggil mak)dan teman2 semuanya mengucapkan tahniah,alhamdulilah,abang orang terakhir yang tahu hehehe,dan abang buat sujud syukur di Tanaim....

Maher Zain belanja air tebu (Muka jer,n stail macam Maher Zain)
Dalam keadaan yang mula tak selesa (mabuk2),aku kuatkan semangat jugak di bumi barakah,untuk umrah yang ketiga,memang dah tak larat,tapikan larat jugak,yang peliknya time tawaf di Kaabah,aku ok jer...cuma ketika Saie (Safah dan Marwah) masuk pusingan kelima,abang berhenti sekejap,bagi peluang aku tarik nafas,umrah pun dah macam Haji,ramai sangat,dan untuk umrah seterusnya aku dah tak larat,cuma larat pergi sembahyang di masjid,n buat tawaf sunat n tawaf Wida (tawaf selamat tinggal).


Balik dari menunaikan tawaf  sunat,aku cakap kat abang nak minum air tebu,keletihan.....sewaktu kami sedang berbaris menunggu giliran,didepan kami, ade seorang lelaki persis seperti Maher Zain,dia tak kenal kami,dan kami tak kenal dia,tetapi yang peliknya dia ikram kami dengan membelikan 2 air tebu untuk kami,dan menghulurkan kepada aku dan abang,abang dan aku tersenyum siput2 haha,malulah orang belanja,tapi wajahnya sebijik macam Maher Zain....."thanks". ucap abang ringkas,dan kami terus pulang ke hotel.(dalam hati kecil ku berkata,entah2 muka anak ibu nanti macam orang Arablah,kui!kui!,amin!).

KHIDMAT
Aku suka khidmat...bila khidmat aku rasa sangat dekat dengan Allah,gembira dapat bantu orang lain yang memerlukan pertolongan,walhal aku rasa aku nie banyak sangat kekurangan,peristiwa di Masjid Nabi di Madinah menemukan aku dengan sepasang suami isteri,dari negara mana aku kurang pasti,tapi yang pastinya aku tak faham bahasanya,mereka tak pandai berbahasa Inggeris,tapi tak mengapa Allah yang bagi faham kat aku,akan kehendak mereka,si suami meminta tolong kepada aku supaya menolak kerusi roda isterinya untuk solat di dalam masjid (bahagian wanita).Bertuahnya sebab Allah nak bagi pahala pada aku,aku pun menolak kerusi roda isteri pakcik tu,sampai dibahagian dalam,dia cakap dalam bahasa dia,(makcik nak solat dekat tiang sini,takpelah anak nak pergi sembahyang pergilah),aku pun cakap dalam bahasa Inggeris pada makcik,tunggu sini,selesai solat saya bawa makcik pada suami makcik,dan usai solat aku pergi menemui makcik tersebut, tapi makcik dah takde,aku jengah di pintu besar tak nampak kelibat makcik tadi pun.


Solat di Raudhah,alhamdulilah aku dapat bersolat di Raudhah sebanyak 2 kali,tapi solat kali yang kedua di Raudhah,satu kenangan manis yang takkan aku lupakan,ketika aku sedang melindungi Herlina untuk solat sunat di Raudhah,supaya tidak dilanggar oleh orang lain yang bersesak2 dah nama orang pompuan macam2 perangai (sebenarnya kalau kita sayang Nabi, tak perlu untuk kita bertolak2,dan mengasari orang lain,kerana Nabi tak suka,kita buat umrah untuk dapat pahala,bukan untuk dapat dosa,puji jemaah Malaysia yang sangat bersopan santun ketika menunggu giliran untuk solat di Raudhah),ketika Herlina tengah solat,ada sorang Makcik Arab,berteriak kepada aku "Solat!Solat!Solat! sambil menunjukkan satu ruang yang kecil dihadapan aku cukup untuk aku mendirikan solat,waktu tu aku bingung orang sedang bersesak2,tapi ruang yang ditunjukkan untuk aku memang tak diusik langsung oleh orang lain,aku pun terus solat dan mengucapkan terima kasih pada makcik Arab,dan selepas itu aku tak nampak dia langsung.

Taalim di bilik Hotel bersama mak2 India Muslim
Alhamdulilah semasa di Makkah aku dapat buat 3 kali taalim di bilik hotel,bersama mak2 India Muslim...mereka semua sangat mesra dan sangat ambil berat,mereka panggil aku "ustazah" haha,lucu bebenor panggilan tu (tak layak langsung untuk diri aku),dapat juga berkongsi dengan mereka tentang kisah2 sahabah dan sahabiah,pengorbanan Nabi dan banyak lagi yang lucunya ade tukang traslate ke bahasa India (hehe dah macam bayanlah pulak),tapi apa2pun memang ia satu kenangan manis yang tak dapat aku lupakan,rupanya2 menurut doktor  ketika aku check up mengandung (di Semenanjung) di Makkah kandungan aku dah masuk 1 bulan,itulah kuasa Allah,dapat si baby tawaf di Kaabah rumah Allah yang Mulia,dapat merasa Saie ketika ibu sedang mabuk2,ibu dapat merasakan bagaimana peritnya Ibu Siti Hajar berlari2 anak dari Safa ke Marwah mencari air untuk anakndanya Nabi Ismail,tarbiah untuk ibu dan permata hati ibu....insyaAllah bakal lahir pada awal Disember 2012(melalui pembedahan),apa2pun ibu berserah pada Allah moga ibu dan permata hati ibu selamat hendaknya n kepada teman2 dan pengunjung blog yang tak seberapa ini,SELAMAT MENYAMBUT PUASA RAMADHAN AL MUBARAK,tingkatkan iman dan amal pada bulan yang penuh kemuliaan, tanda kasih Allah kepada kita selaku umat Nabi Muhammad SAW.








8 comments:

  1. Assalamualikum kak..
    heeee...mse tgh msg2 akak tetiba nk buka blog dan zaaassss..ada cerita baru dr blog akak lerrrr :)

    Senyum2 je umu baca cerita akak. bestnya ya Allah..bagi la umu rasa kemanisan berada di Rumah Mu seprti kak Marina rasa..huhuu...sedinyaaa. Moga2 Allah swt pilih..Allahumma amin .amin. amin.

    Jaga baby dalam perut elok2 ye kak. Moga Allah mudahkan perjuanagn akak mengandungkan zuriat yg bakal lahir :)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam,haha sekilas ikan di air,akak dah tahu umu sedang membelek2 blog akak yer....InsyaAllah,satu hari nanti umu pasti akan menjejaki bumi barakah,banyak2 doa.Terima kasih atas doa Umu.Setiap manusia ade kisah dan pengalaman masing2...mudah2han kisah2 yang baik ini menjadi tarikan untuk mereka yang lain supaya datang dekat pada Allah,Rasul dan agama.Amin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum k.marina.salam ukhuwwah. sy berminat dgn usaha ini,boleh x k.marina emeil sy. sy perlukan bantuan k.marina dalam usaha ini,sy baru pindah kuching..zaujahakmal@yahoo.com. syukran kak. :)

      Delete
  3. Assalamualaikum zaujahakmal,baru pindah kuching ker?orang semenanjung ker?nak tahu mengenai usaha,terharunyer akak,akan nie manusia biasa,dalam nak menerang tu banyak kelemahan,almaklumlah baru nak belajar,tapi takper apa yang boleh akak tolong,insyaAllah akak tolong,ok nanti akak email yer,kalau nak mendarat n jejalan kat FB boleh jugak,add jer akak Marina ALi...insyaAllah,sukanyer dapat kawan baru.

    ReplyDelete
  4. teringat pengalaman sy dulu:
    nak masuk raudhah ni kena dengan niat beul.. baru Allah permudahkan..

    masa pertama kali nak masuk raudhah, sy pasang niat yg betul, azam sunguh2, dan Allah mudahkan..

    masa kali kedua, kat hati berkata2 "ermm, tgk jap kat raudhah, kalau tak ramai bolehlah masuk lagi".. niat tak sungguh2, Allah sukarkan.. terus tak dapat masuk..

    salam ramadhan kak marina.. (",)

    ReplyDelete
  5. Tuan Fuad,salam ramadhan Al mubarak utk Tuan Fuad sekeluarga,iye Raudhah tempat istimewa,niat kena betul,tapi untuk lelaki takde masalah,kalau orang pompuan MasyaAllah,kena dengan yang badan2 besar,memang boleh penyek jemaah Malaysia,hehe.Akak niat nak "khidmat jer dgn orang lain" moga Allah mudahkan,itu jer.Alhamdulilah.

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Marina, first time kamek baca blog ktk. Ingin nk beremail dgn kakak, ada bbrp soalan mok tanyak, insyaAllah. Kamek asal kuching, mastautin d miri, ikut usaha sitok & mudahan Allah terus pilih insyaAllah Amin. Mohon email addres ktk kak, insyaAllah. Jazzakillah..

    ReplyDelete
  7. Salam,Niena,alhamdulilah,salam ukhwah dari akak,akak orang semenanjung,tapi bolehlah kelaka sarawak sikit2,kitak maok email akak?boleh nasuha_2007@yahoo.com,mun di diFB kitak boleh add akak marina ali,akak masih baru dalam usaha,banyak lagik yang akak perlu belajar,insyaAllah apa yang termampu akak akan bantu,kita sama2 belajar ow.

    ReplyDelete